Rindu Yang Menghempas Hati – Bab 43

Standard

Dua minggu selepas bercuti di luar negara, Nazrey dan Adlina sudah kembali bekerja. Adlina begitu sibuk dengan urusan kafenya dan Nazrey pula sibuk dengan projek- projek di dalam dan luar negara. Baru sahaja pulang bercuti, Nazrey sudah ke Frankfurt bagi urusan kerja selama tiga minggu sebelum ke Turin. Nazrey akan membuat panggilan jauh sehari sekali untuk bertanyakan khabar Adlina. Oleh kerana waktu yg berbeza dan, Nazrey hanya dapat berkomunikasi dengan Adlina di Skype  pada malam hari. Tidak seperti pasangan yang baru berkahwin, Nazrey dan Adlina begitu sibuk dengan urusan masing-masing. Hampir lebih dari sebulan Nazrey dan Adlina tidak dapat bersama menikmati alam rumahtangga seperti pasangan yang lain. Adlina cuba memahami sedaya upaya keadaan Nazrey sebagai usahawan yang sering ke luar negara untuk urusan kerja.

Kadangkala Adlina berasa sunyi ketika berada di rumahnya. Ketika melihat beberapa pasangan sedang menikmati secawan kopi dan sepotong kek bersama di kafenya, Adlina berasa begitu kekurangan tanpa suami di sisi. Sejak pulang dari bercuti, Adlina tidak dapat merasakan kehadiran Nazrey. Jika dilihat dari padangan kasar, lelaki itu bagai berkahwin dengan kerjayanya. Memang benar kata orang, harta dan wang ringgit tidak dapat menggantikan kasih sayang.

Pernah terbit di hati kecil Adlina persoalan demi persoalan adakah keputusan untuk hidup bersama dengan Nazrey adalah satu kesilapan. Berkahwin dengan usahawan yang berjaya menuntut pengorbanan yang besar.  Nasib baik, rumah mak dan ayah Adlina tidak jauh dari kondonya. Kadangkala Adlina akan bermalam di rumah keluarganya. Adlina akan pulang sekali- sekali ke kondonya untuk mengambil barang jika perlu. Adakalanya semasa di kafe, Adlina akan mengalirkan airmata jika teringatkan Nazrey. Adlina tidak tahu mengapa dia bersikap sedemikian. Tapi Adlina tahu bahawa ini adalah harga pengorbanan yang harus dibayar jika menjadi isteri kepada usahawan yang berjaya.

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, Adlina sering berasa kepenatan. Rutin berlari-lari anak di sekitar tempat kediamanya sudah lama ditinggalkan. Kadangkala apabila di kafenya, Adlina berasa pening. Wajahnya yang agak pucat  menarik perhatian Zahra, seorang chef pastri di kafenya itu.

“Adlina, kau macam tak sihat aje. Muka kau pucat. Aku rasa lebih baik kau pergi jumpa doktor dan rehat ” ujar Zahra. Zahra seorang chef pastri yang diambil bertugas di kafenya. Adlina mengenali Rania melalui salah seorang kenalan ketika gadis tinggi lampai itu menuntut di salah sebuah institut kulinari Le Cordon Blue di kota Paris.

“Aku baik-baik sahaja. Mungkin penat sebab aku baru pulang dari Kuala Lumpur.

“Dato’ tak call kau?” tanya Zahra

“Dato’ sibuk. Dua hari yang lepas dia ada skype aku. Mungkin dia dalam perjalanan ke Turin.”

“Aku rasa lebih baik kau balik aje. Muka kau tu dah serupa mayat bergerak. Tak payah nak jadi gagah perkasa sangat. Biar aku jaga kafe. Kau pergi jumpa doktor secepat mungkin. ” gesa Zahra. Muka Adlina sudah cemberut.

“Jangan nak bagi aku muka masam macam tapai kau. Aku tahu kau tak suka jumpa doktor kan.” Telapak tangan Zahra sudah berada di atas dahi Adlina. Zahra mengeluh panjang.

“Kau tahu tak yang badan kau ni dah macam bara api. Kalau kau degil, aku telefon mak dengan bapak kau. Kalau tak pun aku call ambulan suruh seret kau. Mana kau nak?” gertak Zahra.

“Fine! Aku pergi jumpa doktor. Haishhh!!!”

Tidak lama kemudian, telefon bimbit Adlina berbunyi menandakan ada kiriman pesanan ringkas. Adlina membuka telefon bimbitnya. Apa yang dilihatnya begitu memeranjatkan dirinya. Kurang dari dua bulan dia menjadi isteri Nazrey sudah ada ujian yang datang menimpa. Gambar yang kiriman dari nombor yang tak dikenali begitu jelas Nazrey dengan seorang wanita sedang berjalan beriringan menyusuri sebuah jambatan yang terkenal di Frankfurt am Main, Eiserner Steg Bridge. Ada juga beberapa gambar Nazrey sedang duduk di sebuah kafe dengan wanita yang sama. Senyuman Nazrey tidak lekang dari bibirnya.  Adlina mengesat airmata yang mengalir dan cuba melihat kembali gambar seterusnya. Wanita itu memegang tangan kanan Nazrey sambil merenung kearah wajah suaminya.  Airmata Adlina mula mengalir tanpa henti. Adlina masih cuba untuk mempercayai Nazrey namun gambar itu seolah-olah membunuh segala kepercayaan yang ada.

Tanggapan permulaan tentang lelaki kaya seperti Nazrey yang suka berpelesiran. Pada Adlina, kejayaan seorang lelaki terletak pada wanita dan wang ringgit. Dan jatuhnya seorang lelaki sudah pastinya melalui sebab yang sama. Akal warasnya mengatakan Nazrey tidak akan tergamak berlaku sedemikian rupa. Namun, hatinya pula mengatakan sebaliknya. Adlina tahu sejak kebelakangan ini, Nazrey jarang menghubunginya kerana sibuk dengan seminar dan mesyuarat. Dua yang lepas, Adlina sempat ber’skype’ dengan Nazrey. Tidak pula nampak sebarang perubahan dalam suara dan tingkah laku Nazrey.   Adlina menangis tanpa henti sehingga Zahra tercengang.

“Aku tak kuat Zahra. Aku rasa aku macam dah buat silap.” Adlina mengesat airmatanya yang semakin deras.

“Kenapa kau cakap kau tak kuat. Kau seorang wanita yang aku kagumi. Kuat menempuh pelbagai dugaan ketika berada jauh dengan keluarga. Kau beritahu aku apa yang dah terjadi?”

Adlina terus memberikan telefon bimbitnya kepada Zahra. Zahra begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya di skrin telefon bimbit milik Adlina.

“Adlina, kau tahu siapa perempuan yang ada dalam gambar ni? Kau tahukan suami kau tu berpangkat Dato’. Ramai musuh perniagaan yang cuba nak hancurkan kehidupannya. Aku tak percaya Dato’ nak buat perkara macam ni.”

” Perempuan di dalam gambar tu adalah bekas tunang suami aku. Aku masih dapat rasakan masih ada secebis kasih buat bekas tunangnya.”

“Adlina, cuba kau berfikiran rasional sikit. Kalau dia masih ‘head over heels’ dengan bekas tunang dia, pasti suami kau tak macam orang gila bayang kejarkan kau. Aku tahu yang dia sangat sayang dengan kau.” pujuk Zahra.

“No. Aku tak rasa begitu. Kau tahu perasaan aku bagai disayat berkeping-keping setiap kali dia berkata tentang bekas tunangnya . Aku rasa Nazrey masih dibayangi  kisah silamnya.” tegas Adlina sambil mengurut kepalanya yang dirasakan semakin sakit.

“Kau masih meragui Dato’ atau kau yang ada ‘inferior complex’ tentang perubahan kehidupan kau yang berlaku secara mendadak? Berikan dirinya serta diri kau sendiri peluang untuk mengenali isi hati masing-masing. ”

“Mungkin ya.. mungkin tidak. Aku sendiri kurang pasti.”

“Kau tak boleh buat kesimpulan secara mendadak. Apa kata kau tenangkan fikiran. Kau pergi jumpa doktor. Lagipun kau tak sihat. Dah lama aku perhatikan kau yang sering kelihatan lesu tidak bermaya. Aku tadi rasa suhu badan kau seperti bara api. Ditambahkan lagi dengan perkara seperti ini. Lagilah suhu badan kau membara-bara. Kalau kau tak boleh memandu, aku tolong kau. Pasal kafe, kau tidak perlu berasa bimbang. Nanti aku suruh salah seorang tutup kafe.” pujuk Zahra

Zahra terus membawa Adlina ke hospital kerana bimbang dengan tahap kesihatan rakannya.  Sudah seminggu Zahra melihat Adlina sepeti kurang bermaya. Wajah Adlina yang suatu ketika berseri kini kelihatan kusam dan tidak bermaya. Zahra cuma melihat Adlina menelan beberapa biji Panadol. Sampainya di hospital, Adlina terus dibawa ke unit kecemasan. Zahra pula terus menghubungi kedua orang tua Adlina mengenai anaknya.

Setengah jam kemudian, seorang kakitangan hospital yang memakai seragam ungu menerpa ke arah Zahra dan kedua orang tua Adlina yang baru sampai.

“Encik ni semua ahli keluarga Adlina?” tanya pegawai hospital itu.

“Ya saya.” jawab Encik Adnan

“Saya Doktor Razak. Puan Nurina Adlina Bte Adnan akan ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana keadaan kesihatanya yang perlukan pemantauan dari doktor pakar. Sekarang ini pihak hospital sedang menunggu wad untuk memindah Puan Adlina”

“Kenapa dengan anak saya, doktor?” tanya Puan Zulaika.

“Anak puan kekurangan air dan juga keadaannya begitu lemah sekarang ini Pihak hospital perlu menjalankan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui tahap kesihatan Puan Adlina Jika ada sesuatu yang perlu diketengahkan, kami akan beritahu tuan dan puan.” kata Doktor Razak sebelum berlalu pergi.

Encik Adnan cuba menghubungi Nazrey berulang kali namun gagal.

“Macam mana abang? Dapat call Nazrey?” tanya Puan Zulaikha cemas

“Dah cuba banyak kali tapi tak dapat.” Encik Adnan mengeluh sambil terus mendial telefon bimbit Nazrey. Puan Zulaikha dan Encik Adnan pasrah. Di dalam hati hanya mampu berdoa Nazrey dapat menghubungi mereka segera. Nazrey perlu tahu keadaan isterinya kini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s