Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 14

Standard

Selepas selesai menyempurnakan solat zuhur, Adlina terus ke tempat di mana kereta milik Nazrey terpakir. Kelihatan Nazrey sedang menyandarkan badan di kereta sambil tangan kanannya menyeluk poket seluar. Lengan tangan baju kemeja yang sedikit basah mungkin akibat terkena air ketika mengambil wudhu’. Lengan kemejanya bewarna putih itu disingsing sehingga ke paras lengan menyerlahkan ketampanan lelaki yang berdarah kacukan. Hensem juga Mr. Serabai ni. Kalau dulu kelihatan agak selekeh. Patutlah Sally macam meraung macam nak gila bila mengetahui perkhabaran tentang berita yang lelaki itu ingin ditunangkan. Adlina menggeleng-gelengkan kepala memikirkan drama sebabak yang berlaku di pejabat tadi.

Setelah masuk ke dalam kereta mewah milik Nazrey, lelaki itu terus memandu. Keadaan seperti tadi. Senyap sunyi. Tiada kata yang terlahir dari kedua-duanya. Semuanya bagaikan terkunci. Masing-masing lebih senang melayan perasaan sendirian. Nazrey terus memandu kereta tanpa bersuara. Kedua-duanya lebih selesa melayani perasaan masing-masing. Sampainya di Suria KLCC, Nazrey terus memilih untuk makan tengahari di salah sebuah restoran di situ.  Adlina hanya memilih daging panggang manakala Nazrey memilih Carbonara untuk makan tengahari. Sementara menunggu makanan tiba, suara garau Nazrey  tiba-tiba memecah kesunyian.

” Just forget about what happened earlier in the office. Forget about what I have said to you. Forget everything.”Hanya itu yang terluah dari bibir lelaki itu. Mata Nazrey menikam terus ke mata Adlina membuat diri terpaku seketika. Sebuah nota di Cardiff bagai membawa dirinya berjumpa dengan lelaki yang duduk berhadapannya berkali-kali.

“Mana mulut tak ada insurans awak tu? Terus jadi bisu?”

Adlina hanya mendiamkan diri. Tidak mengangguk apatah lagi berkata apa-apa. Lagipun, Adlina malas mahu memikirkannya.

“Nanti beritahu saya berapa saya harus bayar untuk makan tengahari ni” kata Adlina memecahkan kebisuan

“Aikk.. dah ada suara? Ingatkan bisu tadi. Tak payah nak bayar. Kan saya kata tadi, the lunch is on me”. Muka Nazrey berkerut-kerut.

“Tak apa.,saya bayar.” jawab Adlina merenung Nazrey. Nazrey mendengus keras.

“Ya Allah! Awak ni faham bahasa Melayu ke tidak? Nak saya cakap bahasa Tamil ke? Ohh lupa saya, saya  baru teringat ada orang tu pernah bahasakan saya masa di Cardiff. Hmmm.. Macam kena mengena dengan bahasa Tamil jugak.” balas Nazrey sinis. Nazrey memandang terus ke anak mata Adlina. Adlina pula cuba melarikan pandangannya ke arah lain.

Adlina menundukan kepalanya dan terus makan tengahari tanpa berkata apa-apa kepada Nazrey. Tetapi Nazrey kelihatan begitu resah. Diam Adlina membuatkan dirinya rasa begitu bersalah. Adlina tidak salah apa-apa. Tapi untuk mengucapkan kata maaf untuk wanita itu.,berat untuk Nazrey. Hatinya begitu keras sejak kejadian yang menimpa dirinya. Dikunci mulutnya dengan berkata maaf pada wanita selain daripada ahli keluarganya sendiri. Adlina perasan yang mata Nazrey meneliti seluruh wajahnya dan membuat Adlina tidak senang duduk. Hatinya bagai dilambung ribut taufan di saat itu.Adlina terus menunduk. Selesai makan tengahari, Nazrey menurunkan Adlina di luar bangunan pejabat. Nazrey pula terus memandu entah kemana.

Sampainya Adlina di ruang pejabatnya di tingkat 18, Puan Noreha sudah menanti. Adlina pasti Puan Noreha ingin mengetahui tentang perkara yang berlaku di dalam pejabat yang menempatkan Pengerusi Eksekutif syarikat itu. Ketika sampai, kakitangan yang lain sedang kusyuk membuat kerja masing-masing. Adlina terus masuk ke biliknya diikuti oleh Puan Noreha. Puan Noreha terpandang Adlina  berjalan terhencut-hencut. Adlina kemudian menanggalkan kasut tumit tingginya.  Terasa amat selesa berkaki ayam. Kaki Adlina membengkak serta kulitnya menggelupas. Adlina menahan sakit dan cuba berjalan dengan perlahan-lahan.

” Adlina.. awak okay ke tak? Kaki macam dah bengkak dan melecet aje,” ujar Puan Noreha. Puan Noreha begitu prihatin melihat keadaan Adlina.

” Saya okay saja. Cuma melecet sedikit. Nanti saya tampalkan plaster. Dah boleh jalan pun.” jawab Adlina. Adlina seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan orang lain. Lagipun semuanya berpunca darinya kerana memakai kasut yang bertumit tinggi.

” Tak apa.. nanti saya panggilkan Shidah. Bawak first aid. Adlina boleh jalan ke? Kalau tak boleh, esok sahaja saya perkenalkan Adlina kepada kakitangan di Saujana Holdings.” Puan Noreha begitu risau melihat keadaan kaki Adlina yang membengkak dan melecet teruk.

” Jangan risau Puan Noreha. Saya baik-baik sahaja. Saya masih boleh lagi menapak.” Adlina cuba mengusir kerisauan yang mula bertandang di wajah Puan Noreha.

“Adlina, saya amat berharap insiden pagi tadi Adlina tidak ambil hati sangat. Lagipun memang kerap kali Sally datang ke pejabat Dato’. Biasalah kalau dah jadi gila bayang. Ini belum lagi Sharifah Sarina yang datang. Dah jadi macam gelanggang gusti. Yang tadi tu sikit aja. Kalau tak mesti ada adegan tarik menarik rambut. Sampai Dato’ sendiri dah tak kuasa. Semua kakitangan di sini dah macam lali dengan drama macam gitu. Biasalah, di pejabat mesti ada gosip-gosip liar. Ini pun saya ada juga terdengar dari Cik Najwa yang keluarga Sharifah Sarina mahu mempercepatkan pertunangan dengan Dato’. Bukan keluarga Dato’ yang mahu mempercepatkannya. Tapi yang saya tahu Dato’ tak ada cakap apa-apa. Mungkin terlalu sibuk dengan urusan bisnesnya,” terang Puan Noreha sambil tersenyum.

“Errrr….entahlah. Saya tak kisah pun dengan insiden pagi tadi. Cuma sedikit terkejut dengan perempuan tadi.  Yang namanya.. eerrrrr.. ahhhh Sally. Datang terus terjah masuk bilik bos. Lepas tu jatuh tergolek-golek bila nak kejar bos. Dah macam drama Hindi lah Puan Noreha..” Adlina ketawa cuba mengingati gelagat wanita gedik yang bernama Salimah atau lebih dikenali sebagai Sally.

“Hahahahaha!! Laahhhh.. jangan panggil Puan Noreha lah Adlina. Panggil aja Kak Nor. Kelakar jugak kan. Itu pun akak terdengar dari budak pejabat tingkat 20 semasa makan tengahari di pantry. Siaplah bergosip mereka semua. Akak dengarkan aja cerita mereka tu. Tapi bila sampai waktu pejabat, semua menyepi. Lagipun Dato’ orangnya serius. Kalau Dato’ dah mengaum, satu menara Saujana boleh bergegar.” Puan Noreha tergelak kecil.

“Ishhh Kak Nor, macam manalah dua perempuan gedik tu suka dengan Dato’ yang macam singa kelaparan. Kalau saya dah direject masuk blacklist saya”  kata Adlina lagi sambil ketawa.

” Yelah tu Adlina. Saya takut awak pulak yang tersangkut dengan Dato’. Oklah Adlina, keluar dulu. Nanti akak panggilkan Shidah suruh bawak first aid. ” Puan Noreha terus keluar dari bilik Adlina. Adlina membelek-belek kakinya yang sedikit bengkak dan juga melecet. Dia terus menyeluk ke dalam beg mencari plaster. Sebentar kemeudian, Adlina terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Azean pembantu peribadi Nazrey muncul di muka pintu. Di tangannya memegang sebuah beg kertas dan beg pertolongan kecemasan

” Cik Adlina, maaf jika saya mengganggu. Ni untuk Cik Adlina. Dato’ cakap esok Cik Adlina kena attend meeting esok pagi pukul sembilan pagi di conference room tingkat 20.”  Azean terus menghulurkan kedua-dua beg kepada Adlina. Adlina begitu terkejut. Mungkin Puan Noreha yang menyuruh Azean membawakan beg kecemasan. Selepas itu, Azean berlalu pergi. Apa pulak dalam beg kertas ini, bisik hati kecil Adlina. Adlina terus menyeluk keluar barang yang berada di dalam beg kertas itu. Adlina begitu terkejut melihat sepasang selipar baru jenama Birkenstok di dalamnya. Di antara sepasang selipar itu terdapat nota kecil terselit di tengah-tengahnya dan juga sekeping resit bayaran

Nurina Adlina,

Apologise for any inconvenience caused. Hope it fits you well. If it doesn’t you can have it exchange at the shop. The receipt is in the bag.

p/s: And don’t forget to attend BOD meeting tommorow morning. I need you to be there at 9 am sharp. Period.

Nazrey Shah Iskandar @ Mr. Serabai.

Bila baca nota dari lelaki itu membuatkan Adlina tergelak. Dah macam buat pengumuman jika ada sebarang kerosakan. Kalau di dalam bahasa melayu bunyinya seperti. ‘Maaf jika terdapat sebarang kesulitan. Sebarang kesulitan amat dikesali’.Mata Adlina terus membaca resit bayaran bagi sepasang selipar dan harga sepasang sandal itu membuatkan kedua belah mata Adlina terbeliak. RM 219. Takkan lah sampai nak beli sandal yang harganya begitu mahal. Adlina mencuba sandal tersebut. Betul-betul kena dengan saiz kakinya. Tapi yang peliknya, macam mana lelaki itu tahu saiz tapak kakinya.. Dengan resit bayaran.. nampak gayanya lelaki itu mahu dia gantikan wangnya kembali. Teruk betul lah. Dah kaya raya tapi kedekut.

Wajah Shidah, penyambut tamu tiba-tiba tersembul di pintu biliknya mematikan lamunan Adlina.

” Cik Adlina…I think you may need the first aid. Puan Noreha asked me to bring the first aid to you.” Shidah menunjukkan kotak pertolongan kecemasan yang berada di dalam tangannya.

” Its ok Shidah. Tadi Azean baru berikan kit kecemasan.” Adlina menunjukkan kotak kecemasan yang berada di mejanya. Shidah pula kelihatan terpinga-pinga melihat kotak kecemasan di atas meja Adlina. Takkan Puan Noreha suruh dia dan juga Azena bawa sekali kotak kecemasan.” Kalau gitu saya keluar dulu ya cik Adlina. If you need anything, just intercom the reception area.” Shidah terus berlalu pergi dari biliknya. Adlina teragak-agak mahu memakai selipar yang baru diberikan oleh Azean sebentar tadi. Dengan keterpaksaan, Adlina menyarung kedua-dua kakinya ke selipar. Takkan dia mahu ke luar bertemu dengan kakitangan di bawahnya berkaki ayam. Tapi yang pastinya.. ada perhitungan yang perlu dibuat dengan Nazrey a.k.a Mr. Serabai. Hari ini rasanya tak membolehkan kerana kesuntukkan waktu. Esok selepas mesyuarat, Adlina akan kembalikan wang RM 219 dan duit makan tengahari kepada lelaki itu. Kalau boleh, Adlina tidak mahu terhutang budi dengan Nazrey. Perkara ini harus diselesaikan secepat mungkin. Itu tekad Adlina. Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s