Monthly Archives: April 2014

Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 23

Standard

Tiga minggu telah berlalu, keadaan Saujana Holdings begitu tenang tanpa sebarang gangguan dari wanita-wanita yang tidak cukup kain ingin bertemu dengan lelaki idaman Malaya.

Adlina pula begitu sibuk sejak kebelakangan ini menguruskan beberapa projek semasa ketiadaan Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar. Urusan di pejabat pula diambil alih oleh Nizam yang kembali dari Dubai menggantikan mamat serabai itu. Rasanya Adlina lebih serasi bila berusan dengan Nizam jika dibandingkan dengan Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar a.k.a mamat serabai.

Sedang asyik Adlina mengadap computer, ketukan di pintu bilik pejabatnya menyentakkan dirinya. Terpacul wajah Kak Nor di balik pintu kayu pejabatnya.

” Pssssttt.. Lin. Dato’ dah ada di pejabat. Mengamuk sakan betul orang tua tu. Muka berkerut-kerut macam tapai basi tadi. Taufan Katrina dah bertiup kencang”

” Kak, macam mana you tahu. Dato’ tak beritahu apa-apa pun pasal dia balik this week. I thought his flight from London next week kan?” Adlina cuba mengingati apa yang diberitahu oleh setiausaha Nazrey beberapa minggu yang lepas.

” I heard he was forced to get engaged next month. Biasalah dengan perempuan tak cukup kain tuuut tuuut. Baru tadi terserempak dengan dia. Ni nak kasi ‘alert’ sikit. Sediakan topi keselamatan sebelum bom meledak.” terang Kak Nor lagi.

“Si minah catwalk ke atau minah perasan jambu? You ni betul dah macam CNN ah Kak. Macam mana tahu?” tanya Adlina sambil tergelak. Kak Nor memuncungkan bibirnya

“Awak ni pun.. Cik Kak.Ehhh.. Biasalah.. Tan Sri dengan budak management semua kamcing. Tan Sri pun balik sekali dengan Puan Sri. Katanya nak uruskan majlis pertunangan tu dengan segera. Nampak gayanya tak kesampaian kakitangan Saujana Holdings nak lihat Cik Adlina dengan Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar kita tuuu..”

“Simpang malaikat empat puluh empat. Tak mahu saya nak kahwin dengan si mamat serabai mulut tak cukup insuran tu. Macam mana you all ni boleh terfikir saya dengan si mamat serabai tu. Eeee.. tak nak lah saya.”

“Jangan dibenci seseorang tu cik kak oiii.. Nanti dialah orang yang paling dicintai dan disayangi.”

” Dah lah kak oiii… Nanti si bom nuclear tu meledak nampak kita bersembang. Habis pasu bunga dalam pejabat ni.” Adlina ketawa terkekek-kekek.

“Ok.. Ok. Kakak jalan dulu. Jangan lupa eh.. topi keselamatan. ”

Adlina meneruskan kerja yang masih terbengkalai. Ahhh.. lelaki itu sudah pun kembali. Apapun Adlina pasti kerja yang disuruh oleh mamat serabai itu sudah pun selesai. Tiba-tiba, interkom di bilik pejabatnya berbunyi. Sebelum Adlina sempat berkata-kata, suara garau yang bergema seolah-olah boleh memecahkan gegendang telingannya.

” Adlina, come to my office now!!!”

Mamat serabai ni kalau suara macam penyanyi Ibnor Riza sedap juga. Ni dah suara macam tertelan mikrofon. Belum sempat Adlina bersuara, interkom sudah dimatikan. Arggggghhh!!! Bentak  hati Adlina. Mamat serabai ni memang dah sah wayar di kepalanya tercabut sejak balik dari London. Dengan pantas, Adlina mengambil Ipad dan melangkah naik ke pejabat ketuanya.

Sampainya Adlina aras dimana terletaknya pejabat Dato’ Nazrey Shah Iskandar a.k.a mamat serabai, setiausaha lelaki itu terus menyuruhnya masuk ke dalam bilik ketuanya. Setelah membaca sepotong doa untuk menghentikan darah gemuruh, Adlina memulakan langkahnya masuk ke dalam bilik Nazrey. Entah kenapa, acap kali mahu bertemu dan bertentang mata dengan mamat perasan eksyen ni, hatinya bagai dipalu kompang.

Dari mula bertemu dengan mamat ni ketika berada di Cardiff, hatinya bagai terasa mahu meletup dan tidak tenteram. Entah-entah, mamat ni ada pakai susuk ke. Ishhh!! Adlina cuba menepis segala hasutan yang kini berlegar di mindanya. Takut-takut terjadinya fitnah. Fitnah itu lebih besar dosanya dari dosa membunuh. Setibanya Adlina di muka pintu kelihatan lelaki itu sedang menunduk menulis sesuatu. Sut yang tersarung di badan sasa lelaki itu membuatkan dirinya kelihatan begitu segak dan tampan. Nazrey begitu asyik menulis sesuatu tanpa menyedari kehadiran Adlina di hadapannya. Nampak macam buat bodoh saja mamat ni, getus Adlina perlahan.

“Eheeemmmm!!!”  Adlina berdehem dengan sekuat hatinya. Nazrey kemudian mendongak lalu memandang terus ke arah Adlina.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh” Nazrey  memulakan mukadimahnya. Intonasinya seperti memerli Adlina. Raut muka Nazrey hanya Tuhan sahaja yang tahu. Begitu sinis sekali. Adlina terkelu seketika. Mukanya merah bagai menahan malu kerana sepatutnya dia memberikan salam. Adlina kemudian menjawab salam dengan panjang lebar seperti memulangkan paku buah keras kepada Nazrey. Adlina kemudian menarik kerusi yang ada di hadapan meja Nazrey.

” Haiii… belum jemput duduk, dah ‘self-service’ sendiri ke? ” suara Nazrey bergema, memecah kesunyian di dalam bilik pejabatnya yang agak luas. Panorama kota dapat dilihat dengan jelas. Adlina segera bingkas bangun dari tempat duduknya.

“Duduk.. I usik you aje.”  Nazrey seraya berkata menyuruh Adlina duduk kembali. Ini mamat eh.. minta kena ‘pelangkung’. Getus Adlina dalam diam.

” Sebelum tu I nak tanya you.. You sihat?” Pertanyaaan dari Nazrey kedengaran begitu pelik sekali. Tadi mengikut Kak Noreha, angin ribut taufan mamat ni kurang elok. Macam okay aje.

” Errrr.. sihat. Alhamdullilah. Belum lagi nak mati.” jawab Adlina. Kata-katanya terluncur laju tanpa memikirkan akibatnya nanti. Itulah, kata bidalan orang tua-tua terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

” Yelah kan.. kalau dah nak mati, takkan you depan I. ” Nazrey ketawa terbahak-bahak. Dah kenapa pula dengan lelaki ni. Angin ribut taufan dia jadi angin sepoi-sepoi bahasa ke. Bisik hati kecil Adlina.

” I panggil you ni nak tanya tentang serba sedikit tentang hal pejabat. I tahu you dah selesaikan banyak perkara. Tapi I nak latest update tentang projek-projek yang di dalam pemantauan you.” Adlina terus terus menerangkan dengan terperinci maklumat yang diperlukan oleh Nazrey.

Lagipun kebanyakkan projek-projek yang berada di dalam pemantauan Adlina bernilai jutaan ringgit. Nazrey mendengar segala penerangan dari Adlina dengan begitu kusyuk sekali. Adlina perasan adakalanya mata lelaki itu bagai meneroka segenap inci  wajahnya. Tapi Adlina dengan segera menepis segala perasangka. Setelah selesai segala penerangan yang diberikan oleh Adlina, dia kemudian meminta diri untuk keluar. Selagi dia tidak keluar dari bilik pejabat lelaki itu, nafasnya seakan sesak. Ini bukan pertama kali Adlina merasakan sedemikian. Setiap kali bila berhadapan dengan lelaki tu, Adlina berasa kurang selesa.

” Adlina.. wait!” Suara garau itu bergema setelah Adlina melangkah beberapa tapak menuju keluar dari ruang pejabat. Adlina segera menoleh kebelakang. Lelaki itu kelihatan sedang menghulurkan sekeping kad ke arah Adlina.

” Please cancel all your appointment tomorrow. Dinner with Saujana Holding’s clients. Official opening of our newly developed business centre. I’ll pick you up at 7.30 p.m. after maghrib.” Adlina mengetap bibirnya menahan marah. Lelaki ini betul-betul merimaskan dan berlagak seperti seorang diktator. Semua mesti ikut perintahnya. Rasanya seperti berada di dalam pemerintahan ‘kuku besi’.

” Do I have a choice Dato’?” tanya Adlina.

” No. You don’t.” Nazrey menjawab dengan ringkas. Kemudian mata lelaki itu beralih ke papan kekunci yang berada di hadapannya. Adlina pula masih tercegat dan tidak puas hati dengan cara Nazrey. Nazrey pula menyedari Adlina masih belum berlalu dari bilik pejabatnya.

” Anything else?”

” Dato’.. why me?” Adlina bertanya. Nada suaranya menggambarkan ketidakpuas hati dengan cara lelaki itu.

” You are asking a stupid question, Adlina.”

Apa?? Soalan bodoh.. Ini dah melampau.

” Dah tentu you.. sebab you kan pengurus kanan bahagian business development. Takkan I nak bawa Makcik Kiah, tukang gaji I yang ada di rumah. Kalau dah tak ada apa-apa, you tunggu pukul 7.30 malam esok. I ambil you. Or you prefer to be chauffeured driven.” Kata-kata terakhir mamat serabai ni menyentakkan Adlina. Macam tahu-tahu aje mamat ni yang Shahrul mengambilnya mengunakan pemandu peribadi.

“Tak apa, Dato’. I boleh ambil naik teksi.”

” No.. I’ll pick you up. Just wait.”

Adlina kemudian berlalu dari bilik pejabat lelaki itu dengan perasaan yang begitu sebal. Hati ingin menyambung kerja yang terbengkalai seakan tawar. Adlina kemudian berlalu pergi ke pantri. Mungkin secawan kopi dapat melegakan hati yang sedang mendidih.

 

images

 

 

 

 

 

 

Advertisements