Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 40

Standard

Suasana di dalam ruang kondominium milik kedua orang tuanya penuh sesak dengan saudara mara serta sahabat handai. Ramai yang membawa kuih muih, gubahan untuk hantaran bagi pihak lelaki. Adlina menghelas nafas panjang Entah kenapa debaran di dada semakin berombak kencang. Adlina Nampak begitu anggun dengan busana yang dipakainya yang ditempah khas dari seorang pereka fesyen yang terkenal di Malaysia..

Kain jenis chiffon berona krim serta tudung dari rona yang sama dipakainya pada hari pertunangan sekaligus pernikahannya pada hari itu. Solekan yang nipis menambahkan seri di wajahnya. Adlina mahukan sesuatu yang agak sederhana. Bilik yang dihuninya sejak setahun lalu telah diubah menjadi sebuah bilik yang begitu cantik sekali dan bakal menjadi saksi upacara yang akan merubah tiga ratus enam puluh darjah kehidupan peribadinya kelak. Penghawa dingin yang ada di dalam bilik yang dihiasi serba indah itu tidak mampu meredakan kegelisahannya. Merah inai di jari di pandangnya sepi.

“Lin, baca selawat banyak-banyak. Kita semua tahu kau gementar.” ujar Fatin, salah seorang sepupunya yang duduk di dalam bilik.

“Gementar tu bakal hilang bila nampak cik abang nanti.” kata-kata dari salah seorang makciknya disambut dengan hilaian tawa.

“Pssst….!! Pengantin lelaki dah sampai. Dah lah kaya raya, handsome pulak tu.” kata salah seorang sepupu Adlina di situ.

“Mulut kau tu boleh diam sikit tak.” celah Fatin.

Upacara menyarungkan cincin tunang dilakukan oleh Ninda Zahara. Adlina hanya menjadi tunangan orang selama lima belas minit dan selepas tu bakal menjadi seorang isteri.

“Aku terima nikah Nurina Adlina Bte Adnan dengan mas kahwinnya tiga puluh ribu dollar tunai.” Suara garau itu memecah kesunyian ruang tamunya yang kecil itu. Dan kini dia sah menjadi seorang isteri.

Gelarannya kini bertukar menjadi Datin Wira Hjh Nurina Adlina Bte Hj Adnan.

Di mana dia berada sekarang ini adalah keputusan yang dibuat bersama dengan Dr. Shahrul Ammar. Setelah memikirkan semasak-masaknya, akhirnya Adlina dan Shahrul membuat keputusan untuk membatalkan semuanya. Kedua belah pihak sudah diberitahu. Sukar untuk Adlina serta Shahrul menerangkan kepada kedua orang tua mereka. Jenuh Adlina dan Shahrul menjawab segala persoalan. Akhirnya sebulan yang lalu, keluarga Dr. Shahrul Ammar datang berjumpa dengan orang tuanya untuk membatalkan majlis pertunangan yang bakal diadakan.

Tidak lama kemudian Nazrey datang bertemu dengan Puan Zulaikha dan Encik Adnan. Pada mulanya Adlina menolak sekeras-kerasnya Nazrey untuk dijadikan teman hidupnya sehingga Adlina mengambil keputusan untuk lari ke bumi Inggeris seketika. Dua minggu di sana, Adlina cuba menenangkan hati dan fikirannya yang sedang diamuk badai. Adlina tidak bersedia untuk bersama dengan mana-mana lelaki. Baru sahaja dia membatalkan majlis pertunangannya yang bakal diadakan. Dan kini Adlina terpaksa berdepan dengan satu lagi masalah. Selama dua minggu dia menyepi , Nazrey mencarinya hingga ke bumi Inggeris.

Daun-daun mula berguguran ke bumi. Pohon-pohon menghijau mula bertukar warna menjadi kuning keemasan. Cuaca yang dingin pada akhir bulan Oktober tidak mampu menyejukkan hati Adlina ketika itu. Kedua orang tuanya tahu dia ingin menyendiri buat seketika. Di Lister Park dia duduk termangu seorang diri memikirkan semua yang telah terjadi sejak kebelakangan ini. Sebelum Adlina berlepas ke London, Shahrul juga sempat berpesan supaya menjaga dirinya semasa jauh berada di perantauan. Walaupun tidak menjadi tunangan Shahrul, lelaki itu sungguh baik sekali. Malahan lelaki itu yang banyak menyokong dan mempertahankan Adlina ketika mereka mahu membatalkan majlis pertunangan yang bakal diadakan.

“Nurina Adlina..”  Suara itu seperti pernah didengarinya. Suara garau milik seorang lelaki yang banyak menyusahkan kehidupan peribadinya, Kenapa lelaki itu berada di sini sedangkan hanya Shahrul serta kedua orang tuanya yang tahu di mana dia berada. Mungkin ia hanyalah khayalan semata-mata.

“Nurina Adlina Adnan.” suara itu memecah keheningan suasana di Lister Park. Taman yang banyak meninggalkan kesan di dalam hidupnya.

“Lister Park ini adalah tempat di mana kita bertemu beberapa tahun yang lepas. Dan di sini juga kita bertemu sekali lagi.” Suara itu bergema sekali lagi. Adlina pandang sekeliling tetapi tiada seseorang yang dikenalinya berada di taman itu.  Bangku kayu yang dihuninya selama sejam yang lalu tiba-tiba diduduki seseorang. Wangian Hugo Boss yang amat dikenalinya menusuk hingga ke rongga hidungnya.

Dipandangnya ke arah kanan tempat duduk yang diperbuat dari kayu. Susuk tubuh seorang lelaki yang amat dikenalinya. Susuk tubuh yang sasa dan kulit kemerah-merahan akibat dari cuaca yang agak dingin ketika itu sedang memandang sepi ke arah  tasik yang ada dihadapannya. Lelaki itu memakai baju sejuk dan sehelai muffler berwarna kelabu dililit di bahagian lehernya.

“Banyak kenangan yang ada di taman ini kan..” Nazrey berkata perlahan. Adlina yang duduk di sisinya menyepikan diri.

“Kalau you nak tahu, I selalu ke sini bila datang berjumpa dengan Nadia. Selalunya I tak akan ke rumah sewa you kerana I tahu semua yang ada di situ pelajar perempuan. Lagipun I rasa tidak manis walaupun berada jauh dari kampung halaman.”

“I selalu lihat you duduk di bangku ini sambil menulis tesis you setiap petang selepas kuliah you di university tempat you dan Nadia belajar. Pada mulanya I tak tahu you teman serumah dengan Nadia sehingga satu hari I dengan Nizam datang ke rumah sewa you. ” kata Nazrey perlahan. Adlina tetap membatukan dirinya.

“I first saw you when you were still studying as an undergraduate at University of Leeds. You were so naïve at that point of time. Then I came to know that you were engaged with someone else. I lost hope” ujar Nazrey lagi.

“I jumpa you sekali lagi semasa you bercuti di Cardiff. I tak sangka wanita yang I harap bertemu sekali lagi berada betul-betul dihadapan mata I.”

“Tapi you lelaki yang sangat menjengkelkan Dato’ Wira Nazrey” dengus Adlina dengan muka yang cemberut.

“I tahu I menjengkelkan and stop addressing me Dato please.” ketawa Nazrey.

“Tapi itu memang you. Pangkat you!.” jerkah Adlina.

“Pangkat, nama dan harta tak bawa ke liang kubur. Yang ada hanyalah amalan.” ujar Nazrey tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Kulitnya yang cerah, muka yang agak tampan dan tubuh yang sasa menjadi kegilaan ramai anak gadis di luar sana termasuklah Sharifah Sarina dan Sally mahupun Dania bekas kekasih Nazrey.

“Macam mana you tahu I di sini? You datang ke sini buat apa?”tanya Adlina laju seperti peluru berpandu

” I just made a wild guess. You nak tahu I buat apa? Buat apalagi..jemput you balik dan ubatkan hati you yang berduka. Dan I nak you jadi  isteri I.” jawab Nazrey bersahaja.

“Nonsense!”

“Apa yang ‘nonsense’? Betul lah. You ingat I bergurau. I tak pernah bergurau selama ini bila I kata I nak you jadi isteri I.You saja yang selalu menidakkannya.”

“I juga tak bergurau Dato'” balas Adlina.

“All  I want is to grow old with you Adlina. Fullstop!”

“You ni siuman ataupun tak? Mana you nak letak Sharifah Sarina?”

“Buat pengetahuan you.. tak akan ada Sharifah Sarina, Dania mahupun Sally atau mana-mana perempuan selain dari you” tegas Nazrey.

“You kan tunang Sharifah Sarina.” kata Adlina.

“Adlina, terlalu banyak yang berlaku setelah you berhenti dari Suajana Holdings.Terlalu banyak untuk I ceritakan satu persatu. Biarlah.. Suatu hari nanti I pasti cerita semuanya kepada you. Dan yang paling penting you masih berhutang penjelasan dengan I kenapa you berhenti mendadak.” Terdengar keluhan berat dari Nazrey.

“You tak akan faham.”

“Then make me understand Adlina!”

“Susah!”

“Apa yang susah sangat Adlina?”

“Entah!”

“Ya Allah!!.. sekejap susah. Sekejap entah. Yang mana satu sebenarnya?” balas Nazrey.

“Boleh tak you jangan mendesak I?” pinta Adlina.

“I mendesak ke?” tanya Nazrey

“Ya. You suka mendesak”

” I tak akan lepaskan you kali ini. I akan bawa mama I jumpa dengan Aunty Zulaikha dan Uncle Adnan untuk pinang you. I rasa mama I akan menjadi orang yang paling gembira bila mendapat tahu bakal  menantunya ialah you. Keputusan I Mmktamad!”

“You ni dah melampau. Berani you buat macam gitu.”

“You jangan cabar I, Adlina.” balas Nazrey.

Selang beberapa minggu selepas Nazrey bertemu dengan Adlina, Puan Zulaikha menyuruhnya segera pulang ke Singapura untuk membuat persediaan untuk majlis pertunangan dan persandingannya. Tarikh yang dipilih adalah tarikh yang sama Adlina sepatutnya bertunang dengan Dr. Syed Shahrul Ammar. Pada mulanya Adlina enggan pulang tetapi setelah didesak oleh Puan Zulaikha dan Encik Adnan, Adlina pun pulang ke Singapura. Dan kali ini tiket penerbangannya dari London ke Singapura dibiayai oleh Nazrey sepenuhnya dan ditempatkan di dalam penerbangan kelas pertama.

 

British-Airways-A380-First-Class-06

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s