Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 42

Standard

Adlina dapat merasakan dia belum lagi dapat menyesuaikan dirinya dengan gelaran dan kedudukannya yang baru disandang, Menjadi isteri kepada usahawan yang berjaya tidak semudah. Dengan adanya pihak pelbagai pihak media berpusu-pusu untuk mendapatkan liputan majlis perkahwinannya. Nasib Adlina agak baik kerana semasa majlis persandingannya yang diadakan di sebuah hotel ternama di kawasan City Hall, majlis itu dibuat secara tertutup. Hanya sahabat handai dan kawan-kawan yang terdekat sahaja dijemput ke majlis persandingannya itu. Persandingan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur mendapat liputan yang meluas dari pihak media.

Segala-galanya berlaku sekelip mata. Dari seseorang yang tidak dikenali dan kini menjadi seseorang yang agak terkenal. Adlina agak kekok setiap kali wartawan ingin menemubual Adlina. Majlis yang serba gah itu diatur dengan begitu sempurna sekali. Adlina serta Nazrey mengenakan busana yang direka khas oleh pereka terkenal di Kuala Lumpur. Nazrey menggeggam tangan Adlina sambil tersenyum sebelum menyusuri masuk ke dalam dewan. Tema majlis resepsi yang dipilih Nazrey ialah ‘Garden Wedding’ kerana bagi Nazrey ia terlalu peribadi. Semuanya kerana peristiwa di Lister Park beberapa tahun yang lalu menemukan dirinya dengan pasangan hidupnya.

“Tangan sayang sejuk” tegur Nazrey sambil melihat Adlina yang cantik memakai gaun panjang, Raut wajah Adlina kelihatan begitu berseri sekali. ‘Baby face’ atau lebih tepat sekali wajah keanakan Adlina yang membuatkan Nazrey menjadi nanar untuk bertahun lamanya. Kedua lesung pipit yang ada di wajah Adlina menjadikan dirinya begitu manis sekali.

“I am trying my best to stay calm. Abang tahukan majlis ni dihadiri oleh ramai orang kenamaan. I am not used to it.”

“You better be, sayang. Sebab sayang dah jadi isteri abang”

Tidak lama kemudian, Nazrey dan Adlina kemudian menuju masuk ke dalam dewan yang dihadiri ramai orang-orang terkenal dan kenamaan. Fikiran Adlina tiba-tiba terhenti. Kerlipan kamera terus memancar dari pelbagai sudut di dalam dewan yang serba mewah. Sepanjang majlisnya itu, Adlina hanya tersenyum sahaja. Nazrey yang duduk disebelahnya kelihatan begitu girang. Majlis itu berlalu dengan begitu pantas sekali sehingga Adlina tidak  menyedari ia sudah sampai ke penghujung majlis. Ketika Adlina dan Nazrey bersalaman dengan tetamu yang ada, kelihatan Sharifah Sarina berada tidak jauh dari situ. Riak wajahnya yang agak ‘ ketat’ menggambarkan yang dia masih tidak puas hati dengan Nazrey. Wanita anggun itu begitu bergaya sekali dengan baju kurung moden yang dipakainya.  Adlina mengalihkan pandangannya ke arah lain. Pada masa yang sama, Adlina dapat merasakan lenguh di bahagian kakinya kerana berdiri terlalu lama dengan memakai kasut yang agak tinggi.

“Barakallah to both of you.” ucap Shahrul sambil bersalaman dengan Nazrey.

“Naz, aku harap kau boleh jaga Adlina dengan sebaik mungkin. Bukan senang untuk aku melepaskan Adlina pergi. Kalau apa-apa yang buruk terjadi pada Adlina, aku akan cari kau dulu,”

“Insha-Allah, aku tidak akan membiarkan sesuatu yang tidak baik berlaku kepada Adlina.”

Selepas majlis yang serba gah itu, Adlina dan Nazrey terus ke dalam suite hotel yang telah disediakan khas oleh pihak pengurusan. Setelah membersihkan diri  dan bersolat, Adlina terus ke tingkap sambil menikmati panaroma di sekitar Kuala Lumpur pada waktu malam.

“Sayang buat apa tu?” Nazrey bertanya sambil berdiri di sebelahnya. Tangan sasa lelaki itu terus melingkari pinggang ramping Adlina. Adlina membiarkan sahaja perbuatan Nazrey.

“Tengah melayani perasaan. Rasa penat masih belum hilang lagi.” jawab Adlina ringkas. Pandangannya masih terarah ke luar tingkap hotel.

” Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan sempurna sekali. Abang harap sayang gembira.”

“Thanks abang for everything. Appreciate it a lot. Tapi sayang merasakan semuanya bagai di alam mimpi. Berkahwin dengan seorang usahawan yang berjaya dan tampan. Dari menjadi seseorang yang tidak dikenali langsung dan kini menjadi individu yang dikenali. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Berikan masa untuk sayang hadam dengan perlahan-lahan.” kata Adlina.

“Sayang, abang nak tunjukkan sayang sesuatu.”Nazrey menarik perlahan Adlina ke sofa kecil. yang disediakan. Adlina hanya mengikut Nazrey tanpa banyak bicara. Nazrey mengeluarkan sebuah kotak merah sederhana yang tertulis diatasnya “Cartier” dan sebuah kotak biasa yang berwarna hitam.

“Sayang, memandangkan sayang tak nak apa-apa untuk perkahwinan ini, abang rasa hanya ini sahaja yang abang dapat berikan kepada sayang. Abang harap sayang dapat menerimanya.” kata Nazrey perlahan. Adlina menundukkan kepalanya.

“Abang, kan sayang dah beritahu yang sayang tak mahukan apa-apa dari abang. ”

“Sayang, please open it. I hope that you like it as much as I do. ” Nazrey kemudian menghulurkan kedua-dua kotak kepada Adlina. Adlina mengambil dengan rasa berat hati.

Kotak pertama yang terukir tulisan “Cartier” dibukanya. Adlina tergamam melihat isi kandungan kotak itu. Sebentuk gelang yang begitu cantik terletak di dalamnya. Nazrey mengambil gelang itu dan memakainya  di pergelangan tangan Adlina. Adlina terpadang ukiran kecil ” N & A” pada gelang itu. Sudah pastinya ia daripada pangkal nama Adlina dan Nazrey.

“I don’t need this. Terlalu mahal untuk dipakai.” Adlina terus membuka sebuah lagi kotak.

Di dalamnya terdapat  sebuah kunci kereta Audi dan sekeping kad akses. Adlina tergamam. Apalagi yang Nazrey mahu berikan. Bukan harta benda yang dia inginkan.

“Sayang, kunci kereta ni hadiah perkahwinan abang untuk sayang. Abang mahu sayang selesa memandu jika mahu kemana-mana. Kad akses ini pula untuk penthouse abang. Selepas ini bolehlah sayang pindah ke penthouse. Abang jarang berada di sana. Sebab arwah papa dan juga mama suruh abang duduk dengan mereka. Apatah lagi dengan ketiadaan papa, jadi abang terpaksa menemani mama. ”

“Kalau sayang dan abang duduk di penthouse, bagaimana pula dengan mama?” tanya Adlina kehairanan.

“Sebenarnya arwah papa dan juga mama tak beri abang tinggal di sana kerana ditakuti akan timbul fitnah.  Dengan Sally dan Sharifah Sarina, mereka takut sesuatu yang tidak baik berlaku pada abang kerana penthouse itu kosong. Dulu Najwa dan suaminya duduk di situ selama sebulan sebelum mereka berdua berhijrah. Abang tak suka membiarkan rumah itu kosong. Hampir setiap hari Pak Rahman, tukang kebun rumah mama akan datang untuk membersihkan rumah abang apabila Najwa berpindah keluar.”

“Dan satu lagi, abang akan membeli sebuah kondo berdekatan dengan mak dan ayah sayang di Flora Road. Easier for me and you. Tak payah duduk di hotel. Lagipun sayang perlu uruskan kafe sayang di sana kan.”

“Abang, you are really up to something eh. You planned well.” kata Adlina.

“Of course. I know what I want.” tegas Nazrey.

Adlina membelek-belek gelang yang telah tersarung di pergelangan tangannya. Sungguh elegan. Tidak pernah terlintas di fikiran Adlina untuk memiliki gelang mewah.

“Last but not least, flight ticket to London. We flying this Wednesday. Abang tahu yang sayang tak sempat nak jelajah banyak tempat di sana. So we are going to explore Wales together.” Nazrey melayangkan dua tiket penerbangan Emirates ke sana.

Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menjelajah bumi Wales tetapi masa tidak mengizinkan. Apatah lagi semenjak menguruskan kafe yang baru dibuka.

Adlina menghitung hari sebelum penerbangannya ke London. Hanya dua hari sahaja.Adlina menghitung hari sebelum penerbangannya ke London. Hanya dua hari sahaja.Adlina tergamam dengan masa yang agak suntuk diberikan untuk mengemas segala barangan yang diperlukan untuk ke sana.

Lelaki serabai yang kini sudah menjadi suaminya yang sah memang pakar untuk mengharu-birukan perasaan dan keadaan.  Kelihatan Nazrey yang berada di hadapannya tersenyum menang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s