Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 22

Standard

Seharian setelah kembali dari Singapura, Adlina masih memikirkan tentang perkara yang dibincangkan oleh Nazrey. Nazrey mengesyaki ada orang dalam yang cuba  ‘sabotaj’ Saujana Holdings. Sudah menjadi lumrah untuk syarikat gergasi seperti Saujana Holdings berdepan dengan masalah sedemikian.  Tiga hari berada di Singapura begitu memenatkan kerana jadual kerja yang begitu padat. Barulah Adlina sedar bahawa Nazrey seorang yang agak teliti dalam segala urusan . Terserlah karismanya dalam menangani hal berkaitan dengan Saujana Holdings semasa mesyuarat yang berlansung di Singapura. Walaupun perwatakannya adakala agak menjengkelkan, tetapi dari segi mutu kerja Nazrey amat menitik beratkan tentang efisyen dan kualiti. Hari ini pula, Adlina pula sudah mula bertugas. Kalau boleh, ingin sahaja dia mengambil cuti sehari untuk merehatkan badan. Memandangkan kerja di pejabat semakin bertambah setelah tiga hari tiada di pejabat, Adlina gagahkan dirinya.

Selepas menghantar Adlina, Nazrey pula pulang untuk mengambil beg pakaiannya sebelum berlepas pula ke London.  Tak perlu ditanya bila lelaki itu akan kembali bertugas. Tetapi menurut Azean, Nazrey akan berada di Kota London dan L.A untuk dua minggu. Dengan ketiadaan lelaki itu, Adlina berasa tenang kerana dapat cuba menyelesaikn tugas-tugas yang masih tertunggak sebelum Nazrey kembali.

Nazrey sering sahaja sibuk dan tidak mempunyai masa. Patutlah sampai kini masih membujang. Masanya banyak dihabiskan di luar negara.  Kalau dahulu, Najwa akan menolong menguruskan segala perjalan syarikat di Kuala Lumpur. Kini dengan ketiadaan Najwa, semua kerja pejabat diuruskan oleh Azean dan juga beberapa orang pegawai kanan syarikat . Malahan berita ‘panas’ mengenai  lelaki itu bakal menamatkan zaman bujangnya semakin hilang ditelan waktu.

Namun masih ada juga kedengaran laporan  terpencil  yang masih disiarkan di tabaloid dan juga internet. Ada juga tertanya-tanya siapakan sebenarnya perempuan yang berada di gazebo pada malam pernikahan Najwa. Namun mereka masih belum punya jawapan yang tepat.  Ada pun beberapa laporan media mengenai Sharifah Sarina yang cuba menyangkal laporan wartawan dan bertegas mengatakan Nazrey akan menamatkan zaman bujangnya dengan dirinya dan bukan dengan gambar seorang wanita yang berhijab. Malah ada juga terdapat laporan media menyiarkan tentang perbalahan Sally dan juga Sharifah Sarina . Semuanya berlaku semasa ketiadaan Adlina dan juga Nazrey. Semua berita itu, Adlina ketahui daripada beberapa kakitangan syarikat.

Malas mahu memikirkan tentang perkara itu,  Adlina harus menumpukan perhatian untuk menyiapkan laporan tentang SHH Berhad secepat mungkin sebelum Nazrey kembali bertugas. Rasanya semakin banyak kertas kerja serta laporan dari beberapa projek dalam dan di luar negara perlu dibereskan. Adlina sudah berkira-kira untuk membawa pulang sebahagian kerjanya ke rumah walaupun dia tidak begitu gemar berbuat demikian. Tarikh tutup beberapa tender juga perlu disemak sebelum memberi arahan selanjutnya kepada pegawai bawahan.

Dikerling matanya ke arah jam tangan. Sudah hampir masuk waktu makan. Adlina masih ingat dia ada temu janji dengan Shahrul Ammar. Tidak beberapa kemudian, Adlina sudah sampai di ruang legar bangunan Saujana Holdings menantikan Shahrul Ammar. Sebuah kereta  BMW berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk. Pemandu kereta mewah itu keluar dan berjalan ke arah Adlina.

“Cik Adlina, saya pemandu Dr. Shahrul. Maaf, dia tak sempat datang ambil kerana ada baru selesai buat pembedahan.” kata pemandu itu. Adlina pula agak terkejut. Dengan segera dia menghantar pesanan ringkas kepada Shahrul.

Shahrul, you ni buat I terkejut. Anyway, buat apa susah-susah hantar pemandu semua untuk ambil I. I boleh pergi sendiri. Just let me know where, I can drive there.’

Tidak beberapa saat kemudian bunyi pesanan ringkas berbunyi.

‘Maaf Adlina. I need to take you to a special place for lunch. I will drive you back to the office personally. No chauffeur-driven car. Promise! ‘

Saat membaca pesanan ringkas dari Shahrul, Adlina tersenyum. Ada sahaja lelaki ini. Adlina terus membuka pintu dan masuk ke duduk di bahagian sebelah pemandu.

“Eeerrr.. Maaf, Cik Adlina, Boleh duduk di tempat duduk belakang. Saya takut nanti Dr. Shahrul marah pula.” ujar pemandu peribadi yang agak berusia. Adlina terus duduk di bahagian belakang tempat duduk.  Dalam perjalanan ke tempat makan tengahari hari, Adlina berbual mesra dengan pemandu peribadi itu yang dipanggil Pakcik Daud.

“Dr. Shahrul ni datang dari keluarga yang berada. Ayahnya, Allahyarham Dato’ Hj Syed Mustaffa seorang usahawan yang terkenal dalam bidang automotif. Cuma Dr. Shahrul ni tak berminat dalam perniagaan.  Suka jadi pakar bedah. Abang dan adiknya yang meneruskan  perniagaan keluarga. Kalau nak diharapkan Datin, memang dia dah tak berapa sihat sangat”, terang pakcik Daud. Itu sudah Adlina ketahui kerana Shahrul pernah memberitahu kepadanya. Melalui Pakcik Daud, Adlina mengetahui serba sedikit tentang Dr. Shahrul. Memang Adlina tahu yang Shahrul seorang yang amat merendah diri walaupun mempunyai kekayaan. Disamping itu juga, barulah Adlina tahu ahli keluarga Tan Sri Hishamuddin sering membeli kereta mewah dari syarikat kepunyaan keluarga Shahrul, Patutlah si mamat serabai tu pakai kereta macam bertukar baju. Rupanya rakan baiknya pemilik syarikat automobil.

Kereta BMW berhenti di hadapan pintu masuk bangunan Hilton Kuala Lumpur. Shahrul Ammar kelihatan agak segak sudah sedia  menanti Adlina. Sebaik sahaja Adlina melangkah keluar, BMW yang dinaikinya berlalu pergi.

“Assalamualaikum Adlina. Maaf tadi saya tak dapat ambil Adlina dari pejabat. Kita lunch di sini. Saya dah buat reservation.”

Adlina melangkah masuk ke dalam hotel yang agak mewah. Kenapa lah dia kini terjebak dengan lelaki hartawan seperti Nazrey dan Shahrul Ammar. Ohhh.. tidak. Shahrul Ammar berbeza dengan Nazrey. Nazrey ketuanya di pejabat. Shahrul Ammar pula? Adlina sendiri tidak dapat menafikan perasaannya yang kini begitu senang bila keluar dengan pakar bedah ini. Seperti sudah biasa menjamu di Hilton, Shahrul tidak kelihatan begitu kekok. Pekerja di restoran mewah di Hilton seperti sudah mengenali Shahrul Ammar. Selepas makan tengahari, Shahrul membawa Adlina berjalan seketika di MidValley sebelum pulang ke pejabat.

“Shahrul, thanks for the lunch treat. Buat apa susah susah sampai nak belanja di tempat mewah. Kalau nak belanja, warung mamak pun okay.” Kata Adlina di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat.

“Ohhh.. Dah memang ada niat nak belanja Lin. Tapi belum ada masa. Alhamdullilah, hari ini tertunai hajat saya. Lagipun restoran tu memang saya selalu pergi dengan Umi. Buat apa makan di warung mamak. Saya bawak Lin terus ke dapur umi. Lagi sedap.  ” Shahrul Ammar tersenyum.

“Insha’ Allah, bila sampai masanya.” sambung Shahrul. Perlahan sekali namun jelas di pendengaran Adlina. Kata-katanya buat Adlina tersentap seketika. Adlina memandang ke arah lain cuba menutup kegusaran yang mula bertandang di hati.

“Terima kasih kerana hadiahkan saya jambangan bunga. Dan lagi satu, tak payah lah nak membazir beli bunga. Segan tau saya terima jambangan bunga di pejabat. Macam saya ni teman istimewa Shahrul aje. ” sakat Adlina

“Kasih diterima…” jawab Shahrul. Sekali lagi Adlina merasakan dirinya di awangan. Takkan salah dengar lagi. Ahhh.. Shahrul cuma bergurau sahaja.

“Hmm.. saya tanya jangan marah ya? Jangan pula awak hempuk saya.”

“Depends soalan yang bagaimana.”

“You… eerrr.. dengan Nazrey. Betul ke? Desas desus mengenai you all berdua.”

“You percaya dengan apa yang dilaporkan di media?” tanya Adlina.

“Nope.”

“I rasa you dah jawab soalan itu.” ujar Adlina lagi. Shahrul terkesima.

Tidak lama kemudian kereta Shahrul berhenti dihadapan pejabat Adlina.

“Terima kasih sekali lagi Dr. Syed Shahrul Ammar kerana sudi belanja makan tengahari. ”

Shahrul mengganguk dan tersenyum.

“And thanks to you too. Sebab sudi keluar makan tengahari dengan saya.”

Tingkap kereta dinaikan sebelum kereta yang dipandu Shahrul meluncur keluar dari kawasan bangunan Saujana Holdings.

Syed Shahrul Ammar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s