Monthly Archives: June 2014

Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 27

Standard

” So.. dengan berkahwin dengan you dikirakan menggangu ketenteraman awam? Ohh.. Sally lah.. Sarina lah.. Selipar eh.. Jangan lupa karipap sardin dengan telur untuk sarapan I” kata Nazrey sambil tersenyum sumbing. Suaranya seperti kanak-kanak riang ria.

” Tak ada masa nak buat!” bentak Adlina.

” Adakan masa untuk buatkan I karipap sardin dan telur you yang sedap.”

” Dato’  ingatkan saya dibayar gaji di sini sebagai tea lady ke? Melampau!”

” Hmmmm.. tak. I tak pernah anggap you tea lady dalam syarikat ni. If you rasa seperti itu, I tak ada komen lah.  Tapi kan,  I rasa kalau Dr.Syed Shahrul Ammar yang suruh, pasti you akan buatkan. Yelah.. siapa lah kita kan. Hanya lelaki serabai saja.” Suara Nazrey sengaja dibuat sedih.

” Dato’ , boleh tak jangan suka memaksa. ” jawab Adlina dengan nada protes.

” Ini bukan memaksa. Hanya satu permintaan dari bos you. Dan suatu hari nanti permintaan itu datang dari I selaku Imam dalam hidup you.  Bukan sebagai seorang majikan lagi. Dan you adalah zaujahnya. Itu yang I doa dan harapkan selama ini.” tegas Nazrey.

Dalam hati Adlina, mahu sahaja dia mencekik-cekik batang leher lelaki yang berada di hadapannya. Kenapalah mamat serabai hari ini. Bangun dari salah tempat ke? Itu yang sedang bermain di dalam fikiran Adlina saat itu. Kalau nak dilihat dari mata kasar, rasa kasihan pun ada. Tapi jika dinilai dari cara lelaki ini, rasanya permintaan mamat serabai merangkap bosnya amat melampau.

“Gila!”  tiba-tiba  suara kecil Adlina meletus sehingga Nazrey dapat mendengarnya. Adlina pula  menunjukkan raut wajah tidak puas hati dengan kenyataan Nazrey. Rasanya semua terlalu mendadak.

” Gila you kata I. Cik Nurina Adlina, samada you suka atau tidak. Itu suatu kebenaran. I bukan budak kecil lagi. No more a kid. I don’t have anymore time for puppy love.  Already 35 years old. All I need is soul partner. I know what I want. Someone whom I can share my sorrow and happiness. And I found all the criteria in you Adlina.  I don’t need a perfect partner. But a partner that can complement my shortfalls. You membuatkan mata hati I terbuka. Suatu hari nanti, you akan tahu kebenarannya ”

Terdengar keluhan berat dari seorang lelaki yang berjawatan tinggi. Sayang sekali, lelaki yang berada di hadapannya seorang  usahawan yang berjaya tetapi hatinya masih penuh luka dan lara. Penuh kekosongan, telah Adlina lagi. Adlina menarik dan menghembuskan nafasnya.

“Dato’, please gives me some space. A space for me to breathe. Semuanya berlaku dengan pantas. I pernah katakan pada Dato’. Kehidupan kita jauh berbeza. I dari golongan biasa. Makan di warung tepi jalan. Tidak pandai untuk berprotokol. I mahu jadi diri I. Tak mahu terikat dengan protokol orang kaya macam Dato’. Sharifah Sarina atau Sally has everything you need. I hanya makan gaji. Cukup masa kontrak kerja habis, I akan pergi dari sini. Mencari tempat lain untuk sesuap nasi. ” kata Adlina. Lelaki ini semakin mendesak saban hari. Itu yang membuatkan Adlina kurang selesa.

“Kalau you dengan I, you tak boleh jadi diri you. Huh?! Apa yang you merepek ni Adlina. You rasa kita ini ada pilihan ke untuk dilahirkan ke sebuah keluarga yang macam mana?  Ya.. memang I dilahirkan ke dalam sebuah keluarga yang berada. Itu  I akui. Tapi you tahukan, apa yang kita miliki ini akan dipertanggungjawabkan. It’s not easy Adlina. Tapi pernah tak you terfikir, warna darah kita tetap sama. Let me ask you again.  Then, how about Dr. Syed Shahrul Ammar ? Apa bezanya dia dengan I.” tanya Nazrey.

” And one more thing, Sharifah Sarina, Sally atau yang sewaktu dengannya tak pernah termasuk dalam list. Boleh tak you jangan nak memutar belitkan fakta. Alasan you, kita berbeza lah. Tak sama macam Sharifah Sarina atau Sally. Apa ni. I tahu you cuba sedaya upaya untuk menafikannya. Malu tapi mahukan? Takper lah, I berikan you ruang untuk you mentafsirkan apa yang ada di dalam hati you yang sebenar. Mungkin semasa ketiadaan I untuk beberapa minggu akan memberikan you sedikit ruang unruk you berfikir dan menilai apa yang sebenarnya di dalan hati you. I harap bila I pulang nanti, jawapan yang positif menanti I. Insya’Allah.”

” Dato’.. please lah. Cuba berpijak di bumi yang nyata. Kita berbeza. Faham tak? And you pun sama.  Tak habis-habis dengan Shahrul Ammar.  I pernah katakan pada Dato’ yang I dengan Dr. Shahrul cuma kawan. Nothing more than that. Tak tahu pula pada masa hadapan. Itu I tak boleh jamin. Dan Dato’ adalah majikan saya. Fullstop!” sangkal Adlina.

” Dan you pun tak boleh jangkakan masa depan. Sama seperti Shahrul. Hari ini mungkin majikan. Esok, mungkin status kita berbeza. Only you know the truth Adlina. Face it Adlina. You jangan cuba nak menafikan hakikat yang sebenar. I dah tak tahu macam mana lagi nak beritahu apa yang ada dalam hati I.  Sebelum I terlupa,  I nak beritahu you yang I akan berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan.  Hari Sabtu ni, famili I ada buat sedikit bacaan Yaasin dan tahlil selepas solat Isya’. I harap you dapat datang.” kata Nazrey sebelum berlalu pergi dari ruang pejabat Adlina membiarkan dia termangu sendirian.

Lelaki ini sukar untuk diramal. Memang terlalu sukar sejak dari hari pertama dia bertemu dengan Nazrey semasa bercuti di Cardiff. Nazrey yang tahu memarahi orang tanpa bersebab. Suka menyindir dan kadangkala cepat murung. Adlina sendiri tidak sangka bahawa pertemuan mereka yang pertama di Cardiff akan menjadi titik permulaaan yang akan mengharu birukan perasaannya hingga kini. Komputer peribadi hanya terbiar begitu sahaja.

Adlina merenung ke arah skrin di computer tersebut dengan perasaan yang kosong. Kenapa mesti lelaki itu harus meluahkan perasaannya di kala ini. Fikiran Adlina kian berserabut. Kerja-kerja pejabat yang masih menimbun dipandang sepi. Adlina pasti di kala ini ramai pekerja di Saujana Holdings sudah beransur pulang. Adlina menutup suis computer , mengambil beg tangannya dan beg plastik pasaraya yang mengandungi bahan mentah untuk membuat epok-epok atau karipap sebelum keluar dari pejabatnya.

Malam itu, Adlina tidak mampu tidur lena. Dipusing kiri dan kanan namun masih lagi tidak dapat tidur. Mungkin kata-kata luahan Nazrey masih lagi teringang di telinganya sehinggakan dia tidak mampu melelapkan matanya. Entah apa yang merasuknya malam itu, dicapai bahan -bahan mentah yang diberikan oleh Nazrey. Adlina mula menguli doh untuk membuat epok-epok. Intinya terlebih dahulu dimasak. Tanpa Adlina sedari, dia telah membuat dua puluh keping epok-epok sehingga pukul dua pagi. Dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum menggorengnya esok pagi.

 

” Wahhhh!! Pagi-pagi Cik Adlina dah sampai. ” sapa Azean ketika melihat kelibat Adlina berdiri di hadapan mejanya dengan memegang sebuah beg kertas. Adlina hanya tersenyum  sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat Azean yang masih membetulkan solekan di mukanya.

” Assalamualaikum Azean.”

” Waalaikum salam Cik Adlina.. Ooopsss maaf. Teruja sangat pagi ini tengok Cik Adlina yang cantik berseri. Pakai macam mana pun nampak anggun. Patutlah bos sekarang ini dah macam orang berak kapur. Semua serba tak kena bila dapat tahu Cik Adlina keluar dengan Dr. Shahrul.”

” Banyak spelling lah awak ni Azean. Dah.. jangan nak mengarut mereka cerita dekat pejabat ni. Lagipun saya nak bagi epok-epok ni pada bos awak, Dia da sampai?”

” Dato’ belum sampai lagi Cik Adlina. Ada apa-apa pesan?”

” Tolong berikan ni pada bos awak. Saya nak masuk pejabat. ” Adlina terus memberikan beg kertas yang mengandungi epok-epok yang dibuat semalaman kepada Azean. Tanpa banyak  bicara, Adlina terus berlalu pergi. Sampai sahaja di dalam bilik pejabatnya, Adlina mendapat pesanan ringkas.

Thanks for the karipap. I tahu you mesti tak sampai hati tak nak buatkan untuk I. Anyway, thank you so much dear ~ Nazrey.

Dear? Apa ni. Bila Adlina terbaca pesanan ringkas dari Nazrey, rasa geli geleman pula. Malas mahu membalas pesanan ringkas dari Nazrey, Adlina terus mencapai fail-fail yang ada di atas mejanya dan menyambung kerja yang masih terbengkalai. Tidak lama kemudian, Sufian salah seorang pengurus di bahagian engineering datang ke biliknya.

“Masuk… Ya Sufian.. Anything?” Adlina mendongakkan kepalanya. Sufian yang sedang berdiri di depan muka pintu pejabatnya masuk kedalam dengan membawa beberapa buah fail.

” Cik Adlina, kita sepatutnya pergi site di Gombak sekarang ni. Meeting dengan pengurus di sana tentang projek di sana. So you nak naik kereta sendiri atau tumpang dengan I?” Adlina berfikir sejenak.

” Macam gini Sufian. Kita bawak kereta berasingan. Lagipun selepas meeting di Gombak, I ada lunch appointment. So, you tunggu I di tempat letak kereta. ”  Adlina membuat keputusan.

” Oklah macam tu, Cik Adlina ikut I dari belakang.  I turun dulu dan kita jumpa di bawah nanti.”

Setelah menghadiri mesyuarat di Gombak, Adlina terus memandu ke sebuah restoran yang berdekatan di situ untuk makan tengahari dengan Shahrul Ammar. Beberapa hari yang lalu, Shahrul ada menelefon untuk makan tengahari dengannya sebelum berangkat ke Tanah Suci.  Kenapalah lelaki itu suka sangat belanja makan? Bisik hati kecil Adlina.  Rezeki yang datang tak mampu ditepis. Lagipun, Adlina begitu teruja ingin mengetahui lebih lanjut tentang  Dr. Shahrul Ammar yang ingin menyertai pasukan perubatan ke Timur Tengah setelah dia pulang dari menunaikan umrah.  Ketika berada di tempat pakir, Adina sedang mencari-cari  kunci kereta di dalam beg tangannya. Tanpa dia sedari, sebuah kereta bewarna hitam meluncur laju ke arahnya.  Tiba-tiba Adlina merasakan tubuhnya ditolak dan kemudian tercampak. Adlina merasa terkejut sekali. Mungkin jika terlewat, Adlina mungkin tidak bernyawa lagi. Mukanya menjadi pucat lesi. Ditoleh kebelakang, rupanya Shahrul yang menyelamatkannya.

” Adlina, are you okay?” tanya Shahrul separuh mamai. Mungkin juga masih terkejut

” Eeerrr.. eeerr… I okay. You okay tak?”  Tanya Adlina yang masih lagi dalam trauma. Darah pekat mula mengalir di dahi Adlina. Mungkin akibat hentakan kepalanya ke jalan yang bertar.

Tiba-tiba pandangan Adlina serta merta kabur.

Advertisements

Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 26

Standard

Sejak peristiwa luahan hati secara spontan dari Dato’ Nazrey Shah Iskandar dua minggu yang lalu, Adlina mengelakkan dirinya dari berjumpa dengan lelaki itu. Peristiwa itu langsung tidak dapat dicerna dengan sebaik mungkin kerana semua yang berlaku terlalu mendadak sekali. Adlina cuba memujuk hati untuk bertenang dan menganggap semuanya hanyalah mimpi semata-mata. Adlina cuba menyibukan dirinya dengan kerja-kerja di pejabat. Walaupun hanya tinggal sedikit sahaja, Adlina akan cuba mencari kerja lain untuk mengelakkan dirinya dari bertembung dengan mamat serabai itu. Kadangkala dia akan sampai di pejabat sejam  sebelum waktu kerja dan akan pulang tepat pada waktu.

Ada beberapa kali Adlina hampir bertembung dengan Nazrey, tetapi dia cuba menyembunyikan dirinya  setelah ternampak kelibat Nazrey dari jauh. Mungkin ini caranya untuk mencari ketenangan. Ketenangan sementara sahaja.  Beberapa hari yang lalu, Nazrey telah ke Amerika Syarikat untuk menghadiri sebuah persidangan di sana. Dan semasa beberapa hari ketiadaan Nazrey di pejabat, Adlina dapat menarik nafas lega. Tapi kali ini Adlina tidak dapat mengelak lagi. Esok dia perlu ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat pada sebelah pagi bersama dengan ahli lembaga pengarah Saujana Holdings.

Pagi itu, Adlina sampai awal di pejabat dengan berbekalkan beberapa keping epok-epok sardin yang dibuatnya sendiri . Semalaman dia  telah menyediakan epok-epok. Hanya perlu digoreng sebelum ke pejabat.  Kerana takut terlewat menghadiri menyuarat, Adlina bercadang untuk bersarapan pagi di pantri yang terletak di aras sama bilik pejabatnya. Ruang pejabat masih agak kosong. Hanya beberapa orang staf sahaja yang berada di pejabat. Adlina mengerling ke jam yang ada di hadapannya. Pukul 7.30 pagi.. Masih terlalu awal. Lagipun ramai yang masih terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas untuk ke kawasan bandar. Adlina bersyukur kerana pihak pengurusan syarikat menyediakan tempat tinggal yang tidak begitu jauh dari pejabat. Jadi  Adlina tidak perlu bersusah payah untuk keluar terlalu awal untuk ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Dia terus ke pantri dan meletakkan bungkusan yan mengandungi epok-epok di atas meja.

Zakiah, seorang eksekutif  berada di dalam pantri dilawanya untuk menjamah epok-epok yang dibawa. Sementara menunggu mesin pembancuh kopi menyediakan secawan latte, Adlina terus masuk ke dalam bilik pejabatnya. Semasa Adlina kembali ke ruang pantri untuk bersarapan, dia terdengar suara Zakiah dan suara gurau sedang berbual. Adlina mematikan langkahnya di tepi pintu masuk pantri setelah mengetahui suara garau itu milik Nazrey. Entah kenapa suara garau itu bagai menyekat langkahnya untuk masuk ke dalam pantri. Suara itu membuat jantungnya bergerak laju. Ahhh.. kenapa perlu takut dengan si mamat serabai. Hati Adlina berbisik.

” Siapa yang bawa karipap ni Zakiah? Awak beli ke atau buat sendiri?” tanya Nazrey.

” Eeerrr… Dato’. Cik Adlina tadi yang bawa.  Karipap ini dia yang buat sendiri.” jawab Zakiah agak tergagap-gagap sedikit. Mungkin dia agak terperanjat dengan kehadiran pegawai atasan di pantri.  Dalam pada masa yang sama, Adlina baru mengetahui di Malaysia, epok-epok dipanggil karipap. Sedikit berlainan dari apa yang sering dipanggil di Singapura.

“Hmmm…Nampak macam sedap aje karipap ni.”  kata Nazrey. Ishhh!! Mestilah sedap. Takkan tak sedapkan. Bisik hati Adlina.

Mata lelaki itu tertumpu pada epok-epok yang masih panas di dalam  kotak bekal yang dibawanya tadi. Tidak lama kemudian, Zakiah meminta diri untuk keluar dari pantri setelah mengambil sekeping epok-epok dan secawan kopi. Mungkin dia agak kekok berlama-lama di dalam pantri dengan seorang pegawai atasan. Adlina kemudian masuk ke dalam pantri. Takkan sampai mamat serabai ini keluar dari pantri baru hendak bersarapan. Lagipun, perutnya sudah menyanyikan lagu dondang sayang.

” Selamat pagi Dato’. ”  Itu sahaja yang mampu diucap. Adlina terus melangkah ke mesin pembancuh kopi. Lelaki itu tanpa henti memandangnya. Nazrey begitu segak  berpakaian sut lengkap pejabat berwarna hitam dan berkasut kulit berwarna coklat.  Sudah pastinya pakaian lelaki itu dari jenama yang terkenal. Aduuhh!! Lelaki itu terus memandangnya. Kenapa lah lelaki ini selalu membuai perasaan wanitanya dengan berpakaian segak begini. Ehhh.. Adlina, jangan perasan ya. Agaknya si mamat serabai ni tengah mengira cicak atau semut di dinding pantri. Di dalam hati Adlina pula tertanya-tanya kenapa mamat serabai ini datang ke aras pejabatnya. Lagipun, di aras pihak pengurusan sudah ada sebuah pantri. Selalunya, Makcik Milah yang akan menyediakan minuman untuk pegawai atasan. Takkan makcik Milah cuti hari ini. Walaupun ketiadaan Makcik Milah, setiausaha peribadi Nazrey akan menyediakan minuman untuk ketuanya.

” Karipap ini you punya ke? Boleh ambil satu? ” tanya Nazrey. Belum sempat Adlina memberikan kebenaran,  tangan kanan lelaki itu sudah mencapai epok-epok dan selamat masuk ke dalam mulut. Gelojoh betul mamat serabai ini.

” Ohh dah terlanjur you buat kopi. Boleh buat secawan untuk I?” pinta Nazrey tanpa ada perasaan bersalah. Malas mahu bertekak pada pagi itu, Adlina mencapai mug kosong dan mula membancuh mug kopi untuk mamat serabai itu.  Adlina ternampak Nazrey mengambil sekeping lagi epok-epok. Nasib baik dia membawa enam keping kesemuanya. Tanpa banyak bicara, Adlina meletakkan secawan kopi di atas meja. Kemudian Adlina mengambil dua keping epok-epok dan secawan latte sebelum menuju keluar dari pantri. Tetapi langkahnya terhenti bila lengan kirinya dicapai oleh Nazrey. Adlina segera menoleh. Raut muka Nazrey jugak terkejut dengan kelakuan spontannya.

” Maaf.”  Nazrey melepaskan tangannyan dari lengan kiri Adlina.

“Duduk dulu. Temankan I sarapan.” pinta Nazrey. Adlina pula dalam keadaan serba salah. Mahu diikutkan permintaan lelaki ini atau abaikan sahaja. Tanpa Adlina sedari, dia terus menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Nazrey. Hati Adlina kembali bergetar saat Nazrey merenung ke wajahnya.

“Are you giving me your silence treatment, Adlina?” tanya Nazrey. Matanya tidak putus putus merenung wajah Adlina. Adlina pula cuba melarikan pandangannya dengan mengacau latte yang ada di dalam cawan sambil mata mengerling ke jam tangan Omeganya. Aduh!! Terasa lambat pergerakkan jarum di jam tangannya.

” You tak payah buat muka ketat you tu. You buat I serba tak kena beberapa minggu ni.” suara Nazrey seakan kedengaran lirih di halwa telinga Adlina.

Adlina hanya mendiamkan diri kerana dia tidak beberapa selesa bila soal peribadi dibincangkan di pejabat. Lagipun itu bukan caranya. Rasanya ramai staf mula masuk ke pejabat. Epok-epok dikunyahnya perlahan-lahan. Epok-epok yang rasanya sedap seolah-olah pahit bila ditelan.

” Susah sangat ke you nak cakap dengan I. I pun busy. Telefon ada, email ada, video conferencing pun ada, WeChat, Watsapps. You name it. Takkan susah sangat, Adlina. Dengan you cuba menyorok dari I. Itu takkan selesaikan masalah.  Anyway, only you know the truth. Don’t place yourself in a state of denial. By the way, thanks for the karipap & coffee.” Nazrey berkata sebelum berlalu pergi. Adlina ditinggalkan tercengang-cengang sendirian memikirkan kata-kata Nazrey.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh  Tan Sri Hishamuddin  berlansung pada pukul 9.30 pagi. Banyak perkara yang dibincangkan. Adlina berasa tidak begitu selesa berada di dalam mesyuarat itu bersama dengan ahli lembaga pengarah yang lain. Semasa di dalam mesyuarat itu, berbagai soalan yang dikemukakan oleh Nazrey. Bertanyakan itu dan ini secara bertubi-tubi. Rasanya seperti duduk di dalam sauna. Mungkin lagi teruk dari ini. Nasib baik, Adlina dapat menangkis segala pertanyaan dengan jawapan yang padat berdasarkan fakta-fakta sekaligus menutup mulut si mamat serabai itu.  Kalau boleh dicekik-cekik batang leher mamat itu, akan dilakukan segera. Lelaki itu seolah-olah mahu mencari sebab.  Semua mata tertumpu kepada Adlina dan juga Nazrey. Seperti ada perang mulut di antara mereka.  Adakalanya, perkara-perkara kecil cuba diperbesarkan. Akhirnya selama tiga jam berada di atas kerusi panas, Adlina keluar dari bilik menyuarat dengan dada yang menyesakkan. Lelaki itu selalu berkelakuan seperti itu. Bila ada yang tidak kena, pasti dia akan melampiaskan rasa tidak puas hatinya terhadap Adlina. Adlina kembali ke pejabatnya dan menghempas fail-fail di atas meja sambil mengeluh. Dicapainya tas tangan jenama ‘Gucci’ dan terus keluar untuk makan tengahari bersama dengan Dr. Shahrul Ammar. Lagipun dia telah berjanji dengan Dr. Shahrul Ammar untuk makan tengahari beberapa minggu yang lalu.  Adlina memutuskan untuk makan tengahari di sebuah restoran yang menyediakan lauk pauk melayu yang terletak tidak jauh dari bangunan Saujana Holdings.

” So.. Adlina macam mana kerja?” tanya Shahrul seakan tahu gejolak yang melanda hati Adlina ketika itu.

” Biasa aje. Lots of paperwork. You macam mana pula?”

” Tapi raut muka itu tidak sama seperti apa yang you katakan. Nazrey giving you a hard time?”

” Boleh lah .” Adlina menjawab malas seakan enggan membincangkan tentang Nazrey. Nama itu memberikan dirinya pelbagai rencah rasa. Tapi saat ini, rasanya bagaikan hempedu.

“So macam mana you pula? Kerjaya doktor ni mencabar. Macam takde masa untuk diri sendiri sahaja. Asyik kena on-call dari hospital.” Adlina sedaya upaya mahu mengubah topik yang ada kena mengena dengan Nazrey a.k.a mamat serabai.

“Macam you juga. Boleh lah..” Shahrul ketawa sebelum menyedut air ais limau yang tinggal sedikit sahaja di dalam gelas.

” You punya boleh tu.. Dalam kerjaya yang agak sibuk di hospital mampu untuk belajar lagi. Ambil post-graduate degree dan tulis buku motivasi.” celah Adlina. Adlina begitu kagum dengan pemuda yang duduk di hadapannya. Walaupun sibuk, masih ada masa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan juga berkongsi ilmu dengan masyarakat dengan menulis sebuah buku motivasi. Adlina sendiri tidak mampu untuk melakukannya.  Sarjana yang diperolehi secara sambilan dari sebuah universiti di Yorkshire, UK dahulu juga amat memenatkan. Apatah lagi menulis sebuah buku motivasi atau buku-buku yang sewaktu dengannya. Itu yang menarik tentang lelaki yang bernama Dr. Shahrul Ammar.

“Alhamdullilah.  Tuhan memberikan I kelapangan masa untuk lakukannya.  Lagipun kerjaya sebagai doktor mestilah sentiasa meningkatkan diri dengan mempelajari ilmu serta teknologi terbaru. Kaedah perubatan sekarang ini telah menjalani suatu proses yang begitu komplex. Bidang perubatan terlalu luas dan memerlukan banyak pakar. Dalam perubatan, sebagai  seorang muslim dan juga doktor kita cuma dapat berikhtiar sehabis mampu. Selebihnya, kita harus bertawakkal pada yang Esa. Kerana DIA yang menyembuhkan.”  terang Shahrul lagi. Adlina begitu teruja mendengar penjelasan dari Shahrul tentang kerjaya dalam bidang perubatan. Adlina tidak mempunyai ramai rakan di dalam perubatan. Adapun mungkin di dalam bidang penyelidikan,

“I nak tanya you.. Dalam kerjaya you sebagai doktor perubatan, mesti you ada peristiwa  yang tak dapat you lupakan kan?” tanya Adlina.

” Aikkk.. you ni macam nak interview I masuk stesen tv aje.” gelak Shahrul.

“I rasa you dah tahu sedikit sebanyak tentang latar belakang famili I. I lebih suka kerjaya sebagai doktor perubatan kerana dapat membantu ramai orang. Bukan sahaja dari fizikal malah dari segi spiritual. Pernah sekali masa I sedang membuat pemeriksaan di wad-wad pesakit, I berhadapan dengan beberapa pesakit yang meminta tolong. Tapi you jangan ingat minta tolong dalam penyembuhan penyakit tapi lebih dari itu.”

” Maksud you?”

” Maksud I, mereka ni dah lama tidak bersolat tetapi mahu bersolat dan tidak tahu bagaimana mahu memulakan. Ada yang dah tak mampu berdiri tegak lagi untuk bersolat. Bila I dengar permintaan mereka, I jadi hiba. Jadi I ajarkan mereka bagaimana untuk memulakannya walau dalam keadaan mereka yang dah tak mampu lagi. Ada seorang pakcik tua ini merintih hiba kepada I.. Pintanya.. Ajarkan dia bagaimana untuk bersolat. Dia amat takut jika Allah SWT menarik nyawanya dalam keadaan kesesatan . Alhamdullilah, Allah SWT masih memberikan pakcik itu peluang melakukannya walaupun dalam keadaan dia terlantar sakit. Itu yang membuka mata dan minda I. Disaat itu I rasa amat  bertuah kerana dapat berbakti kepada pesakit-pesakit ini. ”

” ALLAH pilih you Dr. Shahrul Ammar.”  Itu yang mampu  Adlina katakan. Terkunci rapi mulutnya kerana terpegun dengan kisah-kisah pesakit yang berada di hospital tempat Shahrul bertugas.

“I pun tak tahu. Tapi I hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai seorang doktor dan juga seorang Muslim. Sebab itu I rasa tak terkilan untuk mengambil alih perniagaan keluarga. Biarlah ahli keluarga yang lain menguruskannya, Ehh, Adlina.. you tak nak balik pejabat ke? Dah hampir pukul 2 petang ni. Nanti singa mengaum pulak kalau you lambat.”  Shahrul tergelak. Adlina pula memuncungkan bibirnya. Tidak puas hati

” Alamak!! I dah lambat. Kita jumpa lagi ya.. Insha’ Allah.” Adlina mula bangun dari tempat duduk .

” Insha’Allah. Ohh lupa I nak beritahu. Jumaat depan I akan berangkat menunaikan umrah selama dua minggu lebih. I akan ke Baitulmaqdis selepas menunaikan umrah.”

” Alhamdullilah. You pergi dengan siapa?”

” Siapa lagi kalau tak dengan singa yang ada dekat pejabat you. I akan pergi juga bersama dengan beberapa ahli keluarga I yang lain.”

” Meaning.. You akan ke sana dengan Dato’ Nazrey?” Adlina bagaikan tergamam.

” Ya saya.. Cik Adlina.  Dengan Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar.”  jawab Shahrul.

” Ohhh.. Semoga selamat pergi dan pulang. I doakan semoga you sihat semasa berada di sana dan pulang dengan umrah yang mabrur. Aamin.”

Itu sahaja yang mampu Adlina katakan kepada Shahrul. Mugkin terkejut dengan berita Nazrey akan berangkat bersama dengan Shahrul untuk menunaikan umrah.

“I harap, apa jua masalah yang menimpa you. Serahkan pada DIA. Istiharahlah. Insha’ Allah, DIA akan berikan you petunjuk dan ketenangan.”

” You ni Dr. Shahrul.. macam tukang tilik lah.”

” Jangan cakap macam tu..Adlina. I bercakap berdasarkan pengalaman.” Shahrul tersenyum.

Adlina tiba di pejabat pada pukul 2.30 petang. Setengah jam lewat. Nasib baik dia tidak perlu bersolat kerana ABC ( Allah berikan cuti). Adlina mula berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Shahrul Ammar semasa makan tengahari tadi. Lelaki itu begitu hebat sekali. Tetapi kenapa masih sendirian. Lelaki seperti itu sesuai untuk dijadikan imam. Tetapi bagaimana dengan Nazrey.  Adakah lelaki itu juga mempunyai pakej lengkap. Mampu menjadi imam kepada sebuah institusi kekeluargaan. Perangai mamat serabai itu agak bermusim. Kalau musim di mana El-Nino melanda, pasti seluruh pejabat berasa bahangnya. Banyak yang Adlina pelajari semasa makan tengahari tadi.  Adlina tersentap apabila mendengar butir bicara Shahrul. Doktor muda itu banyak menyedarkannya dengan kata-katanya.

Tiba-tiba bunyi sebuah pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbitnya.

‘ Mulai esok I nak you buatkan sarapan. Karipap sardine yang ada telur . Hantar terus ke dalam pejabat I. ‘

Sedapnya mamat serabai ni memintanya membuat epok-epok a.k.a karipap.

‘ Sorry..Ini bukan kantin Makcik Temah. Salah nombor.’ Adlina menekan butang hantar di skrin telefon bimbitnya. Melampau betul ah si Mamat serabai ini. Ada ke patut disuruhnya bawakan sarapan esok. Si mamat serabai ini

Sementara menunggu balasan dari Nazrey, ada bunyi ketukan di pintu pejabat Adlina. Wajah Azean, setiausaha peribadi Nazrey berada di muka pintu. Di tangannya ada sebuah beg plastik dari pasaraya Tesco.

” Cik Adlina, boleh saya masuk?”

” Masuk lah Azean.. Ada apa yang boleh saya bantu? ”

” Eeerrr.. Cik Adlina, ini Dato’ suruh berikan pada Cik Adlina.” kata Azean dengan agak ragu-ragu sambil menghulurkan beg plastik dari pasara raya Tesco.

” Apa ni Azean?!. Ada tepung gandum, tin sardine, bawang, minyak, garam. gula.” Suara Adlina semakin meninggi.

” Ah ah ah.. Dato’ suruh saya berikan ini pada Cik Adlina. Dia kata Cik Adlina tahu apa yang harus dilakukan dengan bahan mentah ini.”  Kedengaran tersekat-sekat butir bicara dari Azean. Darah Adlina tiba-tiba menjadi mendidih.

” Ketua awak.. Dato’ Nazrey ada di pejabat tak sekarang ini.”

” Tak ada, Ini pun pemandu peribadi Dato’ yang berikan kepada saya selepas waktu rehat.”

Adlina cuba mendial nombor telefon bimbit Nazrey. Gagal kerana kemungkinan besar Nazrey berada di luar kawasan.

” Melampau betul ketua awak Azean.” kata Adlina geram.

” Bahan-bahan ini untuk buat apa Cik Adlina?” tanya Azean.

” Untuk saya tenyeh dekat muka ketua awak yang hensem belaka tu.. Da tentu untuk buat karipap sardin dengan telur. Kalau di Singapura, mereka panggil epok-epok.”

Mendengar suara Adlina yang begitu lantang, Azean kelihatan begitu cuak. Adlina tidak pernah marah-marah. Tetapi bila dengan ketuanya, dah macam dalam perang dunia ketiga. Sindir menyindir sudah menjadi amalan untuk Adlina dan Nazrey Shah Iskandar. Itu Azean sudah tahu sejak Adlina mula bertugas di Saujana Holdings. Ada sahaja perkara yang menjadi sindiran untuk mereka berdua. Dah jadi macam kucing dengan anjing lagaknya. Tetapi  Azean tahu yang Adlina akan berkelakuan begitu dengan ketuanya. Dengan staf yang lain, Adlina begitu peramah dan baik hati. Tidak sombong malah akan membantu jika pekerja di Saujana Holdings mempunyai sebarang masalah.

” Tu apa pula majalah di tangan awak? Awak pun baca ruangan gossip jugak Azean?” tanya Adlina.

” Eeeerr.. eeerr.. Ni dalam majalah ada berita mengenai pertunangan Dato’ Nazrey dengan Sharifah Sarina. Di ruang lain pula, Sally menafikannya. Katanya Dato’ Nazrey akan berkahwin dengannya. Tapi berita pertunangan Dato’ ni memang betul. Tan Sri pun ada beritahu juga. Double confirm! ”

“Aiseybedah.. Awak ni boleh layan cerita bodoh ni semua. Biarlah Dato’ nak kawin dengan Sarina ke Sally ke selipar ke? Asal dia bahagia dan tak mengganggu ketenteraman awam.”

“Ahem!!” Suara garau berdehem dengan kuat sekali.

” Arrr Arrr.. Dato’.. Saya naik ke pejabat dulu.” Tiba-tiba Azean meminta diri untuk beredar. Mukanya berubah menjadi pucat. Adlina pula mendongak untuk melihat gerangan siapakan yang berdehem dengan kuat sekali.

” Berkahwin dengan you dikirakan mengganggu ketenteraman awam ke Cik Nurina Adlina?”  Nazrey sudah berdiri di hadapan meja pejabatnya. Lelaki itu masih segak dengan sut lengkap dengan sebuah senyuman yang sukar untuk ditafsirkan

Adlina tergamam.

epok epok