Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 17

Standard

Buat beberapa minggu, Nazrey tidak kelihatan di pejabat. Menurut Azean, ketuanya sekarang berada di Toronto untuk menghadiri persidangan keusahawanan. Adlina berasa tenang semasa ketiadaan Nazrey di pejabat. Dia merasakan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya. Jika Nazrey di pejabat, pasti lelaki itu akan menyuruhnya membuat pelbagai  laporan. Dan baru-baru ini, Adlina begitu sibuk dengan menyiapkan laporan pelaburan untuk pembangunan hartanah di sekitar Sarawak. Ketuanya itu begitu serius ketika bekerja. Walaupun begitu, Nazrey sering menanyakan perkembangan projek serta pelaburan.

Semasa ketiadaan Nazrey, Najwa yang bertanggung jawab memikul segala beban pekerjaan di pejabat. Najwa seorang yang begitu teliti bila menjalankan tugasnya. Jika dilihat dari pandangan luar, Najwa seperti seorang wanita yang hanya tahu mencantikkan dirinya tetapi tidak tahu menjalankan tugas pejabat. Tetapi Najwa telah membuktikan bahawa dia mampu memikul tanggungjawab itu.

Ketika Adlina masih tekun meneliti laporan, kedengaran ketukan di pintu bilik pejabatnya. Adlina mendongak sedikit kepalanya. Najwa betul-betul berada di depan pintu biliknya. Wanita itu begitu anggun walaupun baru berusia awal tiga puluhan. Najwa melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Najwa…how are you? Busy ye?” kata Adlina. Najwa tersenyum dan mengambil tempat duduk berhadapan dengan Najwa.

“Alhamdullilah. Terlalu busy. How’s everything? I harap you selesa bekerja di sini. ” Beg Chanel yang dijinjit Najwa di letakkan di atas meja kecil. Dari apa yang Adlina ketahui, Najwa memang meminati barangan kulit dari Chanel. Kalau dia menemani Najwa membeli-belah semasa berada di Singapura, Najwa membeli beg Chanel bagaikan membeli ikan dan sayur di pasaraya. Kadang-kala cara Najwa berbelanja menyeramkan Adlina. Mana tidaknya, wanita itu pernah membeli sehingga tiga beg jenama Chanel dan kesemuanya berharga ribuan dolar.

Adlina hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Walaupun begitu, wanita anggun yang bercitarasa tinggi tidak pernah lokek dengan senyuman dan juga amal jariahnya kepada golongan fakir dan miskin. Semua dilakukan dengan secara diam-diam.  Itu yang membuatkan Adlina begitu kagum dengan sifat Najwa. Jika dia dilihat dari segi perwatakan dan cara Najwa menonjolkan dirinya, ramai akan menyangka dia seorang wanita yang sombong kerana memiliki kekayaan. Walaupun mempunyai harta dunia yang tak pernah surut,  secara peribadi Najwa seorang wanita yang tidak sombong.

“So far so good. So what brings you all the way here. Kalau tak ada apa yang mustahak, mesti you sampai ke sini.” ujar Adlina.

“You ni kan.. very clever. Macam tukang tilik. Anyway, I nak jemput you ke majlis pernikahan I. Maaf sebab tidak dapat beritahu you lebih awal. Perancangan ini terlalu mendadak. Semuanya dalam keadaan tergesa-gesa. You juga tahu, I dah beberapa minggu di Milan. Sejak kebelakangan ini pun I tiada di pejabat.  Sampai tak sempat nak bagi tahu dekat staff. Beb, I nak you datang masa nikah di rumah this weekend. Minggu berikutnya pula majlis persandingan I.”

Adlina memberi pandangan yang pelik kepada Najwa

“Jangan lah you buat pandangan pelik dekat I. I tahu macam rushing sikit. Tapi apa yang I boleh buat.. Lagipun I akan ikut my husband terus ke Madrid. Dan I tak akan bertugas lagi di Saujana Holdings.  So.. my dearest brother akan uruskan semuanya sendirian.”

“Seriously, Najwa. I mean you will be leaving us soon. So soon?”

“Yes. I tak kisah sangat. My brother is around to manage the company. Tak payah risau. He is capable of doing everything” ujar Najwa.

Adlina mengganguk-angguk menyiakan segala butir bicara dari Najwa. Nampak gayanya, terpaksalah dia berhadapan dengan Nazrey keseorangan. Kalau ada Najwa, pasti dia boleh melarikan diri dari lelaki itu. Selalunya Najwa akan memantau bahagian jabatannya. Kalau tidak, ada sahaja yang lelaki itu melonggokkan dengan laporan yang harus disiapkan bagai tiada penghujungnya.Jika dia membuat pembentangan kertas kerja atau analisa untuk laporan, pasti lelaki itu cuba mengenakannya dengan soalan-soalan yang agak menjengkelkan.

“Lin.. khayal aje tau. Anyway, jangan lupa datang. Majlis pernikahan I di kediaman orang tua I. Details  dalam card. Lagipun, tak semua staff I jemput untuk majlis nikah nanti. Only the management. Yang lain I jemput bila majlis resepsi di JW Mariott. Ni I berikan kad jemputan. Ok, I need to go right now. My parents dan Nazrey baru sampai dari London dan sekarang ada di rumah. I will catch up with you again ”

“Ohh, I ingatkan Dato’ di Toronto” kata Adlina kehairanan.

“Nazrey dari Toronto ke London ambil abah & mummy I. I make my move first. Jangan lupa datang tau.” kata Najwa sebelum berlalu pergi. Adlina mengerling ke jam tangannya. Sudah hampir waktu makan tengahari, Adlina terus mencapai beg tangannya. Ketika menuruni lif, Adlina perasan yang dia sudah terlupa mengambil telefon bimbitnya. Adlina berpatah balik ke bilik pejabatnya. Dalam keadaan tergesa-gesa berjalan di luar bangunan Menara Saujana setelah mengambil telefon bimbitnya, sebuah kereta Ferrari Carrera berwarna merah meluncur masuk melepasi pondok pengawal keselamatan.

Adlina pula terpegun melihat kereta mewah yang begitu kilat dan tanpa dia sedari Adlina sedang berdiri tercegat di luar pondok pengawal keselamatan. Dari jauh, Adlina dapat melihat pemandunya. Rupanya Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar. Lelaki ala-ala metrosexual itu kelihatan keluar dari perut kereta mewah itu. Penampilan lelaki itu begitu santai sekali dengan kasut loafer dan kacamata hitam Rayban. Pernah beberapa kali, Adlina perasan reka bentuk kasut yang sering dipakai oleh Nazrey ialah dari jenama mewah Louboutin. Kalau dah terlampau kaya, sampai kasut pun harga ribuan ringgit. Patutlah, selipar Birkenstock yang pernah diberikan tidak menjadi satu masalah besar bagi seseorang yang bergelar Dato’.  Kemewahan dari segi pakaian dari kedua-dua adik beradik itu terlalu menonjol sekali. Berbanding dengan anak saudaranya, Nadia merangkap rakan serumah Adlina semasa di Yorkshire, Nadia begitu sederhana sekali.

Sedang asyik Adlina memerhatikan Nazrey, lelaki itu terus memandang tepat ke arah Adlina. Dalam keadaan agak terkejut, Adlina terus melarikan pandangannya dan terus menuju keluar dari kawasan Menara Holdings.

_________________________________________________________

Hari bersejarah buat Najwa akhirnya sudah tiba. Selepas solat maghrib, dia akan dinikahkan dengan Tengku Faisal anak kepada seorang usahawan yang terkenal. Adlina memakir kereta yang dipandunya di tepi kawasan kediaman elit milik keluarga Najwa. Adlina meneliti kembali kad yang berada di tangannya sambil melihat keluar dari tingkap keretanya. Rumah atau istana.. terlalu besar sekali. Dari luar pagar kediaman keluarga Najwa, kelihatan sebuah pancuran air betul-betul berada di tengah laman kawasan tersebut. Kediaman milik keluarga Najwa begitu mewah dan terletak di sebuah kawasan elit di ibu kota Kuala Lumpur.

Banyak kereta yang terpakir di situ adalah dari kereta-kereta yang berjenama mewah. Terasa begitu kerdil dirinya jika dibandingkan dengan para jemputan yang datang. Sudah pastinya ramai yang berpangkat serta usahawan- usahawan yang terkenal dijemput hadir di majlis pernikahan Najwa dengan Tengku Faisal. Adlina mengenakan busana muslimah berwarna  biru firus dan tudung yang dililit di kepalannya menampakan lagi kejelitaannya. Wajahnya hanya dioles dengan sedikit ‘makeup’ . Adlina tampil elegan pada malam itu dengan beg klac yang dibawanya. Dengan perlahan-lahan Adlina melangkah masuk ke dalam kawasan kediaman mewah keluarga Najwa. Adlina sendiri begitu kagum dengan susun atur lanskap di luar rumah. Beberapa buah kereta mewah kelihatan terpakir di garaj. Adlina melangkah masuk ke dalam rumah mewah itu dengan beberapa orang tetamu. Di dalam rumah kelihatan begitu mewah sekali. Haruman bunga-bunga segar yang digunakan menusuk ke hidung Adlina.

Dekorasi untuk pelamin Najwa juga begitu menarik sekali dengan susunan bunga-bunga segar. Ketika Adlina melangkah untuk duduk di  satu sudut rumah mewah itu, kelihatan Nazrey yang begitu segak memakai baju melayu cekak musang dan bersamping tenunan songket Terengganu. Wajahnya Nazrey yang agak kemerah-merahan kelihatan begitu kacak sekali. Kaum keluarga Najwa semuanya memakai baju berwarna kuning keemasan.

Seorang wanita yang memakai baju kurung moden berwarna merah jambu berada di samping Nazrey. Adakah dia Sharifah Sarina yang dimaksudkan. Hati Adlina berbisik. Wanita yang sedang tersenyum itu tampak begitu anggun sekali. Walaupun tidak berhijab, wanita itu begitu menarik sekali. Jika dilihat mereka berdua bagai merpati dua sejoli. Sedang keasyikan memerhatikan pasangan dua sejoli, Adlina terkejut disapa suara garau.

“Cik Nurina Adlina tengah tengok siapa?” suara itu memecah keriuhan di dalam kediaman mewah itu. Suara itu begitu jelas kedengaran di gegendang telinganya. Adlina berpusing ke belakang dan melihat Shahrul Ammar betul-betul berdiri di belakangnya. Bagai berjanji, Shahrul Ammar mengenakan sepasang baju melayu berwarna biru siap dipadankan dengan kain samping tenunan songket dan bersongkok. Badan Shahrul Ammar yang agak tegap begitu menyerlahkan ketampanan jejaka itu.

“Ohhh.. eerrrm tak ada siapa-siapa. Tengah cari tempat duduk” Adlina lekas-lekas menjawab sambil tersenyum cuba menutup rasa gugup. Adlina cuba memerhatikan sekeliling untuk mencari tempat duduk sebelum upacara akad nikah yang bakal dilansungkan sebentar lagi.

“Ingat saya lagi tak?” tanya Shahrul Ammar. Lesung pipitnya kelihatan di pipi kirinya ketika jejaka itu tersenyum.

“Ya, saya ingat lagi..” jawab Adlina pula. Mata Adlina masih meliar melihat keliling rumah yang mula dipenuhi dengan tetamu.

“Buat apa di sini?” tanya Shahrul Ammar.

“Saya tengah jual sayur.”

“Dasyat!” Shahrul Ammar melepaskan tawanya bila mendengar jawapan paling klise dari Adlina.

Dari kejauhan di satu sudut kelihatan Nazrey sedang memandang tepat ke arah Adlina dan Shahrul Ammar yang sedang berdiri sambil mencari tempat untuk duduk. Adlina perasan riak wajah Nazrey kelihatan begitu serius sekali. Apabila tetamu menyalami tangannya, barulah Nazrey tersenyum.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s