Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 7

Standard

Pertemuan di Cardiff empat tahun yang dahulu tiba-tiba menerpa di fikiran Adlina. Lelaki yang begitu serabai dengan penuh asyik memetik gitar di bawah pohon maple menyanyikan lagu dengan suara yang mendayu. Bagai meluahkan segala perasaannya yang hanya dapat disingkap melalui lagu itu. Pada mulanya Adlina terfikir mungkin lelaki yang duduk di bawah pohon maple adalah salah seorang warga tempatan. Adlina mengambil keputusan untuk berhenti berehat seketika di salah sebuah kafe dan membeli secawan kopi untuk menghilangkan dahaga.

Perjalanan mengelilingi kota Cardiff amat memenatkan. Tetapi Adlina puas kerana dapat mengunjungi banyak tenpat yang menarik di kota itu. Ramai penduduk di situ berbahasa Welsh. Adlina menjenguk keluar dan melihat lelaki itu masih duduk di situ. Bila dia menyanyikan lagu itu, barulah Adlina tahu lelaki itu berbangsa melayu. Suaranya yang lunak mampu membuai perasaan. Lelaki itu bagai tidak mempedulikan orang-orang yang lalu lalang di hadapannya seumpama di dalam dunianya sendiri.

Adlina mengambil tempat di sebuah bangku kosong yang tidak jauh dari lelaki itu. Perlahan-lahan Adlina menghirup secawan kopi yang baru dibelinya. Adlina pada ketika itu baru berkira-kira ingin meneruskan perjalanannya menjelajah Cardiff dan membeli belah di sekitar Queens Street sebelum berangkat ke Abergavenny. Adlina pada mulanya mahu ke Bangor tetapi memandangkan jadualnya yang agak ketat tidak membolehkan dia ke sana Dia mula meneruskan rangka perjalanannya. Adlina begitu selesa menjelajah sendirian menikmati keindahan bumi Wales. Pada mulanya Rania mahu mengikutinya tetapi terpaksa membatalkan keinginan di saat akhir kerana mahu kembali bercuti di Malaysia.  Sesekali mata Adlina masih tertancap ke arah lelaki serabai yang duduk di bangku kayu berhadapan dengan tempat di mana Adlina berada. Lelaki itu kadangkala dilihat sedang merenung ke arah pejalan kaki di situ.

Sedang asyik Adlina membaca buku yang dibawanya bersama, tiba-tiba, Adlina perasan yang lelaki serabai itu tidak lagi berada di bangku kayu itu. Dah macam chipsmore.. sekejap ada sekejap tak ada, desis hati Adlina Mungkin terlalu leka memikirkan pelan perjalanan ke Abergavenny sehinggakan tidak perasan lelaki serabai itu telah pun berlalu pergi. Mata Adlina tiba-tiba terpaku pada sebuah buku nota yang terletak di atas bangku yang telah diduduki oleh lelaki itu. Mungkin lelaki itu tertinggal buku notanya di situ, bisik hati Adlina. Adlina segera bangun dan bingkas menuju ke bangku itu.

Sampai saja di bangku itu, Adlina terus mencapai buku nota yang berada di atas bangku kayu tersebut. Dengan pantas, Adlina terus membuka buku nota itu tanpa memikirkan akibat membuka sesuatu buku tanpa izin pemiliknya. Adlina cuba meneliti buku nota itu. Mungkin ada nama, alamat serta nombor telefon yang dapat dihubungi. Ya..bukan dia membuka buku nota itu dan membaca isi kandungannya tanpa izin. Hanya mencari nama serta nombor telefon yang dapat dihubungi supaya dapat dipulangkan dengan segera. Mata Adlina tertancap pada nama yang tertera di dalam buku. Tertulis di dalamnya ‘Iskandar’. Sebelum dia dapat menghabiskan membaca nama si pemilik buku nota itu, Adlina bagai disergah oleh suara garau di belakangnya.

“Hoi!! Who are you? Who gave you the permission to read my notes??”, suara garau itu seperti memecahkan gegendang telinga Adlina pada ketika itu.

Buku nota yang berada di tangan Adlina terjatuh akibat disergah secara mendadak. Muka Adlina begitu pucat sekali setelah mendengar suara yang kuat menyinggah di telinganya. Adlina terus berpusing ke belakang mengadap ke arah suara garau di belakangnya. Diurut dadanya berkali-kali. Lelaki serabai itu!! Adlina mengambil telapak tangannya dan mengusap-usap ke dada dengan perlahan-lahan dan membetulkan tudung satin ‘ Turkey’ di kepalanya. Bagai tidak gatal, Adlina menggaru-garu kepalanya. Seolah-olah cuba menenangkan fikiran serta perasaan yang sedikit bercelaru di kala berhadapan dengan lelaki serabai tadi. Mata lelaki serabai itu terus menikam ke dalam anak mata Adlina. Perasaan berhadapan dengan lelaki serabai itu bagai berada di sebuah litar F1. Ahhhh.. kau dah gila ke Adlina. Takkan lelaki serabai ni boleh berikan satu macam perasaan bila berada di litar F1. Lelaki serabai, abaikan sahaja Adlina, getus hatinya.

” I am asking you for the second time young lady. Who gave you the permission to read my notes??” lelaki serabai itu terus-terusan menanyakan soalan yang sama. Lelaki serabai itu membuntangkan matanya ke arah Adlina. Mulut Adlina pada ketika itu bagai dikunci atau pun mungkin telah digam dengan pelekat jenama cap gajah. Sempat juga Adlina menilik wajah lelaki serabai yang berada di hadapannya. Lelaki itu berwajah kacukan, tinggi lampai, berkulit putih dengan sedikit kemerah-merahan. Mungkin disebabkan cuaca di Cardiff pada ketika itu. Janggut lelaki itu juga bagai tidak terurus. Mungkin jika dibersihkan wajahnya, sudah pasti kacak.  Sempat juga Adlina berkata-kata di dalam hatinya. Tiba-tiba, bibir Adlina mengukir senyuman dengan secara tidak sengaja.

” Excuse me. I am asking you for the very last time. Who gave you every right to read someone else notes?” mata lelaki serabai itu mencerlung dan suara garaunya kedengaran begitu tegas sekali.

” My sincere apology to you Mr…… errrr. ”

” Iskandar…”, lelaki serabai itu terus menyambung. Muka lelaki serabai itu bagaikan menahan kemarahan. Lelaki itu kelihatan sedang bepeluh tubuh. Adlina hanya menundukan kepalanya ke bawah. Lansung tidak berani menatap wajah bengis lelaki yang berdiri betul-betul di hadapannya. Adlina berasa terlalu sakit hati bila diherdik sedemikian namun masih belum berani untuk bertentang mata. Tapak kaki Adlina menguis-nguis dedaun yang jatuh berguguran. Adlina kembali mengumpulkan semangatnya yang hilang berterbangan dan memandang lelaki yang angkuh itu.

” Mr. Iskandar. Nobody asked me to read the content. I was searching for the details so that I will be able to return to the rightful owner. That’s it! ” Adlina mula meninggikan sedikit suaranya Adlina cuba mempertahankan dirinya.

” Ok lady.. Fine!! Give me back my book. I need my book back.” Tangan lelaki itu dihulurkan ke arah Adlina. Lelaki itu kelihatan tidak sabar untuk mendapatkan kembali buku notanya. Sebelum Adlina dapat memberikan buku itu kepada lelaki serabai, tiba-tiba lelaki itu merentap buku nota itu dari tangan Adlina. Adlina tersentak dengan perlakuan lelaki serabai yang berada di hadapanya.

“Hello Mister!!. It seems that you are lack of basic courtesy and manners.” jerit Adlina sambil menundingkan jarinya. ke arah lelaki serabai kelihatan begitu sombong di tahap tertinggi pada pandangan Adlina. Hensem tetapi teruk dari segi budi bahasa. Peradaban macam orang yang tak bertamadun. Bertempik sahaja lelaki itu tahu.

Nampak aje macam jiwa karat tapi perangai mengalahkan babun dalam hutan. Dah memanglah sama macam babun. Tak reti berbudi bahasa. Dia ingat heran sangatlah dengan buku nota yang tak seberapa tu. Kalau lelaki serabai itu nak sangat, aku pun boleh belikan dua belas buah buku nota yang sama, getus hati Adlina geram.

Adlina serta lelaki itu bertegang urat bagai tidak menghiraukan orang-orang yang berlalu di hadapan mereka berdua. Lelaki serabai yang pada mulanya dilihat sebagai seorang yang berjiwa sentimental tiba-tiba menjadi singa yang sedang kelaparan. Mukanya yang begitu bengis menandakan dia tidak dapat menerima penjelasan Adlina. Adlina masih tidak faham mengapa hal yang begitu senang dijadikan remeh oleh lelaki serabai yang bernama Iskandar.

” Iskandar, please use a little bit of your common sense. I don’t need this note.  And by the way, I am not interested to read your freaking notes. Useless ” Adlina menjelingkan matanya.

“Whatever.” Lelaki itu menjawab.

” Ingat kita heran sangat dengan  buku tu. Buku dah macam serabai macam orangnya juga. Kan bagus telan sekali buku tu.,” bisik perlahan Adlina.

” Repeat again…!!!” Lelaki serabai itu separuh menjerit.

” Aku cakap..kalau susah sangat telan buku nota. Kalau takut orang lain baca.” Adlina menjawab dengan kasar. Memandangkan Adlina sudah tahu lelaki itu berbangsa Melayu dan tahu berbahasa Melayu, diteruskan bicaranya dalam bahasa Melayu.

” Ehhh.. Kau…!! ” Mata lelaki itu menikam hingga ke dasar anak mata Adlina.

“Bro, perkara ni kan boleh settle baik-baik. Apasal kau nak mengaum tak tentu hala. Sama juga kalau orang lain yang jumpa. Tetap dia akan belek dan lihat kalau-kalau terjumpa empunya buku tu. Yang kau tu tiba-tiba nak marah ni kenapa. Kalau mat saleh yang jumpa dan baca pun, bukan dia paham. Lagipun… kau pun tulis dalam bahasa Tamil .” sindir Adlina.

“Mat Saleh lain.. kau lain..” jawab lelaki itu kasar

“Kalau aku tahu begini jadinya.. Cepat-cepat aku bakar jadi abu. Dah lah tak tahu nak ucapkan terima kasih. Marah-marah kita lagi.” balas Adlina geram.

” Kau berani bakar buku ni.. siap kau , Mulut kau memang tak ada insuran” lelaki serabai itu berkata dengan kasar. Tangan lelaki itu mengusap rambutnya yang terjuntai ke belakang dengan sebelah tangan kirinya memegang gitar. Lelaki itu membetulkan beg sandang yang berada di bahunya.

” Since you have got back your precious note book,  next time, do take care of your own belonging, Mr Iskandar. It is such as waste of time having a silly argument with you for the past half and hour. I made a big mistake but taking the notes.  Anyway, I am hundred and one percent sure you too dislike to engage with some unnecessary silly argument. Unless.. you loveeee creating one” Adlina mengajuk Iskandar yang sedang memandangnya dengan penuh tajam. Tanpa menuju sebarang balasan dari lelaki itu, Adlina terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

” Minah, Aku harap aku tak jumpa kau lagi lah..” pekik Iskandar.

“Hello…nama aku bukan minah wei!” balas Adlina. Dah hilang sifat keayuan bila berhadapan dengan  mamat serabai macam bagus ni.

“Abih kalau nama kau bukan minah.. tapi minah chi?”

Tanpa menghiraukan Iskandar, Adlina terus berjalan. Abaikan lelaki serabai itu Adlina.  Kalau boleh hempuk lelaki itu, memang sudah dihempuknya. Lagi kau fikirkan lelaki serabai itu, fikiran kau pun ikut serabai. Bisik Adlina perlahan-lahan.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s