Monthly Archives: September 2014

Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 28

Standard

Apabila Adlina tersedar, dia mendapati berada di sebuah bilik yang agak asing. Kepalanya berdenyut.Terasa ngilu bercampur bisa mencengkam di segenap urat sendi. Adlina cuba mengangkat tangannya namun jarum halus yang ditusuk masuk ke tangannya disambungkan dengan wayar yang masih tergantung disebelah katil menyukarkan pergerakannya. Adlina cuba mengingati segalanya namun masih samar.

Matanya mula menerawang di sekitar bilik yang didudukinya. Susuk tubuh seorang lelaki kelihatan dari jauh sedang duduk di atas sejadah  yang dihamparkan mengadap dinding bersebelahan pintu masuk biliknya. Lelaki itu masih di dalam baju pejabat. Agak sukar untuk Adlina mengetahui siapa lelaki itu. Takkan Dr. Shahrul. Adlina cuba meneka. Padangannya tersekat kerana ada beberapa buah jambangan bunga serta hamper yg diletakkan di atas meja berhadapan katil.

Suhu di dalam bilik pada ketika itu amat dingin. Adlina cuba bangun sedikit dari posisi pembaringan namun segalanya agak sukar. Tidak lama kemudian, seorang wanita yang memakai pakaian jururawat masuk ke dalam untuk mengambil suhu badannya dan tekanan darah. Lelaki itu kemudian bangun dari hamparan sejadah apabila terdengar pintu yang tertutup rapat dibuka. Ya Allah!! Dato’ Nazrey Shah Iskandar rupanya lelaki yang sedang melakukan solat. Apa sebenarnya yang berlaku. Pastinya, Adlina menyedari yang dirinya kini terlantar di bilik wad sebuah hospital.

” Maaf Cik, saya nak ambil suhu badan dan tekanan darah.” kata jururawat itu. Masih dalam keadaan terpinga-pinga, Adlina mengganguk lesu. Dalam masa sepuluh minit, suhu badan dan tekanan darah diambil. Adlina ternampak Nazrey bangun dari tempat dan menuju ke arah katil yang menempatkan dirinya di situ. Setelah melaksanakan tugasnya, jururawat yang bernama Shafika berlalu pergi.

” Pukul berapa sekarang? Saya di mana sekarang? Macam mana Dato’ ada di sini bersama dengan saya?” tanya Adlina bertubi-tubi. Nazrey meraup wajahnya dan mengeluh perlahan. Dirapatkan tubuh sasanya di tepi katil dan duduk di kerusi yang disediakan. Adlina pula membisu seribu bahasa menjadikan ruang wad hospital menjadi sepi. Entah mengapa mulut kedua-duanya bagai dikunci seolah-olah tiada apa yang  harus diperkatakan. Kepala Adlina  berdenyut-denyut secara tiba-tiba.  Melihat keadaan Adlina yang masih lesu dan pucat, Nazrey cuba menanyakan keadaan Adlina.

” Masih sakit lagi?” tanya Nazrey perlahan. Nazrey seolah-olah tidak mahu menjawab soalan-soalan yang dilontarkan terhadapnya. Panahan anak matanya terus menusuk ke tangkai pintu  Adlina. Suara jantan yang terlontar dari Nazrey mula kedengaran. Bibirnya kelihatan tersungging sedikit dengan senyuman. Aduhai hati, janganlah berdetak sekuat hati, desis Adlina. Nazrey masih terserlah ketampanannya walaupun dalam pakaian kasual.

“Tak.. sedaaap Dato.” gumam Adlina perlahan.

” Apa dia..?! Sila ulang lagi. Macam kurang jelas di pendengaran I”. balas Nazrey lagi.  Adlina mengetap bibirnya dan menggelengkan kepala.

” By the way,  Dato’ belum lagi jawab soalan-soalan saya tadi” Adlina cuba menepis perasaan yang begitu halus dan tulus yang mula mekar tatkala lelaki itu berada berdekatan dengannya. Bilik wad ini hanya menempatkan seorang pesakit kerana Adlina perasan hanya satu katil sahaja yang berada di dalam bilik wad.

” Dah sakit pun masih ada tenaga nak bertekak? hmmmmm….” gumam Nazrey sambil tersenyum.

” Before I answer to your never ending questions.. jawab soalan I dulu. Cik Adlina, mana you letak mata you sewaktu menyeberang jalan. Letak dekat lutut eh? Nasib baik tidak ada apa-apa yang berlaku dan Shahrul ada bersama you”  kata Nazrey panjang lebar dan dalam nada geram. Adlina hanya membisu seribu bahasa. Kemudian, dia mula mengingati kejadian yang berlaku. Kotak ingatannya mula memainkan rakaman apa yang telah terjadi sewaktu dia menyeberang jalan. Sebuah kereta hitam tiba-tiba menerpa menuju ke arahnya secara tiba-tiba. Dan Shahrul menolaknya untuk menyelamatkan dirinya dari dilanggar oleh kenderaan itu. Selepas itu, dia langsung tidak sedar apa yang berlaku. Bila tersedar, dirinya sudah berada di hospital.

” Dato’.. kalau tak tahu cerita yang sebenarnya. Jangan main tuduh-tuduh ya. I tak macam tu. I don’t know when the black car started approaching me. It was too sudden Dato’.  All I knew at that moment Shahrul saved me. After the incident, my mind went black. Didn’t know that I ended up in the hospital. And by the way, how’s Dr. Shahrul? Is he alright?” Adlina cuba melihat di keliling bilik wadnya mencari kelibat Shahrul.

” Okay. Fine. I’m so sorry. If you are looking for Shahrul, he left about an hour ago. Alhamdullilah, dia okay sahaja. ” Suaranya agak mendatar bila Adlina menanyakan tentang Shahrul.

” Untuk menjawab soalan-soalan you tu tadi. Sekarang dah hampir pukul sepuluh malam. I datang ke sini setelah mengetahui you dimasukkan ke dalam hospital setelah hampir dua jam you tak kembali ke pejabat. Instinct I kuat mengatakan you dalam kesusahan. Dan kebetulan, Shahrul menelefon I memberitahu  yang you dibawa ke hospital akibat kemalangan. Nasib baik tak serious.” Nazrey mendengus.

“Dato’,  I hope you tak inform my family di U.S sebab I tak nak mereka susah hati.” pinta Adlina bersungguh-sungguh.

” If you tak nak I inform mereka, please promise me that you will take good care of yourself while I’m away. I tak nak apa-apa kejadian yang buruk berlaku pada you lagi. I want to see you in one piece and in pink of health when I ‘m back from umrah in two weeks time.” kata Nazrey dengan nada yang tegas. Adlina hanya mengangguk perlahan. Bukannya ni si mamat serabai jaga dirinya dua puluh empat jam, bisik hati Adlina. Adlina mencebikkan bibirnya.

Tidak lama kemudian, Nazrey meminta diri untuk pulang kerana waktu ziarah di hospital sudah tamat.  Sebelum berlalu pergi, Nazrey sempat menitipkan pesan supaya Adlina menghubunginya jika dibenarkan keluar dari hospital.

” Tak per lah Dato’. Menyusahkan Dato’. Nanti saya boleh ambil teksi sahaja.” Adlina menolak pelawaan itu dengan sopan.

” Siapa kata I nak ambil you dari hospital?”

“Huh?! Ohhh bukan eh. Sorry ya. ” Muka Adlina tiba-tiba menjadi merah. Takkan salah dengar atau salah tafsir ayat si mamat serabai tu tadi.

Tidak lama kemudian, Nazrey meninggalkan Adlina keseorangan di bilik wad dalam keadaan bengang. Mamat serabai ini betul-betul menyakitkan hatinya. Bukan sahaja sakit luaran tapi sekarang sakit itu bagai sudah menular ke dalam ulu hati Adlina. Adlina menoleh ke kiri dan mendapati sebuah jambangan bunga tulip bewarna ungu berada di meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Sebuah anak patung beruang juga ada bersama dengan jambangan bunga tulip. Tiba-tiba sekeping kad yang cantik sekali jatuh di atas riba Adlina. Dengan segera Adlina membuka kad yang terjatuh.

‘Because of you, I know what love is. Because of you I know how to smile & be happy. Please get well soon so that we can resume our cat & dog fight’

Yours Sincerely,

DW Nazrey Shah Iskandar @ Mamat serabai.

Adlina mengetap bibirnya saat membaca secebis coretan dari mamat serabai merangkap ketuanya di pejabat. Lelaki itu sentiasa menyesakkan dadanya.

 

 

 

 

Advertisements