Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 12

Standard

Pada tepat pukul 8.30 pagi, Adlina sudah terpacak di hadapan bangunan Menara Saujana. Adlina mula bergerak dari kondominium di mana dia tinggal ke Menara Saujana satu setengah jam lebih awal. Maklumlah, dia sudah lama tidak ke Kuala Lumpur. Semalam Adlina menelefon sepupunya, Indah yang tinggal di kawasan Kota Damansara untuk bertanyakan tentang lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur. Adlina takut dia akan terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Adlina bersyukur kerana pihak pengurusan Saujana Holdings menempatkannya di kawasan yang tidak jauh dari Menara Saujana dan memberinya sebuah kereta untuk memandu ke tempat kerja. Sepupunya Indah juga menasihati Adlina supaya memandu lebih awal memandangkan jalan di sekitar Kuala Lumpur agak sesak di waktu sibuk. Akur dengan nasihat yang diberi, Adlina bergerak lebih awal.

 Adlina mengerling ke arah jam jenama Tag Heuer di tangan. Ahhh!!  Baru jam 8.45 pagi. Masih ada lima belas minit sebelum bermulanya waktu pejabat. Adlina terus melangkah masuk ke dalam bangunan Menara Saujana. Adlina begitu terpegun dengan hiasan dalaman bangunan itu. Hiasan dalaman bangunan itu begitu futuristik dan dihiasi dengan bunga- bunga serta pokok yang menghijau. Pastinya pereka dalaman untuk bangunan ini begitu mementingkan aspek bangunan yang eko mesra. Adlina mendongak ke keatas. Bumbung serta tingkap kaca memberikan sinaran matahari semula jadi. Langkah Adlina begitu perlahan menuju ke kawasan kaunter resepsi kerana kurang selesa dengan kasut bertumit tinggi. Dibetulkan beg Gucci di tangan. Adlina mengenakan shawl hijau yang dililit kemas dan baju kurung  yang sedondon dengan warna shawlnya.  Penyambut tamu di kaunter resepsi kelihatan tersenyum memandang Adlina.

” Selamat Pagi..Boleh saya bantu cik?” tanya penyambut tamu itu tersenyum mesra.

” Ya.. Saya Nurina Adlina dari cawangan di Singapura. Hari ini hari pertama saya bertugas di sini. Saya kurang pasti tingkat berapakah saya harus melaporkan diri dan siapakan saya harus berjumpa”.

Penyambut tamu itu menyemak data di dalam sistem komputer. Adlina mengerling ke arah jam tangannya. Kakinya mula terasa sakit. Mungkin disebabkan Adlina menggunakan kasut tumit tinggi yang baru. DIbetulkan sedikit tudung di atas kepala.

” Ohhhh ya.. Cik Nurina Adlina. Ini kad akses ke dalam bangunan untuk Cik Nurina Adlina. Sentuh kad akses ini di pintu masuk untuk ke bahagian lobi lif. Cik Adlina ke tingkat 18 ya.  Puan Noreha pengurus sumber manusia sedang menanti Cik Nurina .” terang penyambut tamu itu sambil menghulurkan kad akses kepadanya. Kelihatan juga beberapa pintu penghalang berdekatan lobi lif dan bebarapa orang pekerja menyentuh kad akses mereka sebelum dapat masuk ke bahagian lobi lif. Ia seperti berada di stesen LRT. Canggih sekali bangunan di sini desis hati Adlina. Sama juga di bangunan yang Adlina bertugas di Singapura. Semuanya serba canggih. Sempat juga Adlina meneliti di sekitar kawasan lobi bangunan Menara Saujana yang begitu luas sekali. Kelihatan ada beberapa sofa kulit yang berwarna hitam diletakkan di sekitar lobi bangunan tersebut untuk tetamu yang datang. Kemudian Adlina disuruh oleh penyambut tadi terus mengisi menandatangani borang pengambilan kad akses bangunan . Di samping itu, Adlina harus melengkapkan sedikit butiran peribadi dan menyerahkannya kembali ke penyambut tadi Sedang Adlina sibuk mengisi borang peribadi,tiba-tiba Adlina terdengar derap kaki melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Tanpa menghiraukan keadaan sekelingnya, Adlina terus mengisi borang yang dikehendaki.

Derap kaki itu menyentakan Adlina. Adlina memusingkan kepalanya. Seorang lelaki yang tinggi dan bertubuh sasa melangkah masuk ke dalam bangunan Menara Saujana.  Berpakaian kemas sut berwarna hitam, berkaca mata hitam Ray Ban dan kasut kulit berwarna cokelat berjalan dengan penuh berkeyakinan. Dengan sepantas kilat, Adlina memusingkan pandangannya ke arah lain. Macam kenal sahaja lelaki yang sedang berjalan masuk. Adlina mula berfikir cuba mengingati lelaki yang berjalan menuju ke arahnya. Aduhaiii.. Macam mana boleh lupa. Lelaki itu. Lelaki  serabai di Cardiff. Jiwa Adlina tidak tenang pada waktu itu. Bertenang Adlina, bertenang. Bisik hati Adlina. Degupan jantung Adlina semakin kencang. Kalau tak ditenangkan hatinya pada ketika itu, pasti dia boleh pengsan. Kenapalah boleh bertembung dengan mamat ni. Pada masa di mana Adlina belum lagi mampu untuk berhadapan dengan lelaki itu. Kalau boleh Adlina tidak mahu menaiki satu lif dengan lelaki itu. Biarlah dia lambat, asal selamat. Tetapi Adlina masih keliru kenapa dia harus mengelak dari berjumpa dengan lelaki itu. Adlina tidak punya jawapan yang pasti. Hakikatnya sampai bila dia mahu mengelak. Tugasnya sebagai pengurus kanan di syarikat itu sudah pasti akan berjumpa dengan lelaki itu. Dan seharusnya Adlina bersedia dari segi mental untuk menghadapi segala kemungkinan. Perkara yang berlaku di Cardiff itu hanyalah salah faham. Jadi Adlina rasa dia tidak seharusnya mengikut emosi. Cinta. Itu yang sedang dinafikan Adlina sejak pertama kali bertemu dengan lelaki itu.

Dengan separuh berbisik, Adlina bertanyakan kepada penyambut tamu di hadapannya di manakan ruang tandas.Buat masa ini, Adlina cuba mengelak. Dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Tarik nafas Adlina.Katanya separuh berbisik. Adlina kemudian berjalan ke arah  yang dimaksudkan oleh penyambut tamu untuk ke ruang tandas. Apabila Adlina merasakan matanya seakan bertembung dengan lelaki itu Adlina cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah lain. Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar membuat segala urat sendinya tegang. Dengan pantas, Adlina bergerak ke balik tembok sebaik sahaja penyambut tamu itu memberitahu di mana letaknya ruang tandas di lobi bangunan. Sebaliknya Adlina menyembunyikan diri di sebalik tembok yang berdekatan. Jauh dari padangan tempat penyambut tamu itu tadi. Kemudian, kedengaran suara garau tiba-tiba bergema di ruang lobi itu.

” Selamat pagi Dato’. Is there anything I can do for you?” penyambut tamu yang manis bertudung itu  bertanyakan kepada lelaki yang berhadapan dengannya sambil tersenyum.

” Selamat Pagi. Yes.. definitely. Cik Nurina Adlina reported to work this morning? If yes, please let her know that I want to see her in private at 11. Get Azean and Puan Noreha to see me immediately .” kata Nazrey dengan suara yang agak tegas. Nazrey membuka kacamata hitamnya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

” Ok Dato’. Will do.” Tanpa menunggu lagi, kelihatan penyambut tamu itu terus menekan butang telefon. Di kepalanya tersangkut ‘headphone’ seperti operator talian. Nazrey terus berjalan menuju ke pintu penghalang dan menyentuh kad akses sebelum ke lobi lif. Tangan kanannya memegang beg kulit bewarna coklat dipadankan epadan dengan kasut kulitnya. Ketinggian serta tubuh yang sasa membuat beberapa orang wanita di lobi bangunan itu memandangnya tanpa berkelip. Siapa yang tak teruja bila melihat seorang tokoh koporat muda yang tampan, bergaya dan berharta.

Di balik tembok, Adlina mengaru kepalanya yang tidak gatal. Satu tabiat yang tidak dapat dihindarkan jika dia berhadapan dengan situasi yang diluar jangkaan.

” Fuhh!! Selamat. Huh? Si serabai tu nak jumpa aku in ‘private’. Aiseyman.. biar betul. Ni tak boleh jadi Bertenang Adlina, bertenang. Kalau paling teruk pun mungkin si Serabai tu akan marah. Takkan itu pun nak takut”  Adlina berkata sendirian.

Setelah Adlina melihat Nazrey masuk ke dalam lif, dia terus berjalan ke pintu penghalang sambil menyentuh kad akses yang diberikan kepadanya oleh penyambut tamu tadi. Ketika dia berjalan menuju ke pintu penghalang, penyambut tamu itu mungkin tidak perasankan dirinya kerana ada beberapa orang yang sedang berdiri di hadapan kaunter itu. Adlina terus menekan nombor 18 untuk naik ke pejabatnya bertemu dengan Puan Noreha.

Sampainya di tingkat 18, sebuah kaunter penyambut tamu betul-betul berada di bertentangan dengan pintu lif. Banyaknya kaunter penyambut tamu, desis hati Adlina. Adlina melemparkan senyuman kepada penyambut tamu yang berada di hadapannya. Penyambut tamu itu segera bangun dan menghulurkan tangan kanannya.

” Selamat pagi dan selamat datang Cik Nurina Adlina. Puan Noreha sedang menunggu di dalam. Cik boleh gunakan kad akses untuk masuk ke dalam pejabat pengurusan di bahagian kanan. Di bahagia kiri pula ialah pejabat operasi.” terang penyambut tamu itu yang bernama Shidah sambil menunjukkan Adlina ke pintu automatik di sebelah kanan. Adlina menyentuh kadnya di tepi pintu automatik. Kakinya terus melangkah ke dalam pejabat pengurusan. Matanya meliar mencari nama Puan Noreha di hadapan pintu. Kelihatan beberapa orang pekerja di bahagian pengurusan begitu tekun melaksanakan tugas mereka. Hanya sesekali mereka akan mendongak ke atas apabila Adlina berjalan melintas meja mereka. Akhirnya Adlina berjumpa dengan bilik Puan Noreha. Adlina terus mengetuk pintu kayu itu beberapa kali sebelum terdengar suara memanggilnya masuk ke dalam.

” Assalamualaikum Cik Nurina Adlina. Selamat datang ke Saujana Holdings. Saya berharap cik selesa bertugas di sini. Nanti saya akan memperkenalkan Cik dengan B.O.D di esok. Semua Board of Directors akan datang esok kerana ada menyuarat. Sila ikut saya. Saya nak tunjukkan bilik Cik Nurina Adlina.” kata Puan Noreha.

” Panggil Adlina saja.. Puan Noreha.” balas Adlina. Kaki Adlina ikut melangkah ke dalam pejabat.

” Di sini pejabat pengurusan. Pegawai kanan syarikat ditempatkan di pejabat ini. Dan bilik pejabat Cik Adlina di tepi situ.” terang Puan Noreha. Mereka berdua berjalan menuju ke arah bilik pejabat yang dikatakan oleh Puan Noreha. Puan Noreha memasukkan anak kunci ke tombol pintu dan membuka pintu bilik pejabat Adlina. Besarnya. Itu yang Adlina boleh katakan. Panorama yang cantik di sekitar Kuala Lumpur ketika melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Kelihatan sebuah kerusi kulit yang berwarna hitam dan meja kayu yang agak besar. Di satu sudut terdapat set sofa kulit yang kecil. Sebuah telefon dan juga kumputer riba ‘Apple’ di atasnya. Adlina terus meletakkan beg Guccinya di atas meja.

” Dulu bilik ini menempatkan Encik Nizam sebelum dia ditukarkan ke cawangan Dubai.  Penjabatnya dialih ke bahagian operasi bersama dengan Cik Najwa. Cik Najwa adalah salah seorang ketua operasi di sini. Saya difahamkan Adlina sudah pernah bertemu dengan Cik Najwa  sebelum ini kerana dia kerap kali ke Eden Consultants di Singapura. ” kata Puan Noreha . Wanita itu kelihatan begitu anggun dengan baju kurung berwarna hijau. Mungkin wanita yang berada di hadapannya berusia di dalam lingkungan 40-an.

“Sebelum saya lupa, ini kunci bilik Adlina. Pukul 11 nanti, Dato’ nak berjumpa dengan Adllina. Pejabat Dato’ di tingkat 20. Saya sudah beritahu Azean, P.A Dato’  tentang kedatangan Adlina ke pejabat Dato’ pukul 11 nanti. Kalau ada apa-apa Adlina boleh hubungi saya atau Shidah. List extension number di dalam laci. Kalau nak kopi atau teh, boleh panggil Makcik Normah di pantry. Extension pantry semua ada di situ. Lepas lunch, saya akan kenalkan Adlina dengan semua kakitangan yang akan berada di bawah pengawasan dan penjagaan Adlina. ” kata Puan Noreha lagi. Puan Noreha kemudian melangkah keluar dari bilik pejabatnya meninggalkan Adlina keseorangan di dalam bilik pejabatnya. Adlina kemudian mengerling ke jam tangannya.

Tinggal lagi setengah jam lagi sebelum dia ke tingkat 20 berjumpa dengan lelaki itu. Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar @ Mr. Serabai. Rasanya dia harus menyumbatkan telinganya dengan kapas sekiranya kata-kata sinis akan dilemparkan oleh lelaki itu. Tapi kenapa dia harus rasa gentar. Adlina sendiri hairan. Malahan ketika bekerja di Standard Chartered semasa barada di London, walaupun seringkali dilemparkan kata-kata sinis oleh ketuanya yang berbangsa Inggeris, perasaannya tidak terganggu. Malahan, sudah menjadi lali. Tetapi dengan lelaki ini, dia cepat terasa.. cepat melatah. Takkan si Mr. Serabai ni ada pelihara hantu. Tak boleh jadi ni. Entah kenapa pada ketika itu setelah melihat gambar yang berada di dalam buku nota Mr. Serabai, Adlina bagaikan terpanggil untuk mencoretkan sedikit kata-kata di dalam buku La Tahzan. Seolah-olah mempunyai rasa yang begitu kuat dia akan bertemu kembali dengan lelaki itu. Ketika menyerahkan kitab lelaki itu, harapannya agar lelaki itu dapat membacanya.

Luahan lelaki itu di dalam lirik yang dinyanyikan ketika berada di Cardiff begitu menusuk ke tangkai hatinya. Bagaikan ada deras elektrik yang tiba-tiba mengalir di dalam tubuhnya. Semasa dalam perjalanan dari Abergavenny juga, Adlina perasan yang air mata mengalir dengan perlahan-lahan ketika lelaki itu tidur di sebelahnya. Seolah-olah begitu sedih dengan kejadian yang berlaku pada dirinya. Adlina dapat rasakan lelaki itu cuba mencari hal dengan nya. Mungkin dendam.. mungkin marah. Entah,  Adlina tidak pasti.

Berjumpa sekali lagi di rumah sewanya di Frizinghall dan diperkenalkan sebagai bapa saudara kepada Nadia. Sungguh..pada mulanya dia tidak tahu lelaki itu adalah orang yang sama dia jumpa di Cardiff dan juga di dalam perjalanan pulang ke London. Raut wajanya begitu berbeza sekali. Dan paling terakhir, Adlina berjumpa dengan lelaki itu ketika melawat rakannya Rania di Malaysia Hall, London. Buku nota lelaki itu. Kalau tidak kerana buku nota itu, Adlina pasti yang dia tidak akan berjumpa dengan lelaki yang bernama Iskandar atau kini dikenali sebagai Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar. Lelaki yang sungguh serabai pada waktu Adlina berjumpa dengannya. Dan lelaki itu kini kelihatan begitu bergaya sebagai seorang tokoh korporat muda. Tiba-tiba Adlina teringat kawan lelaki serbai itu. Kalau tidak silap kawan baik lelaki itu namanya Shahrul Ammar, seorang doktor muda. Kenangan menerjah kembali ke kotak ingatan Adlina di saat ini.

Dan sekarang ini, Adlina bakal berdepan sekali lagi dengan lelaki yang sama dia mula jumpa beberapa tahun yang lalu. Bagaimana penerimaan lelaki itu. Ingat lagi kah lelaki itu kejadian salah faham di Cardiff dan juga pertemuan yang tidak diduga di rumah sewanya di Frizinghall. Tapi Adlina pasti lelaki itu tidak menyedari kehadirannya ketika berada di Malaysia Hall. Pertemuan demi pertemuan. Adlina tidak mengerti akan permainan takdir.Adlina terus mengeluh.  Adlina kemudian bersiap-siap untuk naik ke tingkat 20 untuk berjumpa dengan lelaki yang sama. Dengan langkah yang perlahan-lahan, Adlina menapak keluar dari biliknya. Pintu lif terbuka. Adlina terus menekan butang lif tingkat 20 bangunan tersebut.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s