Rindu Yang Menghempas Hati – Bab 33

Standard

Dua keping gambar yang diberikan oleh Nizam kepadanya mengundang seribu pertanyaan. Adakah sepanjang percutiannya di Wales, Nazrey mengekorinya tanpa dia sedari. Atau ia hanyalah satu kebetulan sahaja. Pening Adlina memikirkan pelbagai kemungkinan. Soalan Nizam beberapa hari lalu di bilik pejabat lelaki itu dibiarkan sepi kerana dia sendiri tiada jawapannya. Jawapan kepada semua kemungkinan itu berada di dalam pengetahuan Nazrey. Ingin sahaja dia menghubungi lelaki itu, tetapi jari jemarinya tidak mampu untuk menghubungi lelaki. Rupanya lelaki itu yang kini berada di Turin bagi urusan kerja serta pada masa yang sama sedang menyediakan segala persiapan pertunangannya dengan Sharifah Sarina. Patutlah Nazrey tiada di pejabat buat masa yang agak panjang.

Perkhabaran tentang majlis pertunangan diantara Nazrey dan Sharifah Sarina sudah lama tersebar luas di Saujana Holdings serta rakan-rakan bisnes sejak majlis doa selamat yang telah diadakan . Dan perkhabaran itu telah mengundang rasa marah Sally. Entah beberapa kali, perempuan gedik itu datang ke pejabat Saujana Holdings untuk menuntut penjelasan namun pulang dengan rasa marah dan kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Nazrey. Kecoh satu pejabat di aras dimana terletaknya bilik pejabat Nazrey.

” I nak jumpa Nazrey!!” tempik Sally kuat. Seluruh pejabat di aras bilik pejabat Nazrey bergegar kuat. Pada masa itu, Adlina sedang memberikan beberapa dokumen kepada setiausaha peribadi Nazrey juga terkejut dengan perangai Sally. Semua yang ada menjadi bengang dengan perempuan gedik datang seperti seorang yang kurang siuman. Tapi semua kakitangan di bangunan Saujana Holdings itu sudah terlalu masak dengan perangai.

“Maaf Cik Sally. Dato’ tak ada di pejabatnya sekarang.” Setiausaha peribadi Nazrey cuba menenangkan Sally.

” I call Nazrey beratus kali.. tapi dia tak angkat semua panggilan I. Why??!” pekik Sally.

Di dalam hati Adlina, kalau dia yang berada di tempat Nazrey, dia juga tidak akan mengangkat panggilan daripada Sally. Kerana tidak tahan dengan Sally, setiausaha Nazrey memanggil pengawal keselamatan. Dan akhirnya, Sally telah dibawa pergi oleh pengawal keselamatan kerana mengganggu ketenteraman pejabat.

Jika Sally tidak dapat menerima hakikat yang Nazrey bakal bertunang dengan Sharifah Sarina, Adlina pula dihambat dengan segala macam perasaan dan persoalan. Marah, geram, sedih dan takut semuanya menjadi satu. Marah dan geram kerana Nazrey seolah-olah cuba mempermainkan perasaannya dengan melamar dirinya satu masa dahulu. Nasib baik Adlina tidak terlebih perasan. Jika tidak hatinya mungkin bagai disayat berkeping-kepingan. Sedih kerana dirinya dijadikan sebagai jalan keluar untuk membatalkan segala perancangan keluarga dengan cara berkahwin dengan Adlina. Dan takut kerana lelaki itu bagai seorang lelaki psiko kerana mengambil dan menyimpan gambar-gambar Adlina semasa dia berada di Wales. Adlina cuba mengandaikan segala motif lelaki itu, namun berakhir dengan jalan buntu.

Hanya Nazrey sahaja yang tahu apa motif sebenarnya. Kalau hendak diikutkan kewarasan akal, tak mungkin Nazrey seorang lelaki psiko. Seorang lelaki psiko tidak mungkin dipilih untuk menerajui sebuah organisasi yang besar. Adlina membiarkan segala persoalan yang bermain di minda untuk seketika kerana penat mahu memikirkannya. Setiap hari Adlina berdoa memohon supaya diberi petunjuk atas apa yang berlaku.

Minggu lepas, Nizam telah kembali bertugas di Dubai untuk memantau perjalanan bisnes di sana. Ini bermakna, Nazrey akan kembali ke pejabat tidak lama lagi. Sehari sebelum Nizam berlepas ke Dubai, dia menyerahkan sebuah diari kepadan Adlina. Diari yang sama Adlina jumpa ketika berada di Cardiff. Diari itulah yang menemukan dengan Nazrey Shah Iskandar atau lebih dikenali sebagai Iskandar pada waktu itu. Lelaki serabai yang sedang duduk menyanyikan sebuah lagu sedih di sebatang pohon maple. Kerana diari itu jugalah yang membuat hidup Adlina kucar kacir

“Uncle I sudah tahu yang gambar yang diambil dalam diam semasa you berdua di Wales berada di dalam tangan you. Macam mana Uncle Nazrey tahu..biarlah ia menjadi urusan diantara I dengan dia. Uncle Nazrey menyuruh I supaya memberikan diari ini kepada you. Dia amat berharap you dapat memaafkan dirinya dan juga diari ini dapat menjawab semua persoalan yang ada.” kata Nizam sebelum menghulurkan diari itu.

Diari kulit yang bersaiz sederhana itu bertukar tangan. Adlina memandang Nizam dengan sebuah pandangan kosong. Tidak sempat Adlina berkata apa-apa, lelaki itu hanya tersenyum sebelum berlalu pergi. Sudah seminggu diari itu dibiarkan sepi tanpa menyentuh mahupun membacanya. Malam itu, Adlina mencapai diari yang diberikan oleh Nizam sebelum menyelak setiap helaian di dalam diari itu. Kedua-dua tangan Adlina menggeletar bila mula membaca salah satu helaian di dalam diari itu. Tidak mampu untuk membaca keseluruhan diari itu. Terasa getaran mula menyelinap ke seluruh urat sendinya apabila matanya tertancap pada tulisan di salah satu helaian diari milik Nazrey

-05 September 2003, Great Horton Rd

……….entah kenapa denyutan nadi seakan terhenti pabila terpandang gadis yang sedang duduk bersendirian di dalam restoran. Gadis itu selalu aku lihat bersama dengan rakannya . Tapi tidak pasti samada dia pelajar dari Malaysia atau sebaliknya. Pernah aku cuba bertanyakan kepada rakan-rakan yang mengenali gadis itu, tapi jawapannya hampa. Tiada seorang yang tahu tentang gadis. Senyuman dan raut wajah ayu gadis itu terlalu memukau. Setelah bertanyakan kenalan yang ada, akhirnya aku mendapat jawapan yang aku inginkan.

Salah seorang teman dari University of Leeds mengenali gadis itu. Gadis itu bernama Nurina Adlina, salah seorang pelajar di sana. Rupanya gadis itu berasal dari Singapura. Gadis itu sudah berpunya rupanya.

-29 September 2003, Kuala Lumpur

Setelah aku selidik, rupanya tunang gadis itu bernama Ilham Khairuzan, seorang jurutera yang sedang menyambung pelajaran sarjananya di University of Glasgow, Scotland. Tidak aku sangka, Ilham Khairuzan adalah seorang jurutera yang pernah bertugas di Saujana Holdings selama dua tahun sebelum menyambung pengajiannya di peringkat sarjana. Mungkin aku tidak pernah perasan akan kehadiran Ilham Khairuzan kerana kakitangan di Saujana Holdings agak ramai.

Adlina menyelak helaian yang lain. Nafasnya bagai terhenti. Rasanya tidak sanggup untuk Adlina meneruskan dengan membaca diari milik Nazrey. Tapi jari-jemari lebih pantas dari akal fikiran. Helaian selajutnya dibaca.

-12 August 2006, London

Dunia ini terlalu kecil rupanya. Finally I get to meet her again after 3 years. Should I say hello to her? I think I should not. Got to know that her fiancé passed away last year. Aku berharap gadis itu dapat terus kuat untuk menghadapi ujian yang melanda.

…. Hubungan aku dengan tunangku, Dania semakin hari semakin teruk. Aku cuba untuk memperbaiki kelemahan aku. Aku cuba bertanyakan di mana silapnya. Cinta aku terhadap Dania tidak pernah pudar. Tetapi dia semakin jauh dari ku……

Adlina terpaku pada helaian yang dibacanya . Air matanya mula mengalir. Adlina cuba mahu melenyapkan segala memori yang amat memilukan hatinya. Bertahun dia cuba mengubati dirinya sendiri. Ya.. Ilham Khairuzan. Lelaki itu pernah menjadi tunangnya sebelum lelaki itu kembali menghadap Sang Pencipta. Tunangnya terlibat dalam satu kemalangan yang ngeri semasa dalam perjalanan pulang dari universiti. Nadinya bagai terhenti.

Sejak itu, hati Adlina bagai tertutup rapat. Cintanya pada Ilham Khairuzan tidak pernah padam hingga kini. Rasanya dia tidak mampu untuk berdiri sendiri jika tiada sokongan dari keluarga dan rakan-rakan. Sebab itu, dia mengambil keputusan untuk menyambung ke peringkat sarjana.

-15 July 2007, Cardiff

Aku kembali ke sini untuk bercuti seketika.. Cuaca di Cardiff ini agak dingin. Tapi cuaca yang dingin ini tidak mampu meredakan segala kekusutan yang berlaku di K.L. Punca kekusutan ini berlaku apabila Shahrul memberitahu yang Dania telah mengandungkan anak luar nikah. Pada mulanya aku enggan percaya dengan apa yang telah berlaku. Tetapi bila semuanya berlaku dihadapan mata kasar sendiri, aku mulai percaya. Dania, wanita yang aku cintai mengkhianati janji yang telah termenterai. Semuanya berlaku dengan pantas sekali. Saban hari aku tidak dapat menumpukan perhatian di dalam pejabat tetapi aku tak mampu. Pertunangan aku dengan Dania putus sebaik sahaja berita itu dikhabarkan kepada keluargaku. I felt cheated all these years. A decent lady that I have known for years did this to me and my family. Nasib aku baik sekali kerana Abg Mokhtar mahu menolong aku untuk menguruskan Saujana Holdings sepanjang ketiadaan aku. Dan aku amat berterima kasih kepada keluargaku yang amat memahami situasi yang aku hadapi ketika ini…….

-20 July 2007, Cardiff Bay

…Ahh.. Di dalam kekusutan, aku tidak sangka yang aku akan berjumpa sekali lagi dengan gadis yang bernama Nurina Adlina dicelah-celah kota bersejarah. Aku lihat gadis itu sedang seronok menikmati secawan kopi sambil menulis sesuatu.

Ya Allah!! Bagai mana ingin aku mendekatinya. Gadis itu begitu sukar untuk aku gapai. Segala urat sendi aku bergetar setiap kali berjumpa dengan gadis itu. Adakah gadis itu sudah berpunya?

-22 July 2007, Linda Vista Gardens

Gadis itu sedang asyik menikmati pandangan di Linda Vista Gardens tanpa menghiraukan aku yang sedang mengambil gambarnya.

Adlina menutup diari itu lalu memejamkan matanya. Tidak sanggup rasanya untuk terus membaca diari yang telah mengenalkan dirinya dengan seorang lelaki yang bernama Iskandar. Fikirannya cuba menghadamkan segala apa yang dibacanya namun terlalu sukar. Rupanya Nazrey terlebih dahulu mengenali dirinya sebelum pertemuan mereka di Cardiff. Akhirnya Adlina terlelap bersama diari di tangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s