Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 44

Standard

Sudah lima hari Adlina terlantar di hospital, namun bayangan Nazrey tidak kelihatan. Encik Adnan cuba menghubungi Nazrey namun gagal. Puan Sri Nora sudah diberitahu tentang keadaan Adlina. Setelah mendengar perkhabaran tentang Adlina, Puan Sri Nora terus bergegas ke Singapura untuk melawat menantunya.

“Kak, saya dah cuba hubungi Nazrey namun gagal.” kata Encik Adnan

“Saya cuba pula. Mungkin kali ini Nazrey dapat jawab. ” kata Puan Sri Nora sambil mengusap perlahan anak rambut Adlina. Terbit rasa kasihan terhadap keadaan menantunya yang kini masih lemah. Puan Sri Nora cuba menghubungi Nazrey dan akhirnya panggilan itu dijawab.

“Assalamualaikum anak mama. Apa khabar? Sihat?” tanya Puan Sri Nora. Encik Adnan dan Puan Zulaikha merenung ke arah Puan Sri Nora untuk menunggu butir bicara dengan Nazrey. Kelihatan Puan Sri Nora menganggukan kepalanya berulang kali. Wajah Puan Sri Nora yang sentiasa dihiasi dengan senyuman kini menjadi begitu serius.

“Nazrey tahu tak Lin sakit. Dia di dalam hospital. Keadaan Lin sungguh lemah. Mama rasa ada baiknya Naz balik. Lin perlukan Naz disisinya. I need you to fly back to Singapore immediately. First flight tomorrow. Mama akan tunggu Naz di Changi Airport.” nada Puan Sri Nora. Panggilan terus diletakkan.

“Apa kata Nazrey Kak Nora? Kenapa dia tak angkat panggilan dari saya atau Zulaika?” tanya Encik Adnan bertubi-tubi.

“Ada hal yang agak penting di sana. Insha’Allah, saya dah suruh Nazrey balik secepat mungkin.” jawab Puan Sri Nora. Zahra sudah lama pulang kerana ingin menguruskan kafe.

Tiba-tiba daun pintu bilik wad Adlina dibuka. Kelihatan Nizam  di balik daun pintu datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk melawat Adlina. Adlina kelihatan agak begitu lemah. Baru sahaja dia disuruh untuk membuat  ultrasound serta diambil contoh darah untuk dihantar ke makmal.

“Nenda da call Uncle Naz suruh dia pulang ke Singapura secepat mungkin. Bagitahu Nenda apa yang telah terjadi kepada Uncle Naz di sana?” tanya Puan Sri Nora kepada Nizam. Yang ada di dalam bilik wad hanya membisu seribu bahasa.

“Nenda, ada baiknya kita tunggu Uncle Naz balik dan tanya dia secara khusus. Tapi bukan di dalam wad Adlina. Dia perlukan rehat secukupnya.” jawab Nizam.

Sebelum pulang, Puan Zulaikha mempelawa Puan Sri Nora untuk bermalam di rumahnya namun ditolak secara baik kerana Puan Sri Nora sudah pun menempah bilik di dalam sebuah hotel.

Beberapa jam kemudian, Shahrul datang melawat Adlina selepas mendapat tahu berita mengenai Adlina melalui Nizam. Shahrul masuk perlahan-lahan ke dalam bilik wad Adlina sebelum meletakkan sejambak bunga tulip di atas meja bersebelahan dengan katil wad Adlina. Memandangkan Adlina ditempatkan di wad kelas A, hanya Adlina sahaja yang berada di dalam bilik wad tersebut. Shahrul mengambil tempat duduk di sebelah katil Adlina. Suasana begitu sepi sekali. Adlina masih nyenyak tidur.

“Adlina, macam mana boleh jadi begini? I suruh you jaga diri you baik-baik sejak you dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur” bisik perlahan Shahrul sambil merenung ke arah Adlina. Adlina mencelikkan matanya bila terdengar suara yang agak biasa kedengaran.

“Shahrul…..” kata Adlina perlahan.

“Mana Nazrey..? Dia dah datang?” tanya Adlina sayu. Suara Adlina tersekat-sekat.

“Nazrey tak ada bersama dengan I? I dah cuba hubungi Naz. Dia sudah berada di Turin sekarang ni” jawab Shahrul.

“Thanks Shah.”

“Tak jadi satu masalah. Tadi I jumpa Nizam dengan Puan Sri Nora di lobi hospital. Katanya akan berada di Singapura selama tiga hari. Puan Sri Nora risaukan you.”

“Macam mana you ada di sini?”

” I baru sampai dari KL terus datang ke sini. Nizam telefon I. Nak minta tolong I jika ada nombor alternatif Naz di London. Nasib baik I ada. Dan secara kebetulan memang I ada seminar di sini. Jadi I datang dua hari lebih awal dari tarikh seminar I.”

“Maafkan I kerana menyusahkan you dan semua orang.”

“Nazrey sepatutnya meminta maaf dari you.”

“Maksud you?”

“Eeeerrr… yelah.  He should be here with you.  Temani you.”

“You doesn’t sound convincing to me Shahrul. Cuba you beritahu I perkara yang sebenar. Apa yang telah terjadi pada suami I di Frankfurt. Dia langsung tak hubungi I sejak kebelakangan ini. You, Nizam dengan Mama Nora macam ada sembunyikan perkara yang sepatutnya I tahu. ”

“You terlalu banyak fikiran. Jangan fikir yang bukan-bukan. I nak melawat you bukan nak bertekak tentang Nazrey tau tak Puan Adlina ” kata Shahrul.

“Yelah tu Dr. Syed Shahrul Ammar Syed Mustaffa Al-Ausi”

“You tahu tak.. You kalau marah mesti panggil nama I yang panjang berjela. Tak terkelu lidah you ke nak panggil nama I panjang begitu. Adlina, kadangkala I rasa menyesal melepaskan you pada Nazrey. Jodoh tu kan ketentuan Allah” keluh Shahrul.

“You ni jangan main-main. I dah jadi isteri dia.” kata Adlina.

“Jodoh you dengan Nazrey memang kuat. Terus terang I katakan pada you yang I tak kuat untuk melepaskan you. Tapi I tahu hati you dah memang jadi milik Nazrey. Masa dia beritahu perasaan dia. I tahu dia memang ada hati dengan you dah lama” Shahrul ketawa kecil. Adlina terus memandang serius ke arah wajah Shahrul.

“You salah Shahrul. Hati I milik Allah SWT. ” pintas Adlina.

“So macam mana keadaan you? Doktor cakap apa tadi?”

“Tadi I kena ultrasound dan pihak hospital ambil darah untuk  pemeriksaan lanjut.” jawab Adlina.

“Hmmm….”

“Apa yang hmmm… ?”

“Tak ada apa-apa. I harap you cepat sembuh.”

“You seorang pakar. Mesti you tahu kenapa darah I diambil banyak kali. Dah tu.. kena ultrasound”

“You tunggu aje apa kata doktor yang merawat you. I tak boleh buat diagnosis sebab I tak ada keputusan darah dan ultrasound. I tak boleh buat kesimpulan.”

Setelah bersembang dengan Adlina selama sejam, Shahrul pun mengambil kesempatan untuk berlalu pergi. Daun pintu wad dikuak lebar sebelum Shahrul keluar dari bilik wad.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s