Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 6

Standard

Selepas beberapa minggu kejadian salah sangka dan sesi sembang dua jam bersama Nadia, Adlina terkejut menerima kiriman sebuah kotak besaiz sederhana ‘Postpak’. Kotak itu tertera namanya serta alamat rumah di Frizinghall, Yorkshire. Adlina terus membelek-belek kotak tersebut untuk mencari nama si pengirim namun hampa. Ketika kiriman kotak itu tiba di rumah sewanya, Adlina tiada di rumah kerana sibuk membeli sedikit buah tangan buat keluarga di Singapura. Kiriman itu diterima oleh Fazlina pada waktu tengahari oleh penghantar pos Royal Mail. Bila dilihat dari kotak itu tidak rasa ia adalah kiriman dari ibu dan ayah di Singapura.

Takkan pakai “Special Delivery Gurantee” servis Royal Mail pulak, bisik hati Adlina. Kalau dari Abang Nizam tidak mungkin fikir Adlina. Sebelum dia berangkat kembali ke Kuala Lumpur , dia telah mengirimkan kembali Adlina dua kotak biskut Mark & Spencer yang ditinggalkan di dalam kereta Nazrey melalui Nadia. Hanya panggilan telefon dibuat oleh Abang Nizam untuk mengucapkan terima kasih dan kata maaf kerana tidak dapat berjumpa di Lister Park tempoh hari,Lagipun tiada apa yang perlu Adlina ingat. Hanya perkara kecil sahaja. Adlina pun sudah memaafkan dan melupakan tentang perkara itu. Rasanya tidak ada yang perlu diingat lagi kerana perkara tersebut telah berlalu.

Tanpa berfikir lebih lanjut, Adlina terus mengambil kotak itu dan masuk ke dalam bilik.

Nak buka ke tak eh? Kalau tak buka tak tahu isi kandungan kotak itu. Kalau buka, aniaya kalau dapat barang yang kurang menyenangkan bagaimana, fikir Adlina. Malangnya tangan Adlina bergerak lebih pantas dari otaknya sedang Adlina masih berkira-kira ingin membuka kotak itu atau tidak. Sebuah kotak biru ” Swarvoski” betul menjadi isi kandungan “Postpak”. Dia masih ingat lagi beg kertas ” Swarvoski” yang pernah diberikan oleh pakcik Nadia dan kemudian ditinggalkan di dalam kereta lelaki tersebut akibat terlalu marah. Adlina kemudian dengan perlahan-lahan mengeluarkan kotak biru “Swarvoski”  dan membuka penutup kotak itu. Alangkah terkejutnya melihat seutas jam tangan bertahtakan kristal berada di dalam kotak itu. Sedang Adlina meneliti dengan kagum jam tangan berjenama “Swarvoski” , sekeping kad tiba-tiba jatuh dihujung kakinya. Adlina membongkok dan mengambil kad itu. Tertera namanya ditulis dengan begitu cantik sekali. Kemudian Adlina mengeluarkan kad itu dari sampulnya. Kad berwarna merah jambu tertulis “Sorry..” di atasnya. Tanpa berlengah-lengah lagi Adlina membuka kad itu.

‘Buat Nurina Adlina,

Masa dan takdir jua yang menemukan kembali. Pertemuan pertama kali di Cardiff.

Nazrey Shah Iskandar.’

Cardiff tahun 2007. Adlina cuba mengingati kembali apa yanng telah berlaku empat tahun yang lalu. Bila mengingati kembali kejadian empat tahun dahulu, tiba-tiba ada rasa getar yang cukup hebat di dadanya. Takkan lah dia adalah lelaki yang Adlina ketemu di Cardiff semasa cuti musim panas. Lelaki yang rupanya bagai tidak terurus seolah-olah menyalahkan takdir bila pertama kali bertemu. Duduk seorang diri di bangku kayu dihadapan sebuah kafe di Cardiff waktu itu. Tapi lelaki itu namanya Iskandar. Diamati kembali nama yang tertulis di atas kad. Nazrey Shah Iskandar. Nama pun ada Iskandar. Lelaki di Cardiff pun ada Iskandar. Adlina mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal

“Ahhhh!!!”, terpekik Adlina sekian kalinya di bilik. Muka Adlina tiba-tiba menjadi pucat lesi. Mana mungkin dia lupa lelaki yang pernah dia ketemu di Cardiff. Lelaki itu adalah orang yang sama dia pernah ketemu sedikit masa dahulu. Seorang yang mempunyai suara garau. Dan bila mendendang kali lagu bersama petikan gitarnya. Alangkah syahdu. Suara yang memukau wanita yang mendengarnya.  Ohh Tuhan..Lelaki itu rupanya adalah pakcik Nadia.

Kenapa begitu dungu sekali sehingga tidak perasan. Malah bukan sahaja di Cardiff, Adlina juga pernah bertemu lelaki itu dalam perjalanan pulang ke London dan di kantin Malaysia Hall, London selepas perjumpaan Aidilfitri bersama penuntut Malaysia beberapa tahun yang lalu.

Kecil rupanya dunia ini. Pada masa itu, Adlina teringat dia pernah membawa sedikit sambal tumis dimasak untuk diberikan kepada Rania, penuntut LSE yang dikenali semasa Adlina pertama kali menjejaki di bumi Inggeris. Geli hati bila memikirkan membawa bekalan sambal tumis dari Yorkshire ke London. Padahal di Malaysia Hall, terlalu banyak makanan yang dijual seperti nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Kenangan yang pasti tidak akan dilupakan. Tapi seingat Adlina, lelaki yang bernama Iskandar bukan lagi penuntut. Itu yang diketahui melalui Rania dan beberapa orang temannya dari Malaysia. Fikir Adlina, mungkin kembali atas undangan rakan-rakannya yang masih menuntut.

Patutlah selama ini, Adlina bagai pernah jumpa wajah lelaki itu. Cuma tidak dapat mengingatinya kerana perubahan yang begitu ketara pada lelaki itu. Empat tahun dahulu lelaki kelihatan begitu cengkung dan tidak bermaya. Dan sekarang, lelaki yang sama ditemui begitu jauh berbeza. Kacak, berkarisma dan berkeyakinan. Lelaki yang dahulunya menangisi nasibnya kini seseorang yang sedang menguruskan empayar perniagaan keluarga.

Adlina masih ingat lagi,  pertemuan pertama kali dengan lelaki itu semasa Adlina menghabiskan cuti musim panasnya di Cardiff. Pertemuan yang mengharu birukan perasaannya. Tiba-tiba Adlina teringat bait lagu yang pernah dinyanyikan oleh lelaki itu ketika berada di Cardiff. Kerana bait lirik lagu dan suara lelaki itulah yang membuat Adlina terpaku.

Sewaktu pertama kali Adlina berjumpa dengan lelaki itu,  lelaki itu sedang memetik gitar seorang diri di bangku kayu bawah sebatang pohon maple dengan alunan suara yang sungguh menasyikkan menggambarkan perasaan sebenar lelaki itu . Suara garau itu seolah-olah bergema kembali di telinga Adlina ketika ini. Lelaki itu seolah-olah tidak menghiraukan pandangan orang ramai yang lalu dihadapannya.

Di dalam syahdu rindu.Wajah mu mengintai menggoncang hati ku

Lalu aku pun terkenang segala kenangan waktu bersama mu.

Di dalam duka lara …Terdengar suara mu pilunya hati ku.Lalu aku pun terpaku teringat saat ku berpisah dengan mu

Dan kesan kelukaan…Membuat aku bimbang untuk bercinta lagi

Tetapi kesepian memaksa diri ku meneruskan cinta

Di dalam kebingungan….

Ku paksa diri ku cuba melupakan Namun aku tak terdaya melawan hatiku yang masih merindu…

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s