Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 34

Standard

Helaian demi helaian diari milik Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar dibaca oleh Adlina dengan tekun setiap malam. Banyak kisah-kisah perjalanan suka dan duka yang ditulis oleh lelaki itu. Rupanya lelaki itu seorang yang berjiwa sentimental. Jarang sekali Adlina mendengar seorang lelaki begitu peka dan tekun menulis dan mengabdikan segala peristiwa di dalam sebuah diari. Diari itu bagai ‘bernyawa’ setiap kali Adlina membacanya. Banyak sekali yang dicoretkan oleh lelaki itu mengenai dirinya. Setiap pertemuan baik secara sengaja atau tidak diabadikan di dalam diari itu. Tapi Adlina agak pelik kerana coretan di dalam diari tu sehingga dua tahun yang lalu. Ia bagai sebuah cerita yang hanya tergantung tanpa pengakhiran.

Pagi itu Adlina ke pejabat seperti biasa. Hanya mengenakan blaus biru dan seluar berwarna hitam. Bibirnya hanya dioles dengan sedikit gincu.  Seperti biasa, Adlina akan berdiri di hadapan pintu lif untuk menunggu giliran menaiki ke aras di mana terletaknya tempat pejabatnya.  Tidak lama kemudian Adlina menyedari bahawa Nazrey juga sedang berdiri disebelahnya menunggu pintu lif terbuka. Lelaki itu begitu kemas sekali dengan pakaian sut pejabatnya dan sedang memakai kacamata hitam ” Rayban”. Hati Adlina tiba-tiba berkocak riang setelah berminggu-minggu tidak bertemu dengan lelaki itu. Adlina tahu yang lelaki itu sudah pun menjadi tunangan orang. Adlina membentak dalam diam.  Kenapa mesti dia masih memikirkan lelaki itu setelah lelaki itu menjadi milik orang lain.

Adlina mengerling ke tepi. Lelaki itu tidak lansung menyapanya. Lagi menyedihkan, lelaki itu memberikan layanan “bahu sejuk” kepada Adlina. Yang menghairankan, staf Suajana Holding yang lain disapanya. Adlina yang berada di situ sejak dari tadi langsung tidak disapanya. Ahh!! Pedulikan lelaki itu, kata Adlina dalam diam. Adlina menyedari pintu lif terbuka bila Zahidah dari bahagian pemasaran mencuit bahunya. Nazrey terus masuk ke dalam lif tanpa menyapanya. Di dalam lif Adlina mendiamkan diri sahaja. Bila tiba di aras di mana terletaknya pejabat Adlina, Adlina terus keluar tanpa menoleh ke belakang. Nazrey pula terus naik ke aras pejabat pengurusan Saujana Holdings.

Sampainya Adlina ke dalam bilik pejabat, interkom pun berbunyi. Azean, setiausaha peribadi Nazrey menyuruh Adlina membawa beberapa dokumen untuk diserahkan kepada Nazrey kerana lelaki itu ingin meneliti segala perkembangan projek-projek semasa ketiadaannya. Tanpa membuang masa lagi, Adlina terus mencapai beberapa fail yang dikendaki sebelum pergi ke pejabat Nazrey.

“Adlina, Dato’ suruh tunggu sekejap,” kata Azean bila Adlina tiba di pejabat Nazrey. Adlina membelek-belek fail yang berada di dalam tangannya. Tidak lama kemudian, Azean menyuruh Adlina masuk ke dalam bilik pejabat Nazrey. Ketika Adlina berjalan ke arah bilik Nazrey, tiba-tiba seluruh tangannya berasa sejuk. Ahh!! Kenapa pula jadi begini? Takkan dah lama tak jumpa dengan mamat serabai tu terus jadi kecut. Adlina melangkah dengan perlahan menuju ke arah bilik Nazrey. Sesampainya di hadapan bilik pejabat Nazrey, Adlina berdiri tidak berkutik. Lelaki itu tetap sama. Masih segak dan tampan bila mengenakan sut pejabat. Badannya yang sasa dan mukanya yang tampan menjadi kegilaan ramai gadis-gadis yang cantik di luar sana. Beruntung Sharifah Sarina kerana mendapat tunang seperti Nazrey. Lelaki itu begitu asyik menaip sesuatu di komputer riba yang berada di hadapannya.

“Masuk!!!” laung lelaki itu bila menyedari Adlina tidak masuk ke dalam pejabatnya.

Nazrey mengangkat mukanya dan memandang Adlina dengan pandangan yang agak menjengkelkan.

” Nak kena bentang karpet merah baru nak masuk?” Mulut celupar itu mula berkicau seperti burung tiung. Hendak sahaja Adlina “mencilikan” mulut lelaki yang duduk di hadapannya. Orang tua ni ada penyakit dementia ke? Bila masa pula dia pelawa aku masuk? Nanti kalau main terjah macam Sally dengan Sharifah Sarina, dia kata tak ada adab pula.  Bisik hati kecil Adlina.

Nasib baik lelaki itu ketua di tempat dia mencari rezeki. Adlina terus mengambil kesemua fail-fail yang berada di tangannya dan terus memberikan kepada Nazrey. Nazrey memandang Adlina dan terus mengambil fail-fail yang diserahkan oleh Adlina. Suasana di dalam bilik pejabat Nazrey tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Adlina pula memandang Nazrey dengan pandangan yang kosong menanti butir bicara seterusnya dari mulut celupar milik lelaki serabai itu.

Nazrey terus menyelak helaian demi helaian fail tanpa memandang Adlina.

“Nak terus berdiri situ sampai habis waktu pejabat?” sindir Nazrey.

” Sebab Dato’ tak pelawa saya duduk” jawab Adlina geram.

“Bagus! Akhirnya I dapat dengar suara you yang merdu tu.  Mulut celupar yang dah lama I rindukan. Let me see. Around 3 months, I didn’t get to hear your nonsense. And I truly miss that! ” ketawa Nazrey. Muka Adlina berkerut. Aikk!! Lelaki serabai ni balik dari Tanah Suci macam tak ada perubahan sahaja.

“Hmmm.. Dato’. Back to you request earlier on, these are the files pertaining the ongoing projects. The other files consist of tenders that were submitted by our department recently.” Muka Nazrey terus berubah.

“By the way Dato’, congratulations on your engagement with Sharifah Sarina.” Adlina tersenyum sambil memandang lelaki serabai yang sedang membelek fail-fail yang baru diberikannya. Entah kenapa muka Nazrey terus berubah menjadi cemberut dan masam seperti tapai.

“Hmmmm…. Thanks. You may go now, Adlina ” balas Nazrey tegas. Mata lelaki itu terus memandang tepat ke arah Adlina. Aduhh!! Salah cakap ke sampai kena halau. Adlina berkata dalam hati. Adlina terus berjalan keluar dari pejabat lelaki itu. Sedang Adlina berjalan ke arah lobi lif, Tan Sri Hishamuddin keluar dari lif.

” Assalamualaikum Tan Sri.” Adlina terus memberi salam kepada lelaki yang sudah agak berusia. Masih tegap lagi susuk badan Tan Sri Hishamuddin walaupun sudah melebihi separuh abad.

“Adlina, awak buat apa dekat sini?’ Tanya Tan Sri Hishamuddin kepada Adlina. Senyuman lelaki sama seperti anaknya, Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar.

” Saya baru sahaja berjumpa dengan Dato’.” jawab Adlina tersenyum. Tan Sri Hishamuddin mengangguk kepalanya.

” Adlina, awak dah nak makan tengahari?” Tanya Tan Sri Hishamuddin.

“Sekejap lagi Tan Sri. Nak bereskan beberapa ‘paperwork’ yang masih tergendala.

” Kalau begitu, awak ikut saya makan  sekarang ni.” kata Tan Sri Hishamuddin lagi. Muka Adlina berubah sedikit. Adlina berasa agak pelik,  tidak pernah Tan Sri mengajaknya makan tengahari selama dia berkerja di Saujana Holding. Adlina terus memicit lif untuk terus turun ke aras paling bawah bangunan yang menempatkan Saujana Holdings.

Kereta Tan Sri Hishamuddin telah disiap dipakir di hadapan pintu masuk bangunan. Adlina nampak Pakcik Ahmad, pemandu peribadi sedang menanti Tan Sri Hishamuddin dengan setia. Setahu Adlina, Pakcik Ahmad sudah lama berkhidmat sebagai pemandu peribadi Tan Sri.

Tiba-tiba telefon bimbit  Tan Sri Hishamuddin berdering. Lelaki berusia itu mengangkat tangannya untuk memberi isyarat kepada Adlina untuk berhenti seketika kerana dia ingin menjawab panggilan telefon bimbit.

“Ayah dah keluar makan tengahari. I’ll see you later.” Tan Sri Hishamuddin terus meletakkan panggilan telefon seraya tersenyum ke arah Adlina.

” Shall we?” Tanya Tan Sri Hishamuddin lagi. Adlina menuruti langkah dan terus menuju ke arah kereta yang sedang menanti.

Adlina dan Tan Sri Hishamuddin tiba di sebuah restoran sekitar Jalan Bukit Bintang. Selepas memesan makanan untuk makan tengahari, Adlina dan Tan Sri Hishamuddin berbual-bual mengenai tugasan di Saujana Holdings.

“Adlina, saya mahu menghantar salah seorang pengurus kanan di Saujana Holdings ke Dubai atau ke London untuk memantau pergerakan syarikat kita di sana selama dua tahun. I’m not sure if you are interested. But I think you are the best candidate that fit into the job. We need someone urgently there to ensure that there is not hiccups in the operation. Currently, Nizam is overseeing the entire operation in Dubai. If you want to be posted to Dubai, I ‘ll transfer Nizam to London or maybe back our headquarters.” berjela penjelasan yang diberikan oleh Tan Sri Hishamuddin.

“Jangan bimbang tentang soal penginapan dan gaji. The company will remunerate you accordingly. Bonus and incentives depends on your KPI. ”

” Tan Sri,  but my tenure with the company is up till next year. So, it’s is less than 10 months away. Dah terlalu lama saya merantau. Saya ingat mahu kembali ke Singapura setelah tamat kontrak pekerjaan saya dengan Saujana Holdings. Usia saya pun bukan semakin muda. ”

” I think it’s a good choice. ”  Tan Sri Hishamuddin mengambil secawan kopi lalu menghirupnya.  Adlina mula terfikir kenapa Tan Sri Hishamuddin tidak berbincang sahaja di pejabat.

” Maaf Tan Sri, kalau tak keberatan saya nak tanya sesuatu?”

” Boleh Adlina, silakan.”

” Dato’ tahu tentang perancangan ini.”

” Nazrey tak tahu. Dan saya tak mahu dia tahu. ”

Jawapan Tan Sri Hishamuddin menyentakkan Adlina. Terlalu banyak andaian bermain di fikiran Adlina.

” Adlina, saya bukan dilahirkan semalam dan saya tahu pergerakan dan isi hati Nazrey. Dia anak saya. I want only the best for my son.”

” Maksud Tan Sri ? Saya kurang faham.”

” Saya tahu Nazrey ada hati pada awak Adlina. Bukan sehari dua. Tapi sudah bertahun dia pendamkan perasaannya.”

” Tapi.. Tan Sri. Saya tak ada hati dengan Dato’ dan saya juga tahu siapa diri saya. ”

” Adlina, saya tahu awak seorang wanita yang baik. Dan sebagai orang tua yang sudah lama makan garam, saya tahu anak saya Nazrey amat menyayangi diri awak. Saya tak mahu dia terluka sekali lagi dengan apa yang pernah berlaku beberapa tahun yang lalu. Saya tidak memandang harta dan kedudukan seseorang untuk menjadi salah seorang ahli keluarga saya.Tetapi situasi yang saya hadapi sekarang terlalu rumit. Awak pernah dengar pepatah melayu hutang emas boleh dibayar, hutang budi di bawa mati?”

Adlina menggangukkan kepalanya.

“Itu yang saya terpaksa hadapi sekarang ini. ” keluh Tan Sri Hishamuddin.

“Jadi Tan Sri mahukan saya menjauhkan diri dari Dato’ dengan menghantar saya bertugas di cawangan Dubai atau London?” Tan Sri Hishamuddin mendiamkan dirinya.

” Tak perlulah Tan Sri menyusahkan diri untuk menghantar saya jauh. Saya rasa saya sudah ada jawapan yang paling sesuai. Saya tiada pilihan selain meletakkan jawatan saya di  Saujana Holdings,” jawab Adlina.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s