Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 39

Standard

Sudah dua bulan telah berlalu kejadian bertemu kembali dengan Nazrey Shah Iskandar berlaku.. Bukan itu sahaja, ianya berlaku ketika dia serta kedua orang tuanya menunakan rukun Islam yang kelima. Semenjak kali terakhir dia bertemu Nazrey di di kawasan kota Mekah, hatinya tidak tenteram. Entah kenapa Adlina tidak mampu memberikan konsentrasi sepenuhnya kepada perniagaan kafenya. Kata-kata terakhir lelaki itu masih teringang di cuping telinganya.

“Selagi tiada lafaz ijab dan kabul, selagi itu peluang masih ada.”

Bait-bait kata-kata dari Nazrey itu bagai berulang tayang. Desah nafasnya dan auranya seakan menghantui Adlina semenjak pulang dari Tanah Suci. Resah.. gelisah. Itu yang Adlina rasakan ketika ini.

“Adlina, you nak beli beg atau kasut untuk majlis pertunangan kita?” Tanya Shahrul sekaligus membantutkan khayalannya sebentar tadi.

“Tak payah Rul. I tak nak apa-apa. Cukup dengan majlis ringkas sahaja.” jawab Adlina tenang.

“Are you sure? Kalau tak, you can have it for our wedding. Tods, Gucci or Miu Miu? Kalau tak pun kita ke Takashimaya. Di situ ada Chanel dan lain-lain” kata Shahrul lagi seolah-olah memujuk Adlina.

Adlina merasakan begitu hambar sekali. Tiada barangan berjenama dalam gedung mewah Paragon di Orchard Road menarik perhatian Adlina.

“Adlina, you tak sihat ke?” Tanya Shahrul sekali lagi. Adlina pandang ke arah Shahrul. Senyuman agak hambar diberikan kepada lelaki yang begitu memahami. Shahrul Ammar mengambil cuti seminggu dari tugasannya sebegai doktor bedah untuk menyiapkan majlis pertunangan serta pernikahan mereka tidak lama lagi.

” I okay aje.” balas Adlina acuh tidak acuh.

“Entahlah, I dapat rasakan vibes yang kurang baik dari you. I tak rasa you sakit kerana demam atau apa. Something bothering you Adlina.  Aunty Zulaikha pun kata begitu?”

“Betul.. I tak ada apa-apa. Cuma kepala pening sikit sahaja.” kata Adlina.

” Adlina, I memang seorang doktor. I cuma dapat lihat yang zahir sahaja. Hati you, hanya Allah sahaja yang tahu.” tegas Shahrul.

“I tahu pertunangan kita dibuat dengan mendadak. You tahukan yang Ummi I langsung bertemu dengan kedua orang tua you tanpa pengetahuan I  mahupun you. Tapi, you juga ada hak untuk menolak jika you rasa you belum bersedia atau you sudah punya seseorang di hati you.”

Kata-kata Shahrul menyentakkan Adlina seketika. Lelaki itu seolah-olah dapat membaca apa yang ada di dalam hati dan fikirannya.Ketika itu, Adlina dan Shahrul Ammar sudahpun berada di sebuah restoran. Ramai juga pengunjung ketika itu. Adlina dan Shahrul memilih tempat yang agak terceruk sedikit dari penglihatan orang ramai. Tubuh sasa dan rupa yang tampan bagi lelaki yang berjawatan seorang pakar bedah memang menjadi perhatian ramai. Adlina perasan ada beberapa orang anak-anak gadis yang berada di situ menoleh beberapa kali ke meja di mana dia dan Shahrul berada.

“You ni pelik lah Lin. Tadi muka you macam orang sakit. Tiba-tiba tersenyum- senyum. I ni pakar bedah jantung tau. Bukan pakar bedah otak.”

“Takdelah Rul. Kalau boleh I nak ketawa sekarang. By the way, buat pengetahuan you, budak-budak yang bertudung litup duduk di depan tu dari tadi terintip-intip you. Tak perasan ke?” Adlina ketawa kecil.

” You ni memang nonsense Lin. I tak rasa mereka tu pandang I.”

“Betul! You ni bila I cakap.. I ni nonsense lah.. sakit lah. Apalagi… eh.” gelak Adlina lagi.

“I ni betul-betul serius. ” tegas Shahrul.

“Fine! Gurau sikit dah nak mengamuk.So you cakap I ini ada pilihan untuk menolak jika mahu sekaligus meranapkan impian ummi you yang terlalu baik sekali”

“Siapa yang mengamuk Adlina. I tak mengamuk dengan you. Ranapkan impian Ummi I. Kecewanya hanya seketika. Bagaimana impian you pula Adlina. You ingin ranapkan hati dan perasaan you juga? Kita masih ada masa lagi untuk membatalkan majlis pertunangan kita. I tak nak memaksa kerana I bukan Nazrey!”  Raut muka Adlina terus berubah sama sekali.

“Memang I begitu sayangkan you Adlina. I pendamkan perasaan I bila I dapat tahu Nazrey juga mempunyai perasaan yang terhadap you. I terlalu sayangkan you sebab itu I nak you bahagia. Tak kira sama ada dengan I, Nazrey atau orang lain.  .”

” Bila I mendapat tahu yang Ummi pergi meminang you. I begitu gembira dan bersyukur. Tapi I tak tahu penerimaan you. Dan I mohon setiap kali I sujud mudah-mudahan segalanya berjalan dengan sempurna. Kita merancang. Allah SWT menentukan segala-galanya.  I terima dengan hati yang terbuka apa sahaja keputusan you nanti. I harap you berfikir secara mendalam dan paling penting I tak mahu you rasa terbeban ” jelas Shahrul Ammar. Adlina hanya mendiamkan dirinya. Apalagi yang harus dikatakan.

“I tahu Nazrey memang dah lama ada hati dengan you Adlina. Bukan semalaman..bukan setahun. Sepuluh tahun lamanya. Pada mulanya I tak tahu you adalah gadis yang sama dia pernah ketemu dahulu.” terang Shahrul lagi.

“Macam mana you tahu?” Tanya Adlina kehairanan.

“You tahukan yang dia pernah bercinta dengan Dania. It took him quite sometimes before he could digest the fact that Dania left him for another guy. He left broken hearted. Not until he met you in U.K. He eyed on you for quite sometimes until he came to know that you were engaged with someone else.”

” Two weeks ago he came to me” kata Shahrul lagi.

“And?! So what happens next Rul? ” Tanya Adlina dengan dengan rasa tidak sabar. Shahrul Ammar mengeluh panjang.

” He told me to take care of you. To love you. To cherish you.” kata Shahrul dengan nada sebak.

“I tak tahu macam mana nak cungkil rahsia hati you. Dan sekarang I tahu. Hati you tiada untuk I.” lirih Shahrul.

“Apa yang you merepek ni Rul. We are getting engaged and soon we are getting married. Not with Nazrey or not with someone else. It’s with you.” tegas Adlina.

“Tak perlu berbohong pada diri you sendiri,”

“Dr. Syed Shahrul Ammar Syed Mustaffa Al-Ausi!! Kenapa you tak pernah faham perasaan I. Hari ini, I tak tahu nak beli apa untuk barang pertunangan atau pernikahan. I have nothing in mind yet.”

” Adlina, maafkan I kerana terlalu mendesak.”

“Tak apa. I faham. Kalau I jadi you pun I akan mendesak seperti ini. Tapi I nak you fikirkan sekali lagi”

“Are you seeing someone else Dr. Syed Shahrul Ammar?”

“Honestly, the answer is a big fat NO”

“Tapi kenapa you asak I dengan bermacam-macam. Susah I nak hadam sekaligus fakta you.” Shahrul Ammar tergelak kecil.

“I tahu I ni cuma paranoid aje. Sejak Nazrey berjumpa dengan I dua minggu yang lalu. Dan you pula ambil sikap acuh tak acuh tentang persediaan pertunangan dan pernikahan kita. ”

“Dan you terus membuat andaian you tanpa menghiraukan langsung perasaan I. Begitu?”

“I bercakap mengikut fakta. Bukan andaian. ”

“For your information Cik Nurina Adlina Adnan, Nazrey bertunang dengan Sharifah Sarina selama seminggu aje. Kemudian putus.” sambung  Shahrul Ammar.

“I tak tahu pun dan tak nak ambil tahu.”

“I dah agak dah itu jawapan you. Jawapan paling selamat. ”

“Come on lah Shahrul. There are many other news that worth reading. Cerita sensasi anak VVIP kahwin atau bertunang tak masuk senarai bacaan I.”

“Yelah tu… Itu hari I nampak you tengah baca majalah gossip terhangat di dalam kafe you .”

“You intip I Shahrul”

” I tak intip you. I terpandang aje yang you tengah belek majalah gosip semalam. I ingatkan you nak cari berita pasal Nazrey ke.. ” ketawa Shahrul lagi,

” But Adlina, I am serious. I harap you fikirkan apa yang I cakapkan pada you tadi.” suara Shahrul menjadi serius.

” I rasa you ni dah macam kena ‘brainwash’ dengan Nazrey. Betul tak?” duga Adlina. Wajahnya dikerutkan.

” Terpulang apa yang you akan fikirkan tentang diri I. I am a man of principles. I don’t get easily cornered around.” tegas Shahrul lagi. Suasana menjadi agak tegang ketika itu. Adlina dan Shahrul mendiamkan diri sambil menghabiskan sisa minuman di dalam gelas masing- masing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s