Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 29

Standard

Tiga hari berada di dalam hospital sungguh merimaskan Adlina. Malah berada di dalam hospital, Adlina langsung tidak dapat berehat dengan aman. Setiap tiga jam, jururawat yang bertugas akan memantau keadaan Adlina, mengambil tekanan darah serta suhu badan. Tiga hari itu juga lah dirinya terpaksa menelan beberapa biji ubat yang berlainan saiz dan warna. Pergerakannya juga agak sukar kerana pergelangan tangannya masih disambung dengan wayar serta tiub glukos. Dan tiga hari itu juga, hanya Dr. Shahrul menjadi pengunjung setia. Tiada bayangan Nazrey Shah Iskandar a.k.a Mamat Serabai mengunjunginya sejak dari itu Ada juga beberapa staf dari Saujana Holdings datang menjenguknya di hospital. Nak dikatakan meja yang ada di dalam bilik wad sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga serta hamper.

Tengahari tadi, doktor yang merawat Adlina memberitahu yang dia dibenarkan keluar dari hospital kerana keadaan kesihatannya semakin baik.  Adlina mengucapkan syukur yang teramat kerana akhirnya dia bakal mengakhiri ‘percutian’ tiga hari dua malam tidak rasmi di dalam hospital. Rasanya, dia mampu menarik nafas lega apabila dikhabarkan tiada luka atau pendarahan yang teruk. Adlina kemudian dengan perlahan-lahan mengemas segala keperluan peribadinya semasa dia  berada di dalam hospital.  Semasa sibuk menyiapkan diri untuk pulang, pintu bilik wad dibuka. Kelihatan seorang lelaki yang berumur masuk ke dalam bilik wadnya.

” Cik Adlina, saya pemandu peribadi Dato’. Dato’ suruh saya mengambil pulang cik. ” kata lelaki yang agak berumur. Pada telahan Adlina, mungkin lelaki itu berumur dalam lingkungan lima puluh tahun.

” Ohh.. takper pakcik. Saya boleh telefon sepupu saya untuk tolong ambil saya dari hospital.” jawab Adlina sambil tersenyum. Malahan telah dikhabarkan kepada sepupunya yang menetap di kawasan berdekatan untuk mengambilnya.

” Tak Cik. Ini arahan Dato’. Dato’ yang menyuruh saya mengambil Cik pulang dari hospital.  Hmmm…mana yang harus saya tolong angkatkan Cik?” Tanya pemandu tersebut. Adlina pasti kepulangannya pada hari ini diketahuinya melalui Shahrul.

” Yang ini pakcik. ” balas Adlina sambil menunjukkan beberapa hamper yang berada di tepi katil.

” Cik Adlina tunggu di lobi hospital ya.. Saya ambil kereta dahulu.”  Pemandu peribadi Nazrey berlalu pergi bersama dengan beberapa hamper di tangannya.

Ahhh.. mamat serabai itu selalu berkeras. Semua kata serta arahan mesti diikuti. Adlina menjadi rimas. Dia kemudian mengambil kesemua barang peribadinya yang tinggal sebelum berlalu keluar dari bilik wad. Ubat-ubatan dan surat cuti sakit yang harus dibawa pulang sudahpun  diberikan oleh jururawat sebelum Adlina berkemas untuk pulang. Sepuluh hari cuti sakit diberikan oleh doktor yang bertugas. Sepuluh hari untuk cuti sakit dirasakan begitu lama oleh Adlina yang sentiasa aktif, Cuti lagi.. bukan cuti cuti Malaysia,  desis hati Adlina.

Adlina menunggu pemandu peribadi yang dihantar oleh Nazrey di lobi hospital. Ketika sedang sibuk membaca pesanan-pesanan ringkas yang lama di telefon bimbitnya, pemamdu peribadi Nazrey mengambil beg Adlina sebelum memasukkannya ke dalam but kereta Brabus. Dalam hati Adlina terdetik, berapa banyak agaknya koleksi kereta yang dimiliki oleh hartawan seperti Nazrey. Bukan sahaja berpangkat, berharta, malah mempunyai rupa yang tampan yang menjadi kegilaan dan igauan  ramai gadis di luar sana. Tidak ramai peniaga muda seperti Nazrey dikurniakan pangkat. Hanya yang berjaya dalam bidangnya akan diberikan penghargaan dan darjah kebesaran.

Di dalam hatinya pernah bertanya kenapa lelaki seperti Nazrey hingga kini masih sendirian sejak percintaannya dengan Dania putus di tengah jalan. Mungkin lelaki kaya seperti Nazrey tidak mahu terikat dengan sebarang wanita. Atau mungkin terlalu serik  dengan wanita. Ahhh… terlalu banyak mungkin. Adlina sendiri tidak mahu bertanyakan tentang soal peribadi lelaki yang bernama Dato’ Nazrey Shah Iskandar kerana bimbang akan disalah ertikan. Dalam fikiran Adlina kini sedang merancang untuk bagaimana menghabiskan masa sepuluh hari di rumah. Barangkali, menonton tv atau membaca novel yang masih belum dibacanya. Atau mungkin menggelungsur internet di rumah.

Dalam masa yang sama Adlina juga mengucapkan syukur kerana  musibah yang melanda dirinya ada juga kebaikan yang terselindung. Musibah itu juga mengajar Adlina berasa bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup dan  lebih mendekatkan dirinya kepada Allah.  Di kesempatan itu juga, Adlina juga dapat merehatkan dirinya untuk seketika dari kesibukan tugas-tugas di pejabat yang bagai tiada penghujungnya. Sapaan dari pemandu perbadi Nazrey menyentakan Adlina seketika. Perjalanan dari hospital ke kediamannya rasanya terlalu singkat.

Adlina dan pemandu peribadi Nazrey mengangkat segala keperluan peribadinya ke kawasan lobi kondominium. Sebelum berlalu, sempat pemandu peribadi Nazrey itu menghulurkan sebuah beg kertas yang agak berat, Ternyata di dalam beg kertas itu mengandungi lima kotak pati ikan haruan.

” Dato’ pesan suruh berikan ini kepada Cik Adlina.” kata pemandu itu selepas menghulurkan beg kertas yang berisi pati ikan haruan. Di dalam hati Adlina berasa amat bersyukur kerana mendapat majikan seperti Nazrey yang prihatin terhadap kakitangannya di Saujana Holdings. Ataupun ini adalah layanan ‘terlebih prihatin’ terhadap dirinya sahaja. Cepat-cepat dibuang prasangka itu. Macam terlebih perasanlah kalau  memikirkan Nazrey prihatin terhadap dirinya seorang sahaja.

 images

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s