Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 1

Standard

Termengah-mengah Adlina mengejar waktu. Aduh!! Masak macam gini. Pasti ramai yang telah berada di Masjidil Haram. Dengan pantas, Adlina terus berjalan menuju ke salah satu pintu masuk Masjidil Haram. Tanpa menoleh kiri dan kanan, Adlina terus masuk kedalam masjid. Terutama pada musim haji, umat islam dari pelbagai pelusuk dunia ingin mengerjakan rukun Islam yang kelima. Setelah menunaikan solat zohor, Adlina terpandangkan seorang wanita tua yang duduk disebelahnya sambil mata melilau mencari seseorang.

“Assalamualaikum. Makcik cari siapa?” Adlina terus memandang wanita tua tersebut.
“Waalaikumsalam. Makcik ni tengah mencari anak. Katanya nak tunggu makcik di tiang situ, berdekatan dengan tempat mengambil air zam zam.” Makcik tersebut menunding jarinya ke arah yang disebutkan.
“Ohh begitu. Insya Allah, makcik nanti kita cari. Lagipun ramai sangat jemaah. Saya Adlina. ” Terus bersalaman dengan makcik tersebut.
” Panggil saja Makcik Nora. Jemaah dari Malaysia. Makcik sebenarnya terlewat tadi turun dari hotel. Jadi terpaksalah bersolat di tepi tangga bergerak. Makcik ni datang dengan anak lelaki. Tapi dia dah ke bahagian tempat ruang solat lelaki. Adlina ni jemaah dari negara mana ye?” Mata makcik Nora terus melilau ke arah tempat yang ditunjukkan.
” Saya ni jemaah dari Singapura. Saya pun tadi terlewat sebab sakit perut. Tak tahu kenapa. Salah makan agaknya.” Adlina menjawab sambil tersenyum.
” Datang seorang ke Adlina?”
” Saya datang dengan mak dan ayah. Tapi disebabkan sakit perut. Jadi mereka terus ke masjid dahulu. Nanti akan berjumpa di hotel, Insya Allah.”
“Alhamdullilah. Muda-muda lagi Adlina dah dijemput untuk menunaikan fardhu haji. Rasanya beruntung dapat melaksanakan rukun kelima bila masih muda. Ni pun makcik last minute dapat panggilan dari tabung haji Malaysia mengenai kelulusan visa haji. Maklumlah sekarang nak pergi haji ni berkuota. Kena tunggu giliran. Ohh ya, anak makcik dah sampai. Insya Allah, kita berjumpa lagi” ujar Makcik Nora sambil menyalami tanganku.
Makcik Nora pun berlalu ke kawasan tiang masjid. 

Sewaktu makcik Nora berlalu,Adlina terpandang sesusuk tubuh lelaki yang amat tegap, berkulit putih dan berpakaian ihram. Dalam berpakaian ihram sudah pastinya makcik Nora dan anaknya sedang mengerjakan haji ifrad.  Mungkin itu anak lelaki makcik Nora yang dia sebutkan tadi, bisik hati Adlina. Adlina tidak dapat melihat wajah anak lelaki makcik Nora disebabkan oleh terlalu ramai jemaah haji yg sedang melintas jalan di sekitar kawasan masjid. Kedua anak beranak itu kemudian berlalu meninggalkan kawasan Masjidil Haram. 

Esok pagi Adlina serta para jemaah haji yang lain akan mula berangkat ke Mina sebelum ke Arafah. 

 

Adlina begitu teruja sekali untuk bersama-sama dengan jutaan jemaah haji dari pelbagai pelusuk dunia berkumpul di padang Arafah untuk berwukuf pada tanggal 9 Zulhijjah.  Setelah selesai berdoa, Adlina terus berlalu dari kawasan Masjidil Haram untuk kembali ke hotel Dar Tawhid Intercontinental yang bertentangan dengan Masjidil Haram.

 

Keesokan harinya, setelah menunaikan solat subuh, Adlina serta ibu dan ayah bersama dengan jemaah haji dari Singapura menaikki bas menuju ke Mina untuk bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Arafah. Di dalam bas yang penuh dengan jemaah haji terus bertalbiah tidak henti-henti.  Adlina juga tidak ketinggalan bertalbiah. Hanya di dalam fikiran Adlina di ketika itu, memuji kebesaran yang Maha Esa sambil bertalbiah. Sesungguhnya Adlina terlalu bersyukur kerana di beri kesempatan pada saat-saat akhir visa diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi. Persiapan terlalu mendadak kerana hanya diberitahu bahawa dapat mengerjakan haji pada disaat akhir. Teringat sehari sebelum keberangkatan perbualannya bersama dengan pegawai haji dari agensi haji tempatan.

 

“Cik Adlina, Alhamdullilah. Visa anda serta Puan Zulaikha dan Tuan Adnan diluluskan. Jadi, saya harap Cik Adlina dapat bersiap-siap dengan segera kerana esok pagi adalah hari keberangkatan untuk cik Adlina sekeluarga. Petang nanti semua bagasi yang harus di check-in mesti berada di Lapangan Changi Terminal 1. Pihak kami akan uruskan semua bagasi serta pasport dan tiket untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Jeddah. ” 

Begitulah penerangan salah seorang kakitangan pihak pengurusan dari agensi yang menguruskan pakej haji.

 

Apalagi Adlina serta Puan Zulaikha dan Tuan Adnan terus berkemas. Nasib baik, kain ihram serta perkakas yang lain masih berada di luar. Jadi dalam keadaan yang tergopoh-gapah, akhirnya dapat juga berkemas dengan sempurna. Saudara-mara serta sahabat handai hanya dimaklumkan dengan keadaan yang tergesa-gesa. Penerbangan yang memakan masa hampir 12 jam tidak termasuk ketika berada di kawasan immigrasi pihak Saudi. Ini adalah salah satu cabaran jemaah haji yang terpaksa menunggu giliran untuk melepasi immigrasi di Terminal Haji Lapangan Terbang King Abdul Aziz yang hanya dibuka pada musim haji.

 

 Setelah berada di Mina semalam, hari yang dinantikan telah tiba. Selesai menunaikan solat subuh, jemaah haji bertolak dari Mina ke Arafah untuk berwukuf. Sambil menantikan saat-saat waktu wukuf, Adlina serta jemaah haji yang lain tidak putus-putus beristigtifar, berdoa, bertalbiah terus menerus di dalam khemah yang disediakan di padang Arafah.  Keadaan Adlina serta jemaah haji yang lain bergitu kusut masai apatah lagi di dalam keadaan ihram dengan tidur dan rehat yang tidak secukupnya. Tapi ini adalah satu pengorbanan yang kecil jika ingin dibandingkan nikmat yang Allah SWT berikan kepada hambanya.

 

Menjelang waktu wukuf, acara dimulakan dengan talbiah, zikir dan tazkirah. Khutbah dibacakan setelah masuk waktu Zuhur dan diikuti Khutbah kedua. Khutbah Arafah dibaca meruntun jiwa, menyentuh sanubari dan perasaan. Dengan suara yang merintih, merayu memohon keampunan dariNya. Sesungguhnya, di saat ketika berdoa, airmata serta esakkan halus kedengaran dari Adlina serta jemaah haji. Memohon keampunan dari segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Memohon kemaafan, penyesalan atas segala keterlajuran. Dan Adlina bersyukur diberikan kesempatan berada ni padang Arafah. 

 

Ya Allah, hidupkanlah kami di dunia sebagai orang beriman yang taat, wafatkanlah kami sebagai orang Islam yang bertaubat, jadikanlah kami ketika menghadapi pertanyaan dapat memberikan jawapan yang tepat (benar), jadikanlah kami termasuk golongan orang yang menerima kitabnya dengan kanan, jadikanlah kami di hari kegemparan yang dahsyat itu orang-orang yang aman, hiburkanlah kami dengan melihat wajahMu yang mulia, dengan rahmatMu ya Tuhan Yang Maha Pengasih.

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya: “Hamba-hambaKu datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih dilautan nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya”. Allah SWT berfirman: “Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka”

 

Peluang berdoa di Padang Arafah tidak sekali disia-siakan oleh Adlina kerana peluang berdoa di bumi Arafah semasa wukuf merupakan salah satu tempat yang mustajab dan diangkat terus ke langit itu tidak disia-siakan oleh Adlina. Keadaan begitu sayu di padang Arafah ketika terbenamnya matahari. Subhanallah.

 

Setelah berwukuf, Adlina serta jemaah haji yang lain terus berangkat ke Muzdalifah sebelum ke Mina untuk melontar jamrah.

 

Ketika jemaah berasak-asak melontar jamrah, ternampak dua susuk badan di sebelahnya sedang melontar jamrah. Bila Adlina terpandang wajah wanita disebelahnya rupanya makcik Nora dan anak lelakinya. Selesai melontar terus keluar dari tempat tersebut yang penuh dengan jemaah haji yang lain. Adlina terasa bahu kanannya dicuit.

 

“Adlina, Alhamdullilah, jumpa lagi kita di sini. Ramai jemaah haji dari Singapura dan Malaysia melakukan lontar jamrah waktu begini ya.” ujar Makcik Nora. Adlina hanya tersenyum sahaja.

“Oh ya!! Mana ibu dan ayah Adlina?  Tak sempat nak jumpa.”

“Ada di situ Makcik Nora. Da sabar menanti saya di situ.” Adlina menunjukkan Makcik Nora sepasang suami isteri yang sedang sabar menanti tidk jauh dari situ. Adlina mengerling ke tepi. Senyap betul lelaki sebelah makcik Nora. Berdiri tak berkutik.

“Oh yaa.. Terlupa makcik nak kenalkan. Ini anak makcik. Namanya Nazrey Shah Iskandar.” Adlina terpempan mendengar sebaris nama yang seakan-akan hilang ditelan masa sejak setahun lalu. Adakan dia lelaki itu. Mengapakah bertemu di sini. Dalam keadaan yang tidak diduga. Ya Allah, rahsia apakah yang Engkau leraikan ketika berada di tanah suciMU. 

“Makcik Nora, maaf. Ibu dan ayah sedang menunggu. Insya Allah, kalau ada kesempatan kita bertemu lagi.”  Dengan keadaan yang tergesa-gesa, Adlina terus menyalami wanita tua itu sambil tersenyum mesra dan berlalu dari wanita itu serta anaknya. Cuba menghilangkan segala debaran di dada yang kian berkocak. 

Adlina.. wajahmu tenang di kala ini tidak pernah luput dari minda.. Desis hati Nazrey di kala Adlina berlalu dari situ.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s