Rindu Yang Menghempas Hati – Bab 15

Standard

Keesokan harinya, dalam keadaan tergesa-gesa, Adlina sampai di bangunan Menara Saujana. Setelah memakir kereta Chevrolet milik syarikat, Adlina terus berlari-lari anak masuk ke dalam bangunan tersebut. Hari ni Adlina tidak lagi memakai kasut yang bertumit tinggi kerana serik akan terjadi lagi insiden seperti semalam. Kasut yang bertumit rendah dibelinya di Primark, sebuah gedung terkenal di kota London. Dipandankan dengan blazer,seluar panjang berwarna hitam dan tudung satin Turki.  Dikerling matanya ke arah jam tangan. Waktu menunjukkan hampir sepuluh minit ke angka sembilan. Ya Allah, bagaimana boleh terlambat ni, kata Adlina di dalam hatinya. Dia tidak menyangka akan berlaku kesesakan yang amat teruk di jalan raya menuju ke tempat kerja. Walau bagaimanapundia bersyukur kerana sampai tepat pada waktu pejabat dalam keadaan selamat.

Hari ini pula, Adlina pula disuruh untuk menghadiri mesyuarat bersama dengan lembaga pengarah syarikat Saujana Adlina teringat akan nota yang diberikan Nazrey semalam menerusi pembantu peribadinya. Jika diikutkan hati, Adlina lebih suka menaiki sistem LRT daripada memandu ke tempat kerja. Jika berada di Singapura, Adlina lebih senang menggunakan pengangkutan awam seperti MRT atau bas. Kos memandu sebuah kereta di Singapura amat mahal sekali. Ini tidak termasuk kos penyelegaraan kenderaan serta kos pakir di sana. Adlina bersyukur diberikan kemudahan oleh pihak pengurusan untuk menggunakan kereta syarikat.  Mungkin salah satu sebab Adlina diberikan kemudahan untuk menggunakan kereta syarikat kerana dia harus bertemu dengan klien syarikat.

Adlina masuk ke dalam ruang lobi dengan tergesa-gesa. Dibetulkan sedikit beg tangan yang berada di bahu. Penyambut tamu yang berada di lobi bangunan memberikan senyuman serta mengucapkan selamat pagi kepada Adlina. Adlina pula mengangguk dan segera masuk ke dalam bahagian lobi lif menunggu lif . Dalam keadaan yang tergesa-gesa, tanpa disedarinya, Nazrey berdiri betul-betul di sebelahnya. Kelihatan di sebelah Nazrey pula , Tan Sri Hishamuddin  pengerusi Saujana Holdings serta beberapa kakitangan lain yang berada di ruang itu.

” Eheeemmm..” Nazrey berdehem dengan perlahan tapi masih dapat didengari oleh Adlina. Adlina mengalih pandangannya ke sebelah kiri.  Aduuuhh!! Kenapa pula boleh bertembung dengan lelaki ini. Adlina semakin menggelabah bila terpandang Tan Sri Hishamuddin di sebelah lelaki itu.  Tan Sri Hishamuddin tersenyum melihatnya. Nazrey kemudian mengambil tempatnya dengan berdiri betul-betul disebelah Adlina ketika berada di dalam lif. Butang lif ditekan. Sebelum memasuki lif, Adlina sempat mengucapkan selamat pagi kepada Tan Sri Hishamuddin dan ahli lembaga pengarah yang berada di situ. Bila melihat Tan Sri Hishamuddin, Adlina perasan yang lelaki itu kelihatan agak uzur sedikit. Walau bagaimana pun dalam keadaannya sedikit uzur, masih terpancar ketampanannya. Mungkin Nazrey mewarisi ketampanan bapanya, teka Adlina.

” Aikk!! Hari ni tak nak pakai kasut tumit tinggi lagi?” tanya Nazrey separuh berbisik. Intonasi suaranya kedengaran sinis sekali. Adlina kaget sebentar mendengar pertanyaan dari Nazrey. Ni perli ke apa? Desis hati Adlina. Adlina mengetap bibirnya menahan geram dan memandang ke pintu lif yang masih tertutup. Malas hendak mencantas kata-kata dari lelaki itu.  Adlina mendongak ke atas. Lambat pula lif ni. Baru tingkat lima belas. Sabar Adlina.. sabar. Dalam fikiran Adlina hanya RM 219 dan duit makan tengahari yang harus dipulangkan segera kepada lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya .

“Senyap aje. Bisu ke? Takkan melecet sikit semalam hari ini dah jadi bisu.” Nazrey bertanya lagi. Mata lelaki itu masih memandang ke arah pintu lif yang tertutup rapi. Adlina mendengus perlahan malas mahu menjawab pertanyaan lelaki disebelahnya. Kalau boleh Adlina jahit mulut lelaki disebelahnya, dia akan lakukan pada masa itu juga

Haruman minyak wangi Bvlgari dari lelaki  yang menusuk masuk ke hidungnya bagai menyeksakan jiwa raga Adlina ketika itu. Pada pendapatnya, wangian yang dipakai memang sesuai dengan lelaki itu sebagai seorang ahli korporat yang tampan dan mempunyai karisma. Bila mengenangkan sikap lelaki yang berada di sebelahnya sejak pertemuan kali pertama. Kata-kata yang menyakitkan hati serta berbaur sinis bagaikan terluncur dari bibir lelaki itu setiap kali lelaki itu berbicara. Berhadapan dengan lelaki itu begitu menyeksakan jiwa dan raganya. Entah saban kali bertemu dengan Nazrey memberikan Adlina berbagai rasa di dalam jiwanya. Tidak tenang, keliru, benci, geram. Semuanya bertaut menjadi satu. Dan perasaan itu kembali lagi.

Adlina sendiri tidak memahami tatkala bila berhadapan dengan lelaki yang berdiri di sebelahnya sekarang,dia  bertukar menjadi seorang yang panas baran dan cepat melatah. Sikapnya bertukar 360 darjah bila berdepan dengan lelaki itu. Kalau diikutkan hatinya, Adlina mahu saja memberikan notis berhenti kerja tetapi bagi Adlina itu bukan keputusan yang bijak. Sebagai seorang yang professional dalam menjalankan tanggungjawab di tempat kerja, Adlina harus mengetepikan perasaannya serta hal-hal peribadi yang tidak bersangkut paut dengan hal kerja di pejabat. Itu yang membuatkan Adlina masih berada di dalam syarikat Saujana Holdings. Fikiran Adlina masih menerawang entah kemana sehingga dia sendiri terlupa yang dia harus ke pejabatnya di tingkat 18 sebelum naik ke tingkat 20.

Sampai sahaja di tingkat 20, Adlina bergegas keluar dan masuk ke dalam bilik menyuarat. tanpa menoleh ke arah Nazrey yang sedang berjalan beriringan diikuti Tan Sri Hishamuddin serta ahli lembaga pengarah yang lain. Adlina kemudian duduk di tempat yang telah dikhususkan untuknya. Tag nama telah diletakkan oleh pembantu peribadi Nazrey di atas meja untuk memudahkan ahli lembaga pengarah mengambil tempat masing-masing di dalam bilik menyuarat itu. Kemudian, Adlina mengeluarkan sebatang pen serta buku nota untuk mencatit apa-apa yang perlu. Beberapa minit kemudian,Tan Sri Hishamuddin melangkah masuk ke dalam bilik menyuarat dan mengambil tempatnya di hujung meja. Tan Sri Hishamuddin kelihatan sedikit uzur mungkin disebabkan oleh penyakit jantung yang dihidapinya.

Adlina juga pernah terbaca di internet mengenai Tan Sri Hishamuddin. Tan Sri Hishamuddin adalah salah seorang usahawan bumiputera yang berjaya di dalam arena perniagaan hartanah serta beberapa perniagaan yang lain. Setelah mengambil keputusan untuk bersara akibat menghidapi penyakit jantung, Nazrey meneruskan legasi perniagaan Tan Sri Hishamuddin setelah Nazrey habis pengajiaan peringkat sarjananya di Melbourne Australia. Malah, Syarikat Saujana Holdings pernah juga dikendalikan sementara waktu oleh menantu kepada Tan Sri Hishamuddin iaitu Dato’Mokhtar. Dato Mokhtar hanya bertindak sebagai proksi sebelum Nazrey mengambil alih sepenuhnya.

Sebagaimana yang pernah diberitahu oleh Nadia, bapanya Dato’ Mokhtar juga adalah seorang ahli perniagaan rangkaian hotel Impiana bertaraf lima bintang yang diwarisi sendiri dari keluarganya. Memandangkan Dato’ Mokhtar terlalu sibuk menguruskan perniagaannya sendiri, dia telah menarik diri daripada lembaga syarikat Saujana Holdings tiga tahun yang lalu.

Sekarang ini Saujana Holdings diuruskan sepenuhnya oleh Nazrey dengan bantuan adiknya Najwa sebagai ketua operasi  dan juga anak saudaranya Nizam yang kini berada di Dubai. Barulah Adlina tahu keluarga Nadia adalah dari golongan hartawan. Tidak pernah sekalipun Adlina terfikir yang Nadia dari keluarga yang berada. Dari pemakaian serta sifatnya tidak terlintas lansung dalam fikiran Adlina dia mempunyai rakan serumah dari golongan kelas atasan. Itupun diketahuinya setelah kehadiran Nizam serta Nazrey di rumah sewanya di Frizinghall. Pandai juga Nadia menyorokkan hal yang sebenar selama dia duduk menyewa bersama. Walaupun yang demikian, setelah mengetahui latar belakang Nadia, mereka masih bersahabat baik. Adlina belum dapat menghubungi Nadia tentang perkembangan terbaru mengenai dirinya yang kini bertugas di dalam syarikat milik keluarga Nadia kerana kesuntukkan dan berbezaan waktu di Malaysia dan West Yorkshire.

Nazrey memulakan mesyuarat pada pagi itu dengan pembentangan keuntungan bersih yang dicapai oleh syarikat pada suku tahun serta beberapa perkara mengenai pembelian hartanah di sekitar Sabah untuk dibangunkan dan juga perlantikan Nizam sebagai pengurus  di dalam anak syarikat kepunyaan Saujana Holdings di Dubai. Adlina hanya mendengar segala butir bicara dari Nazrey yang sedang berdiri di sebelah skrin besar. Lelaki itu begitu berkeyakinan bila berbicara di hadapan lembaga pengarah yang rata-ratanya begitu berpengalaman. Tidak mustahil dalam usia yang sebegitu muda, Nazrey dianugerahkan dengan pangkat. Ditambahkan lagi dengan wajahnya yang tampan serta menarik pasti memikat ramai wanita di luar sana. Nazrey menjawab beberapa soalan dari lembaga pengarah yang lain dengan tenang.

Jika dilihat dari luaran, tidak siapa akan menyangka lelaki tampan serta berkarisma itu dahulunya seorang pemuda serabai yang pernah Adlina jumpa semasa menghabiskan cuti musim panas di Cardiff. Lelaki yang mempunyai suara yang lunak mengalunkan lagu di bawah sebatang pohon maple. Lelaki yang hampir mempermainkan perasaannya semalam dengan mengajaknya berkahwin. Fikiran Adlina masih menerawang. Segala apa yang dikatakan oleh ahli lembaga syarikat itu bagaikan mencurah air di daun keladi. Suara garau tiba-tiba bergema di gegendang telinga menyentakkan Adlina dari terus berkhayal.

” Di sini ingin saya memperkenalkan seorang pengurus kanan Cik Nurina Adlina yang dipinjamkan kepada Saujana Holdings oleh Eden Consultants selama tiga tahun. Beliau akan menggantikan tempat Nizam yang sekarang ini berada di Dubai . Beliau akan bertugas di bahagian unit strategik dan pembangunan bisnes syarikat ini . Cik Nurina Adlina akan berkerja rapat dengan saya. Dengan pengalaman Cik Nurina Adlina, saya berharap kedudukan Saujana Holdings di dalam industri hartanah akan lebih kukuh lagi.” Nazrey kelihatan begitu serius sekali tatkala memperkenalkan dirinya.

Tepukan bergema di dalam bilik yang dapat memuatkan lima belas orang.  Kelihatan Tan Sri Hishamuddin tersenyum ketika Adlina bangun dari tempat duduknya. Adlina menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormatnya dengan ahli lembaga pengarah di situ. Adlina baru juga perasan yang Najwa juga berada di dalam bilik mensyuarat tersenyum. Adlina berasa amat lega setelah mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu akhirnya selesai. Perut Adlina mula berkeroncong. Pagi tadi Adlina hanya sempat bersarapan sekeping roti dan secawan kopi. Adlina terus menggalas beg yang memuatkan beg komputer ribanya. Dicapai pula tas tangannya sebelum keluar dari bilik mensyuarat. Ketika berada di luar bilik  mesyuarat, tiba tiba Najwa terus memeluk Adlina.

” I am so happy that you are being posted here. Tak sia-sia I melobi Abang Naz untuk transfer you ke Kuala Lumpur. ” kata Najwa dengan girang. Adlina begitu terkejut dengan kata-kata Najwa.

” Huh? You yang mintak I transfer ke sini? You ni ok ke tak?” tanya Adlina.

” Ah ah.. I yang mintak Abg Naz transfer you ke sini. Papa I ok sahaja. Lagipun, you tak perlu khuatir. Pemilihan you ke sini berdasarkan kualiti kerja you semasa di Eden Consultants.  You are the best candidate to fit this job. Anyway, jangan worry lah. Cuma, I perhatikan macam abang I tak berapa suka sangatlah bila I mahu you transfer ke sini. You kenal my brother ke sebelum ni ?.” kata Najwa lagi sambil  melingkari tangan kanannya di bahu Adlina.

” Nope. I tak kenal Dato’ . Lagipun, dah tahu Dato’ tak suka, you masih transfer I pat sini. You ni betul-betul cari nahas tau. Kalau dia bully I macam mana?  Dah lah kena report kerja dalam masa yang singkat. Barang-barang I pun I tak angkut semua. Nasib baik K.L aja. Kalau kena pergi Dubai, I resign dua empat jam,” rungut Adlina. Najwa tersengih dan kemudian ketawa perlahan. Macam suka pulak si minah ni buat kerja-kerja ‘amal’ yang tak diiktiraf.

“Kelakar ke apa buat kerja macam ni. ” dengus Adlina.

“You ni cute ar bila marah macam ni. You dengan abang I sama tau. Asyik nak marah-marah aje. Kalau you dengan abang I pun ok, Tengok bagai pinang dibelah dua. Sama-sama suka naik angin. Kalau you nak tahu, Abang I yang mula-mula membantah, Tapi bila dia tahu yang kena transfer to you. Hari-hari termenung depat beranda rumah I tau. Tu yang I nak tanya you. You kenal my brother ke? ” kata Najwa.

“Nonsense.” Adlina cuba mencantas segala yang ada di dalam fikiran Najwa di saat itu.

Pada ketika,itu, Nazrey berlalu di hadapan Najwa dan Adlina sambil mengerutkan mukanya. Dah macam tapai masam. Sebelum lelaki serabai menjadi tapai masam tak menjadi, lebih baik Adlina meminta diri dulu. Mood macam tak baik aja. Tak sanggup telinga Adlina mahu mendengar kata-kata sinis dari lelaki itu. Adlina mengambil keputusan untuk berlalu pergi

” Najwa, I m sorry.. Got to go now. Dah lunch time. Byeee.” Adlina melambai Najwa dan terus berlalu pergi ke lif dalam keadaan tergesa-gesa. Adlina menekan butang lif untuk turun. Lambatnya lif ni… getus Adlina.

” Lin.. Tunggu sekejap lah. Lunch dengan I ke..” pujuk Najwa menghampiri Adlina. Nazrey hanya berdiri bersebelahan Najwa dan mendiamkan diri. Mungkin malas mahu masuk campur hal orang perempuan.

” Its ok Naj, I need to go to Berjaya Square. Nak beli barang sikit.”

” Seriously babe.. kau nak pergi naik kereta time macam ni?” tanya Najwa

” Nope.. LRT aja. Few stations aja kan. I ll be back on time for sure.”

” Aku tahu kau masih terkejut dengan apa yang aku katakan plus merajuk dengan aku kan. Since kau dah merajuk tahap kritikal dengan aku pasal your posting, meh aku belanja lunch pat Berjaya Times Square. Confirm kau okay punya. Anyway, your work is damn good. You are able to clinche a big project during your short tenure in Eden. That’s amazing. Bukan calang-calang orang yang boleh buat macam gitu. I talked to my dad about you and he was pleased. When the entire acquisition process was sucessful , I took the opportunity to get you posted here. And I am happy that you didin’t reject the offer. Dan paling aku takuti kau akan resign. Which I think the probability is low. Well, you have what it takes to assume Nizam job.”  terang Najwa lagi.

” Belum terfikir nak resign lagi. If aku resign pun, aku terus balik England. Kerja dekat sana.” jawab Adlina lagi.

” Kau serious nak balik U.K kalau kau resign. How about your parents? I mean your family. At least di K.L tak jauh. 40 mins on a plane ride. Zoom! Tadaa… you have reached. ” kata Najwa sambil membulatkan matanya. Bila pintu lif terbuka, mereka bertiga masuk ke dalam lif untuk turun ke lobi. Nazrey ketika itu kelihatan membelek-belek telefon bimbitnya.

” Famili aku okay sahaja. Parents aku pun rasanya ikut terus duduk dengan adik aku di Ohio. Selama ini pun makcik aku yang tolong tengok-tengokkan rumah. Itu pun adalah dalam tiga bulan sekali parents aku datang. Tak tahu lagi lah perancangan mak dengan ayah aku. Hmmm… Da lah cik kak.. aku pun da transfer pat sini. As long as I can contribute my part to the success of Saujana Holdings, I will.” jawab Adlina.

“Betul tu. Di sini , the management treasure our people. Kau kan tahu successful business depends much on the human capital. So, you are one of the talented ones. Actually I want to to be here permanently but Abang Naz kasi you tempoh sehingga 3 tahun dulu. Then he review . My brother ni teliti dalam pemilihan pekerja especially those assuming the top position, Da lah..yang penting sekali, kau jangan pulak resign lepas tu balik U.K.” Najwa memuncungkan bibirnya. Adlina perhatikan Najwa serupa dengan Nadia yang masih lagi menuntut di U.K. Walaupun berada di dalam golongan kelas atasan, mereka masih ‘low profile’. Najwa tampak anggun dengan baju chiffon dipadankan dengan skirt yang paras lutut. Rambutnya agak keperang-perangan. Kalau nak diikutkan, Tan Sri Hishamuddin mempunyai paras wajah melayu tulen. Adlina  merasakan mungkin isteri Tan Sri Hishamuddin adalah seorang wanita berkulit putih.

” You sure you don’t want to have lunch with me?” tanya Najwa sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari lif.

” I am hundred percent sure. Enjoy your lunch k.” Adlina terus berjalan menuju ke pintu utama bangunan Menara Saujana.

”  You tak nak tumpang kereta? I ll drop you around Imbi Station. Takut you sesat pulak”

” Najwa.. tak payah lah. I can just take lrt. Tak tahu I can ask around. ” Adlina menolak pelawaan Najwa.

” Ok. Since you kata gitu. I make my move. Take care tau. Sesat, call. I ‘ll get the driver to fetch you ” Najwa terus berjalan ke tempat meletak kereta. Adlina pula meneruskan langkahnya ke stesen lrt yang tidak jauh dari Menara Saujana. Ketika Adlina mahu melangkah keluar dari pintu utama bangunan Menara Saujana, sebuah kereta Lexus RX hybrid melintas di sebelahnya. Kelihatan Nazrey yang memakai kaca mata hitam sedang memandu kereta itu. Fuhh!! Semalam lelaki serabai ni memandu BMW X6, hari ini Lexus pula. Kaya.. kaya.

Diikuti pula Najwa yang memandu Lexus IS 250C yang mempunyai bumbung kereta yang boleh ditutup dan dibuka secara automatik. Dasyat betul keluarga Tan Sri Hishamuddin. Dalam fikiran Adlina cuba membayangkan berapa banyak buah kereta yang dimiliki oleh keluarga itu. Walaupun Adlina diberikan gaji yang cukup lumayan, rasanya masih mencongak untuk membeli sebuah kereta mewah.

Adlina mengambil keputusan untuk makan tengahari di restoran ‘ The Chicken Rice Shop’ setelah penat berjalan-jalan di sekitar komplex membeli-belah itu. Kuala Lumpur sekarang ini sudah jauh berbeza dari tujuh tahun yang lalu. Banyak pusat membeli-belah yang mewah didirikan. Sama seperti di Singapura, Kuala Lumpur juga pesat dengan pembangunan. Selepas makan tengahari, Adlina terus ke stesen lrt untuk ke tempat bertugas yang tidak begitu jauh. Sedang Adlina berjalan sambil menikmati kopi yang dibelinya di kafe berdekatan, tubuhnya seakan-akan ditolak menyebabkan kopi yang berada ditangannya tertumpah sedikit di kasutnya. Kacau betul lah…

” Maaf Cik… Tak sengaja.” Riak muka lelaki disebelahnya kelihatan begitu bersalah.

” Da tumpah. Nak buat macam mana.” Adlina menjawab tanpa memandang ke arah lelaki itu.

” Betul cik saya betul betul tak sengaja. Tadi nak cepat. On call dari hospital. I am so sorry” kata pemuda itu. Pemuda yang berdiri di sebelah Adlina yang bertubuh sasa itu cuba menghulurkan tisu.

” Tak apa. Saya ada tisu. Awak pergi aja lah.” Adlina malas mahu melanjutkan pertelingkahan.

“Ehh!! You Nurina Adlina kan”  kata lelaki itu memandang tepat ke arah Adlina yang cuba mengeluarkan tisu dari begnya

“Ya saya” kata Adlina cuba mengingati lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki ini macam pernah dia jumpa sebelum ni. Lelaki itu begitu kacak memakai baju kemeja berwarna biru dan bertali leher.

“You tak ingat I.  Shahrul Ammar” lelaki itu tersenyum. Adlina baru teringat lelaki itu teman kepada lelaki serabai.

“Subhanallah. How are you Doktor? “tanya Adlina teruja.

“Alhamdullilah. You ni eh. Call me Shahrul aje. Beginilah. I hope everything is fine at your end. Syukur  kerana dapat ketemu lagi. I was waiting for your call. Sampai sekarang orang tu tak telefon” kata Shahrul Ammar dengan nada merajuk. Adlina ketawa.

“Everything is good . Quite busy lately.Just got posted to K.L recently.”

“Alhamdullilah. I am glad you are here. So, any chance we can meet again? Your number remain the same or you got a new one”

“I’ll give you my number” Adlina kemudian menulis di sekeping kertas kosong dan menghulurkan kepada Shahrul Ammar

” Syukran Jazilan. I minta maaf sekali lagi. I owe you one treat.  But I have to go now.  Insha Állah, I ‘ll give you a call Adlina. Assalamualaikum ” kata Shahrul Ammar sebelum berlalu. Adlina memandang ke arah Shahrul Ammar. Lelaki itu kelihatan begitu segak sekali. Adlina mengeluh kembali

Kenapalah baru beberapa hari ini dia ditukarkan di ibu pejabat, macam-macam perkara yang sudah berlaku. Bagaikan dejavu yang kini menghantui Adlina. Adlina terus menaiki LRT. Masih ada dua puluh minit lagi. Dan wang RM 219 tiba-tiba terlayar di kotak minda Adlina ketika itu. Haishhh.. macam mana boleh lupa ni. Tanpa berlengah lagi, Adlina terus mengorak langkah menuju ke pejabatnya.

Ammar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s