Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 16

Standard

Sampainya Adlina di pejabatnya, Adlina terus menekan butang lif menuju ke tingkat 20. Sebelum dia terlupa untuk memberikan kembali RM 219 dan juga duit makan tengahari kepada lelaki itu, lebih baik dia berbuat demikian secepat mungkin. Lagi cepat, lagi baik. Bunyi berdenting menandakan Adlina sudah sampai ke tingkat 20. Azean, pembantu peribadi lelaki itu kelihatan begitu sibuk. Dengan langkah yang laju, Adlina terus menuju ke meja Azean.

” Assalamualaikum Azean. Bos ada dalam biliknya?” tanya Adlina. Adlina sempat lagi membetulkan tudung yang agak senget sedikit di kepalanya dan beg yang disandang dibahunya. Azean mendongakkan kepalanya ke arah Adlina yang sedang berdiri mengadap pembantu peribadi Nazrey.

” Wa’alaikumsalam Cik Nurina. Bos ada dalam. Nak jumpa bos eh? Sekejap ya saya interkom bos.”  Azean kemudian menyuruh Adlina duduk di sofa. Tetapi Adlina masih berdiri tercegat di hadapan meja Azean. Setelah Azean memberitahu Nazrey kedatangan Adlina, Azean menyuruh Adlina ke bilik ketuanya. Dengan langkah yang agak laju,  Adlina menuju ke bilik yang menempatkan lelaki itu. Di dalam tangannya ada sekeping sampul surat yang berisi wang untuk dikembalikan kepada lelaki itu. Adlina menarik nafasnya sedalam mungkin cuba menenangkan hatinya. Adlina tidak faham mengapa hatinya sering kali berdegup kencang apabila berhadapan dengan lelaki serabai itu. Dia mengetuk pintu kayu di hadapannya. Setelah mendengar suara garau milik lelaki itu menyuruhnya masuk, Adlina bergerak dengan perlahan-lahan.  Mata lelaki itu masih tertancap di skrin komputer.

” Assalamualaikum Dato’.” Adlina memulakan mukadimahnya. Lelaki itu terus mendongak memandang terus ke arahnya. Hensemnya… Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Adlina.

” Wa’alaikumsalam. Masuk. ” jawab Nazrey mendatar. Nazrey mengalihkan pandangannya ke arah Adlina yang masih berdiri di muka pintu Mata lelaki itu langsung tidak berkalih dari memandang Adlina . Tiba-tiba segala kata-kata yang harus diucapkan kepada lelaki itu hilang dalam sekelip mata. Lidah Adlina menjadi kelu tiba-tiba sahaja kelu. Fikirannya kosong saat melihat lelaki di hadapannya. Agaknya lelaki serabai ni pakai minyak ‘senyonyong’ tak? Sampai hatinya menjadi tidak keruan. Adlina berkata di dalam hati. Melihat Adlina masih tercegat di hadapan pintu, Nazrey mendengus perlahan.

“Awak nak saya bentangkan karpet merah baru awak nak masuk. Kan saya kata tadi, masuk. Yang masih tercegat depan pintu tu kenapa.” kata Nazrey sinis. Adlina mengetap bibirnya saat mendengar kata-kata yang keluar dari lelaki itu.

“Tu lah, Suka sangat berkhayal. Tak tahu apa yang Najwa lihat sampai mahukan awak berpindah ke sini” kata Nazrey lagi. Mata Nazrey masih memandang terus ke anak mata Adlina.

” Terima kasih Dato. Tak payah susah payah bentangkan karpet merah. Saya ni nak berikan ini kepada Dato’. Harap Dato’ boleh terima. ” Adlina kemudian memberikan sampul surat yang berisi wang kepada Nazrey. Malangnya, pemberiannya tidak disambut. Adlina terus meletakkan sampul surat itu di atas meja Nazrey.

“Surat berhenti kerja?..Betul awak nak berhenti kerja? Takkan baru cakap sikit dah merajuk balik U.K.. Ataupun nak balik Ulu Klang?” Nazrey menjongketkan keningnya. Isshhhh!! Lelaki ni nak cuba buat lawak bodoh ke. Tapi raut wajahnya tampak begitu serius. Adlina terasa tangannya begitu ringan ingin menampar mulut lelaki di hadapannya yang tak cukup insuran. Rupa-rupanya Nazrey memasang telinga ketika Adlina bercakap dengan Najwa pagi tadi. Busybody jugak lelaki ini.

“Sebelum Dato’ nak terjah tanpa melihat isi kandungan yang ada dalam, saya syorkan Dato’ periksa dulu. Lagipun Dato’ pun suka kan saya berhenti kerja. Tetapi malang sekali. Itu bukan apa yang ada di dalam sampul surat itu ” jawab Adlina geram. Entah macam mana mulut Adlina terlalu ringan ketika itu membidas kembali kata-kata lelaki yang sedang duduk di hadapannya. Nazrey mengambil sampul surat itu yang telah diletakkan di atas mejanya. Nazrey membuka sampul surat yang berada di tangannya. Muka Nazrey berubah tatkala melihat apa yang ada di dalam sampul surat itu

” Duit apa ni? For what?” suara garau lelaki itu bergema di dalam bilik yang agak luas. Nazrey agak terpinga-pinga melihat sejumlah wang di dalam sampul surat itu.

” For the sandal you bought for me and the lunch. I am returning the money back to you. And thank you. I tak nak terhutang budi. Lagipun, its my fault that I wore high heels. I hope you understand on the principles that I stand for.” jawab Adlina menundukkan kepalanya memandang ke bawah lantai yang beralaskan karpet berwarna kelabu. Tidak mahu bertatatapan dengan lelaki itu.

” Cik Nurina Adlina, kan saya dah kata. Lunch is on me. Duit sandal tak payah bayar. All you need is to wear . Awak tak faham ye? Nak saya cakap dalam bahasa Tamil atau Urdu. Ni yang memandai-mandai nak kasi balik ni dah kenapa. Awak ingat saya ni ‘cheapskate’ ke sampai nak minta awak bayar…I didn’t asked to repay back the sandal I gave to you yesterday. The receipt is for you to exchange kalau tak muat. Ada tak dalam nota tu I ada mention yang anything pasal returning the money. Abis tu kenapa buat andaian sembarangan.”  kata Nazrey tegas. Adlina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

” The sandal.. So I assume that fits you perfectly well. Am I right to say that?” Nazrey bangun dari tempat duduknya. Nazrey terus berdiri berdekatan dengan tingkap pejabatrnya. Lelaki itu begitu tampan bila mengenakan sut dan bertali leher. Pandangan matanya terus menghala ke tingkap yang luas berlatar belakangkan menara berkembar KLCC. Nazrey melonggarkan sedikit tali lehernya. Adlina hanya mendiamkan diri dan memandang sepi.

” Saya tak nak terhutang budi dengan  Dato’. Apa kata staff lain kalau mereka dapat tahu.” Nazrey kemudian menoleh ke arah Adlina yang berdiri di hadapan mejanya.

” Adlina, saya berasa bersalah sebab membabitkan awak dengan Sally. Tak ada niat lain. Teruk sangat ke saya ini, Cik Nurina Adlina.  Saya betul-betul tak faham dengan awak .But I really hope both of your feets are getting better. Kalau itu yang  Cik Adlina mahu, fine..I ll take the money. Since you tak nak terhutang budi. “Nazrey mendengus.

” Saya cuma prihatin tentang keadaan kaki you yang membengkak. Diri sendiri jalan terhencut-hencut. Nak jadi iron lady tapi muka berkerut seribu bila berjalan semalam. Betul tak?  Jangan cuba nak nafkan.  Dan I rasa tak salah majikan prihatin dengan kakitangan di bawahnya. Lagi-lagi kakitangan itu baru memulakan hari pertamanya berkerja.” sambung Nazrey lagi. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar slack berwarna hitamnya. Kot pula disandang di belakang kerusi.

” Hmmm….pemberian Dato  berupa sandal  agak mahal Dato’. Selipar Jepun dah pun memadai bagi saya. Takkan prihatin sampai belikan sandal yang mahal. Rasa macam tak logik . Saya tak mahu timbul sebarang gosip di kalangan staff. Saya baru di sini. Hanya perkara sedemikan, maruah saya tercemar. Lagipun,  saya pun naik kereta, bukan ada orang yang nampak.” Adlina membidas kembali kata-kata Nazrey dalam masa yang sama memperli lelaki itu..

Nazrey kemudian duduk di bucu mejanya sambil bepeluk tubuh.

” Macam gini lah Cik Nurina Adlina. Tak guna kita bertekak tentang hal yang remeh temeh. If I explain you, you pasti akan berdebat. Sampai subuh pun tak akan habis. Kalau dah begitu kata saya ambil duit ni. So its  fair and square.” Adlina akhirnya dapat menarik nafas lega bila Nazrey berkata demikian

” Dato’, thank you so much. .” balas Adlina

” Hmmmm….” balas Nazrey meneruskan kerjanya tanpa memandang Adlina. Muka Nazrey berubah menjadi masam. Sampul surat diletakkan kembali.

“Azean!!” pekik  Nazrey tiba-tiba. Azean terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik Nazrey. Adlina terperanjat bila Nazrey memekik sekuat hatinya. Sampainya Azean di dalam bilik Nazrey, Nazrey menghulurkan sampul surat yang diberikan oleh Adlina. Adlina terpanar. Lelaki serabai nak apa? Jangan dia suruh Azean buang duit tu sudah.

“Azean, dermakan kepada pihak yang memerlukan” kata Nazrey tegas tanpa memandang Azean serta Adlina yang masih berada di biliknya.

“Baik Dato’. Saya keluar dulu” kata Azean.

“Saya pun sama Dato”  kemudian berkata sebelum meminta diri

“Hmmmm… Just  remember. You and me. We are not finish yet. ” jawab Nazrey keras. Matanya terpaku ke arah skrin komputer peribadi di atas meja. Apa yang belum habis lagi, Adlina berkata sendirian. Adlina cuba memikirkan masih ada lagi yang dia berhutang dengan lelaki serabai itu.

Setelah keluar dari bilik Nazrey, Azean terus kembali ke tempat duduknya. Adlina terus melangkah ke arah lobi lif. Suara dari Azean menghentikan langkahnya. Adlina terus menoleh ke arah  Azean,

“Angin bos tak berapa baik hari ni.  Jangan ambil hati ya cik Nurina Adlina ”  kata Azean sambil memandang ke arah Adlina. Adlina hanya mengangkat sedikit kedua belah bahunya seolah menandakan dia tidak tahu. Padahal, Adlina tahu, angin taufan Dato’ Nazrey berpunca darinya

Adlina pula terus ke arah lif untuk terus ke bilik pejabatnya. Sekembalinya ke pejabat, keadaan agak tenang sedikit. Pekerja-pekerja di tingkat 18 begitu tekun melaksanakan tugas

Adlina masuk ke dalam bilik pejabatnya dan melihat ada beberapa dokumen di atas mejanya. Insiden yang berlaku di pejabat Nazrey seakan-akan hilang apabila Adlina  kembalisibuk meneliti dokumen yang berada di atas mejanya. Adlina hanya berhenti berehat untuk menunaikan solatnya. Tanpa Adlina sedari, jam di tangannya sudak menginjak ke angka enam petang menandakan waktu pejabat sudah tamat. Adlina terus bangun untuk menunaikan kewajipannya sebelum pulang. Nasib baik ada beberapa orang kakitangan di dalam pejabatnya yang masih berkerja. Kalau tidak, Adlina akan menyuruh sepupunya Indah untuk datang  menemaninya.

Adlina mengeluh perlahan. Ini baru hari kedua dia berada di syarikat ini. Ada lagi seribu sembilan puluh tiga hari termasuk hari cuti umum sebelum Adlina kembali ke Singapura dan berkerja di Eden Consultants. Apa lagi drama yang akan berlaku di dalam pejabatnya, Adlina masih di dalam tanda tanya. Drama adegan sebabak Nazrey dan Sally sudah dia saksikan. Belum lagi drama dari Sharifah Sarina yang dia ketahui serba sedikit dari  Puan Noreha. Dan dia harus  bersiap sedia melayan angin lelaki serabai, Harap-harap, lelaki serabai itu tidak akan menggunakan “khidmat” nya lagi untuk melepaskan diri dari wanita-wanita yang memujanya.

Setibanya di kawasan pakir, Adlina ternampak Nazrey sedang menuju ke arah keretanya. Lelaki itu mungkin tidak perasan akan kehadirannya di situ.  Kemudian, Adlina terus masuk ke dalam kereta dan  memandu keluar.

Dalam perjalanan memandu pulang ke apartment kondominiumnya, Adlina masih memikirkan insiden yang belaku di pejabatnya tadi. Bagaimana dia akan melalui hari-hari yang mendatang dengan lelaki serabai itu. Adlina mengeluh perlahan.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s