Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 19

Standard

Hari berganti hari..masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpa Adlina sedari, sudah sebulan majlis pernikahan dan persanding Najwa dan pasangannya Tengku Faisal. Kedua-dua majlis yang diadakan begitu  gah dan mewah sekali dengan kehadiran orang-orang kenamaan dan para menteri. Maklumlah, kedua-dua keluarga mempelai adalah dari golongan usahawan yang berjaya. Malah majlis itu diserikan dengan kehadiran penyanyi-penyanyi popular untuk menyerikan majlis makan malam dan persandingan Najwa dan pasangannya. Adlina juga begitu kagum kerana ini adalah pertama kali dia ke majlis seperti begitu. Seluruh tenaga pekerja di Saujana Holdings juga dijemput hadir.  Adlina pula ke majlis itu ditemani oleh Shahrul Ammar.

Pada mulanya, Adlina agak keberatan untuk ke majlis itu dengan ditemani Shahrul Ammar. Tetapi bila melihat kesungguhan Shahrul Ammar, akhirnya Adlina membuat keputusan untuk pergi ke majlis itu bersama dengannya. Malah, Shahrul Ammar sanggup mengheretnya ke butik pereka terkenal untuk membuat tempahan baju kurung ekslusif ke majlis tersebut.. Adlina memakai baju kurung moden berwarna hijau yang direka khas dipadankan dengan tudung dari rona yang sama. Manakala Shahrul begitu segak memakai baju melayu sedondon dengan Adlina.

Semenjak majlis akad nikah Najwa, Adlina mula berkawan rapat dengan Shahrul Ammar. Adlina merasa begitu senang dengan lelaki itu. Dari pengamatan Adlina, Shahrul Ammar ialah seorang yang kuat pengangan agama dan berbudi bahasa. Walaupun berasal dari keluarga yang berada,  Shahrul Ammar begitu merendah diri. Itu yang membuatkan Adlina berasa amat selesa dengan lelaki itu.  Berbeza dengan Nazrey Shah Iskandar, Shahrul Ammar tidak meneruskan legasi perniagaan automotif keluarganya. Sebaliknya, dia lebih senang menjadi seorang pakar bedah. Bila ditanya oleh Adlina mengapa lelaki itu tidak meneruskan legasi keluarganya, jawapan yang diberikan ialah jiwanya tiada dalam dunia perniagaan. Setelah kematian ayahnya, abang dan adik perempuan yang meneruskan perniagaan automotif milik keluarganya.

Tumpuan Adlina terhenti apabila bunyi interkom berbunyi. Suara Zahirah, penyambut tamu di lobi menerpa di hujung talian.

“Ada sejambak bunga dan hadiah dikirimkan untuk Cik Adlina. Nak saya suruh budak pejabat hantarkan ke bilik?” tanya Zahirah.

“Siapa yang beri saya bunga dan  hadiah,  Zahirah?” Adlina bertanya kembali.

“Entah, saya kurang pasti Cik Adlina. Cuma ada pengirim bunga datang lebih kurang sepuluh minit yang lalu. Agaknya peminat Cik Adlina kut.?”

“Ehhh.. awak ni Zahirah. Macam-macam aje. Tak payah suruh Mail hantar. Nanti saya turun ke lobi. Lagipun dah nak  habis waktu pejabatkan.”

Setelah itu, Adlina meletakkan telefon ke tempat asalnya. Berbagai-bagai andaian yang terlayar difikirannya. Takkan beberapa bulan bekerja di Saujana Holdings, dah ada orang yang menghantar bunga. Tak mungkin siapa-siapa akan menghantar hadiah mahupun jambangan bunga.  Lagipun, Adlina tidak punya ramai kenalan. Hanya Indah sekeluarga yang tinggal di Cheras, Takkan Indah pula yang nak menghantarkan bunga kepadanya.

Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui siapa yang memberikannya sejambak bunga dan hadiah. Akhirnya, Adlina mengambil keputusan untuk turun ke lobi mengambil jambangan bunga dari Zahirah sebelum pulang ke rumah .Lagipun waktu pejabat akan berakhir dalam masa sepuluh minit lagi. Adlina mencapai tas tangan dan segera turun ke lobi. Sebelum itu, Adlina sempat berpesan dengan salah seorang pembantunya yang dia akan terus pulang. Semasa berjalan menuju ke ke lif, Adlina dapat perhatikan ramai diantara pekerja-pekerja di Saujana Holdings sudah pun bersiap sedia untuk pulang. Ada juga masih di meja kerja masing-masing. Mungkin mahu menghabiskan kerja ataupun ada hal yang harus diselesaikan dengan segera.

Setibanya Adlina di lobi, Zahirah kelihatan sedang melayan beberapa orang di kaunter penyambut tamu. Adlina pun segera berjalan ke arah Zahirah.

“Cik Adlina, yang ini hadiah dan jambangan bunga.” Zahirah menghulurkannya kepada Adlina. Sejambak bunga tulip berwarna ungu yang digubah cantik telah bertukar tangan. Adlina mengeluarkan sesuatu dari beg kertas yang dihulurkan oleh Zahirah. Satu kotak berisi macrons pelbagai warna disusun dengan cantik. Sebuah kad terselit di celah jambangan bunga tulip tersebut. Adlina terus membaca coretan yang tertulis di kad itu.

‘Nurina Adlina, 

Feeling gratitude and not expressing it is like wrapping  a present  and not giving.

Thank you so much my dear for spreading smiles and adding colors into my life.

Syed Shahrul Ammar.’

Sebaik sahaja membaca membaca kad yang diterimanya, sebuah senyuman terukir di bibir Adlina. Walaupun Shahrul Ammar begitu sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pakar bedah, lelaki itu masih meluangkan sedikit masa untuk menghantar jambangan bunga dan sekotak macrons . Mungkin  ia sebagai tanda persahabatan.  Senyuman di bibir Adlina di lekang sehingga berjalan ke tempat meletak kereta .  Tiba-tiba, telefon bimbit Adlina berbunyi. Nama Shahrul Ammar tertera di sebagai pemanggil.

“Assalamualaikum Adlina.. Dah terima kiriman dari saya?”

“Waalaikumsalam Dr. Syed Shahrul Ammar. Saya dah terima. Laaa.. kenapa sampai nak beri bunga dan macrons. Malu saya”. ujar Adlina. Tangannya ligat menghidupkan enjin kereta dan menukarkan ke ‘hands free’ sebelum mula memandu keretanya.

” Tak ada apa-apa. Cuma hendak ucapkan terima kasih kerana sudi menemani saya ke majlis persandingan Najwa. Hmmm….macrons tu hasil dari saya. Penat saya membuatnya semalaman. Tak boleh didapati di mana-mana kedai. Harap Adlina sudi makan macrons yang saya buat. Jangan takut, tak ada jampi-jampi” kedengaran Shahrul Ammar sedang ketawa di hujung talian.

“Itu yang buat saya seram Doktor. Takut malam-malam saya tersebut nama doktor sampai doktor tersedak”

“Awak ni kan Adlina.. ada-ada aje. Anyway, enjoy the macrons. Kalau tak sedap, minta maaf. Saya ni bukan professional sangat. Kalau simple-simple boleh laaa..” kata Shahrul Ammar.

“Yelah tu.. confirm sedap doktor. Bukan senang nak dapat pakar bedah pandai baking. Untung bakal isteri doktor.”

” Awak lah bakal isteri saya.. gurau saja. Dah berapa kali saya pesan, jangan panggil saya doktor. Shahrul aje. Esok lunch dengan saya ya. Saya off duty. Nanti saya ambil Adlina dari pejabat.”

“Tak apa.. U text me dekat mana nak lunch. Insha Allah, I akan ke sana.”

“Ok kalau begitu. I ll text you in awhile.” balas Shahrul Ammar. Kedengaran nada Shahrul Ammar begitu gembira sekali dengan penerimaan Adlina untuk makan tengahari dengannya.

“Shahrul, I need to hang up the phone. Dah nak sampai rumah.”  Adlina menamatkan perbualannya dengan Shahrul Ammar untuk memakir keretanya di kawasan tempat letak kereta kondominium. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi pesanan ringkas di telefon bimbit. Mungkin dari Shahrul, desis Adlina.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Adlina membuka pesanan ringkas di telefon bimbitnya.

Adlina, I ‘ll be out of the office till Thursday. Keep me posted on the outcome of  our tender submission to SHH Berhad. – NSI.’

Ingatkan Shahrul, rupanya si mamat serabai yang hantar pesanan ringkas. SHH Berhad..Otak Adlina ligat berfikir. Setahu Adlina, Encik Idham yang uruskan. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Dah nyanyuk agaknya si mamat serabai ni.  Atau aku yang dah nyanyuk. Bisik Adlina di dalam hati. Tapi Adlina pasti  hal- hal berkenaan SHH Berhad diuruskan oleh Encik Idham, pengurus di bahagian projek. Adlina kemudian membalas kembali pesanan ringkas kepada Nazrey.

‘Dato, Encik Idham yang handle SHH Berhad. I’ll get Encik Idham to revert tomorrow morning regarding SHH Berhad.’

Bunyi pesanan ringkas berbunyi kembali.

‘Did I mention Idham in my earlier text to you?? Awak faham tak? I need YOU not Idham..’

Adlina mendengus geram. Nampak sangat mamat serabai ni tengah PMS. Yelah tu Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar. Nanti esok akan dikorek segala maklumat tentang SHH Berhad dari Encik Idham. Adlina begitu bingung sekali. Kenapa tak tanya terus kepada Encik Idham? Dah kenapa dengan Dato’Wira Nazrey Shah Iskandar a.k.a mamat serabai ni. Angin mamat serabai rasanya sudah ke tahap puting beliung. Lain yang ditunggu lain pula yang timbul. Semuanya menimbulkan kemusykilan dalam benak fikiran Adlina ketika itu. Adlina mengeluh perlahan. Ingatkan pesanan ringkas dari Shahrul. Digeleng-gelengkan kepalanya setelah melihat pesanan ringkas dari Nazrey. Malas mahu membalas kembali pesanan ringkas itu, Adlina terus menuju ke dalam biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan kepada yang Esa.

_____________________________________________________________

Pagi itu, kecoh satu Saujana Holdings mengenai berita Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar bakal ditunangkan. Berita sensasi itu tersebar di akhbar dan majalah setempat. Apa yang nak dihairankan tentang berita itu. Sudah tentu mamat serabai itu akan ditunangkan dengan  Sharifah Sarina Dato’ Syed Azhar. Dikejutkan dengan kehadiran Sally si minah gedik yang datang macam orang sedang meroyan. Terjerit-jerit memanggil nama si mamat serabai.  Dengan pakaian yang menjolok mata dan solekan tebal dua inci amat menyeksakan pandangan mata Adlina. Kasut yang dipakai juga entah berapa inci agaknya. Dah jadi macam perempuan ‘getai’.

Nasib baik si mamat serabai tu tak ada di dalam pejabat. Kalau tidak boleh termuntah hijau bila menyaksikan gelagat minah gedik yang bernama Sally. Dah memang boleh duduk satu rumah dengan Sharifah Sarina. Dua-dua perangai sama sahaja. Sally dengan kegedikkan dan Sharifah Sarina dengan perangainya masuk bakul angkat sendiri. Adlina gelak di dalam hatinya. Apabila Adlina sedang menuju ke pantri untuk membuat secawan kopi, Sally terus menerpa ke arahnya,

“Hey perempuan! Rupanya kau orangnya. Patutlah kelmarin aku datang.. beria betul Dato’ tarik tangan kau eh. ” Sally menjerit-jerit macam orang dah terkena sawan. Adlina pula kebingungan. Semua di dalam pejabat menumpukan segala perhatian pada drama sebabak yang sedang dijayakan oleh Sally. Adlina menarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan hatinya yang diamuk amarah. Beberapa orang kakitangan wanita Saujana Holdings pula kelihatan sedang menahan Sally meronta-ronta.

“Sekejap..  sekejap. Tak faham. Boleh kau ceritakan dari A sampai Z  kenapa kau datang pejabat ni macam orang tengah meroyan. Dah tu nak serang aku pulak”  kata Adlina.

“Kau tengok ni!!!”  jerit Sally lalu mencampakkan suratkhabar yang ada ditangannya ke arah Adlina. Suratkhabar itu betul-betul jatuh di  hujung kaki Adlina. Muka Adlina bertukar menjadi merah menahan amarah.

“Hello Cik Kak. Mana kau punya civics and moral eh sampai nak kena campak suratkhabar ni. Otak tu letak kat kepala lutut” kata Adlina geram sambil mengutip suratkhabar yang dicampakan oleh Sally. Diselak helaian suratkhabar sehingga matanya hinggap pada salah satu tajuk. Dan gambar dipaparkan sekali di akbar itu  begitu menarik perhatiannya.

‘Jutawan Muda Bakal Menamatkan Zaman Bujangnya?’

Gambar seorang wanita  sedang duduk di gazebo bersama dengan Nazrey pada malam pernikahan Najwa. Muka wanita itu tidak dapat dilihat secara jelas. Tetapi Adlina cukup kenal sekali dengan empunya susuk badan yang sedang memakai baju berwarna biru firus.

Sebelum dapat membaca butiran di akbar itu dengan lebih lanjut, kepala Adlina sudah berpinar.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s