Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 20

Standard

” Pap!!”  Bunyi suratkhabar dihempaskan di atas meja. Adlina yang sedang tekun menaip segera mengalihkan padangannya keatas. Sharifah Sarina sedang berdiri dihadapan mejanya bercekak pinggang. Mata wanita itu mencerlung kearahnya. Dua hari yang lalu, Adlina sudah diserang oleh Sally perempuan tak cukup kain. Nasib baik ramai rakan pejabatnya memanggil pengawal keselamatan membawa keluar Sally yang sedang meroyan tahap tertinggi. Kecoh satu pejabat mengenai berita sensasi yang disiarkan di akhbar. Ketika Adlina membaca tajuk akhbar itu, dadanya begitu sesak. Nafasnya bagai terhenti. Kenapa mesti dirinya dikaitkan dengan semua ini. Adlina tidak mengerti mengapa dia kini harus terjebak dengan segala berita sensasi yang tidak diingini. Adlina tidak mahu terlibat dengan mana-mana lelaki hartawan seperti Nazrey Shah Iskandar. Mengenali Nazrey Shah Iskandar membawanya kepada situasi yang sama sekali tidak diingini.

Dadanya begitu sesak memikirkan segalanya. Ingin sahaja Adlina menjerit kala ini.. tapi semuanya bagai terkunci rapat. Entah kenapa, dia harus berhadapan dengan suasana yang sungguh menyesakkan hidupnya. Segalanya bermula dari tawaran yang diterima untuk bertugas di ibu pejabat. Kalau Adlina tidak mengambil keputusan sedemikian sudah pasti hidupnya aman dan damai tanpa perlu berhadapan dengan situasi sebegini. Ia..  tapi ianya kalau berkalau. Menyesal tak pun tak berguna lagi.  Untuk meletakkan jawatan, ia seperti menggambarkan Adlina yang bersalah. Namun, Adlina cuba menguatkan dirinya untuk berhadapan dengan semua ini. Bersikap matang dan professional dalam menangani hal-hal yang remeh sebegini. Berani kerana benar, takut kerana salah.

“Please explain. ”  Sepotong ayat dari Sharifah Sarina menghentikan lamunan Adlina seketika. Dengan wajah yang diselaputi solekan yang tebal seperti wayang cina, Sharifah Sarina berdiri tercegat dihadapannya.

” I tak ada apa-apa yang nak diterangkan. Tak disebut pun dalam akhbar perempuan itu I. ” kata Adlina bersahaja.

“You cuba nak selindung. Hello perempuan. Takkan you tak tahu baju you sendiri. I sendiri ingat malam itu you duduk di gazebo.I nak you explain kenapa you sanggup buat macam begini. You memang sengaja kan nak cuba  ‘frame’ Nazrey. Jadi senanglah you boleh kahwin dengn dia. Yelahkan.. seorang hartawan berpangkat Dato’ lagi. Siapa yang tak nak.”  Sharifah Sarina cuba memerli sambil mencebikkan mulutnya.

“Hello.. cik kak. Takde maknanya saya ni nak sangat dengan bos saya yang menjengkelkan. Dah lah macam serabai. Kasi percuma pun tak hingin tau. Perempuan macam awak aje yang terhegeh-hegeh. Tak ada istimewanya saya nak lelaki macam tu. ”

“Wahhh sedapnya mengutuk saya.” tiba-tiba suara garau menerjah dari arah pintu. Nazrey sudah tercegat di muka pintu. Matanya terus menikam kedalam anak mata Adlina. Kata outstation.. kenapa cepat sangat

“Sayaaangg…. I dah lama tau tunggu you. You cakap you outstation. Macam you tau pula I di pejabat you.” Sharifah Sarina terus berjalan ke arah Nazrey. Dah macam ulat bulu pula lagaknya,

“Hmmm… Sarina, you balik dulu. I nak cakap dengan Adlina sekejap.” Nazrey bersuara dengan tegas.

“Alaaa.. you ni.” balas Sharifah Sarina menggedik. Terasa meluat Adlina melihat perangai Sharifah Sarina  Kalau boleh, ingin sahaja dilenyapkan kedua makhluk yang berdiri di hadapannya. Dah sama macam perangai Sally

“Balik. I kata balik. Just go home.. Pleaseee.. ”

“Okay lah I balik.” Kakinya dihentakkan ke atas lantai sebelum keluar dari bilik Adlina.

Tanpa dipelawa, Nazrey terus duduk di kerusi bertentangan dengan Adlina. Tangannya diraup ke muka sambil mengeluh.

” I nak minta maaf di atas segalanya. I sendiri tak tahu sampai begini jadinya. I baru tahu bila kakak I telefon dan beritahu segalanya. I baru sampai KL dan terus ke sini ”

“Senangnya Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar cakap begitu. Maaf…maaf dan maaf. Dah dua kali saya diserang di pejabat. Apa salah saya? Saya di sini nak cari makan bukan cari publisiti murahan. Saya jadi mangsa keadaan. Ini bukan pertama kali Dato’  Cukuplah Dato’.”

“Bukan you seorang sahaja yang jadi mangsa keadaan.. tapi I juga Adlina. Kita sama-sama jadi mangsa. Dalam keadaaan begini, you tak boleh tunding jari you pada I” Nazrey mendengus. Matanya terus menikam ke dalam anak mata Adlina.

” Saya perempuan Dato’. Maruah I kini dah tercalar. Diserang dua kali. Saya ni dah jadi mangsa fitnah Dato’. Apa kata staff-staff yang lain. Dato’ pemilik syarikat. Tak siapa yang berani berkata apa-apa. Saya ni hanya orang bawahan Dato’. Kalau saya tahu begini jadinya, saya tak mungkin menerima tawaran untuk berkerja di sini.” kata Adlina.

“Jadi you menyesal? Menyesal kerja di sini atau menyesal mengenali I, Adlina?”

“Kedua-duanya Dato’.” Aduhh apa punya soalan ni. Mestilah menyesal. Tapi apa boleh Adlina buat. Kalau boleh dia mahu berhenti sahaja bekerja di Saujana Holdings. Memandangkan masih terikat dengan kontrak pekerjaan, disabarkan juga hatinya. Harus professional Adlina.. Ni semua hanya sebahagian dugaan berkerja dengan jutawan muda yang menjadi kegilaan ramai anak gadis di luar sana. Sebaik sahaja mendengar jawapan dari Adlina, Nazrey mendengus keras.

“So…. Dato’ ada cadangan yang lebih baik untuk membersihkan nama saya yang kian tercalar dek perbuatan perempuan-perempuan getai Dato’yang tak cukup kain tu?” tanya Adlina sinis.

Nazrey senyum meleret. Aduhhh… mamat serabai ni kalau senyum jantung boleh keluar tergolek-golek.

“I tak akan buat apa-apa untuk memperbetulkan keadaan. Biar semua jadi tenang kembali.”

Adlina mengetap bibirnya.

“Dah lah Adlina. Small matter. Jangan bimbang. Nanti I akan uruskan tentang itu. Lagipun… ada lagi hal mustahak yang I perlu bincangkan.” sambung Nazrey lagi. Ahh.. senang sekali bagi lelaki yang berpengaruh untuk mengubah

“Apa dia Dato??'”  Suasana tiba-tiba bertukar menjadi serius. Nazrey tersenyum melihat berapa kalutnya Adlina ketika itu.

“Nanti I beritahu, You ni nampak macam stress aje. Relax. I tak makan orang..”

” Tak lah.. tak stress. Cuma kedengaran macam serius sahaja.” Adlina cuba menafikan.

“You datang ke bilik I… Nanti I beritahu tentang perkara ini. Its kinda of confidential. I harap you boleh mengedalikan perkara ini.” suara Nazrey kedengaran sedikit serius.

Adlina terus mengambil begnya dan mengikut Nazrey naik ke pejabat bahagian pengurusan. Haruman dari Nazrey begitu menyesakkan hatinya. Entah kenapa perasaannya seakan dilambung badai bila bersama dengan lelaki ini. Setiap kali bertemu dan berjalan bersama, hati Adlina tidak tenang. Persetan dengan perasaan ini. Dah macam gila bayang lagaknya. Padahal lelaki ini tidak punya perasaan yang sama.Sewaktu berjalan keluar, Shidah menegur Adlina. Shidah sedang memegang sejambak bunga tulip dan terus memberikan kepada Adlina. Nazrey dengan pandangan yang agak kelat dengan jambangan bunga yang dihulurkan Shidah kepada Adlina.

“Cik Adlina, tadi ada orang yang menghantar bunga ni.”

“Siapa ya Shidah?”

“Tak pasti Cik Adlina. Tadi budak penghantaran datang hantar bunga ini ” Bahu Shidah dijongket ke atas menandakan dia tidak tahu siapa pengirimnya. Muka Nazrey pula masam seperti cuka. Adlina sendiri kurang pasti kenapa mood Nazrey bertukar dengan cepat sekali setelah melihat jambangan bunga yang kini berada ditangannya. Adlina dan Nazrey masuk kedalam lif. Suasana tiba-tiba menjadi senyap tegang. Itu yang dapat Adlina rasakan ketika itu. Nazrey pula diam seribu bahasa. Adlina sibuk membelek-belek jambangan bunga yang baru diterimanya. Tanpa Adlina sedari, sebuah senyuman terukir di bibir menampakkan kejelitaan semula jadinya. Ditambahkan lagi dengan lekuk lesung pipit di kiri pipinya.

“Tak payah lah belek-belek bunga tu. Bukan kenyang pun. ” Nazrey tiba-tiba bersuara. Adlina melirikkan matanya ke arah Nazrey yang berdiri di tepi. Dah kenapa dengan orang tua ni. Getus Adlina sendirian. Malas mahu membidas kembali kata-kata Nazrey,  Adlina mendiamkan diri. Kad di tengah-tengah kuntuman bunga tulip dibiarkan. Ahhhh.. nanti boleh baca. Pasti pemberian dari Shahrul, doktor muda yang tidak kurang ketampanannya. Bisik hati Adlina lagi. Bunyi lif berdenting menandakan mereka sudah sampai ke di aras di mana letaknya pejabat pihak pengurusan. Meja Azean sudah tidak berpenghuni lagi. Mungkin sudah pulang. Lagipun jam sudah melepasi angka enam. Nasib baik Adlina tidak dapat menunaikan kewajipan kerana keuzuran.  Tinggal beberapa pegawai kanan syarikat masih berada di meja masing-masing.

Mereka sedang tekun menjalankan kerja. Adlina berjalan di belakang Nazrey yang sudah jauh di hadapan. Tiba-tiba Nazrey berpaling kebelakang. Padangannya menikam ke arah Adlina. Degupan jantung di kala itu bagai terhenti. Lelaki ini.. pandangannya begitu memukau. Padanlah ramai yang diluar sana tergila-gilakan lelaki ini seorang. Sampaikan minah-minah getai tak cukup kain sanggup datang ke pejabat menyerangnya. Jutawan muda yang mempunyai pakej yang lengkap.

Ditambahkan lagi dengan gelaran Dato’ yang disandang pada usia yang muda. Sudah pasti ia menjadi satu tarikan. Ditambahkan lagi dengan tubuh yang agak sasa dn rambut dipotong rapi mengikut stail terkini menambahkan lagi ketampanan lelaki ini. Adlina.. dia bukan lelaki untuk kau. Dia enggang. Kau pipit. Bukan boleh terbang sama. Bisik hati Adlina lagi. Kepalanya digeleng-gelengkan seolah menyiakan apa yang bersarang difikirannya.  Wanita di Malaysia ramai yang anggun dan cantik. Apalah jika dibandingkan dirinya yang serba sederhana.

“Ya Allah..Tak payah pandang lama-lama. I tahu I nihensem.” Suara garau itu bergema. Muka Adlina bertukar kemerah-merahan. Kalau boleh dilenyapkan dirinya pada masa itu sudah pasti dia akan berbuat demikian.

“Dah.. ikut I masuk ke dalam bilik pejabat. Ada hal mustahak yang ingin dibincangkan.” Adlina menganggukkan kepalanya menyiakan kata-kata dari Nazrey. Beg yang disandang di bahu kanan dibetulkan.

Setibanya dia di bilik pejabat Nazrey yang agak mewah, Adlina mengambil tempat di sofa yang terletak di hujung bilik pejabat itu. Nazrey pula ke meja kerjanya mengambil sebuah fail yang agak tebal. Mungkin ada hal yang agak sulit tentang syarikat di mana Adlina perlu berada di bilik Nazrey.

“Nah.. ini fail dari projek hartanah di Sandakan beberapa tahun yang lepas sebelum I mengambil alih syarikat ini dari ayah saya. Projek ini dijalankan semasa Tan Sri Hishamuddin masih di dalam pengurusan sebelum menyerahkan kepada Dato’ Mokhtar buat sementara sebelum saya mengambil alih sepenuhnya.” Fail yang penuh dengan isi dokumen dihulurkan ke arah Adlina. Adlina mengerutkan dahinya.

“I mahu you teliti dan semak segala maklumat yang ada di dalam fail ini tentang projek di Sandakan.”

“Huh? Dato’ mahukan pertolongan dari saya?” Adlina tercengang. Aikk.. Kenapa pula dia harus mengambil alih projek Sandakan.SHH Berhad? Apa cerita?  Adlina bermonolog sendirian.

” Adlina..  Dah I suruh you… Takkan suruh cleaner pulak. You ni faham tak? By the way, no one should know that you are monitoring this project. Keep me update especially on the tender submission.”

“Dato’.. saya ni dah macam Detektif Conan. Apapun saya akan cuba. Dato’ nak maklumat apa sebenarnya?”

“Adlina, I akan bawa you outstation bersama dengan I. Maybe two to three days. ”

“Huh?! Lamanya? Kita berdua aje ke Dato’. Tak nak lah. Saya tak nak kahwin percuma.” Adlina menggelengkan kepalanya,.

“Huh?! Huh?! Huh?! Itu aje yang you tahu. Yelah. Kita berdualah. Bukan pergi honeymoon pun. Takut cik abang yang hantar jambangan bunga marah?  Dah.. dah. Jangan banyak soal. You tahukan hal-hal kerja you bersangkut paut dengan I. So stop questioning. I ambil you pukul 8 pagi dan jangan lambat. Atau you nak I gegar pintu you Subuh nanti?”

“Eeeerrr. Takkan subuh pun nak dikejutkan. Saya tahulah Dato'” Muka Adlina membahang… Ahh lelaki ini memang nak kena jotos. Nasib baik majikan. Kalau tak, dah dalam Adlina hempuk dengan kasut tiga inci yang dipakainya.

“I dah nak balik.. Atau you nak tidur dalam pejabat ni? Dipersilakan. Tak jadi masalah” Nazrey sudah bersiap sedia dengan beg kulit jenama Louis Vuitton. Entah bila Nazrey sudah tercegat di hadapannya. Aduhh !! Masak.. masak. Mesti kena perli dengan mamat serabai.

“Berangan sampai mana cik kak? Kuat berangan tak habis-habis. Entah mana Najwa dah letakkan matanya sampai boleh pilih you eh.” Tidak mahu berpanjangan, Adlina terus bangun dari sofa dan mengambil beg serta fail yang diberikan oleh Nazrey. Adlina terus berjalan ke arah lobi lif tanpa menunggu Nazrey. Adlina meloloskan dirinya sebelum menekan butang untuk ke aras bawah.  Sebelum pintu lif ditutup, Nazrey menekan butang dari luar sebelum meloloskan dirinya. Jambangan bunga tulip kini berada di tangannya. Alamak! Marah punya pasal sehinggakan terlupa mengambil jambangan bunga.

“Sejak bila? ” Nazrey bertanya tiba-tiba memecahkan kesunyian di dalam lif.

“Sejak bila? Apa yang sejak bila? Tak faham? ” Adlina memandang ke arah wajah Nazrey. Nazrey menjongketkan kedua bahunya. Pintu lif pun terbuka.

“Maaf terbaca. Kad yang diselit terjatuh. Anyway.. All the best” Kata Nazrey sebelum berlalu pergi ke tempat meletak kereta.

Adlina kemudian mengambil dan membuka kad yang diselitkan di tengah jambangan bunga tulip.

‘Nurina Adlina

Just drop by to say  HELLO. :))

p/s: Lunch date next Wednesday? 

Syed Shahrul Ammar’

Ahhh.. Doktor Shahrul Ammar. Tak pernah gagal untuk membuat dirinya tersenyum. Walaupun sesibuk mana sekalipun, pasti jambangan bunga dihantar ke pejabat. Shahrul Ammar… lelaki yang begitu baik sekali. Tidak pernah ada kata-kata yang menyinggung perasaannya. Pada hari Adlina diserang oleh Sally di pejabat tempoh hari, Shahrul lah yang banyak memberikan kata-kata semangat, Kalau diturutkan hatinya, sudah pasti surat perletakan jawatan sudah berada di tangan Nazrey. Biar Adlina membayar ribuan ringgit kerana melanggar kontrak pekerjaan. Namun harga sebuah maruah lebih mahal dari itu. Setelah Shahrul memberikan kata-kata semangat, barulah Adlina dapat mengawal perasaannya.  Lelaki itu terlalu baik. Kalau hendak dibandingkan dengan Nazrey, bagai langit dan bumi rasanya.

Menurut Shahrul, mungkin ada dalang di sebalik kejadian itu. Dalam perniagaan pasti ada yang cuba menjatuhkan nama baik serta reputasi seseorang. Itu menjadi adat dan lumrah pagi semua ahli perniagaan. Mungkin juga musuh perniagaan Nazrey yang tidak diketahuinya. Aahh.. terlalu banyak berkemungkinan. Disebabkan itu, Shahrul mengambil keputusan untuk tidak meneruskan legasi perniagaan keluarganya. Itu adalah diantara salah satu sebab Shahrul mengambil keputusan untuk menjadi pakar bedah. Melihat wajah Shahrul, Adlina menjadi tenang. Shahrul pula tidak menjerkah ataupun memaksa.

Adlina tersenyum memandang jambangan bunga tulip yang berada di tangannya sebelum berjalan ke arah tempat meletak kereta. Adlina terpandang Nazrey sedang melangkah ke arah kereta yang dipakir di tempat meletak kereta khas unutuk pihak pengurusan. Tiba-tiba pandangan bertemu dan menjadi satu.

Adlina kelu.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s