Rindu yang Menghempas Hati- Bab 25

Standard

La Tahzan Innallah Ma’ana

Saat engkau gagal dalam menggapai mimpimu, Yakinlah Allah sedang menguji keistiqamahanmu agar tetap berjuang                 

Saat engaku merasa tersakiti,  Yakinlah bahwa Allah sedang mengujimu untuk bisa memaafkan.

Saat engkau merasa jiwamu hampa, sepi dan sendiri, Yakinlah bahwa Allah akan selalu ada untukmu.. selalu menemanimu.

Kata yang tercoret itu memberikan sedikit kekuatan untuk terus berjuang dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan yang menimpa. Tugas yang digalas dibiarkan begitu sahaja membawa hatinya nan lara. Syarikat Saujana Holdings hampir muflis akibat perbuatannya mengabaikan amanah yang sepatutnya dipikul. Sekian lama merana seorang diri, berkelana entah kemana sehingga berjumpa dengan seorang wanita cekal yang bernama Nurina Adlina. Walaupun demikian, Dania Latiff adalah nama yang tidak pernah luput dari ingatan seorang lelaki yang bernama Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar Tan Sri Hishamuddin kini berdiri dihadapannya. Nama yang sekian lama ingin diusir dari kotak ingatan. Kerana nama itulah yang menjadikan Nazrey hampir hilang pedoman. Buat pertama kalinya, denyutan nadinya bagai terhenti pabila bertemu kembali dengan wanita yang pernah bertahta di hati.

Wanita yang pernah mengajarnya erti cinta dan wanita itu jugalah mengoyak segala perasaan cintanya. Sekembalinya dari London beberapa tahun dahulu, Nazrey terpaksa membangunkan kembali Saujana Holdings yang hampir musnah di tangannya. Nasibnya begitu baik kerana Tan Sri Hishamuddin serta Dato’ Mokhtar banyak membantu. Nazrey menjadi seorang ‘gila kerja’. Saban hari pulang lewat dan masanya banyak dihabiskan di pejabat.

Nazrey bagai terkesima melihat Dania setelah sekian lama tidak bersua. Berjumpa kembali dengan wanita yang bernama Dania menggamit kembali memori duka. Muka Nazrey bagai tiada darah yang mengalir. Pucat lesi. Itu yang dapat dilihat oleh mata kasar Adlina setelah berada di situ seketika. Kekuatan yang cuba dibina oleh Nazrey sekian lama hancur lebur malam itu. Membawa kembali kerapuhan pada hati yang kembali lara. Malam jejak kasih, bisik hati kecil Adlina.

” Nazrey, I masih ingat you.. Ingatan pada you tidak pernah pudar dan tidak akan pudar. Maafkan I diatas segala kesengsaraan yang telah you lalui. I rasa di sini bukan tempat yang terbaik untuk kita meleraikan kekusutan pada masa lampau. I berharap sangat yang kita dapat berjumpa kembali. Tidak sangka ya Naz.. Tuhan berikan I peluang untuk berjumpa dengan you sekali lagi dan memohon sejuta kemaafan dari you.”  Lirih Dania. Adlina yang berdiri di sebelah Nazrey hanya mendiamkan dirinya.

Sebelum memulakan bicaranya, Nazrey menarik nafas sedalam-dalamnya. Mungkin cuba menenangkan hati  serta fikirannya yang semakin bercelaru.

” Apa yang telah berlaku di masa lalu.. biarlah ia berlalu. I dah lama maafkan you dan I harap sangat yang you sudah berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik. Tiada guna lagi untuk kita terus mengenang masa lalu. I teringat kata-kata yang pernah dicoretkan seseorang yang I kenali..If you are depressed, you are living in the past, If you are anxious you are living in the future. And if you are at peace, you are living in the present.” kata Nazrey.

Adlina terkaku di sisi Nazrey. Ya.. dia masih belum lupa lagi akan kata-kata yang pernah dia coretkan buat Nazrey beberapa tahun yang lalu sekembalinya dari Cardiff. Lelaki itu bagai mengingatkan Adlina kembali detik-detik di mana lelaki itu seolah-olah hilang arah dan tujuan.

” You have change Naz”. Keluh Dania. Matanya mula berkaca. Mungkin menyesali perbuatannya pada masa lalu.

” Yes I am. I change for the better. Slowly but surely.  Kejadian masa lalu ada hikmahnya. And I thanked Allah for giving me that little chance to change. Alhamdullilah. I doakan you berbahagia dengan suami you dan juga keluarga you.”  Terdengar keluhan kecil dari Nazrey melepaskan sarat yang menggunung bertahun lamanya. Dania dan Nazrey seolah-olah tenggelam dengan bicara masing-masing tanpa menghiraukan tetamu yang bertandang pada majlis perasmian malam itu.

” No Naz.. Stephen dengan I dah berpisah. I minta fasakh.  He drinks every night. Worst.. he slept with another woman on our very own matrimonial bed. I dah dapat kafarah dari perbuatan I. It’s painful Naz.. very painful. Terlalu sakit sekali Naz. I terlalu ikutkan nafsu gila hinggakan I tak dapat membezakan yang baik atau yang buruk. Dan you mendapat tempiasnya.. Maafkan I Naz.” Air mata Dania mengalir tanpa henti. Nasib baik ramai tetamu yang hadir sudah pun pulang. Kalau tidak, percuma sahaja drama sebabak ini ditayangkan..

” Dan I tahu walaupun sejuta kemaafan yang I pinta dari you.. pasti sukar untuk you memaafkan segala perbuatan I. I harap dapat kembali mengubati hati you,” kata Dania lagi.

” I dah maafkan you. Bohong jikalau I tidak boleh lupakan apa yang pernah you lakukan pada I. Tapi untuk I kembali pada you… maaf. I tidak mampu. I harap you mengerti.” kata Nazrey.

Adlina yang berdiri disebelah Nazrey mula melangkah setapak cuba memberi ruang kepada kedua-duanya untuk meleraikan segala kekusutan yang melanda. Rasanya agak lama juga Adlina berdiri seperti tugu. Setapak Adlina melangkah kebelakang, terasa tangan kiri ditarik dan digenggam oleh Nazrey. Kini bukan denyutan nadi Nazrey terhenti malah denyutan nadi Adlina ikut sama terhenti.  Adlina berasa seakan ada arus elektrik mengalir terus ke seluruh tubuhnya. Perbuatan Nazrey begitu mendadak sehingga membuat Adlina terkesima. Mukanya mendongak ke arah Nazrey yang agak tinggi darinya. Seolah-olah lelaki itu tidak punya perasaan.

” Adlina..did I ever mention that you can leave now?”  Kata Nazrey dalam nada yang agak tegas. Adlina bagai terpinga-pinga mendengar nada suara yang agak tegas dari Nazrey. Pada masa yang sama, Adlina cuba meleraikan tangan kirinya yang digenggam kemas oleh Nazrey. Lelaki ini betul-betul tidak makan saman. Adlina mengetap bibirnya geram.

” Eeeerrr.. Dato’.. I cuma nak pergi ke sana sekejap. Ambil makan dan jumpa dengan Roslinda dari Maju Sdn Bhd.” Adlina cuba memberikan alasan.  Muka Adlina pada ketika itu menahan lahar amarahnya.

” Naz, siapa ni? You tak nak kenalkan pada I ke? ” tanya Dania.

” Bakal isteri I” jawab Nazrey dengan rasa tidak bersalah. Adlina memandang Nazrey dengan penuh kehairanan. Bila masa pulak aku  ni jadi bakal isteri lelaki serabai, getus hati Adlina.

” Ohh really.. bakal isteri you. Congrats to both of you. Keep in touch Naz.” Muka dan nada suara Dania menjadi sebak.

Entah kenapa, Adlina dapat merasakan Dania cuba menuntut kembali kasihnya yang dahulu tidak kesampaian. Kemudian Dania meminta diri untuk pulang walaupun majlis belum sepenuhnya selesai. Pertemuan singkat antara Nazrey dan Dania pada malam itu mengundang berbagai rasa. Nazrey seolah-olah cuba melenyapkan Dania dan Dania pula bagai mengejar bayangan cintanya yang lalu.

” Boleh lepaskan tangan I tak? Sakit!” kata Adlina geram. Tanpa menghiraukan permintaan, Nazrey terus menggegam tangan Adlina tanpa rasa bersalah. Tapi kali ini Nazrey meleraikan sedikit genggamannya tanpa melepaskan tangan Adlina sepenuhnya.

” Dato’.. haram tau pegang tangan wanita bukan muhrim. Dah gila betul ah. Wayar dah terputus ke bila bertemu kekasih lama” Getus Adlina.  Nazrey memandang Adlina dengan pandangan yang sukar ditafsirkan lalu terus menarik Adlina berjalan disisinya . Permintaan Adlina langsung tidak dihiraukan. Beberapa orang usahawan terkenal kelihatan dari jauh sedang berjalan menuju ke arah Nazrey dan Adlina. Adlina kemudian  mengambil kesempatan memijak kaki kiri Nazrey menggunakan tumit belakang kasutnya bila lelaki itu berhenti seketika.

” Auuuchh!” Nazrey mengerang kesakitan dan sekaligus melepaskan genggaman tangan Adlina.

” Too much! You better watch out Cik Adlina.” Bisik Nazrey geram. Adlina pula tersenyum tanda kemenangan. Mana mungkin lelaki serabai ini menjadi singa di hadapan rakan usahawan yang lain. Sudah pastinya Nazrey harus menjaga reputasinya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Seorang pemuda kacak yang hampir sebaya dengan Nazrey datang mendekati mereka berdua.

“Congratulations Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar.” Pemuda kacak itu menghulurkan tangan kanannya bersalaman dengan Nazrey. Pandangan pemuda itu beralih ke arah Adlina. Kelihatan senyuman terukir di wajah pemuda kacak itu.

“Wooohooo!! Siapa ni Dato’?” Pemuda kacak itu bertanya. Senyuman sekali lagi dilemparkan kepada Adlina. Adlina hanya senyum dan menundukkan kepalanya sedikit. Lebih baik pandang lantai dari memandang lelaki ala-ala kasanova di hadapannya.

” Manusia lah.. takkan haiwan pulak kan.”  Nazrey menjawab sinis.

” Ohhh oooo.. Dato’ .. Ini bukan manusia. Tapi bidadari yang turun dari kayangan.” kata pemuda itu lagi. Adlina memandang ke arah lain sambil mencebik. Ayat mengurat ni dah basi lah cik abang oii… bisik hati kecil Adlina.

” Hai.. Zahar Dato’ Kamal pengurus operasi dari Nilam Sari Technologies Berhad. ” Tangan dihulurkan ke arah Adlina. Adlina hanya mengangguk tanda hormat. Pemuda itu kelihatan tersenyum malu. Nazrey pula seakan mahu ketawa sekuat hatinya.

” Nurina Adlina, pengurus kanan dari Saujana Holdings.” Adlina memperkenalkan dirinya.

” Wow!! Nama secantik orangnya.”  Zahar Dato’ Kamal memuji. Nazrey yang berada di situ berdehem dengan kuat. Kelihatan beberapa orang tetamu yang hadir datang mengucapkan tahniah kepada Nazrey. Pemuda yang bernama Zahar Dato’ Kamal masih tidak berganjak dari tempat Adlina dan Nazrey berdiri. Ingatkan dah nak balik.. Rupanya masih tercegat macam patung cendana. Setelah kebanyakkan tetamu khas beredar, Nazrey, Zahar dan Adlina berjalan keluar dari tempat di mana diadakan majlis perasmian.

” Soo..mana Sharifah Sarina? Tak datang ke?” Zahar bertanya kepada Nazrey.

” Entah” jawab Nazrey ringkas.

” Aikk.. takkan bakal tunang pun tak tahu dimana dan kemana?” Zahar cuba membidas.

” Bakal tunang dalam mimpi kau Zahar,” dengus Nazrey.

Adlina merasakan perlawanan bertikam lidah akan berlangsung tidak lama lagi diantara Nazrey dan Zahar. Pada masa yang sama, urat betisnya semakin menegang dan tumitnya melecet sedikit.

” Kalau you all berdua nak bertikam lidah atau nak bertumbuk sampai pagi.. silakan. I am going home. Dato’.. I boleh ambil teksi balik.” Adlina cuba memintas kata-kata yang bakal keluar dari ketuanya.

” I hantar you balik.” Nazrey mengarah. Nazrey memaut lengan Adlina yang berlapik dengan bajunya dan segera berjalan keluar dari perkarangan hotel tanpa menghiraukan Zahar.

” I harap kita jumpa lagi.” Zahar bersuara kuat sambil melambai tangannya ke arah Adlina. Tersingkap wajah bengis Nazrey ketika itu.

Nazrey mengambil keretanya. Tidak lama kemudian, kereta mewah itu membelah kepekatan malam. Adlina yang duduk di sisi Nazrey termangu keseorangan melayani perasaan. Nazrey pula menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya. Hanya lagu-lagu yang diputarkan oleh juruhebah berkumandang perlahan di radio.Sesekali Nazrey mengerling ke arah Adlina yang duduk di sisinya. Dalam hatinya memuji kecantikan dan kepandaian yang ada pada Adlina. Bak kata pepatah Inggeris, ‘ Beauty with brains’.  Ketika kereta mewah itu membelok di satu simpang, Adlina terpandang sebuah gerai yang menjual makanan serta minuman.

” Dato’ boleh berhentikan sekejap di tepi simpang.”

” Nak buat apa?”

” Nak beli makan. Lapar.” Adlina berkata jujur

” Aikk baru makan di hotel.. takkan dah lapar.”

” Tapi Dato’..  ”

Tanpa banyak bicara, kereta mewah yang dipandu oleh Nazrey berhenti sebentar. Kereta mewah yang dipandu Nazrey bagai mencemar duli.  Adlina kemudian keluar membeli burger dan minuman untuk dibawa pulang.

” Thanks Dato’ ”  kata Adlina selepas kembali ke dalam kereta Nazrey dengan makanan serta minuman yang dibeli.

” Terima kasih aje? Beli untuk seorang ke?. I punya tak ada?” tanya Nazrey sambil memulakan pemanduan.

” Ohh.. Dato’ nak ke? Tak tahu pula Dato’ nak. Takut Dato’ tak makan makanan yang dijual ditepi jalan.”

” Teruk sangat ke I ni Adlina sampai you harus ada anggapan seperti itu terhadap I.” Suara Nazrey menggambarkan betapa kecewanya anggapan Adlina terhadap dirinya.

” Maaf Dato.. I nak berniat nak kata begitu. Jangan risau. Lagipun I ada beli dua burger tadi.”  kata Adlina. Nazrey mendiamkan dirinya. Merajuk ke si mamat serabai ni. Keluhan berat Nazrey jelas kedengaran gegendang telinga Adlina.

” You tak kenal I Adlina.. Stop being judgemental.”

” I am really sorry Dato’.” Kemudian keadaan di dalam kereta mewah Maserati kembali sunyi sepi.

” I pun rasa you dah tahu 50 peratus apa yang telah terjadi diantara I dan Dania. Lupakan apa yang berlaku diantara I dan Dania semasa di hotel. Perkara dah lepas. I tak mahu ingat lagi. Cuma… teruk sangat ke kalau I jadi tunang you yang sebenar-benarnya.”

“Apaaa.. apa Dato’ cuba sampaikan?” Suara Adlina terketar-ketar mendengar pertanyaan dari lelaki selaku ketua dan majikannya di pejabat.

” Atau Shahrul Ammar yang you rasa selayaknya menjadi tunang you yang sebenar-benarnya?” tanya Nazrey hambar.

” Dato’.. Dato dah melalut ni. Ni bukan pertama kali I dengar pertanyaan karut sebegini dari Dato’.”

” Tidak.. I masih waras Adlina. I tidak mengarut mahupun melalut. I tahu apa yang I nak, Adlina.”

“Dato’.. antara I dan Dr. Shahrul adalah kawan baik. Dato’ pula  I anggap sebagai ketua yang amat disegani dengan kewibawaan Dato’ dalam mentadbir urusan syarikat gergasi seperti Saujana Holdings. Saujana Holdings tempat I mencari rezeki.. Dato’. Dan I amat berterima kasih kerana diberikan peluang untuk bekerja di sebuah syarikat gergasi dan terkenal di Malaysia. Antara I dan Dato’ hanya sekadar majikan dan pekerja. Tidak pernah terlintas sekalipun di dalam benak fikiran untuk menjalinkan sebarang hubungan serius” kata Adlina.

” Maksud Adlina.. I tak boleh nak jalinkan hubungan yang serius dengan pegawai I sendiri? I harus mengetepikan perasaan I? Begitu?” Bertubi-tubi soalan dari Nazrey membuatkan Adlina terdiam.

” Etika pekerjaan Dato’ ” pintas Adlina.

” Dari mana you belajar ni.. seorang majikan tak boleh jalinkan hubungan yang serius dengan pegawai bawahan.?” Adlina terdiam..

” Biar I ingatkan dan sedarkan Dato’.. Sharifah Sarina adalah bakal tunang Dato’ . Bukan Nurina Adlina. I takut Dato’ dalam keadaan keliru sekarang ni” kata Adlina lagi. Kereta mewah Maserati yang dipandu Nazrey berhenti di perkarangan kondominium di mana Adlina menetap.

” Lagipun Dato’ orang kaya.. I ni orang kebanyakkan. Mana sama.  Langsung tak sesuai untuk Dato’ ” sambung Adlina lagi.

” Adlina.. ini bukan filem hitam putih antara dua darjat tau. Ni zaman teknologi canggih. Dulu polis pakai seluar pendek.. sekarang pakai seluar panjang” bidas Nazrey.

” Filem hitam putih atau tidak.. perkara seperti begini boleh berlaku walaupun zaman teknologi canggih.”

” Alasan..”

” Dato’ tak faham!”

“Then.. fahamkan I Adlina.. Make me understand. I don’t see any major issues here if we are into a serious relationship. Jangan cuba nafikan apa yang ada di dalam hati you Adlina. And one more thing, please stop addressing me Dato’ when we are not in the office.”

” Dato’ suka mendesak..” bidas Adlina

” Dato’.. Dato’ Dato’.. I dah ingatkan jangan panggil I Dato’ bila di luar pejabat. Fine then.. I takkan mendesak tapi I akan berikan you ruang untuk you berfikir kembali. Tapi I pasti.. dari riak wajah you menggambarkan bahawa kita punya perasaan yang sama. Suka atau tidak.. jangan cuba nafikan. Kita bertemu.. berpisah dan bertemu kembali. Apa maknanya? ”

“Tak apalah..  Antara I atau Dr. Shahrul Ammar. May the best man win.” kata Nazrey lagi

” Suka hati you lah.. By the way.. ini burger yang you nak. Takut kempunan pulak.” Adlina menghulur sebungkus burger sebelum keluar dari  kereta.

“Thanks.” kata Nazrey sebelum berlalu pergi. Tiada senyuman terukir di wajah lelaki itu.

Malam itu Adlina tidak dapat melelapkan mata. Memikirkan seluruh kejadian malam tadi membuatkan hatinya semakin gusar sekali. Adlina tidak tahu bila dia tertidur tanpa menukar pakaian yang dipakainya di majlis perasmian dan makan malam.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s