Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 37

Standard

Dicelah – celah kesibukan menguruskan kafenya, Adlina tidak langsung memikirkan kejadian tempoh hari. Walaupun kejadian itu bagai berulang tayang di mindanya, dia cuba menghakis sebanyak mungkin. Masih dia ingat tentang perbualannya dengan Tan Sri Hishamuddin. Kata-kata Tan Sri Hishamuddin terlalu pahit untuk dihadam. Mungkin ia akan memakan masa untuk hilang rasa pahitnya. Dia merasakan bahawa semua yang berlaku bukan kehendaknya. Mana mungkin perasaan boleh dipaksa. Bukan haknya untuk mematahkan segala perasaan Nazrey terhadap dirinya. Malahan dia tahu enggang dengan pipit, bagaimana mahu terbang bersama.

Dia jugak tidak pernah mengaku bahawa dia suka atau lebih tepat mulai sayang kepada Nazrey secara peribadi biarpun perasaan itu mulai bercambah sedikit demi sedikit. Lelaki yang banyak mengharu birukan kehidupan peribadinya. Adlina tahu, satu masa nanti, masa akan merubah segalanya. Yang patah hilang tumbuh berganti.  Apa yang sedang dirasainya biarkan ia menjadi satu rahsia.  Tidak akan sesekali dia menyebutnya biarkan ia akan menjadi sesuatu yang bakal di bawa bersama hingga ke akhir hayat.

Malahan dia harus kini belajar untuk sayang dan cinta kepada Syed Shahrul Ammar. Shahrul banyak bersama dengannya di kala susah mahupun senang walaupun adakalanya perkerjaannya sebagai pakar bedah di hospital amat memerlukannya. Shahrul terlalu baik untuk disakitinya.

Kedua belah pihak keluarga juga mahu dia dan Shahrul cepat-cpeat disatukan kerana masing-masing sudah berusia dan sudah mempunyai karier yang baik. Selepas pertemuan Adlina dengan ummi Shahrul, wanita berusia yang tampak elegan itu terus datang ke rumah orang tuanya untuk merisik. Sehinggakan wanita itu sanggup datang dari Kuala Lumpur ke Singapura untuk tunggu kepulangan kedua orang tua Adlina dari US untuk merisik sekaligus meminang. Waktu itu, Adlina sendiri tidak tahu menahu rombongan meminang Dr. Syed Shahrul kerana dia berada di Istanbul untuk bercuti.

Bagi Adlina, berjumpa dengan Nazrey Shah Iskandar adalah sesuatu yang mahu dielakkan sebaik mungkin. Bak kata pepatah, kita merancang, Allah SWT yang menentukan. Adlina akur bahawa sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya di kemudian hari. Cuma dia hanya dapat memohon doa supaya sebarang ujian atau apa sahaja yang telah ditentukan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Adlina masih ingat lagi kata-kata Tan Sri Hishamuddin setahun yang lalu supaya dia pergi jauh dari kehidupan keluarganya terutama Nazrey Shah Iskandar. Mahu sahaja Adlina bertempik pada Tan Sri Hishamuddin yang dia tidak pernah sesekali ingin melibatkan kehidupannya dengan keluarga ternama itu. Malah tidak pernah terlintas di fikiran Adlina mahu berkawan atau berkahwin dengan orang-orang ternama.  Malahan, Adlina pada mulanya tidak pernah tahu tentang siapa keluarga Nadia sehinggakan teman serumahnya itu sewaktu di belajar di salah sebuah universiti di West Yorkshire, England memberitahu kepadanya. Jika tidak kerana Nazrey dan Nizam datang bertandang ke rumahnya, sampai bila-bila Adlina tidak akan tahu latar belakang sebenar Nadia

” Telefon bimbit kau asyik berdering sahaja. ” ngomel Puan Zulaikha. Encik Adnan pula duduk di sofa menggeleng-gelengkan kepalanya dan terus menyambung membaca suratkhabar.

“Nanti Lin call balik lah orang tu.” seraya tangannya mencapai buah epal yang siap dipoting. Tangannya masih memegang buah epal lalu dimasukkan ke mulutnya,

“Mak lihat beberapa hari ni kau resah. You have anything in mind that bothers you?”  Tanya Puan Zulaikha sambil tangannya mengambil teko dan menuangkan kopi ke dalam cawan di atas meja.

“Mak, nothing lah. Lin okay. Banyak kerja di kafe. Nak menguruskan kafe ni bukan senang walaupun kecil aje perniagaannya.”

“I don’t know. But I can sense amiss about you lately. Mak tak rasa ada kena mengena dengan kafe Lin. Sebab tu mak tanya. Atau Lin nervous sebab tak lama lagi majlis pertunangan Lin dengan Shahrul akan berlangsung. I know something must be bothering you. Something got to do with Syed Shahrul Ammar”

“If you need some vacation to relax yourself, go ahead Lin. Ayah tak marah dan izinkan. Maybe you can visit your sis in US? ” cadang Encik Adnan yang dari tadi hanya mendengar perbualan Adlina dan Puan Zulaikha

“Tak lah Ayah. I don’t need a long vacation. Maybe next year we can visit her in US? Ini pun tak tahu samada  visa haji kita tahun ni diluluskan atau tidak.”

” Lepas kita mengerjakan haji boleh ke US. Kalau dah tahun depan tu.. kau sahaja lah yang pergi dengan Shahrul. Biar mak dan ayah di sini. Dah lama sangat duduk di US. Perjalanan pun jauh. Kita berdua ni dah tak larat. Bukan macam dari sini ke Pasir Ris atau Geylang. Boleh naik teksi atau mrt! ” jawab Encik Adnan.

Adlina hanya mendiamkan dirinya. Kedua orang tuanya tidak tahu apa yang sedang menghantui fikirannya.Puan Zulaikha dan Encik Adnan baru tiga bulan pulang dari US setelah dua tahun berada di sana bersama dengan adik Adlina. Dan kali ini, mereka berdua mahu terus menetap di Singapura.

Pulang sahaja dari US, Encik Adnan terus menjual flatnya dan menetap bersama dengan Adlina di salah sebuah kondominium di Flora Road. Sebelum bersara dan menetap sementara di U.S, Encik Adnan dan Puan Zulaikha masing-masing bertugas sebagai guru dan ketua jabatan Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah menengah.

“Mak tak tahu apa masalah Lin. Tapi apa juga masalah yang sedang Lin hadapi.. Lin masih ada mak dan ayah untuk Lin luahkan perasaan. Jangan pendam terlalu lama perasaan tu. Nanti merana badan.” nasihat Puan Zulaikha kepada Adlina.

“Betul tu Lin. Kalau kau tak cukup duit dan perlukan lebih modal untuk kafe, Insya -Allah ayah cuba bantu. Kalau tentang hati dan perasaan ni, ayah tak boleh bantu” gelak Encik Adnan. Ayah dan maknya seolah-olah tahu apa yang bergejolak di dalam hatinya.

“Alhamdullilah. Terima kasih ayah dan mak. Setakat ini tak sampai nak perlukan tokokan modal untuk kafe Lin. Ataupun Lin ada masalah. Nothing. Entah lah.. Lin rasa mungkin Lin penat aje.” keluh Adlina.

“Kalau begitu, Lin rehatlah dulu di bilik. Nanti bila makan tengahari, mak akan panggilkan Lin.” kata Puan Zulaikha.

Sebelum Adlina meninggalkan kedua orang tuanya untuk masuk ke dalam bilik, telefon bimbitnya berdering sekali lagi. Adlina mengangkat panggilan itu. Adlina menekap telefon bimbitnya ke telinga dan mendengar dengan teliti. Selang beberapa minit kemudian Adlina meletakkan kembali telefon bimbitnya

“Mak!! Ayahh!!! Alhamdullilah!! Tahun ni kita dapat visa naik haji!!” jerit Adlina sekuat hati sambil menekap kedua belah tangan tanda syukur.

“Ya Allah!! Betul ke?” teriak Puan Zulaikha dengan rasa tidak percaya,. Encik Adnan pula terpempan mendengar berita itu. Tidak sangka penantian mereka sekeluarga selama tujuh tahun akhirnya termakbul sudah. Encik Adnan tidak sangka bahawa mereka bakal mengerjakan haji setahun lebih awal dari apa yang telah dijangkakan.

“Betul mak… ayah!! Tak sangka keengganan saya untuk ke US rupanya tanda saya akan mengerjakan hati.”

Tidak sangka Adlina, Allah memberikan dia peluang untuk menjejakkan kakinya ke Tanah Suci setelah sekian lama. Kali terakhir dia ke sana ialah sepuluh tahun yang lalu semasa mengerjakan ibadah umrah. Dan kali ini dia bakal mengerjakan rukun Islam yang ke lima.

Adlina amat berharap semoga perjalanannya ke Tanah Suci segalanya berjalan dengan lancar. Adlina juga berdoa semoga dia mendapat ketenangan semasa berada di sana. Dia ingin banyak mendekatkan dirinya dengan Tuhan dan melupakan segala kerunsingan yang kian bertandang di hatinya. Semoga perjalanannya ke sana diberkati. Tidak ada tempat yang paling menarik dan memberikan ketenangan melainkan berada di Tanah Suci. Moga Allah SWT memberikannya jalan keluar dari masalah yang membelenggu dirinya. Adlina tidak dapat menahan sabarnya untuk ke sana. Tinggal beberapa jam lagi sebelum waktu keberangkatan.

Segalanya berlaku dengan pantas sekali. Nasib baik dia telah bersiap sedia dengan perkakas untuk haji. Jubah-jubah, telekung, sarung tangan, setokin dan sebagainya segera dimasukkan ke dalam bagasi besar. Setelah menerima perkhabaran tentang visa haji yang diluluskan pada saat-saat akhir, Adlina, Puan Zulaikha dan Encik Adnan terus ke agensi yang menguruskan pakej haji untuk mengambil segala dokumen. Nasib baik mereka semua telah menerima suntikan yang harus diberikan kepada jemaah haji. Pada mulanya permohonan visa mereka tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi. Tidak sangka, pada saat- saat akhir permohonan visa haji mereka diluluskan.

Dan malam itu, Adlina tidak dapat tidur lalu mengerjakan sujud syukur untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat yang diberikan. Adlina juga sempat menghubungi Dr. Shahrul tentang keberangkatannya ke Tanah Suci keesokan harinya.

Firman Allah SWT:

Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Quran, surah Ibrahim, 14:7)

Siapa sangka di tengah- tengah jutaan manusia yang datang dari segenap pelusuk dunia, lelaki itu juga yang Adlina jumpa. Ya Allah!! Mengapakah kau uji aku sedemikian rupa. Di Tanah Suci kau pertemukan dengan lelaki yang aku cuba elakkan selama ini. Bisik hati kecil Adlina.

Dalam ramai-ramai manusia, lelaki ini dan juga ibunya yang dia jumpa. Makcik Nora atau lebih dikenali sebagai Puan Sri Noraziana Richardson dilihat dari jauh dihampiri oleh anaknya, Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar. Sebelum mereka beredar selepas melontar jamrah, Nazrey sempat menoleh ke arah Adlina. Adlina melarikan pandangannya ke arah lain sambil berpura-pura berbual dengan salah seorang jemaah dari Singapura yang sedang berdiri bersebelah dengannya. Bila Adlina pandang ke arah Makcik Nora, tiba-tiba pandangannya dan Nazrey bertaut kembali.

Pandangan mata Nazrey seolah-olah ingin menembusi anak matanya. Adlina menggenggam kuat kantung batu untuk melontar jamrah yang sudahpun kosong. Bahasa tubuh serta pandangan mata lelaki itu seolah-olah meminta penjelasan. Adlina terus beredar dari  tempat itu bersama dengan kedua orang tuanya serta jemaah haji yang lain dari Singapura.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s