Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 13

Standard

Sebaik sahaja Adlina tiba di tingkat 20 yang menempatkan bilik pejabat Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Saujana Holdings serta beberapa orang kanan syarikat tersebut, Adlina menapak masuk ke dalam pejabat itu. Pada ketika itu, jatung Adlina bagaikan hendak meletup. Suhu di badannya terasa sejuk. Takkan hendak berjumpa Penegrusi Eksekutif pun dia berasa seram. Tapi jumpa Pengerusi Eksekutif ni ada sikit kelaianan. Mata Adlina meliar memerhatikan ruang pejabat yang agak luas. Seorang wanita muda yang berbaju biru sedang menunduk menulis sesuatu. Di atas mejanya tertulis namanya ” Azean”  Adlina terus melangkah masuk menuju ke meja itu. Azean terus mendongakkan kepalanya dan memberikan senyuman.

” Cik Adlina , tunggu sebentar ya. Cik boleh duduk di situ dahulu. Nanti saya beritahu Dato’ tentang kedatangan Cik Nurina Adlina” Azean terus menujukkan Adlina sofa mewah yang berada di tepi pejabat itu. Tanpa berlengah lagi Adlina terus duduk di situ. Kakinya terasa sakit akibat melecet. Kalau dia tahu, dia akan memakai flat shoes yang agak selesa. Adlina terasa hendak berkaki ayam sahaja pada saat itu. Ditanggalkan kasutnya sedikit. Ahhh, pedulikan orang yang melihat. Adlina tidak kisah lagi. Lagipun, kakinya terasa terlalu pedih tetapi cuba ditahannya sebaik mungkin.

” Dato’, Cik Nurina Adlina di luar.  Ya.. Ya.. Ok.  Dato’. I’ll get her to come inside” kata Azean di talian. Sebaik mematikan panggilan interkom, Azean terus menyuruh Adlina masuk ke dalam bilik yang berada sedikit jauh dari meja pembantu peribadi yang bernama Azean.

Adlina berjalan melintasi beberapa bilik yang ditutup rapat. Terdapat beberapa nama di situ dan diantara yang tertulis di pintu kayu ialah Tan Sri Hishamuddin, Pengerusi Saujana Holdings. Adlina mengetuk pintu beberapa kali sebelum dia dibenarkan masuk sebaik sahaja dia berada di hadapan pintu bilik pejabat Pengerusi Eksekutif syarikat itu..  Adlina memulas tombol pintu sebelum menolak daun pintu. Adlina menapak perlahan menuju masuk ke dalam bilik pejabat. Kelihatan lelaki yang begitu segak dengan sut sedang kusyuk menaip  sesuatu di komputer ribanya. Beberapa helai plan bergulung diletakkan di atas meja kayu yang mewah.. Di satu sudut di dalam bilik itu terdapat juga sofa kulit yang mewah. Berbanding dengan bilik pejabat Adlina di tingkat 18, bilik Pengerusi Eksekutif ini begitu luas. Tingkapnya yang luas ditutupi setengah dengan tirai bagi menghalang terlalu banyak pancaran matahari masuk menembusi bilik itu. Suara garau tiba-tiba menembusi gegendang telinganya.

” Duduk”. Nazrey kemudian menyuruh Adlina duduk di kerusi berhadapan dengannya. Adlina hanya menuruti kata lelaki ini. Nazrey berdehem sedikit kuat menyetakkan Adlina. Aduhhhh.. khayal lagi.

” Selamat datang ke Saujana Holdings. Saya kira awak sudah tahu siapa saya” kata Nazrey lagi. Mukanya kelihatan begitu serius sekali.

“Maaf. Saya tak kenal awak.” Tiba-tiba kata-kata itu terus meluncur dari bibir Adlina. Alamak!! Kenapa pulak aku jawab macam gitu, getus Adlina perlahan. Muka Nazrey kelihatan merah padam. Mungkin marah atau mungkin geram. Kening Nazrey dijongketkan sedikit. Lelaki itu begitu kemas dengan pakaian satu sut hitam dan bertali leher bewarna biru. Adlina mengagak mungkin sut itu berharga ratusan ringgit

” Ok..Baik Cik Nurina Adlina. Saya perkenalkan diri saya. Sata Dato Wira Nazrey Shah Iskandar Tan Sri Hishamuddin, Pengerusi Eksekutif Saujana  Holdings dan majikan kepada awak.” Nazrey bangun dari tempat duduknya seraya memperkenalkan dirinya. Tangan kanannya dihulurkan ke hadapan Adlina. Adlina membuntangkan kedua-dua matanya dengan kelakuan lelaki yang sedang berdiri di depannya

” Maaf Dato’. Saya bukan muhrim Dato’. Jadi tak boleh ‘shake hand’ lah dengan Dato’. Harap Dato’faham. Saya Nurina Adlina dari Eden Consultants.” Adlina pula memperkenalkan dirinya. Suasana di bilik pejabat Nazrey begitu tegang. Raut wajah Nazrey semakin merah menahan malu dan marah. Adlina pula menundukkan mukanya ke bawah. Dapat dirasakan waktu itu, panahan anak mata Nazrey menikam terus ke wajah Adlina.

” Okay then. Have a sea t” Nazrey menyuruh Adlina duduk.  Nazrey pula membetulkan kot di badan serta tali leher bewarna biru sebelum mengambil tempat duduknya. Adlina pula terus duduk bertentangan dengan Nazrey.

” Saya berharap kita berdua dapat bekerjasama dengan sebaik mungkin. Mungkin Danny ada menjelaskan serba sedikit perincian tugas you di sini. Kebanyakkan tugas you ada bersangkut paut dengan tugas I. Sebagai pengurus kanan di bahagian strategik dan business development, you akan selalu dihantar bertugas ke luar daerah bersama dengan I. But at the meantime you will handle a few development projects around Klang. Nizam have kicked off the project, so all you need to do is to continue to oversee the project since Nizam was posted to Dubai two weeks ago. And I know you have done your audit over Dubai. “

Nazrey  kemudian menerangkan kepada Adlina perincian tugasnya di Saujana Holdings  dengan lebih lanjut sebelum pintu pejabatnya ditolak dengan kasar. Adlina hanya mendengar dengan teliti. Lelaki di hadapannya kelihatan begitu professional bila menjalankan tugas. Bak kata Inggeris, ‘No hanky panky business.’  Tidak lama kemudian, Adlina dikejutkan dengan seorang wanita yang berpakaian seksi betul-betul berada di muka pintu.  Ya Allah, perempuan tak tahu malu ni dah macam cukup kain. Dah lah tak ada adap bila masuk bilik pejabat. Main terjah aje. Bisik hati kecil Adlina. Di belakang wanita seksi itu, Azean yang kelihatan begitu serba salah.

” Dato’…Maaf,  I dah cuba halang Cik Sally..” kata Azean dengan sedikit gugup.

” Its ok Azean. You may leave.” Nazrey bangun dari tempat duduknya. Adlina sedikit terkejut dengan perlakuan Sally yang dirasakan begitu biadap sekali. Adlina memandang kedua-duanya dengan pandangan yang kosong.  Sally atau nama sebenarnya Salimah adalah salah seorang peragawati terkenal di Malaysia. Wajahnya yang sentiasa disolek dengan solekan yang agak tebal. Gincu di dioleskan dibibirnya warna merah seumpama biji saga. Baju yang begitu singkat hingga menampakkan kulit putihnya. Meluat Adlina melihat tingkah laku perempuan yang gedik. Adlina teringat dia pernah terbaca e-majalah di internet. Sally pernah juga dikaitkan dengan beberapa orang kenamaan. Tetapi yang paling terserlah dan paling ‘hot’ adalah gosipnya bersama dengan Nazrey. Tetapi seingat Adlina, yang selalu bersama dengan Nazrey ialah Sharifah Sarina Dato’ Syed Azhar. Macam-macam sajalah lelaki ni. Kalau dah ada pakej lengkap, semua wanita akan bekejar. Cuba kalau lelaki ni miskin ataupun cacat. Tak mungkin wanita seperti Sally dan Sharifah Sarina mahu berkepit. Bagi Adlina, tidak akan sesekali dia jatuh cinta dengan Nazrey. Walaupun cuba dinafikan perasaan akan timbul sejak pertama kali bertemu dengan lelaki itu. Lelaki serabai yang penuh dengan kata-kata sinis.

” I dengar dari Datin Ariani yang you akan bertunang dengan Sharifah Sarina tidak lama lagi.. Betul ke sayang??”

Bila dengar sahaja kata-kata dari Salimah a.k.a  Sally yang perasan jambu, macam terasa mahu termuntah hijau Adlina pada waktu itu. Nama baik-baik Salimah jadi Sally. Perasan betul minah ni. Eeeee. geli-geleman betul Adlina.  Adlina hanya melihat sketsa diantara teruna dan dara dalam bilik pejabat dengan Sally merayu-rayu. Dah rasa macam baca novel melayu. Watak perempuan gedik dan juga lelaki tampan yang kaya. Di tenyeh kedua-dua matanya sekira apa yang sedang berlaku adalah adegan drama dari adaptasi novel.  Ohhh!! Rasanya bukan. Adlina menepuk pipinya.  Apa yang berlaku dihadapan matanya sekarang adalah adegan yang benar. Tiada kena mengena drama adaptasi novel.

” You dengar sekarang ini Sally. I tak ada apa-apa dengan you. Just because I sponsor you beberapa helai pakaian jenama dan juga berkawan dengan you tidak semestinya I suka dengan you. Kalau I tunang dengan Sarina pun, apa masalah you. No issue right. Please leave my office right now.” suara Nazrey kedengaran begitu keras sekali. Muka Nazrey begitu merah menaham amarah yang kian bertandang. Adlina masih lagi duduk terpaku di kerusi sejak dari tadi.

” Naz…. I love you so much.. You tak akan faham dengan apa yang I rasakan sekarang. I can make you happy. Nak harapkan anak Datuk Syed Azhar tu.. Dia ingat dia seorang aje yang cantik. Please Naz.. tell me is not true..”

Adegan tarik menarik tangan berlaku di hadapan mata Adlina. Nazrey bagaikan terlupa dengan Adlina yang masih berada di dalam biliknya. Tidak sanggup melihat dengan adegan yang menggelikan tekaknya, Adlina bangun dari tempat duduknya. Sebelum Adlina termuntah hijau, lebih baik dia beredar. Biarlah si mamat serabai dan minah sotong di dalam bilik main tarik-tarik tali. Adlina tidak mahu masuk campur dengan hal mereka berdua. Seolah-olah mereka berdua tidak menyedari akan kehadirannya di situ. Dikerling matanya ke jam tangan yang sudah menujukan ke angka satu. Kalau dia masih di sini, pastinya masa makan tengaharinya menjadi singkat. Buang masa sahaja menonton drama begini. Adlina bangun dari tempat duduknya.

” Kalau you all berdua nak teruskan drama sebabak ni. Siapa nak tunang dengan siapa,  saya tak kisah..Dipersilakan. Tapi please eh, dah satu tengahari. Waktu makan saya akan terjejas dengan melihat sketsa you all berdua. Nanti tak sempat pulak nak solat Zuhur.” kata Adlina. Nazrey di situ memandang tajam ke arah Adlina. Sally masih merengek-rengek seupama bayi yang tak dapat susu. Kalau boleh Adlina tampar perempuan gedik seperti Sally, akan dia lakukan. Tetapi siapa Adlina mahu berbuat demikian. Wanita itu hanya memalukan kaum hawa sendiri dengan perangai umpama perigi mencari timba.

” Hey perempuan. Kau diam. Yang kau nak sibuk-sibuk ni apa hal? Kau tahu apa hah? ” jerit Sally sambil menunding jarinya. Aikk !! Marah dengan nyamuk habis kelambu nak dibakar sekali. Sakit tenat betul lah si Sally. Dah gila talak rupanya. Orang tak nak, lagi-lagi terhegeh-hegeh. Susah betul lah si mamat satu ni jadi ‘ the most eligible bachelor in town.’ Lelaki itu hanya mendiamkan dirinya. Adlina semakin rimas dengan sketsa yang berlaku di hadapannya.  Tanpa menunggu lagi, Adlina terus bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju keluar ke pintu pejabat Nazrey.  Sebaik sahaja beberapa langkah Adlina berlalu pergi, pergelangan tangan kanan terasa dipegang oleh seseorang dan ditarik sedikit kuat. Hampir terjatuh Adlina dibuatnya. Kakinya yang melecet disebabkan kasut tumit tinggi semakin menyakitkan. Lebih menyakitkan lagi pergelangan tangannya dicapai oleh Nazrey. Lelaki serabai ala-ala mat Korea tak menjadi.

” Aduhh!! Lepaskan lah.. kenapa nak pegang-pegang tangan saya ni. Sakit tau.Da tak tahu dosa pahala ke!! Nak buat dosa jangan pulak nak babitkan saya” Adlina cuba melepaskan dirinya dari cengkaman kuat oleh Nazrey di pergelangan tanganya. Nazrey hanya membisu dan terus memicit butang lif untuk turun ke bawah. Manakala perempuan gedik tadi terjerit-jerit di belakangnya. Adlina sempat menoleh ke belakang. Kasihan Adlina melihat si Sally. Rupa-rupanya kakinya terpelecok dan jatuh ketika cuba mengejar Nazrey. Nazrey pula bagaikan tidak mempedulikan Sally yang sedang menyeringai kesakitan. Azean yang membantu Sally berdiri. Kakitangan yang lain di pejabat Penegrusi Eksekutif itu hanya berbisik-bisik melihatkan adegan yang Adlina rasa macam Bollywood.

“Dato, perempuan tu jatuh” Adlina cuba memberitahu. Walaupun dia sendiri meluat melihat perangai gedik Sally, namun dia masih punya sifat kemanusian.

“Boleh diam! Biarkan dia”,  jawab Nazrey keras. Adlina diam membisu.

Bila pintu lif terbuka, Nazrey menarik tangan Adlina masuk ke dalam. Bila lif sedang turun ke lobi, suasana di dalam lif begitu senyap sekali. Nazrey hanya diam membisu. Adlina pula menggosok pergelangan tangannya yang sakit dicengkam kuat oleh Nazrey.. Apabila pintu lif terbuka, Nazrey terus mencapai tangan Adlina ke kawasan lobi.

” Call Adam to get my car now!!” katanya ke penyambut tamu. Suara garaunya bergema di seluruh lobi Menara Saujana. Adlina berasa malu sekali. Ramai yang ada di situ tergamam melihat Adlina dipegang oleh Pengerusi Eksekutif syarikat.

Bila di pintu ke luar bangunan, sebuah kereta SUV BMW yang berwarna hitam betul-betul berada di hadapan. Mulut Adlina bagaikan terkunci pada ketika itu. Fikirannya melayang-layang dan kosong. Itu yang dapat dirasakan.

Setelah membolosi masuk ke dalam kereta, Nazrey terus memandu dengan lagu. Makk aiii!! Laju betul lah si mamat sebelah aku ni memandu, desis hati Adlina.

” Errr.. Dato’.. Dato tak sayang nyawa ke? Saya masih belum kahwin. Nanti tak saya merasa kahwin. Nak jugak saya rasa nak duduk atas pelamin. Pakai cantik-cantik” kata Adlina. Oppppsss!!! Apa ni kau merepek cik Adlina oiii..bisik kata hatinya. Mata Nazrey fokus memandu tanpa menghiraukan Adlina di sebelahnya. Sesekali lelaki disebelahnya mendengus.. kemudian mengeluh.

” Then,  kahwin dengan saya..” tiba-tiba suara garau itu memecah kesunyian sejak dari tadi.

Huh? Nak kahwin dengan mamat sebelah aku ini. Gila ke apa?? Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Adlina sahaja.

” Kahwin dengan Dato’??.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Adlina pada ketika itu.

” Yes!!. Kahwin dengan saya. K.A.H.W.I.N.” balas Nazrey tegas. Siapa dieja perkataan kahwin. Saat itu, Adlina macam nak keluar dari kereta BMW jenis SUV. Adlina tersentak. Suhu penghawa dingin di dalam kereta mewah itu bagai merimaskan Adlina.

“Dato’  sedang sakit tenat sekarang ni. Demam? Cuba Dato ‘ singgah mana-mana hospital untuk buat pemeriksaan lanjut. Atau Dato’ salah makan ubat. Ini hari pertama saya bekerja di tempat ini. Saya hendak mencari rezeki di sini. Bukan cari masalah. Masalah Dato’ dan Sally… jangan pula cuba nak masukkan saya ke dalam ‘ frame’.  Dan sekarang Dato’ ajak saya kahwin. Dato’ cuba bertenang. Jangan menggelapah. Rasanya Dato’ membuat keputusan terburu-buru. Takkan nak melepaskan diri dari Sally, Dato’ buat saya macam begini.” rintih Adlina. Kenapa lelaki ini bagai menyesakkan hidupnya dari dahulu lagi. Mungkin fikiran lelaki itu sedang bercelaru.

” Tau awak takut Cik Nurina Adlina. For your information, memang ini pertama kali awak berkerja dengan saya, tetapi bukan pertama kali berjumpa. Itu pun kalau awak buat buat lupa. Biar saya yang ingatkan. Hmmm… Cardiff, Abergavenny, Padding Station, Frizinghall dan yang terakhir di Malaysia Hall.” balas Nazrey. Nazrey mengerling Adlina di sebelah kirinya.  Adlina terdiam. Maknanya lelaki itu perasan akan kehadirannya ketika bersama dengan Rania. Aduhaii!! Adlina seakan mahu keluar dari kereta mewah itu. Nafasnya seakan-akan sesak bila mendengar apa yang Nazrey katakan.

“Awak!! Rupanya awak stalker.” Adlina menjerit.

“Diamlah, saya ni sedang memandu. Awak jugak yang mengomel dari tadi takut tak dapat kahwin lah.” kata Nazrey geram. Matanya masih fokus di jalan raya. Adlina kemudian mendiamkan dirinya. Cuba melayan perasaan yang berkecamuk dek lelaki yang berada disebelahnya.

Tiba-tiba suasana di dalam kereta mewah itu sepi. Adlina rasakan Nazrey sedang menenangkan perasaannya sekarang. Setelah lama berdiam diri, Adlina mula bersuara.

” Dato’.. are you okay.?” Adlina bertanya gugup bila melihat lelaki di sebelahnya mendiamkan dirinya. Nazrey lansung tidak menjawab pertanyaan Adlina. Namun dari padangan mata kasar Adlina,lelaki itu kelihatan sedikit tenang. Kereta mewah yang dipandu lelaki itu kemudian membelok ke tempat pakir kawasan R&R. Nazrey kemudian memakirkan kereta mewahnya.

” Belum solat zuhur kan? Nanti kita continue..” jawab Nazrey.  Nazrey terus membuka pintu kereta dan keluar dari kereta. Adlina kemudian menganggukkan kepala. Kemudian Adlina pun ikut serta melangkah keluar dari kereta menuju ke arah surau yang disediakan. Ni semua lelaki tu punya pasal. Beg termasuk telefon bimbit tertinggal dalam bilik pejabatnya di tingkat 18. Macam mana ni nak makan? Duit semua ditinggalkan. Kata-kata Adlina perlahan, namun dapat didengari oleh lelaki itu.

“Jangan risau. Lunch is on me.” jawab Nazrey. Adlina mendengus geram. Nazrey terus berjalan ke arah surau dan meninggalkan Adlina berjalan di belakangnya.

“Nanti saya ganti balik” jawab Adlina. Nazrey terus berjalan tanpa menghiraukan kata-kata Adlina.

 Screenshot_2013-11-11-15-26-30-1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s