Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 31

Standard

Nazrey memandang Adlina dengan riak yang tidak puas hati. Adlina hanya diam tidak berkutik. Salah dia juga kerana hadir ketika di dalam cuti sakit. Sepatutnya dia berada di rumah.

“You tahukan yang you dalam cuti sakit, Kalau ada perkara yang buruk terjadi bagaimana?”  Suara tegas Nazrey menyapa cuping telinganya.

” I tahulah, Tapi tak salahkan kalau I datang untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan you. Dapat pahala lagi. Bukan I patah kaki atau patah tangan” jawab Adlina tanpa memikirkan akibat yang bakal diterima.

” Yelah tu. Semua you tahu. Kalau you tahu, mesti boleh jaga diri sendiri. Kalau I cakap, ada sahaja modal nak menjawab. I tahu  you tak patah kaki atau patah tangan. Tapi kalau dah sampai masuk hospital selama tiga hari tu kan dah tahap kritikal.”

” Kritikal tu tahap melampau. Ok Boss! I tahu I salah. Last chance okay. Lepas ni tak buat lagi.”  Kedua belah tangan Adlina diangkat tanda menyerah kalah sampi mengetap bibirnya yang merah bak delima.

” I nak you selepas majlis ni balik terus ke rumah. I suruh driver hantar you. ” tegas Nazrey mengeluarkan perintah.

Kalau dah putih katanya, putih lah ia, Kalau dah hitam katanya.. hitam lah ia. Adlina malas untuk bertegang urat dengan Nazrey. Memandangkan dia kurang sihat, dia hanya menurut sahaja. Nantilah si lelaki serabai ni. Dah sihat, tahu lah nasib si lelaki serabai ni. Dalam masa Adlina dan Nazrey bertegang urat, Sharifah Sarina berjalan dan berdiri di sebelah Nazrey. Alahai, perempuan ala-ala Melayu terakhir dah datang. Bisik hati Adlina.

“Hai Naz, how are you?” Perempuan ala-ala Melayu terakhir tersenyum memandang Nazrey.

Pada mata kasar Adlina, mereka berdua ini secocok kerana berasal dari golongan keluarga yang berada.  Sharifah Sarina pula mengenakan beg ‘Chanel’ edisi terhad di majlis tahlil yang diadakan di kediaman keluarga Nazrey. Tak terjangkau Adlina untuk memiliki beg sepertinya. Adlina hanya memandang wanita yang anggun itu sepi. Pernah beberapa kali Adlina menyuarakan kepada Nazrey yang mereka berdua sepadan jika dibandingkan dengan dirinya. Nazrey sering menyatakan yang kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah serta pakaian seseorang. Ternyata lelaki yang bertubuh sasa dan mempunyai paras rupa yang tampan sudah pandai berfalsafah.

” Assalamualaikum.”  jawab Nazrey sambil memandang Sharifah Sarina. Aduhai, lelaki itu sudah pandai nak buat sesi memerli.

” Ohh.. Waalaikumsalam. You apa khabar ” balas Sharifah Sarina, Mukanya yang cerah berubah merah padam akibat diperli oleh Nazrey.

“Alhamdullilah. Macam you lihat sekarang ni. Still in one piece.”  Boleh tahan juga mulut Nazrey malam ini. Sungguh celupar sehingga Sharifah Sarina seperti cacing kepanasan. Semuanya seakan tak kena gaya.

” I dengar dari Aunty Nora yang you akan berada di Tanah Suci selama dua minggu. Lamanya.” keluh Sharifah Sarina.

” I lebih rela berada di sana lebih dari dua minggu. It’s time for me to do soul searching. Terlalu lama I abdikan diri dengan perkara- perkara yang melibatkan dunia. ”

Adlina yang berada di situ terdiam. Malas mahu  masuk campur dengan hal ehwal yang tidak ada kena mengena dengan dirinya. Bagaimana dia mahu larikan diri dari mendengar pertikaman lidah diantara perempuan melayu terakhir dengan lelaki serabai ini.

” You jangan lama sangat. Kita dah kesuntukan waktu untuk buat persiapa pertunangan kita tak lama lagi. I nak you temankan I ke Milan untuk membeli-belah. Aunty Nora dan mummy dah bising-bising sebab you selalu tangguhkan segala persiapan. Mana nak jumpa dengan perunding majlis lagi.” keluh Sharifah Sarina seolah-olah semua persiapa ntiada penghujungnya.

Nazrey kelihatan begitu bengang sekali. Dipandangnya ke arah Adlina. Adlina hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu dan tidak mahu mencampuri urusan mereka berdua. Di dalam hati Adlina terlintas, takkan Nazrey nak tunang dengan dua orang sekali. Itu namanya menempah maut. Barulah Adlina tahu rupanya Nazrey ingin mengelak dari bertunang dengan Sharifah Sarina. Dan desas desus yang mengatakan mereka berdua bakal bertunang adalah benar. Kalau tiada angin, tak akan pokok boleh bergoyang.

Nasib baik Adlina berkeras untuk menolak lamaran Nazrey. Lagipun Adlina tahu jika dia dan Nazrey ingin membina sebuah hubungan yang serius, ia tidak akan ke mana-mana dan akhirnya maruahnya tercalar dan dia akan mendapat malu. Dan Adlina pula kurang pasti samada lamaran Nazrey itu benar-benar serius.Pada saat itu, Adlina berasa amat bersyukur kerana dilindungi dari mendapat aib. Pada masa yang sama, Adlina merasakan Nazrey harus menerima hakikat dengan melamar Adlina semata-mata untuk mengelakkan dirinya dari Sharifah Sarina akan menemui jalan yang sia-sia belaka. Nasib baik Adlina tidak berperasaan yang lebih-lebih. Kalau tidak, dia juga akan mendapat malu.

“Siapa kata kita akan bertunang hah? You jangan nak buat cerita. I dah muak dengan cerita sebegini. Dah lah you jaja cerita yang kita bakal bertunang dengan press. Bila I baca cerita di akhbar, I rasa macam nak muntah darah. I had enough of Sally and now you create another mess! ” Suara Nazrey mula meninggi. Adlina agak terkejut dengan peralihan watak Nazrey yang tiba-tiba menjadi seorang yang bengis. Muka lelaki itu menjadi merah padam.

” You tak tahu atau you buat tak tahu. Your parents dah datang ke rumah I. You lihat ni. Cincin di jari manis I. Ninda Zahara yang sarungkan cincin ini di jari I dua minggu yang lepas. Tak silap masa you ada ‘bisnes trip’ di Kanada. ” Sharifah Sarina menunjukan cincin emas putih di jari runcingnya. Adlina di situ juga agak terkejut apatah lagi Nazrey.

” Ehhh you all ada berdiri sini ada mesyuarat tergempar ke?” Tiba-tiba satu suara menerpa seolah-olah menjadi penyelamat sebuah pergaduhan yang bakal meletus. Adlina menoleh ke kanan. Dr. Shahrul Ammar tersenyum memandang mereka bertiga. Lelaki itu begitu segak dengan memakai sepasang baju melayu Telok Belangah. Keadaan yang agak tegang sebentar tadi menjadi sedikit kendur.

“Tak ada apa-apa Rul. Cuma tengah bergurau senda sahaja.” balas Nazrey. Shahrul hanya tersenyum seolah-olah mengiyakan kata-kata Nazrey. Yang pasti, Adlina tahu Shahrul pasti sudah dapat menghidu ketegangan yang berlaku di antara Nazrey dan Sharifah Sarina.

” Ohh ya. Tadi I makan kuih bakar. Sedap dan lembut.  I dah lama tak makan kuih yang sedap begitu. I nak tanya Nadia, dia pula sibuk. Tanya ummi dan Aunty Nora, mereka pun tak tahu.  They said that they didn’t even order the kuih from caterer and even commented the kuih is so delicious. Masya-Allah.”  Shahrul menunjukkan sekeping kuih bakar kepada Nazrey dan Sharifah Sarina. Adlina pula buat tak tahu. Malas mahu menjawab yang dia yang membuat dan membawa kuih bakar itu ke majlis tahlil. Tidak lama kemudian, Tan Sri Hishamuddin memanggil semua hadirin yang masih ada untuk duduk di ruang tamu.

“Assalamualaikum semua. Saya ingin mengucapkan kepada semua kerana datang ke majlis tahlil dan doa selamat untuk anak saya Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar dan juga Dr. Shahrul Ammar sekeluarga yang akan berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan. Kita doakan semoga perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan. Dengan ini juga, saya ingin memberitahu semua majlis pertunangan anakanda saya Nazrey Shah Iskandar dengan Sharifah Sarina akan diadakan bulan hadapan selepas Nazrey pulang menunaikan umrah. Saya mohon semua agar mendoakan majlis yang bakal diadakan berjalan dengan lancar.”

Semua yang hadir menghampiri Nazrey sambil mengucapkan tahniah. Begitu juga dengan Sharifah Sarina.  Mimik muka Nazrey begitu keruh sekali walaupun kaum kerabat serta saudara-maranya yang hadir mengucapkan tahniah. Nazrey memadang sepi ke arah Adlina. Jodoh, pertemuan, rezeki serta ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Bagaimana kita cuba elakkan, jika sudah tersurat di loh mahfuz, siapa kita untuk menidakkan. Adlina berharap Nazrey dapat menerima qada dan qadar dengan seikhlas hati. Adlina berasa amat lega. Sekurang-kurangnya dia tidak meletakan harapan yang tinggi setelah dilamar oleh Nazrey. Jika tidak, pasti hatinya hancur berkeping-kepingan.

Majlis tahlil serta doa selamat berlansung selepas solat Isya’ dan berakhir sekitar sepuluh malam. Ramai yang hadir sudah beransur pulang. Hanya tinggal beberapa saudara mara Tan Sri Hishamuddin yang masih berada di situ serta keluarga Dr. Shahrul Ammar.

Adlina mengerling ke arah jam ditangannya. Rasanya sudah agak lewat untuk berborak dengan Nadia. Dihantar kiriman ringkas kepada Nadia untuk meminta diri. Sebelum dia berlalu dari kediaman Tan Sri Hishamuddin, Shahrul menghalang dia pergi.

” Adlina, I nak kenalkan you dengan Ummi I. I baru dapat tahu dari Nadia tadi yang you yang buat kuih bakar.” Kemudian muncul seorang wanita yang agak berusia namun masih anggun.

Rasanya macam pernah lihat wanita anggun ini di salah sebuah majalah keluarga baru-baru ini. Baru Adlina teringat wanita anggun dan berkarisma ini ialah Datin Dr. Nur Sarah balu kepada Allahyarham Dato’ Hj.  Syed Mustaffa seorang usahawan automotif yang terkenal di rantau Asia Tenggara. Wanita yang Adlina boleh ketegorikan sebagai seorang wanita hebat kerana berjaya meneruskan legasi suaminya bersama anak sulungnya Shahrizal Aziz serrta anak perempuannya Eliza. Hanya Dr. Shahrul Ammar pula tidak berminat langsung dalam bidang keusahawanan.

Namun Datin Dr. Nur Sarah tidak mempunyai halangan untuk Dr. Shahrul Ammar menjadi seorang doktor. Malah dalam keadaannya sendirian setelah kematian suami di waktu yang agak muda mampu membesarkan anak-anak yang berjaya. Lihat sahaja Dr. Shahrul Ammar. Begitu berjaya dalam bidang kedoktoran dan menjadi pakar pembedahan orthopedik yang disegani. Bukan sahaja berjaya dalam bidang yang diceburi malah ilmu agamanya tidak kurang hebatnya. Manakala anak sulungnya Shahrizal Aziz adalah seorang usahawan muda yang berjaya . Eliza anak perempuannya adalah bekas seorang penyelidik sains tetapi mengambil keputusan untuk membantu dalam syarikat yang ditinggalkan oleh Allahyarham ayahandanya.

Wanita anggun yang kelihatan begitu tenang di penglihatan ini hanya dioles sedikit pemerah bibir tanpa alat solek yang tebal. Mungkin kesan air wudhu’, telah Adlina lagi. Keluarga Dr. Shahrul Ammar ini begitu hebat dipandangan Adlina. Namum cerita keluarga Dr. Shahrul Ammar jarang kedengaran di majalah apatah lagi sebarang kontroversi melibatkan keluarga Allahyarham Dato’ Hj. Mustaffa.

Adlina menghampiri  Datin Dr. Nur Sarah. Dicapai tangan tua itu lalu menyalaminya.

“Masya’ Allah! Ini rupanya Adlina. Subhanallah! Sedap sekali kuih bakar hasil air tangan Adlina. Ummi suka sangat makan kuih bakar. Selalunya kuih bakar yang pernah Ummi makan kebanyakannya manis. Yang ini, tidak terlalu manis. Maklumlah, Ummi dah tua. Makan pun tak boleh manis-manis sangat.”

“Datin, Alhamdullilah. Biasa sahaja. Saya ini tak pandai sangat. Cuma buat apa yang termampu.” kata Adlina merendah diri. Shahrul yang berada di sisi umminya kelihatan tersenyum simpul.

“Sayang, panggil Ummi sahaja. Patutlah anak Ummi, Shahrul asyik bercerita sahaja tentang Adlina. Alhamdullilah, akhirnya berjumpa juga dengan tuan punya badan. Cantik rupanya.” Lembut sahaja bicara Datin Dr. Nur Sarah. Selembut wajahnya yang tenang.  Aduhai Datin, jangan lah puji melambung tinggi. Takut jatuh tak sedar diri.

“Umi…, maafkan saya. Saya terpaksa balik rumah dulu. Dah lewat sangat.” Adlina memohon untuk beredar. Dari jauh kelihatan Nazrey sedang bertegang urat dengan kedua orang tuanya di samping dengan keluarga Sharifah Sarina. Malas Adlina ingin mengambil tahu tentang pergelutan diantara keluarga Nazrey. Nazrey memandang Adlina dengan wajah seperti ingin meraih simpati.

” Nanti Adlina datang rumah Ummi ya. Ummi akan suruh Shahrul bawa Adlina datang. Lunch or dinner perhaps. After Shahrul comes back from umrah. Boleh kita sembang sembang lagi. ” pelawa Datin Dr. Nur Sarah.

“Insha’ Allah Umi.” balas Adlina sebelum berlalu pergi. Shahrul mempelawa untuk menghantar Adlina pulang kerana bimbang akan keselamatannya.

“I ikut you dari belakang. I takut sesuatu yang buruk berlaku sekali lagi ke atas diri you. Jika ia berlaku, I tak dapat nak maafkan diri I”, kata Shahrul. Shahrul tetap bertegas untuk menemani dengan memandu dari belakang kereta Adlina.

Telefon bimbit Adlina berbunyi menandakan ada kiriman pesanan ringkas. Rupanya dari Nazrey.

‘You di mana sekarang? I kan tadi suruh you tunggu. Driver I hantar you balik.  You ni  memang degil!’

‘Sorry, I tak dapat tunggu. Shahrul ikut I dari belakang. Don’t worry okay. Anyway, congrats on your engagement with Sharifah Sarina.’

Adlina mulakan pemanduan. Dari cermin belakang, Adlina nampak dengan jelas Audi R8 milik  Dr.Shahrul Ammar berada di belakang keretanya.  Tiada bunyi pesanan ringkas dari telefon bimbitnya. Setibanya di kawasan perkarangan kondominium, Adlina mengucapkan terima kasih kepada Shahrul kerana sudi menemaninya hingga ke kawasan kediaman sebelum Audi R8 berlalu memecah keheningan malam.

Sebelum Adlina tidur, dia mengambil telefon bimbit untuk mengecas. Tanpa disedari, ada satu kiriman pesanan ringkas serta beberapa panggilan tak berjawab dari Nazrey.

‘ My life in a mess right now. I’ll sort out and get everything right…….’

Tanpa membaca lagi kiriman ringkas yang tak berapa ringkas dari  Nazrey serta tidak mahu diganggu, Adlina menutup telefon bimbitnya. Tinggal beberapa bulan lagi khidmatnya di Saujana Holdings bakal berakhir.

 

 

imagesLM7R1H41

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s