Rindu Yang Menghempas Hati -n Bab 35

Standard

Sudah enam bulan Adlina kembali ke Singapura selepas meletak jawatannya di Saujana Holdings. Selama itu lah Adlina cuba melupakan apa yang telah terjadi. Sebelum Adlina meletakkan jawatannya di Saujana Holdings, Tan Sri Hishamuddin cuba memberikannya sejumlah wang yang agak banyak sebagai saguhati. Tetapi Adlina menolah sekeras-kerasnya. Apa yang dilakukannya hanya sebagai pertolongan ikhlas kepada Tan Sri Hishamuddin sekeluarga kerana memberikan peluang perkerjaan. Adlina tidak mahu kembali ke London kerana dia merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk kembali ke tanahairnya sendiri.

Adlina tahu Dato’ Nazrey Shah Iskandar sudah pun tahu akan perletakkan jawatannya di Saujana Holdings. Entah bagaimana reaksi lelaki serabai itu. Lagipun segala projek dalam pengawasan Adlina yang masih tertunggak sudah pun diserahkan kepada pengurus kanan Encik Zahar. Perletakkan jawatan Adlina berlaku semasa Nazrey masih berada di Dubai. Ada juga sesekali Adlina terbaca di majalah mengenai Saujana Holdings tetapi tidak pula tentang kehidupan peribadi Nazrey yang terkini. Mungkin lelaki itu telah selamat diijabkabulkan dengan Sharifah Sarina.

Entah mengapa, setiap kali Adlina cuba menepis segala perasaannya terhadap lelaki serabai itu, ia seolah-olah sudah terlalu lama bermukim di dalam hatinya. Bila Adlina sendirian, wajah lelaki itu kerap bermain di minda. Kata-katanya yang sentiasa penuh dengan sindiran teringang di telinga. Adlina amat merindui segala gerak geri lelaki itu walaupun ada kalanya kehadiran lelaki itu merimaskan. Adlina tahu bahawa dia tidak mungkin dapat bersama dengan lelaki yang mempunyai pakej yang lengkap. Lelaki itu mempunyai segalanya baik dari segi harta, wang ringgit, paras rupa yang kacak dan mempunyai personaliti yang baik. Tidak seperti dirinya. Seorang yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang biasa-biasa sahaja. Terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan seharian.

“Tadi sebelum Cik Adlina datang, ada seorang lelaki yang dating. Katanya mahu membuat tempahan kek dan pastri untuk jamuan privet. ” kata Saleha yang telah tiga bulan bekerja sebagai barrister di kafe milik Adlina.

Semenjak berhenti dari Saujana Holdings, Adlina membuka kafe menjual kek dan pastri. Bukan itu sahaja, kafe itu menjual kuih muih tradisional melayu serta pelbagai mee hanya pada hujung minggu. Hanya Shahrul Ammar yang tahu tentang kafe tersebut. Shahrul Ammar ada menyatakan hasratnya untuk membuka cawangan francais yang beroperasi di ibukota Kuala Lumpur dan Sydney. Adlina masih memikirkan cadangan Shahrul Ammar kerana kafe miliknya baru beroperasi selama empat bulan.

Empat bulan masih terlalu awal untuk memberikan kata putus. Lagipun Adlina mahu berniaga secara kecil-kecilan dahulu. Tetapi Adlina amat bersyukur walaupun kafe miliknya baru beroperasi selama empat bulan, sudah mempunyai pengunjung yang ramai. Selalunya pada hari- hari biasa, kafe Adlina menerima banyak kunjungan dari pekerja-pekerja pejabat. Di hujung minggu pula, ramai yang datang ke kafenya dengan keluarga serta rakan-rakan.

“Siapa yang datang buat tempahan Saleha? Awak ada tanya nama serta nombor telefon yang boleh saya hubungi?”

“Saya ada tanya tetapi dia hanya memberikan sekeping nota ini untuk Cik Adlina.” Saleha menghulurkan nota itu kepada Adlina.

“Saleha, awak pergi sambung kerja. “, kerah Adlina.  Saleha terus berjalan meninggalkan Adlina seorang diri di tepi meja tanpa banyak bicara. Bila ada nota, pasti Adlina teringat akan lelaki yang sudah agak lama tidak ditemuinya semenjak berhenti kerja di Saujana Holdings. Adlina merenung ke arah nota yang diberikan oleh Saleha. Degupan jantungnya bergerak dengan bergitu pantas sekali.

‘ Meet me at Blk 8 Dempsey Hill #01-14 @ 2pm sharp today’

ND

Siapa pulak ND ni.. Nazrey? Ahhh.. kenapa pula nama lelaki itu masih lagi di dalam ingatan. Sudah berpuluh kali dia memesan kepada Dr. Shahrul supaya merahsiakan di mana dia berada sekarang ni. Walaupun demikian, lelaki itu tidak mungkin mahu mencarinya. Lagipun dia hanyalah seorang pekerja sahaja. Adlina mengerling ke arah jam dinding yang terletak di dalam kafenya. Lagi sejam untuk bersiap-siap pergi berjumpa dengan pengirim nota di Dempsey Road. Setelah dia berpesan kepada pekerja-pekerja kafenya, Adlina terus berlalu pergi. Dari kafenya ke Dempsey Road memakan masa dalam setengah jam jika memandu. Lagipun Adlina tidak mahu pelanggannya tertunggu-tunggu.

Sampainya di Dempsey Hill, Adlina terus memakir keretanya dan menuju ke tempat yang dimaksudkan. Satu susuk badan sedang menunggunya di dalam sebuah kedai menjual ais krim Ben & Jerry’s.

” Adlina…?!”

Mata Adlina terbuntang melihat seseorang yang amat dikenalinya.

“Ya Allah!! Nadia.. Macam mana you ada dekat sini ni?” Nadia terus meluru ke arah Adlina dan memeluknya kuat.

” I am meeting you dear.. How are you? You nampak susut sekali. The last time I met you seven to eight months back, you still look good. What happen to you?” Bertubi-tubi persoalan yang dilontarkan kepada Adlina.

“Hang on.. hang on.. You ni buat I fikir macam macam lah. I ingatkan nak jumpa dengan siapalah tadi. Rupanya dengan Cik Nadia yang cantik menawan ni.”

” Hey kawan…fikirkan siapa eh. Let me guess.. Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar?” Nadia gelak sakan bila menyebut nama itu.

” Sorry eh.. Tu bekas majikan I merangkap pakcik you. Nothing more nothing less. Pleaselah… ada banyak I boleh fikirkan selain fikirkan dia. By the way, don’t tell me he is here with you.”

” Don’t worry. Dia tak ada pun. Pakcik I balik London. Dia pun tak tahu you da balik Singapura. Pandai eh you sembunyi. Kita ingatkan you dah merantau jauh ke Los Angeles ke atau Las Vegas. Rupanya, merentas tambak Johor aje. I datang sini pun sebab I nak jumpa you. Mana you ni menghilang. Nasib baik dapat tahu dari Shahrul yang you balik Singapore. Jenuh I bertanyakan you.. sampai ke berjanji bagai. “

“Cerita dah lama. Malas nak cakap lagi.” Adlina terus meneguk air yang ada di depannya.

“Cerita lama atau tak.. Yang I tahu pakcik I jadi nanar bila dapat tahu you berhenti dua puluh empat jam. Apa yang terjadi Lin sampai kau berhenti dua puluh empat jam?” Mata Nadia terus menusuk ke dalam anak mata Adlina meminta penjelasan.

“Tak ada apa-apa. Lagipun aku pun pernah cakap dengan kau yang aku dah lama rindukan kampung halaman aku. Aku pun dapat tawaran untuk buka kafe.. jadi aku terus berhenti sebab aku kena uruskan banyak perkara yang melibatkan pentadbiran.”

“Entahlah, aku rasa macam tak boleh terima alasan kau.”

Adlina hanya menjongketkan kedua-dua bahunya.

“Kedatangan aku ke sini nak jumpa kau sekaligus nak buat tempahan dari kafe kau. ” kata Nadia lagi.

“Kau rupanya! Siap tulis nota. Macam pakcik kau jugak”

” Ah ah.. tu kan baru aku cakap. Ni mesti tak boleh nak lupakan Dato’ Nazrey Shah Iskandar merangkap pakcik aku kan. Dari raut muka kau, aku tahu kau pun ada hati dengan pakcik aku kan. Cuma kau ni ego sangat. Tak nak mengaku. Kan senang cerita kalau kau mengaku, takde lah satu ke utara.. satu lagi ke barat”

“Sorry eh. Aku takde hati pun dengan lelaki serabai tu. Anyway aku akan bertunang tak lama lagi. Mungkin selepas aku mengerjakan haji. Insha’ Allah lewat tahun ni”

“Kau nak bertunang?! Kau biar benar..” Nadia terpekik sehingga pengunjung di situ menoleh ke arah mereka berdua,

“Dengan siapa?” Tanya  Nadia lagi.

“Dr. Syed Shahrul Ammar.”

Terbuntang mata Nadia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s