Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 8

Standard

Adlina masih ingat lagi kejadian bertegang urat dengan lelaki serabai bernama Iskandar itu bukan sahaja berakhir di Cardiff malah sehingga di dalam perjalanan pulang ke London menaiki keretapi dari Abergavenny. Masih teringat lagi pesanan seorang rakan baik di Singapura. Jangan membenci seseorang, kelak kita akan mencintai orang itu separuh mati. Ishhh.. tak nak lah dengan Iskandar, mamat serabai yang hanya tahu nak marah dan buat tuduhan yang melulu. Sedang Adlina duduk di tepi tingkap keretapi sambil membelek-belek buku novel Melayu karya Norhayati Berahim, Adlina terpandang sesusuk tubuh kurus seorang lelaki yang ketika itu sedang memakai kaca mata hitam jenama Ray Ban berjalan ke arahnya. Iskandar kelihatan begitu santai dan ranggi dengan baju tee putih, berseluar kargo berwarna hitam dan berkasut trail jenama ‘Timberland’.  Janggut yang meliar di mukanya sudah dibersihkan sedikit tetapi masih nampak serabai.

Cis!! Macam mana pula lelaki serabai berada di sini. Tak mungkin dia mengikut aku dari Cardiff ke Abergevanny dan sekarang ini ke London. Bisik hati kecil Adlina.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan Adlina pada ketika itu. Tubuh bagai terasa sejuk. Kalau boleh dilenyapkan dirinya pada waktu itu, pasti dia akan berbuat demikian. Kalau boleh, dia mahu menyorok di bawah bangku keretapi yang sedang didudukinya.  Ataupun bertukar ke gerabak yang lain. Tidak sanggup rasanya berdepan sekali lagi dengan lelaki serabai dan sombong yang hanya mahu mencari kesalahan dirinya. Padahal, Adlina tidak terfikir dia ada membuat sebarang kesalahan. Hanya mahu memulangkan kembali buku nota yang ditinggalkan lelaki itu di atas bangku kayu sewaktu mereka di Cardiff empat hari yang lalu.

” Alamak.. dia datang sini pula..Minta-minta si serabai tu ke gerabak keretapi yang lain,” gumam Adlina sambil menutup separuh mukanya dengan buku novel yang berada di tangan seraya mengambil dan memakai kacamata hitamnya yang berjenama Dior dari beg tangannya.

Adlina merasakan seseorang tiba-tiba duduk kerusi di sebelah kanannya. Melalui ekor mata Adlina, dia terpandang lelaki itu duduk, membuka kaca mata hitam dan menilik jam jenama G-Shock  di tangannya. Lelaki itu bagai menyedari Adlina sedang memerhatikan dirinya.

” Eheeemmm…Takkan baca buku terbalik kot? Aku ingat aku takkan jumpa kau lagi. Rupanya kita bertemu kembali. Dengan kau yang sedang baca buku terbalik. Cikgu mana yang ajar kau eh? “, lelaki itu ketawa terbahak-bahak.

“Aduhh.. apasal boleh terbalik ni. Ishhhh!!” getus Adlina perlahan. Muka Adlina pada ketika itu merah menyala menahan malu serta geram dengan lelaki yang berada di sebelahnya.

“Kesian eh kau ni. Baca buku pun boleh terbalik. Kau pandang kat papan tanda di situ”, sambil Iskandar menunjukkan papan tanda di luar tingkap keretapi. Adlina terus memandang ke arah yang disebutkan oleh Iskandar.

” Kau mesti tak boleh baca… Kau tahu apa sebabnya? Pasal kau cuma boleh baca perkataan yang diterbalikkan aje.” Iskandar ketawa sekuat hatinya.

Adlina mengetap bibirnya dan mendengus geram.

” Aku punya suka nak baca terbalik. Yang kau tu sibuk-sibuk ni apahal? Lagipun aku tengok kau ni dah macam stalker. Dari Cardiff..  dan sekarang dalam satu gerabak keretapi.” bidas Adlina geram. Mukanya begitu merah menyala menaham geram sedari tadi. Rasanya macam hendak memberi satu penumbuk ke muka lelaki serabai yang berada di sebelahnya.

” Lagipun…aku masih tak faham. Kenapa kau suka cari pasal dengan aku? Yang aku tahu aku tak ada kesalahan yang berat sehinggakan kau nak menuduh aku sebarangan,” sambung Adlina.

Iskandar seperti mendiamkan diri dan berpeluk tubuh. Kaca mata hitamnya dipakainya kembali. Bagai tidak menghiraukan Adlina yang sedang bercakap di sebelahnya. Kata-kata Adlina bagai disapa angin yang lalu. Sesekali Iskandar mengeluh perlahan dan menguak anak rambutnya yang jatuh ke belakang. Adlina memandang sepi ke arah Iskandar.

” Kau tu yang menyemak. Yang kau tengok aku dari tadi kenapa? Dah jatuh cinta dengan aku?” Iskandar ketawa mengejek. Adlina terus memalingkan mukanya ke arah lain.

” Jatuh cinta dengan mamat serabai macam kau?? Please lah.. Kalau kau lelaki terakhir di atas muka bumi ni pun aku tak akan pilih kau”, balas Adlina.

” Sombongnya kau…Jangan pulak suatu hari nanti terhegeh-hegeh nak kan aku. Baru kau akan tahu pada saat itu langit tu tinggi ataupun rendah. ” jawab Iskandar.

” Tak ada maknanya. Perempuan lain pun aku rasa akan ‘blah’ dari hidup kau. Tak tahan dengan perangai kau yang macam ada ‘ split personality’. Sekejap aku tengok ok.. sekejap aku tengok kau k.o. Kalah kan perempuan.”

Iskandar mencerlung memandang Adlina. Adlina terus memandang ke arah lain. Mungkin berasa sedikit takut dengan raut wajah lelaki itu.

Iskandar terus mengeluarkan buku nota dari beg sandangnya. Ya… buku nota yang sama pernah dijumpai Adlina ketika berada di Cardiff. Buku nota itulah yang mencetuskan huru hara di dalam hidupnya sejak kebelakangan ini. Buku nota itu juga yang menyebabkan lelaki serabai yang berada di sebelahnya bersangka buruk terhadapnya. Seolah-olah Adlina cuba menceroboh masuk ke dalam hak privasi lelaki itu. Adlina memandang sepi ke luar tingkap keretapi yang bergerak laju. Adlina merasakan perjalanan keretapi yang memakan masa tiga jam lebih itu begitu lama.

Adlina mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan melayan perasaanya di sepanjang perjalanan. Iskandar yang duduk di sebelahnya begitu asyik mencatatkan sesuatu di atas buku notanya tanpa menghiraukan Adlina yang sedang duduk di sebelahnya. Adlina terus memejamkan matanya. Dia amat bersyukur lelaki yang berada di sebelahnya tidak lagi mencetuskan perbalahan. Mungkin lelaki itu terlalu penat mahu bertelingkah dengan nya.

Tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di lantai keretapi. Adlina memandang ke bawah dan melihat buku nota lelaki berada di lantai keretapi. Adlina memandang Iskandar di sebelahnya. Lelaki itu tidur dengan lenanya tanpa menyedari buku notanya terjatuh. Adlina membongkok badannya sedikit dan cuba untuk mengambil buku nota itu. Mata Adlina tiba-tiba terpandang sekeping gambar yang terselit di celahan buku nota itu. Ahhh.. dia tu tengah tidur mati. Mana dia tahu yang aku mencuri pandang gambar yang berada di dalam buku nota miliknya. Adlina berkata-kata di dalam hatinya.

Adlina menarik perlahan-lahan gambar yang berada di celahan buku nota lelaki itu. Seorang wanita yang kelihatan begitu ayu dengan sepasang busana moden sedang duduk bersimpuh. Mungkinkan wanita yang berada di dalam gambar itu menyebabkan lelaki di sebelahnya seperti seseorang yang hilang semangat. Adlina membuat kesimpulan. Tapi di dalam hatinya, masih tertanya-tanya mengapa buku itu begitu penting sekali sehingga dia dimarahinya. Beberapa baris kata-kata puitis yang tertulis di dalam belakang gambar itu sedikit sebanyak menyentuh hati Adlina. Kata-kata itu begitu tulus dari seorang lelaki kepada seorang wanita.

Dikerlingnya ke tepi tempat duduk bersebelahan dengannya. Kelihatan mata lelaki itu masih terpejam. Sebelum lelaki itu terjaga dari lenanya, cepat-cepat Adlina masukkan kembali gambar itu ke dalam celahan buku nota itu sebelum diletakkan bersebelahan dengan tempat duduk Iskandar. Takut jika diketahui oleh lelaki itu pasti meletus kembali perang dunia ketiga. Adlina terus memejamkan matanya. Sesekali Adlina memandang ke arah lelaki yang duduk di sebelahnya. Air mata di kelopak mata lelaki itu mula mengalir dengan perlahan menyentap Adlina seketika. Lelaki itu menangis? Bisik hati kecil Adlina. Mungkin lelaki itu di dalam kesedihan. Adlina membuat kesimpulan.

Adlina mencelikkan mata setibanya di stesen keretapi Newport Gwent. Adlina memandang ke arah kanan kerusinya. Lelaki itu sudah tiada di tempat duduknya. Adlina menjenguk ke belakang tempat duduknya. Tiada bayang lelaki itu. Hanya yang ada penumpang-penumpang lain. Adlina segera bangun mengambil beg sebelum turun dan bertukar keretapi menuju ke kota London. Harapannya cuma satu. Tidak mahu berjumpa dengan lelaki yang bernama Iskandar itu lagi. Adlina menyeluk beg tangannya dan mengeluarkan sebuah kitab yang berjudul La Tahzan yang sentiasa dibawanya bersama.

Dicoretkan di atas kertas kosong sebelum memasukkan ia dicelah kitab tersebut. Entah kenapa Adlina merasakan bagai terpanggil ingin sekali memberikan kitab itu kepada lelaki itu. Semuanya begitu spontan. Adlina mengharapkan dapat berjumpa dengan lelaki itu kembali. Kitab La Tahzan ini diberikan oleh seorang sahabatnya di Singapura. Adlina begitu terkesan dengan kitab itu dan entah mengapa Adlina merasakan jika lelaki ini dapat membacanya, ia mungkin dapat mengembalikan semangat lelaki itu. Walaupun dari percakapan lelaki itu kedengaran begitu angkuh dan sinis, lelaki itu sebenarnya mempunyai jiwa yang halus dan puitis. Lelaki yang serabai itu jika dilihat dengan teliti begitu tampan orangnya

Setibanya di stesen keretapi Paddington, Fatimah rakan sekuliah yang berasal dari Pakistan sudah menanti Adlina dengan kereta Volkswagennya.

” How was your Wales trip, my dear?” Fatimah bertanya sebaik sahaja berjumpa dengan Adlina.

” It was a great trip. Travelling around the Celtic region was fun but tiring. I should have travel to Bangor. Hopefully next time. Nevertheless, travelling around Abergavenny was fun too.. They have lots and lots of old castles to explore. I didn’t have much time to explore much. And their famous dish ‘Welsh Rarebit’, they should have serve the halal version. Too bad, I won’t be able to indulge one ” cerita Adlina panjang lebar sambil tersenyum.

” One day, Insha Allah. I’m sure you have a great time there. How I wish that I will be able to accompany you there, Adlina. Howevever,  I think we should make our move now. My family is waiting for us at home for dinner. Tomorrow will be another long day for us.  We need to travel to Yorkshire and back to reality.”

” Yes.. yes. Back to reality”, jawab Adlina.

“Hmmm… you told me the other day that you are heading to London again in a few weeks time ?” tanya Fatimah.

“Ohh yes. I ll be meeting Rania. ” 

Sebaik sahaja mahu melangkah masuk ke dalam kereta milik Fatimah, Adlina terpandang sesusuk tubuh lelaki yang amat dikenalinya sedang berdiri di tepi jalan raya. Mungkin sedang menunggu seseorang, desis Adlina.  Adlina terus menyuruh Fatimah tunggu dia sebentar sebelum Adlina terus berlari-lari anak ke arah lelaki itu. Adlina ingin memberikan sesuatu. Permintaan yang hanya terlafaz di dalam hati untuk bertemu kembali dengan lelaki itu seolah-olah dimakbulkan. Pada mulanya,Iskandar begitu terkejut melihat Adlina menuju ke arahnya. Sampainya Adlina di hadapan lelaki itu, Adlina menghulurkan kitab La Tahzan kepada Iskandar. Iskandar kelihatan begitu terpinga-pinga. 

” Nah. Ambil ini. Saya harap kitab ini ini berguna untuk awak”, kata Adlina.

Sebelum dapat Iskandar membalas kembali kata-kata Adlina atau bertanya dengan lebih lanjut, Adlina terus berlalu pergi ke kereta milik rakannya. Adlina tidak menghiraukan panggilan Iskandar. Adlina terus masuk ke dalam kereta Volkswagen milik Fatimah sebelum ia meluncur laju membelah jalan raya. Iskandar termangu seorang diri di bahu jalan raya. Tangan kanannya memegang kitab La Tahzan yang diberikan oleh Adlina dan tangan kirinya memegang beg gitar. Iskandar menyelak helaian kitab yang baru diberikan oleh Adlina. Bersamanya terselit sekeping kertas bersaiz A4. Iskandar membaca coretan di atas kertas itu.

‘ Dear Encik Iskandar @ Mr. Serabai,

Semoga jalan keluar terbuka.

Semoga kita bisa mengobati jiwa kita dengan doa

Janganlah engkau berputus asa

Manakala kecemasan menggengam jiwa yang menimpa

Saat paling dekat dengan jalan keluar adalah ketika telah terbentur dengan putus asa.

p/s: If you are depressed, you are living in the past, If you are anxious you are living in the future. And if you are at peace, you are living in the present’

Yours Sincerely,

Nurina Adlina.

Cardiff,  25th July 2007

Iskandar terkedu ketika membaca coretan dari Adlina.

 

Image

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s