Rindu Yang Menghempas Hati -Bab 36

Standard

Sudah empat bulan semenjak bertemu kembali dengan Nadia. Nadia banyak menceritakan tentang dirinya yang kian sibuk di syarikat milik datuknya, Tan Sri Hishamuddin. Bertambah sibuk lagi bila dia dihantar bertugas di anak syarikat Saujana Holdings iaitu CreativeIdeas.Com. Nadia ke Singapura kerana anak syarikat di bawah naungan Saujana Holdings mendapat sebuah tender di Singapura. Katanya lagi, pakciknya sentiasa sibuk sejak kebelakangan ini dengan banyak projek di dalam dan luar negara. Tanggungjawab menjadi pengerusi eksekutif bersama di dalam sebuah syarikat konglomerat amat berat sekali. Adlina sudah sedia maklum tentang itu semasa dia masih bertugas di syarikat Saujana Holdings. Tidak pula Nadia menceritakan tentang pertunangan atau perkahwinan Nazrey. Dia pula seperti malas mahu bertanya. Lagipun jika ada sebarang majlis yang melibatkan golongan VVIP seperti Nazrey, sudah pasti berita itu akan digembar gemburkan di media sosial atau cetak. Adlina sendiri tidak mengerti kenapa dia harus bersusah payah untuk memikirkan tentang kehidupan peribadi lelaki itu,.

Hujan semakin lebat pada pagi itu. Tidak ramai pengunjung yang berada di kafe itu. Kebanyakkannya hanya duduk di situ sambil menikmati secawan kopi ataupun melungsuri web. Ada juga yang sedang berbual-bual dengan rakan. Adlina hanya memerhatikan gelagat pengunjung. Saleha serta dua pekerjanya sedang  sibuk menyediakan tempahan sarapan dari sebuah syarikat yang terletak di sebuah bangunan di kawasan Raffles Place. Dua hari yang lepas Shahrul ada menelefonnya untuk dating ke Singapura bagi menguruskan majlis pertunangan yang bakal diadakan,

Adlina hanya mengikut sahaja apa yang telah dirancang oleh kedua belah pihak. Malah Adlina tidak sama sekali menyangka bahawa Shahrul telah menghantar rombongan meminang selama dia berada di London enam bulan yang lalu. Adlina hanya menurut sahaja kehendak keluarganya yang mahu dia cepat-cepat mendirikan rumahtangga dan melupakan segala kenangan pahit bersama arwah tunangnya dahulu Oleh kerana masa Shahrul terlalu padat dengan pelbagai kegiatan sukarela dan tugasan di hospital, majlis pertunangan bakal diadakan selepas Adlina menunaikan ibadah haji. Hampir setiap hujung minggu, Shahrul akan terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura untuk bertemu dengan Adlina. Walaupun majlis pertunangan akan berlangsung tidak lama lagi, hati Adlina dipagut resah. Adlina tidak tahu mengapa dia harus berperasaan sedemikan. Suara Saleha tiba-tiba mencantas khayalan Adlina.

“Cik Adlina, kita dah try call Razif sebab nak hantarkan sarapan ni ke Raffles Place tapi Razif tak boleh sampai sebab motornya pancit. So how?” Tanya Saleha. Mukanya begitu resah kerana takut tempahan tidak sampai pada waktu yang dijanjikan.

“Takper. You jagakan kafe ni. I will send the order personally to the company.” ujar Adlina. Dia terus mencapai kunci keretanya dan mengambil kesemua barang tempahan. Daniel, salah seorang pekerja di kafenya turut membantu untuk meletakkan segala barang tempahan di dalam kereta Adlina.

Tidak sampai sepuluh minit, kereta mini cooper milik Adlina membelah jalan raya yang agak sedikit basah disebabkan hujan yang turun pada awal pagi itu. Perjalanan dari kafenya ke Raffles Place memakan masa dua minit jika bukan waktu sibuk. Ditambah pula dengan system ERP yang diletakkan di gerbang masuk ke kawasan bandar. Ramai kenderaan yang cuba mengelak dari membayar ERP lagi mahal pada waktu yang terlalu sibuk.

Kereta mini cooper Adlina akhirnya tiba di salah sebuah bangunan pencakar langit di daerah Raffles Place. Adlina terus ke kaunter penyambut tamu syarikat NSI Pte Ltd untuk meletakkan makanan yang ditempah dua hari yang lalu. Adlina kelihatan begitu ringkas dan santai dengan seluar jeans dipadankan dengan baju t lengan panjang. Cermin mata Dior terletak cantik di mukannya yang hanya disalut dengan sedkit bedak dan gincu. Adlina membetulkan tudung ‘ekspress’ yang terletak di kepalanya. Tiba-tiba, rongga hidung Adlina terbau wangian yang amat sebati dengannya. Wangian yang sering dipakai. Ahhh..mungkin hanya satu kebetulan. Getus hati kecilnya.

Seorang lelaki yang bertubuh sasa berjalan keluar dari lif dengan memakai baju kemeja putih lengan panjang serta seluar hitam. Degupan jantung Adlina menjadi kencang. Mungkin salah orang.. Adlina cuba menenangkan perasaannya. Tapi susuk tubuh lelaki itu tidak pernah Adlina lupa. Dari ekor mata, Adlina perasan lelaki itu memandang ke arahnya. Fuhh!! Nasib baik lelaki itu terus pergi. Mungkin lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya kerana dia memakai kacamata hitam dan sedang tunduk ke bawah lantai. Perasaannya ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Jika benar lelaki itu tahu dia ada di situ, pasti lelaki itu akan meminta penjelasan demi penjelasan tentang perletakkan jawatannya. Macam mana dia boleh terlepas pandang syarikat NSI Pte Ltd adalah salah sebuah anak syarikat Saujana Holdings yang berpangkalan di Singapura. Kenapa setiap pelusuk dunia dia pergi, pasti bertemu dengan lelaki itu yang telah lama mengharu-birukan perasaan dan kehidupan peribadinya. Dari bumi Yorkshire,  London, Kuala Lumpur dan sekarang di Singapura. Mana lagi pelusuk dunia yang harus Adlina pergi untuk tidak bertemu dengan lelaki itu, Adakah itu adalah suaratan atau kebetulan.

Adlina terus pergi dari situ. Adlina berharap lelaki itu tidak perasan dengan kehadirannya.

Sampai sahaja di tempat letak kereta, bunyi SMS dari telefon bimbit Samsungnya berbunyi. Adlina terus membuka kotak mesej. Mata Adlina terbuntang melihat kata-kata dari SMS itu.

” You still owe me a good explanation about your resignation for months. Btw, thank you for a good cup of coffee and curry puffs. NSI”

Adlina pasti ini semua kerja Nadia. Kalau tidak masakan lelaki itu tahu nombor telefon. Adlina hanya membiarkan mesej itu tidak berjawab kerana dia perlukan penjelasan dari Nadia secepat mungkin.

Malam itu Adlina terus menefon Nadia untuk mengetahui samada dia ada memberikan nombor telefon bimbit itu kepada Nazrey.

” I am so so sorry that I gave your number to Uncle Naz. His life was looking so miserable after you left Saujana. He kept pestering me if I knew anything about you. Anything that can lead him to you. I think he is so much in love with you Lin.”

” But you promise me that you won’t tell bits about me.”

” I know.. But I couldn’t help myself Lin. You tahu, I tengok my uncle semakin lama semakin jauh dengan keluarga. Sibuk memanjang. Sampai my grandfather, Tan Sri Hishamuddin risaukan anaknya. Tapi I dapat rasakan ini semua pasti berkaitan dengan you”

“Tapi dia tu tunang orang Nad. Dan I juga bakal tunang orang. I tak pernah rasakan yang Dato’ Nazrey suka atau cintakan I.”

“Come on Lin. Rahsia hati tidak ada siapa yang tahu kan. I tahu yang uncle I tu memang suka kan you.. Cintakan you. I tak tahu sama ada you perasan atau buat buat tak perasan.” Suara Nadia kedengaran agak keras di hujung talian.

“Apapun I harap you berfikir secara waras. Dah lama penantian uncle I. You squashed it Lin.”

“Jodoh aku dah ditulis dengan Dr.Syed Shahrul Ammar. Bukan dengan Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar Tan Sri Hishamuddin.” kata Adlina.

“Macam mana jika jodoh kau berakhir dengan Uncle Naz dan bukannya Uncle Shah. Oklah Lin. Aku tak mahu lagi bertekak tentang ini. Dan aku minta maaf sebab aku yang berikan nombor kau dekat Uncle Naz. Trust me.. there’s always a Malay proverb. Garam di laut.. Asam di darat. Dalam kuali bertemu juga. I have to hang up right now. Aku sekarang di Leeds tengah sarapan. Apa-apa..nanti kita contact lagi. Bye!”

Adlina mengeluh dengan sebuah keluhan yang agak berat. Tidak lama kemudian Adlina tertidur bersama dengan bayangan lelaki yang bernama Nazrey Shah Iskandar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s