Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 32

Standard

Sebulan sudah berlalu sejak Nazrey pergi menunaikan ibadah umrah. Tiada khabar berita dari lelaki yang bernama Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar. Sepatutnya lelaki itu sudah kembali bertugas. Entah kenapa, sejak lelaki itu dikhabarkan untuk mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan keluarga, hatinya menjadi resah. Setiap kali, Adlina cuma menidakkan segala rasa hati. Ataupun tanpa sedar, cintanya terhadap Nazrey mulai mekar dalam diam. Saban hari, Adlina tertunggu-tunggu panggilan dari Nazrey. Namun hampa sekali.

.Jika lelaki itu pergi bertugas di luar negara , perasaan Adlina tidak begini rupa. Kini, Nizam yang menjadi pemangku jawatan yang disandang oleh Nazrey. Sepanjang ketiadaan Nazrey, Nizam yang banyak membantu dalam hal ehwal syarikat. Semua tugas di pejabat berjalan dengan biasa. Adakalanya, Nizam terpaksa berulang-alik menguruskan anak syarikat Saujana Holdings yang baru bertapak di Dubai. Saujana Holdings  sudah biasa dengan ketiadaan Nazrey kerana lelaki itu sering berada di perantauan. Beberapa minggu yang lepas,  ada juga beberapa panggilan dari Dr. Shahrul Ammar.

Namun sepanjang perbualan di telefon, tidak pula dinyatakan apa-apa mengenai Nazrey. Adlina malas untuk bertanya tentang ketuanya. Takut dikatakan terlalu menyibuk tentang perihal Nazrey. Bunyi interkom di bilik pejabat Adlina tiba-tiba berbunyi menyentakkan Adlina. “Adlina, tolong masuk ke dalam bilik pejabat I sekarang. Bawa sekali fail Teguh Sdn Bhd” Suara garau milik Nizam tiba-tiba menerobos masuk interkom yang ada di bilik pejabat Adlina. Tanpa berlengah lagi, Ipad  & fail mengandungi proposal Teguh Sdn Bhd dicapai sebelum bergegas keluar menuju ke bilik pejabat Nizam yang terletak satu aras dengan bilik pejabatnya.

Adlina mengetuk pintu pejabat Nizam sebelum dibenarkan masuk ke dalam. Nizam kelihatan begitu khusyuk meneliti semua dokumen yang ada di atas meja. Dari jarak jauh, raut wajah Nizam seiras pakcik Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar. Cuma lelaki itu agak kurus sedikit dari jika dibandingkan dengan Nazrey yang  agak tinggi dan bertubuh sasa. Nizam agak segak dengan pakaian sut biru tua dan tali leher jalur. Haruman minyak wangi Hugo Boss menyelinap masuk ke rongga hidung Adlina.  Rasanya pada ketika itu, Adlina seperti berhalusinasi seakan Nazrey dihadapannya. Cepat-cepat dia menyedarkan dirinya yang dihadapannya ialah Nizam, anak saudara kepada Nazrey. Tanpa memandang Adlina, Nizam menyuruh Adlina duduk dan menyerahkan dokumen yg dimintanya sebentar tadi.

“Encik Nizam, ini fail proposal Teguh Sdn Bhd yang diminta.”  Adlina kemudian menyuakan fail ke arah Nizam.

Nizam memandang ke arah Adlina yang cantik mengenakan busana dari butik ‘Mimpi Kita’. Pandangan kemudian itu terus terarah ke pergelangan tangan. Seutas jam kristal ‘Swarvoski’  berada di pergelangan tangan Adlina. Ingatan Nizam mengimbau kembali kenangan bersama pakciknya Dato’ Nazrey Shah Iskandar semasa berada di sekitar Oxford Street, London beberapa tahun yang lalu. Pakciknya begitu beria mahu membelikan sesuatu untuk seseorang. Bila ditanya dengan lebih lanjut, Nazrey hanya memberitahu Nizam yang dia mahu mencari seutas jam tangan.  Jam tangan dari butik Swarvoski menjadi pilihan. Barulah Nizam tahu yang jam tangan Swarvoski itu ingin diberikan kepada Adlina, rakan serumah adiknya.

” Encik Nizam..”  sapa Adlina menyentak lamunan Nizam seketika.

“Ohh..!! Maaf.. Kepala saya masih berserabut dengan berbagai perkara tentang syarikat  Errrr.. boleh ulang apa yang Adlina kata tadi.” Nizam cuba menyembunyikan apa yang sedang terlintas di benak fikirannya sebentar tadi.

“Tadi I ada hulurkan beberapa dokumen yang Encik Nizam nak. ” Dari raut wajah Nizam, seolah ada perkara yang agak berat sedang dihadapinya.

“Eeerrmm.. ok. Nanti I check all the details in the proposal. I’ll  confirm everything before proceeding to the next phase. I’ll let you know as soon as possible.”

” So.. Encik Nizam. Ada apa-apa lagi you nak ? ” tanya Adlina. Adlina begitu pelik mengapakah Nizam memandang ke arah jam tangan “Swarvoski” yang sedang dipakainya. Bilik pejabat Nizam tiba-tiba menjadi sunyi sepi.

“You tahu tak.. I yang temankan uncle I semasa dia ingin membelikan seutas jam tangan. Raut wajahnya berseri-seri dan seakan begitu teruja bila memilih jam tangan.” kata Nizam berjeda. Matanya masih tertancap pada jam tangan yang sedang dipakai oleh Adlina.

“Maksud Encik Nizam? Maafkan I. I betul-betul  tak faham”

” I sebenarnya tak suka hendak mencampuri urusan peribadi orang lain terutama melibatkan pakcik I, Dato’ Nazrey. Tapi.. entah lah.. Susah I nak cakap. Cakap salah.. Tak cakap pun salah. Eeerrrm… I nak tanya you satu soalan dan I harap you jawab dengan sejujur-jujurnya. Dan I tahu, pejabat bukanlah tempat sesuai untuk membincangkan tentang perkara peribadi.”

“Insha Allah.. I akan cuba jawab pertanyaan you. Tapi cara you ni macam menyeramkan I lah, Encik Nizam” balas Adlina.

“Errrm.. you tahu, I amat rapat sekali dengan uncle I, Dato’ Nazrey. But after he came from his umrah trip, he looked excited. Semuanya seperti biasa sehingga I terpandang wajahnya yang agak kelat dan masam mencuka bila tiba masa untuk membuat persiapan pertunangannya. Rasanya.. kali terakhir I nampak raut wajahnya yang begitu semasa dia putus dengan Dania. Physically he is with us but mentally.. I don’t think so”  Nizam mengeluh panjang.

“So.. apa kena mengena I dengan Dato’ Nazrey?” tanya Adlina pelik.

Nizam kemudian mengambil satu sampul surat dari laci meja pejabat. Dikeluarkan dua keping gambar sampul surat  dan menyuakannya ke arah Adlina. Adlina mengamati dua keping foto yang ditunjukkan kepadanya. Satu gambar berlatarbelakang Linda Vista Gardens, Abergavenny di musim luruh. Dan satu lagi di Paddington Station, London. Di Linda Vista Gardens, seorang gadis yang bertudung sedang duduk di bangku kayu sambil menikmati pemandangan di sekitarnya. Gadis itu bagai tidak menghiraukan sekelilingnya. Dan satu lagi semasa gadis itu sedang berdiri di luar kawasan Paddington Station. Alangkah terkejutnya, gadis yang dilihat di dalam kedua-dua foto itu rupanya dirinya sendiri.

“Gambar ni I jumpa di dalam pejabat Dato’ Nazrey semasa I hendak mengambil dokumen SHH Berhad.”

“Macam mana gambar I ni berada di tangan you, Encik Nizam?” tanya Adlina terkejut. Mukanya pucat bila melihat kedua-dua foto dan tangan Adlina mula menggeletar

“You tanya I? Dan sekarang I nak tanya you. Apa hubungan you dengan uncle I, Dato’ Nazrey?”

Pertanyaan dari Nizam membuatkan Adlina terkaku. Adlina membelek kedua-dua gambar di hadapannya. Salah satu gambar ada tercoret sesuatu di belakangnya.

‘Abergavenny (Summer 2007)’

” Dan bila I terpandang jam tangan ‘Swaroski’ di tangan you dan gambar-gambar itu  seolah-olah ada kaitannya.”

Gambar-gambar di tangan Adlina seolah-olah menyingkap kembali detik pertemuan pertama Adlina dengan Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar. Pada masa itu Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar hanya dikenali sebagai Iskandar atau lelaki serabai semasa Adlina sedang bercuti di Wales. Rupanya Nazrey mengambil gambarnya tanpa dia sendiri sedari. Adlina seperti mahu pitam di dalam bilik pejabat Nizam

Linda Vista Park

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s