Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 38

Standard

Sudah lima hari Adlina serta jemaah haji yang lain selesai menunaikan ibadah haji. Ramai yang sudah pulang. Ada jemaah yang sudah pun berangkat Madinah. Adlina pula masih berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah yang lain. Adlina amat bersyukur kerana dia dapat menyelesaikan ibadah haji tanpa sebarang masalah. Selepas subuh, kedua orang tua Adlina mahu terus pulang ke hotel. Adlina pula ingin menghabiskan masanya di Masjidil Haram. Apabila Adlina berjalan ke salah sebuah sudut di Masjidil Haram, Adlina terpandang sekali lagi susuk tubuh lelaki itu. Berderau darahnya ketika itu. Nazrey sedang begitu kusyuk mengaji. Sayu sekali pandangannya kepada lelaki itu. Adlina tidak nampak Puan Sri Nora. Sepanjang di Tanah Suci, Adlina tidak nampak langsung Tan Sri Hishamuddin. Semasa berjumpa dengan ibu lelaki itu tempoh hari, dia hanya mengatakan bahawa dia ke Tanah Suci bersama dengan anak lelakinya,. Tidak pula dia memberitahu tentang suaminya, Tan Sri Hishamuddin.

Tiba-tiba suara gurau itu menyapa gegendang telinganya. Setiap kali mendengar suara garau itu, ia seolah-olah menghantar satu getaran di hati. Adlina menoleh ke tepi. Lelaki itu berdiri berhampiran di mana Adlina sedang duduk.

“Nurina Adlina Binte Adnan…. ”

Hjh Nurina Adlina Binte Hj Adnan” Suara gurau itu menyapa sekali lagi. Bagai terkena renjetan arus elektrik, Adlina terus menoleh ke tepi kanan nya.

“Rupanya selama saya di sini, saya tidak salah orang. Subhanallah! Akhirnya Allah mendengar rintihan hati saya sekian lama.” begitu sayu suara lelaki itu. Muka Adlina berubah menjadi pucat bagai tiada darah mengalir ke mukanya.

” Kenapa seorang diri di sini? Mana your parents?” Tanya Nazrey sambil merenung tepat ke anak mata Adlina.

“Eerrrr.. errr. Lepas subuh terus mereka balik hotel. Penat katanya. Saya baru nak habiskan bacaan Al-Quran. Lepas ni nak balik hotel. Rehat.” jawab Adlina perlahan. Matanya ditundukkan ke arah permaidani kuning yang terhampar indah di atas lantai marmar Masjidil Haram.

“Kalau begitu saya tunggu.” kata Nazrey. Adlina menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan cadangan Nazrey.

“Mana Puan Sri Nora dan Tan Sri Hishamuddin?” Tanya Adlina.

“Mama dah balik ke bilik hotel.” jawab Nazrey tanpa memberitahu Adlina mengenai Tan Sri Hishamuddin.

“Tan Sri mana?” Adlina mengajukan soalan yang sama. Mata Nazrey tiba-tiba sudah berkaca.

“Papa sudah kembali ke rahmatullah sebulan sebelum sempat mengerjakan haji.” Suara Nazrey tiba-tiba menjadi tersekat-sekat. Hilang suara bak halilintar yang selalu digunakan. Tiada kata-kata sinis dari mulut lelaki itu. Adlina terdiam membisu.

” Dato’, I think you better leave me here. Kalau tak kena halau dengan pegawai masjid,” tingkah Adlina.

“Are you sure you are okay?” Tanya Nazrey sekali lagi. Ingin kepastian dari Adlina.

“I am very sure Dato’. Insha’Allah. I ‘ll be fine. Send my regards to Puan Sri and condolences to you and family on the recent passing of Tan Sri.”

“Insha’ Allah. I will Adlina. You take care. Anyway, I’m still waiting for your explanation. But it’s okay. I am sure one day, I will know the truth about everything. See you soon Adlina.” kata Nazrey sebelum berlalu pergi

“Insha’ Allah.” jawab Adlina perlahan. Yang pastinya, jawapannya tidak kedengaran di cuping telinga Nazrey kerana lelaki itu sudah jauh meninggalkan keseorangan diri di Masijidil Haram.

Selepas solat Asar di Masjidil Haram, Adlina dan kedua orang tuanya terus ke kedai berhampiran dengan hotel di mana dia sekeluarga serta jemaah haji dari Singapura menginap. Cuaca yang agak redup pada petang itu  Masih ramai lagi jemaah haji dari pelbagai negara masih berada di kota Makkah. Ada yang sedang membeli sedikit cenderahati untuk kaum keluarga serta sahabat handai. Adlina juga tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderahati untuk keluarga dan sahabat handai di Singapura. Oleh kerana Adlina mahu membeli sepasang jubah, Puan Zulaikha dan Encik Adnan terus ke kedai sebelahnya yang menjual tasbih yang diperbuat dari kayu koka.

“Adlina..”

Adlina terus menoleh ke tepi. Puan Sri Nora berada di sebelahnya sedang membelek jubah-jubah serta abaya yang dijual di dalam kedai itu. Adlina tersenyum.

“Makcik Nora dah beli jubah?” tanya Adlina.

“Belum lagi Adlina. Makcik tak tahu mana satu yang cantik.” Puan Sri Nora membelek-belek abaya hitam ayng tergantung di dalam kedai itu. Adlina terus menyelak beberapa pasang abaya. Sepasang abaya hitam menarik perhatiannya. Corak yang agak sederhana memang sesuai dipakai oleh wanita berusia seperti Puan Sri Nora.

“Abaya ni cantik jugak Makcik Nora..” tangan Adlina yang sedang memegang abaya hitam  diajukan ke hadapan Puan Sri Nora.

“Cantik! Pandai Adlina carikan. Makcik Nora berkenan.” Puan Sri Nora tersenyum.

Selepas mengambil beberapa pasang abaya, Adlina dan Puan Sri Nora terus ke kaunter pembayaran. Adlina hanya membeli dua pasang abaya.

“How much all of these abaya. Please includes these two. Thank you.” Puan Sri Nora mengambil kedua-dua pasang abaya yang mahu dibeli oleh  Adlina.

“Makcik Nora, tak apa. Saya bayar.” Adlina sama sekali tidak mahu Puan Sri Nora membelikannya. Adlina tidak mahu Nazrey mahupun Tan Sri Hishamuddin memandang serong terhadap dirinya.

“Its okay sayang. Makcik ikhlas. Take it.” Tangan Puan Sri Nora terus mengambil beberapa keping nota matawang riyal dari beg tangannya lalu diberikan kepada pekerja kedai itu.

“Makcik Nora. Maafkan saya. Saya tak dapat menerima pemberian maaf.” Adlina menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Adlina, ini makcik memang berhajat nak  berikan sesuatu pada Adlina. Alhamdullilah. Hajat makcik tercapai.”

Dengan berat hati, Adlina mengambil beg yang berisi abaya.

“Adlina dah nak balik hotel ya?” tanya Puan Sri Nora.

“Ya saya. Tunggu mak dan ayah dulu baru balik ke hotel. Anak makcik mana?”

“Ohh Nazrey! Katanya nak kedai jam tangan. Dia suruh makcik tunggu di kedai makan. Mari.. Adlina. Kita duduk dan minum kedai hujung sana. ” Puan Sri Nora menundingkan jari ke arah sebuah kedai yang menjual air dan kebab. Secara kebetulan, Puan Zulaikha dan Encik Adnan baru keluar daripada salah sebuah kedai di situ. Kedua-dua mereka menghampiri Puan Sri Nora dan Adlina.

“Mak.. Ayah. Kenalkan..Yang ni makcik Nora.” Adlina memperkenalkan Puan Sri Nora kepada kedua orang tuanya. Kemudian mereka terus menuju ke sebuah kedai makanan berhampiran. Puan  Sri Nora begitu rancak berbual dengan kedua-dua orang tua Adlina sepanjang mereka semua berada di kedai itu.

“Mama, jom kita balik,” Suara garau itu lagi menyapa bila Adlina sedang menyedut air jus. Hampir tersedak Adlina dibuatnya.

” Sebelum kita balik hotel, mama nak kenalkan kawan baru mama. Yang ni Aunty Zulaikha dan Uncle Adnan. Gadis yang cantik manis yang sedang duduk depan mama pula namanya Adlina. Nurina Adlina.”

Nazrey terus menyalami kedua orang tua Adlina. Renungan yang paling tajam pula diberikan kepada Adlina.

” Ni anak bujang saya. Nazrey Shah Iskandar. Anak saya yang sulung pula perempuan. Tapi dah pun berkahwin..” terang Puan Sri Nora tersenyum. Wanita anggun itu begitu peramah sekali.  Tanpa sebarang alat solek, Puan Sri Nora memang seorang wanita yang begitu anggun dan jelita. Puan Zulaikha dan Encik Adnan mengangguk-anggukan kepala sambil tersenyum.

“Saya ni berkenan sangat dengan anak gadis awak. Tapi itulah..bakal bertunang tak lama lagi. Kalau tak saya memang nak masuk meminang Adlina. Sejuk mata saya”

Aduhai!! Kenapa lah Puan Sri Nora nak masuk meminang. Padahal arwah suaminya sudah berpesan supaya Adlina pergi jauh dari keluarganya. Bisik hati kecil Adlina. Adlina tersenyum tawar. Nazrey pula hanya mendiamkan diri bagai patung cendana. Sukar untuk Adlina menafsirkan apa yang ada di dalam fikiran Nazrey ketika itu melalui bahasa tubuh. Lelaki itu terus meneguk air teh yang ada dihadapannya tanpa banyak bicara.

” Kak Nora, bakal tunang anak saya pun orang KL.” kata Puan Zulaikha.

” Ohh yaa…bila majlisnya?” tanya Puan Sri Nora.

“Insha Allah, tiga bulan lagi jika tiada aral melintang.” jawab Encik Adnan pula. Nazrey kembali merenung tajam ke arah Adlina. Bertenang Adlina.. bertenang. Yang nak ditunangkan bukan dengan Nazrey. Tapi dengan kawan baiknya. Desis hati Adlina.

“Insha Allah.. Zulaikha dan Adnan. Kak Nora balik dulu. Nak balik hotel dan rehat sekejap sebelum waktu maghrib. Kita ketemu lagi.” Puan Sri Nora kemudian bersalaman dan memeluk Puan Zulaikha dan Adlina. Nazrey pula bersalaman dengan Encik Adnan.

Sebelum mereka berlalu pergi, Nazrey sempat berbisik ke telinga Adlina. Ketika itu, kedua orang tua Adlina dan Puan Sri Nora menoleh ke arah lain.

” Selagi  tiada lafaz ijab dan kabul, selagi itu peluang masih ada.” ucap Nazrey dengan tegas dan begitu perlahan sekali .

Kata-kata itu terus membuatkan Adlina tercengang. Adakah lelaki yang berdiri dihadapannya masih siuman. Bagaimana pula dengan Sharifah Sarina dan hasrat Allahyarham Tan Sri Hishamuddin untuk bermenantukan wanita gedik itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s