Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 2

Standard

Cuaca dingin di kawasan Yorkshire pada sekitar musim luruh dengan daun-daun yang berwarna keemasan mula berguguran di kawasan kampus universiti. Adlina menjenguk keluar tingkap perpustakaan dengan fikiran yang bercelaru memikirkan hidangan apa yang akan disediakan pada petang nanti. Dua hari yang lepas, kiriman dua kotak besar oleh ibu dari Singapura yang berisi pelbagai rempah ratus, sos, kicap serta sambal. Aduuhh. Rasanya ibu takut aku kebuluran di sini, desis hati Adlina. Padahal di sini senang untuk mendapatkan rempah ratus serta bahan-bahan dari negara Asean terutama dari Indonesia. Tekaknya semacam ingin memakan rendang, sambal tumis serta nasi impit. Apalagi, Adlina segera bangun dari kerusi, mengambil baju sejuk dan terus keluar dari perpustakaan.

Dalam masa dua jam setelah pulang dari perpustakaan, bau yang harum rendang dan sambal tumis memenuhi ruangan rumah sewa dua tingkat yang dihuni oleh empat pelajar dari Malaysia termasuk Adlina.

“Lin, aku bau rendang dengan sambal tumis. Kau masak eh?” Nadia pelajar tahun kedua jurusan ekonomi & perhubungan antarabangsa yang berasal dari Malaysia.

” Ah..ah lah Nad. Aku masak sambal tumis telur dengan rendang. Ada nasi impit sekali. Kalau kau tak nak nasi impit, dalam periuk nasi tu aku dah masak sedikit nasi.”

” Kau masak dengan nasi impit. Ni da macam nak Hari Raya aje.” Nadia tersenyum melihat ke semua lauk sudah dihidang di atas meja.

” Yang lain mana? Fazlina dengan Amira?” Adlina mula mendongak ke atas tingkat dua.

” Faz dengan Amira keluar sekejap.. Aku rasa diorang balik malam nanti. Ni nak aku tolong potong tak nasi impit?”

” Boleh jugak. Ehhh nanti kau kemaskan dapur eh. Aku belum solat maghrib. ” Adlina terus bergegas naik ke tingakt dua untuk menunaikan solat.

Waktu solat di West Yorkshire pada akhir Oktober memang siang terutama pada waktu musim luruh dan sejuk. Waktu siang yang singkat dan malam yang panjang.  Sewaktu Adlina ingin turun ke tingkat satu rumah sewa dua tingkat, terdengar gelak ketawa yang datang dari arah ruang makan. Aikkk… takkan ada lelaki dalam rumah ni. Macam ramai aje.Terdengar juga suara Fazlina dan Amira berbual di ruang tersebut. Ni mesti ada tetamu ni. Adlina mendaki kembali ke atas untuk memakai tudung.

” Sedap lah Nad. Nad yang masak ke?” tanya pemuda yang berbaju kemeja putih.

” Tak lah. Bukan Nad yang masak. Housemate Nad yang masak. Dia ni tiba-tiba balik dari kampus terus masak rendang, sambal tumis dengan nasi impit. Sempat pulak tu dia buat serunding. ” terang Nadia panjang lebar.

” Ye lah.. kita orang bertiga bukan selalu masak. Cuma tolong dia aje. Sebab housemate kita ni memang pandai masak. Sampai tak terasa kita ni duduk berjauhan dari keluarga di Malaysia”, sampuk Fazlina. Amira pula begitu kusyuk menikmati hidangan  yang tersedia.

“Uncle Nazrey..tak toleh kira kanan nampaknya bila makan. Sedap atau lapar sangat ?” ketawa Nadia sambil menoleh ke arah lelaki yang berkemeja biru air pula. Lengan baju yang panjang dilipat ke paras siku. Wajah lelaki tersebut berubah merah. Hanya senyuman diberikan kepada Nadia.

” Nadia.. Nadia. Ada saja lah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Housemate Nad yang masak ni dari tadi tak nampak pun.”

“Adalah.. ehh tu dia. Lahhh yang kau tercegat situ buat apa? Ni aku nak kenalkan pada kau. Yang duduk di tepi aku ni abang aku yang sulung Nizam. Dan yang hujung meja tu pakcik aku, Nazrey Shah Iskandar.” Nadia mula memperkenalkan kedua-duanya. Fikiran Adlina mula menerawang entah kemana. Semua keluarga Nadia bermula dengan huruf ‘N’ ker? Adlina hanya mampu tersenyum. Dalam masa yang sama, Adlina dapat rasakan bagai ada sepasang mata yang sedang ralit meneliti dirinya. Adlina terus menarik kerusi yang kosong dan duduk bersebelahan Amira. Tangan terus mencapai pinggan dan mencedok lauk dan nasi impit yang telah sedia terhidang di atas meja.

Tidak lama kemudian, Amira yang tadi telah ke dapur mengangkat dulang yang berisi ‘remekins’ creme brulee sebagai pencuci mulut. Adlina hanya mendiamkan diri. Hanya sesekali tersenyum bila Nadia serta yang lain bergurau senda sesama sendiri. Mungkin agak janggal kerana baru pertama kali bertemu dengan abang sulung dan pakciknya yang secara mengejut datang bertandang ke rumah sewanya. Lelaki yang diperkenalkan sebagai pakcik Nadia juga hanya tersenyum dan sesekali menjawab pertanyaan Nadia. Jika dilihat dari penampilan, pakcik Nadia ni mungkin berusia pertengahan 30-an. Wajahnya yang ada sedikit campuran Pan-Asian dan bertubuh tinggi dan tegap mungkin menjadi idaman wanita di luar sana. Ditambah pula dengan cara pemakaiannya yang menujukkan seseorang yang berstatus dan bekerjaya. Patutlah Nadia ni muka macam ‘minah saleh’. Rupanya pakcik dan abangnya juga sama.

Setelah selesai menjamu selera, abang serta pakcik Nadia terus ke ruang tamu. Manakala Amira dan Fazlina naik ke tingkat atas untuk menyelesaikan tugasan masing-masing. Sambil mengemas di dapur, Nadia terus menghimpit Adlina yang sedang mengelap pinggan yang telah siap dibersihkan oleh Fazlina dan Amira.

“Kau tiba-tiba senyap aje. Takde mulut kau yang riuh. Terpegun ke melihat jejaka idaman melaya tadi.” giat Nadia.

” Merepek ajelah kau Nad. Aku takde apa-apa nak cakap. ” Tangan Adlina terus mencapai sudu dan garfu untuk disimpan ke dalam laci.

” Abang aku datang nak jengah aku di sini. Itu yang dia bawak sampai tiga kotak berisi bermacam-macam stok makanan dari K.L.

Pakcik aku pula kebetulan memang ada sedikit urusan perniagaan di London. Jadi diorang ni terus datang sama-sama jengah aku. Mummy aku di KL ni walaupun open-minded tapi masih juga takut. Macam ibu kau di Singapura. By the way, minta maaf banyak-banyak kerana lauk pauk kau habis dikerjakan. Nasib baik kau masak lebih Lin. Both of them told me that they have not eaten yet.” Panjang lebar Nadia cuba terangkan.

” Alah Nad, ada rezeki. Entah kenapa terasa nak masak lebih. I thought I want to freeze some of the rendang for emergency. Nampak gayanya, aku terpaksa masak another batch of rendang.”  Sengaja Adlina berkata demikian untuk mengusik temannya.

” Sorry..sorry. Aku belanja kau k. Kau nak makan kat mana?” Sesi pujuk memujuk diantara Adlina dan Nadia.

” No worries lah Nad. Its ok. Lagipun ni kan rezeki diorang. Langkah kanan pun. Dan tolong angkat kopi ni ke dalam untuk tetamu. Kesian pulak diorang di luar tu”, Adlina cuba mengusir rasa kurang enak Nadia sambil menepuk bahu rakan karibnya.

Tiba di ruang tamu, abang sulung Nadia sedang bercakap dengan seseorang di telefon bimbitnya manakala pakciknya sedang membaca sesuatu di komputer ribanya.

“Ehheeemmm.. “, Nadia berdehem.

” Ohh Nad, thank you for your great hospitality. Thanks to your friend too. Is it  Cik Adlina?” Nazrey bertanya sambil mata meneliti wajah Adlina.

” Yes I am. Adlina.” jawab Adlina.

” Lin, aku ke atas sekejap nak skype dengan parents aku di K.L. Jom, abang Zam. We will be back shortly.” Bagaikan teruja nak berskype dengan ibu bapanya di K.L, Nadia serta abangnya terus ke ruang belajar di hujung rumah. Tinggal Adlina dan Nazrey di ruang tamu. Fazlina dan Amira pastinya sedang sibuk dan bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan yang harus diserahkan esok pagi. Kedua-duanya dari universiti dan jurusan yang sama iaitu Kimia.

Nadia pula di dalam mahasiswi tahun kedua dalam pentadbiran perniagaan dan Adlina di akhir semester di peringkat sarjana pentadbiran perniagaan (MBA). Adlina tidak sangka akan bertemu dengan ketiga-tiga gadis yang kebetulan sedang mencari bilik untuk disewa. Dan secara kebetulan pelajar-pelajar yang menginap bersama Adlina di rumah sewa telah habis pengajian mereka. Adlina pula sedang dalam pencarian pelajar-pelajar perempuan baru yang sedang mencari bilik untuk disewa. Walaupun bukan datang dari negara yang sama, tapi adat serta masakan masih sama.

Berjeda seketika diantara Adlina dan Nazrey. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan.

“So… Adlina di sini dah berapa lama? As in West Yorkshire.” Nazrey memecahkan kebisuan di antara mereka berdua.

“Saya di West Yorkshire hampir 7  tahun.. Yup..7  solid years away from home. ” terang Adlina.

“Wow!!  7 years.That’s quite long. You tak rindu ke your parents back in Singapore. Ohh yes, Nadia told me earlier in case you were caught by suprise how on earth i knew you were from Singapore”. Nazrey terus mengambil cawan yang berisi air kopi dan meneguk dengan perlahan.

” Tiga tahun I ambil sarjana muda.  Then I got an job offer with Standard Chartered and continue with my masters secara sambilan. Rindu tu memang rindu. Cuti semester, I akan pulang ke Singapura. Selalunya setahun sekali. Tapi selalu contact my family gunakan skype. That’s what technology are designed for. Lagipun my parents tiada di Singapura sekarang ni. Ikut my younger sister ke Ohio, Amerika Syarikat. Dia belajar di sana” Adlina ketawa kecil.

” Ni macam famili you betul-betul famili global ye. ” balas Nazrey.

“So, how about yourself. Asyik cerita pasal i aje. Nothing interesting though”.

” I orang K.L. Famili semua di sana. Tolong family business. Itu aje. I ke sini pun atas urusan kerja.” Nazrey tersenyum.

Adlina terdiam bagaikan terpukau melihat Nazrey tersenyum. Berkulit cerah, badan yang sasa, serta mempunyai wajah yang tampan. Rasanya mungkin berusia pertengahan atau lewat usia 30-an. Bunyi telefon bimbit menandakan kiriman sms mematikan lamunan Adlina seketika.

“Adlina, I have to make my move urgently. I m need to see my client here. Just let my nephew and niece knows that I have make my move. Insha Allah, I ll see you again. Nice talking to you. .” Lelaki itu terus menghulurkan kad.

Sebelum berlalu, lelaki itu memusingkan badannya ke belakang.

“Hmmmm.. you ni macam familiar kan? Macam pernah jumpa.. Errrr…” Nazrey cuba mengingati sesuatu.

“Salah orang agaknya…” pintas Adlina.

“Nope.. you look very familiar indeed. Tak apa lah.. mungkin pelanduk dua serupa”  sambung Nazrey. Kata hati Nazrey, perempuan di hadapannya adalah wanita yang sama dia pernah jumpa. Takkan belajar di LSE atau di Melbourne. Nazrey cuba mengingati sedalam mungkin. Tak mungkin, bisik hati Nazrey.

Adlina diam seribu bahasa. Pernah jumpa ke lelaki di hadapannya. Takkan lah dia boleh kenal dengan lelaki kaya, Hanya Ferhad, lelaki Pakistan teman sekuliahnya yang dia ketahui dari golongan hartawan. Mata Adlina menghantar lelaki itu menaiki kereta Audi yang terpakir di luar rumah sewanya. Fuhh!! Kaya betul pakcik Nadia. Tapi dalam masa yang sama, Adlina geram dengan Nadia yang seakan tidak mahu berterus terang dengannya mengenai latar belakang keluarga teman serumahnya itu.

Seketika, lelaki itu terus berlalu menaiki kereta meninggalkan rumah sewa.  Hensem tapi dah tua…desis hati Adlina. Sambil menepuk-nepuk kanan dan kiri pipi cuba menyedarkan Adlina dari lamunan. Dia tu lelaki yg berkerjaya, tampan, anak kepada Tan Sri. Mana nak sama. Bagai engang dengan pipit. Bisik hati kecil Adlina. Kad bines yang diberikan oleh Nazrey dibeleknya. Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar. Siapa lelaki ini? Adlina kemudian menutup pintu kayu di hadapannya. Nizam dan Nadia masih di tingkat dua rumah sewa itu masih belum mengetahui pakcik mereka telah berlalu pergi.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s