Rindu Yang Menghempas Hati Bab 41

Standard

Adlina merasakan segalanya seperti di dalam sebuah mimpi. Tidak pernah terlintas di fikirannya akan menjadi seorang isteri kepada usahawan yang begitu terkenal di rantau Asia Tenggara. Malahan Adlina berasa amat kekok bila ramai yang memanggilnya dengan gelaran Datin dan bukannya Adlina. Majlis pernikahan yang diadakan dengan serba ringkas kerana acara resepsi bakal diadakan keesokannya di salah sebuah hotel mewah di kawasan City Hall. Minggu hadapan pula, resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur. Walaupun majlis pernikahan yang diadakan amat ringkas sekali, Adlina berasa amat letih. Kelihatan Nazrey yang segak berbaju kurung dan bersamping songket begitu asyik melayan tetamu. Kelopak matanya berasa agak berat. Seketika itu, Adlina sempat mengerling ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan pukul tujuh setengah malam.

“Lin, pergilah masuk ke dalam bilik. Rehatkan badan dan solat maghrib dulu. Nanti yang lain akan tolong kemaskan semua makanan dan kuih muih di atas meja. ” kata salah seorang makcik Adlina. Adlina terus meletakkan pinggan yang sedang dilapnya dan terus masuk ke dalam biliknya. Aroma yang begitu menarik dari bunga-bunga segar yang digubah cantik di bilik pengantin. Semuanya serba baru dan indah. Walaupun di dalam keadaan masa yang agak singkat, bilik tidur yang dihuninya selama ini telah bertukar menjadi sebuah kamar yang begitu indah. Sedang Adlina cuba membuka tudung yang telah dililit kemas sejak beberapa jam yang lalu, terdengar pintu kamar dikuak perlahan. Adlina tidak mengindahkannya sudah pasti maknya atau salah seorang makciknya masuk. Kedua bahunya diurut perlahan. Adlina memusingkan badannya ke belakang. Nazrey masih segak dengan baju kurung melayunya. Songkok yang dipakainya diletakkan di atas meja solek.

“Nurina Adlina, terima kasih kerana menerima abang seadanya.” Suara garau lelaki itu mulai tersekat-sekat. Tangan kanan Adlina dicapainya dan diurut jari-jemari runcing perlahan-lahan. Kedua mata lelaki itu bertemu dengan kedua mata Adlina. Suasana bertukar menjadi hening sekali.

“Eeerrmmm, saya rasa waktu maghrib dah nak dekat habis” Suara Adlina memecah keheningan suasana di dalam kamar pengantin. Alat penghawa dingin yang dipasang tidak dapat meredakan suasana di dalam kamar yang dihiasi begitu cantik sekali.

Selepas membersihkan diri, Adlina terus mencapai telekung untuk menunaikan solat maghrib. Sedang Adlina bersiap sedia untuk mendirikan solat, Nazrey keluar dari kamar mandi dengan berpakaian melayu berwarna biru dan berkain pelekat.

“Adlina, kita solat berjemaah ya..” kata Nazrey sambil tersenyum. Lesung pipitnya kelihatan dengan jelas sekali.

 

Tanpa berlengah lagi, Adlina terus mencapai satu lagi sejadah dan menghamparnya di atas permaidani. Ketika Nazrey memimpin solat maghrib, Adlina berasa sungguh sayu. Nazrey membaca surah-surah dengan begitu baik sekali. Siapa sangka lelaki itu dapat membacanya dengan begitu lancar. Selepas mengerjakan solat maghrib secara berjemaah, Nazrey kemudian menadah kedua belah tangannya untuk memohon doa.

YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpang ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Doa yang dipanjatkan oleh Nazrey begitu meruntun jiwanya. Dan doa itu jugalah yang dibaca lelaki itu setelah solat sunat nikah tetapi kali ini ia lebih peribadi dan terlalu dekat dengan dirinya. Tanpa disedari, Adlina menangis. Setelah Nazrey mengabiskan bacaan doanya, Adlina terus meluru ,mengambil tangan kanan lelaki itu dan menyalamnya. Nazrey meletakkan tangan kirinya sambil mengusap kepala Adlina dengan perlahan.

“Abang, terima kasih kerana sudi mengambil Lin sebagai teman untuk sama-sama menuju ke Jannah” Suara Adlina mulai tersekat-sekat. Wajah Nazrey bertukar menjadi begitu gembira.

“Abang yang sepatutnya berterima kasih dengan Lin kerana sudi menjadi teman hidup abang. Abang tahu abang lelaki yang tidak sempurna tapi dengan izin Allah, abang cuba untuk membahagiakan Lin serta bakal anak-anak yang mejadi pelengkap dalam kehidupan rumahtangga kita.”

“Abang ni macam dah lama aje buat skrip nak cakap macam ni. ” gelak Adlina.

“Memang dah lama. Sejak bertemu sayang kembali di England suatu masa dahulu.”

“Tapi abang ni eksyen. Yelah.. mentang-mentang berpangkat Dato’. Semua mesti ikut cakap abang.”

“Abang ingatkan dah tak ada ‘chance’ . Sejak orang tu nak bertunang dengan Shahrul. Abang tahu sayang ni sengajakan nak kenakan abang”

“No lah. Takde masa nak kenakan abang. To think back about what had happened, we planned but Allah also planned. The way how HE planned was so subtle that I cannot imagine marrying a person with wealth and status in society. Never ever. I was all along thinking that the rich are spoil bunch of people. They will just tag with people with the same status and not with ordinary netizens. You know I’ve read many articles about the rich that went clubbing, setting up new “branches” with good looking ladies especially famous actresses. I always have this perception that you are one of them. If you compare me and other good looking ladies, I lose at the very beginning. I am an ordinary lady with ordinary lifestyle and family”

“That’s what I am looking for. Ordinary lady with ordinary lifestyle from ordinary family.”

“Huh? Abang, you need someone on par as you.”

” Sayang, Nabi bersabda:”Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang sholehah”. Beliau juga bersabda: ”Wanita dinikahi karena empat faktor, yakni karena harta kekayaannya, karena kedudukannya, karena kecantikannya, dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama agar berkah kedua tanganmu.”

“Dan abang melihat itu pada diri sayang.”

Adlina terus terdiam bila Nazrey berkata demikian. Sukar untuk Adlina menyakal segala yang diperkatakan.

“And I know you can be a good wife and mother. Abang tahu abang tak pernah silap menilai sayang. Abang tahu Allah SWT mendengar doa abang. Alhamdullilah, DIA memakbulkan doa abang walaupun bertahun. ”

“Tapi abang kan dah ada pilihan, Sharifah Sarina.”

“Abang beristiharah. Alhamdullilah. Allah telah tunjukkan jalan dan permudahkan segalanya.”

“Abang mimpi sayang ke?” tanya Adlina. Nazrey ketawa kecil.

“Sayang..istiharah itu tidak bererti menanti mimpi, tetapi dihadirkan orang-orang soleh yang memberikan petujuk kepada semuanya.”

Adlina terkesima dengan jawapan yang diberikan oleh Nazrey.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s