Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 11

Standard

Enam bulan kemudian….

 Ketukan di pintu menyentak lamunan Adlina. Adlina cepat-cepat memasukkan kotak swarovski dan pandangnya terus menghala ke arah pintu biliknya. Kedudukan badannya dibetulkan. Sudah enam bulan Adlina kembali ke Singapura setelah bertahun lamanya berada di U.K. Enam bulan Adlina cuba menyesuaikan dirinya di persekitaran sudah begitu asing baginya. Kota Singa yang ditinggalkan lebih tujuh tahun yang dahulu amat berbeza sekarang ini. Penduduk yang lebih padat dengan kedatangan ramai warga asing telah menjadikan Singapura jauh berbeza.

Mungkin Adlina sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke tanahair. Dia bagaikan daun sirih pulang ke gagang. Ketika dia menjejakkan kakinya di lapangan terbang Changi, keadaan begitu jauh berbeza. Dua minggu setelah kembali dari U.K, Adlina jatuh sakit. Mungkin dia belum dapat menyesuaikan dirinya. Setelah beberapa minggu menghantar resume, Adlina akhirnya diterima bekerja di sebuah syarikat perunding hartanah sebagai pengurus di bahagian audit and kewangan.

” Adlina, Can you spare me ten minutes of discussion with you. Urgent,” kata Encik. Danny Chan. 

” Sure Danny. Come in.” Adlina terus menjemput Encik Danny Chan masuk ke dalam biliknya. Encik Danny Chan terus masuk ke dalam bilik dan terus duduk bertentangan dengan Adlina. Mukanya bersinar-sinar dan tersenyum simpul. Di tangannya ada sampul surat. Dengan tidak membuang masa lagi, Encik Danny Chan terus menghulurkan kepada Adlina. 

“You baca lah sendiri. I guess this is a good opportunity for you. .” katanya sambil tersenyum memandang ke arah Adlina yang sedikit terpinga-pinga. Adlina terus mengambil sampul surat itu dan  membukanya. Mata Adlina bagaikan tidak berkelip ketika membaca surat itu.

” Congratulation Adlina. You have cleared your six months probationary period and will be promoted to Senior Manager post in the Strategic and Business Development Unit. However, you need to be posted to our headquarter in Kuala Lumpur.  I rasa ini adalah peluang keemasan untuk you dan I harap you tidak mensia-siakan peluang ini. Lagipun, pihak pengurusan melihat kembali keterangan peribadi you dan mereka rasakan you layak untuk menyandang posisi tersebut. Jangan you fikir yang I tak suka you dan nak halau you. It’s for  your own good. For your future Adlina. Kalau you boleh berada jauh selama tujuh tahun. Tiga tahun I rasa you boleh make it through. And furthermore, you ada pengalaman di bank Standard Chartered di London. Maybe the management thinks that you have the capabilities to assume the job. Since we have merge with Saujana Holdings, we have to sent some of the staff here to the headquaters” jelas Encik Chan lagi.

Sejak mengetahui Saujana Holdings membeli syarikat Eden Consultants Pte Ltd sebulan yang lalu, Adlina sudah tidak lagi senang hati. Mungkin sudah lama Saujana Holdings menguruskan pembelian syarikat Eden Consultants Pte Ltd di Singaapura. Lagi lagi Saujana Holdings.. Apa.. sudah tiada lagi syarikat yang berurusan dengannya. Lagi-lagi syarikat itu bagai mengimbas kembali kenangan diantaranya dan Dato. Wira Nazrey Shah Iskandar yang sombong. Ya.. bagi Adlina ia  cuma secara kebetulan sahaja Adlina diterima berkerja di syarikat perunding hartanah yang sudah lama bertapak di Singapura. Ini juga adalah satu cara strategik untuk Saujana Holdings menembusi pasaran hartanah di Asia. Adlina berasa tidak selesa sejak kebelakangan ini. Mungkin tidak mahu lagi bertembung dengan Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar lagi. Bila bertemu, hanya kata-kata sinis sahaja yang dilemparkan. Tetapi berjumpa dengan lelaki serabai itu akan membuatkan hatinya kembali bergetar. Mungkin itu adalah sebab sebenar kenapa dia harus befikir sedalam mungkin sebelum menerima tawaran ini. Adlina boleh sahaja meletakkan jawatan di Eden. Tetapi bila difikir secara logik,tiada alasan paling munasabah untuk Adlina berhenti kerja di Eden.Hanya berdepan dengan lelaki itu. Adlina berfikir yang dia tidak seharusnya mengikut emosi semata-mata.  Mentelaah lagi, syarikat itu menawarkan gaji yang cukup lumayan dan prospek kerjaya yang amat baik. Urusan pembelian Eden Consultants Pte Ltd oleh Saujana Holdings banyak diuruskan oleh pengarah syarikat Encik Lionel Wong. Adlina hanya memantau dari segi bahagian kewangan,dan sistem audit.  Di dalam benak fikiran Adlina perkara itu sudah lama berlalu dan tidak mungkin lelaki itu mengingatinya lagi. Pertemuan dengan lelaki itu pun terlalu singkat ketika berada di Cardiff dan Abergevanny.  Tiada ada yang Adlina harus takutkan. Peluang hanya datang sekali. Itu yang ditekankan oleh Danial. Adlina tidak rasa yang dia harus berurusan secara lansung dengan lelaki itu. Manakan seorang pengarah syarikat mahu berurusan dengan dia yang hanya kuli.  Lagipun, Adlina mengetahui dari Danial yang dia hanya akan berurusan dengan Najwa salah seorang penolong pengarah di Saujana Holdings.  Itu yang membuat Adlina berasa sedikit lega bila memikirkannya.

Di sepanjang urusannya dengan Najwa, Adlina tidak pernah bertanya tentang Pengerusi Bersama Kumpulan syarikat tersebut. Dan dari sumber yang boleh dipercayai iaitu rakannya Nadia yang masih berada di bumi U.K, Najwa adalah adik kepada Dato’  Wira Nazrey Shah Iskandar. Berbeza dengan perwatakan abangnya yang sombong, Najwa adalah seorang yang mudah didekati. Walaupun seorang yang begitu serius dalam pekerjaannya, dia begitu peramah. Dari cara dia menonjolkan dirinya mencerminkan seseorang yang berkeyakinan tinggi dan  sebagai seorang wanita yang elegan. Setiap kali ke Singapura, Adlina memerhatikan beg yang dibawanya. Chanel, Prada, Bottega dan Louis Vuitton… semuanya dipakai apabila ke Singapura. Kadangkala Adlina menemani Najwa ke pusat membeli-belah Takasyimaya di Orchard Road. Bila ke sana, sudah pasti Najwa akan membeli sebuah beg yang bejenama. Harganya juga tinggi yang ada diantaranya hampir separuh dari gaji Adlina. Walaupun Adlina bergaji lumayan, jarang sekali Adlina akan membeli beg-beg yang berjenama. Itu pun beg yang dipakainya dibeli ketika berada di Kota London tidak sampai mencecah ribuan dolar. Sudah pastinya orang yang kaya seperti Najwa tidak akan berasa keberatan untuk membeli barangan tersebut walaupun harga yang agak tinggi.

Berjeda sebentar di antara  Encik Danny Chan dan Adlina. Adlina mengetuk-ngetuk pen Parker di atas mejanya. Cuba untuk berfikir sedalam mungkin. Namun, peristiwa-peristiwa lama bagai terimbas kembali di layar kotak permikiran Adlina ketika itu. Suratan atau kebetulan. Adlina mengeluh berat. Sejak peristiwa di Cardiff , di stesen keretapi Paddington dan yang terakhir di Malaysia Hall, nama Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar bagai luput diingatan. Sesekali lelaki itu muncul dalam ingatannya apabila terbaca mengenai lelaki itu di majalah atau menonton rancangan bisnes di televisyen. Adlina hanya pernah terbaca mengenai Dato’Wira Nazrey Shah Iskandar sebagai  ahli korporat muda yang berjaya menguruskan bisnes kolgomerat mili keluarganya. 

” Tapi I di sini baru enam bulan. Kenapa I dipilih? Kenapa tidak eksekutif lain di sini. I baru sahaja nak menyesuaikan diri di negara i. You kan tahu kan I sudah lama tidak pulang ke Singapura. Seven solid years in U.K. Not even a single visit back then. I need a bit more time to consider. This is so soon Danny. Whose decision is this?, ” tanya Adlina yang masih tidak  senang dengan cara pihak pengurusan mengendalikan modal insan di dalam syarikat. Mata Adlina masih merenung isi kandungan di dalam surat yang berada di dalam tangannya. Digeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Cuba memahami cara pihak pengurusan berfikir namun masih tidak berjaya. Adlina masih tidak dapat memberikan jawapan  namun Adlina tahu yang pihak pengurusan mahukan dia melaporkan diri dalam beberapa hari lagi. Baru sahaja pulang dari Dubai beberapa minggu yang lepas kini disuruh oleh pihak pengurusan untuk bekerja di ibu pejabat yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Tiga tahun pulaknya kontrak kerjanya di Kuala Lumpur. Adlina masih tidak puas hati.

” You don’t have to worry Adlina. Accomodation, transportation.. everything done for you. This also includes your allowances. Other remuneration will remain the same. There will be an increment in your salary for sure. You macam tak suka saja, Adlina” kata Encik Danny Chan. Mungkin dia juga risau Adlina memikirkan tentang soal penginapan dan juga pengangkutan. Encik Danny Chan begitu kasihan melihat keadaan Adlina yang masih dalam keadaan terkejut. Siapa yang tidak terkejut bila diberitahu untuk bekerja di ibu pejabat di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama harus melaporkan diri dalam masa yang terdekat. Hanya tinggal beberapa hari sahaja. Adlina akan ke Kuala Lumpur.

” I have to make personal arrangements and inform my parents about this matter. This is so sudden. I also need to arrange my personal effects to be transfer to my accomodation in Kuala Lumpur.” kata Adina lagi. Fikirannya pada ketika itu kosong sekali.

” Adlina, the management in Kuala Lumpur have made the final decision. Nak tak nak, you kena pergi jugak. Unless you resign but I have a good feeling you won’t. You why? You adalah seorang pekerja yang professional dan tidak akan mengikut emosi. You ni risau sangat lah Adlina. I kata dengan you tadi. The management have make the necessary arrangement for you to transfer all your personal effects. I guess you don’t have much items to bring along with you. Just your baggages. Before  I forgotten, I need to  pass  your flight ticket and keys to your apartment and car to you. Can you come over to my office to get it from me afterwards. Atau u nak I hantarkan personally.”

Terkejut Adlina bila mendengar dari Encik Danny Chan segalanya telah diuruskan oleh pihak pengurusan di Kuala Lumpur. Nampak sangat pihak pengurusan sudah membuat keputusan. Dengan keterpaksaan, Adlina menerima dengan hati yang berat. Walaupun gembira dengan kenaikan pangkat tetapi Adlina sedih kerana terpaksa meninggalkan lagi tanahair serta keluarga yang tercinta. Dan isu yang paling merisaukan Adlina ialah berdepan dengan pegawai tertinggi syarikat Saujana Holdings. Atau lelaki itu sudah lupa akan dirinya. Entah kenapa,perasaan Adlina ketika itu begitu hambar sekali dengan pertukaran ke Kuala Lumpur. Tetapi Adlina mengerti, ini sudah menjadi lumrah bagi seseorang yang bekerja di syarikat ini dihantar bekerja di ibu pejabat. Malah, sewaktu temuduga lagi, Adlina sudah diberitahu tentang perkara ini. Selang beberapa bulan di syarikat Eden Consultants, Adlina telah dihantar bertugas di Dubai selama dua minggu. Tetapi Adlina tidak menyangkakan di dalam waktu terdekat ini, Adlina akan ditukarkan ke ibu pejabat di Kuala Lumpur. Dan kali ini, jangka masa berada di luar negara agak lama. Nasib baik hanya pertukarannya hanya ke Kuala Lumpur. Kalau pihak pengurusan menyuruhnya ke cawangan di Dubai untuk tiga tahun, mungkin Adlina akan menolak tawaran itu. Cukuplah tujuh tahun berada di rantauan.

Bila dikenangkan umur yang semakin meningkat, Adlina merasakan bahawa dia sudah jauh ketinggalan. Dunianya hanyalah di dalam bidang ilmu dan perkerjaan. Adlina sendiri tidak tahu bila masanya dia akan mendirikan rumahtangga. Ramai di antara rakan-rakan sekolahnya yang sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Hanya dia dan Suriani yang kini berada di Abu Dhabi sahaja yang masih belum berkahwin. Umur yang semakin menginjak ke angka dua puluh lapan tahun amat merisaukan ibunya. Kerap kali Adlina terpaksa berdepan dengan pertanyaan keluarganya. Namun Adlina sendiri tidak punya jawapan. Tetapi Adlina percaya yang jodoh pertemuan segalanya rahsia Illahi. Dia hanya dapat berdoa semoga suatu hari nanti dia dapat bertemu dengan jodoh yang baik. Ibunya seringkali memikirkan yang dia akan berkahwin dengan warga asing mentelaah dia sudah berada di U.K selama lebih tujuh tahun. Meninggalkan Singapura pada usia dua puluh tahun dan berada di sana sekian lama pastinya ramai akan memikirkan yang Adlina akan bertemu jodoh dengan warga di  bumi asing. Malangnya, sehingga kini hidupnya masih bersendirian. Mungkin ramai lelaki yang takut dengannya kerana mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam kerjaya serta mempunyai tahap pelajaran. Itu kata beberapa orang makciknya. Tapi dakwaan itu cepat-cepat disangkalnya. Ataupun Adlina tidak serasi bersama dengan lelaki asing dan terlalu memilih.

” Adlina, make sure you come over to my room get your flight tickets and the keys from me later. ” kata Encik Danny Chan seraya bangun dan terus keluar dari bilik Adlina meninggalkan Adlina seorang diri.

Adlina terus menekan nombor telefon di telefon bimbitnya. Ya.. dia harus memaklumkan ibu dan ayahnya tentang perkara ini walaupun mereka berdua masih berada di Ohio bersama dengan adik bongsunya.

Pada makan tengahari pula, Adlina tidak menyangka dia dijamu oleh kakitangan di syarikat. Walaupun hanya majlis perpisahan yang kecil, Adlina amat terharu dengan kakitangan syarikat yang dia bekerja. Walaupun hanya berada di situ untuk beberapa bulan, Adlina amat senang dengan mereka.Ramai di antara kakitangan begitu terperanjat dengan keputusan pihak pengurusan untuk menghantar Adlina bertugas di ibu pejabat  yang berpangkalan di Kuala Lumpur tetapi mengalu-alukan kenaikan pangkat.

Adlina hanya mampu tersenyum hambar. Mereka juga amat gembira akan kenaikan pangkat Adlina. Walaupun Adlina hanya bertugas di situ selama enam bulan, kakitangan di bawahnya begitu selesa dengan Adlina. Walaupun sebagai ketua Adlina begitu tegas dan komited menjalankan tugas yang diberikan, Adlina juga murah dengan senyuman. Dan juga ketua Adlina begitu adil dalam melaksanakan tugas. Pada mereka, kenaikan pangkat untuk Adlina amat bertepatan sekali. Adlina juga seorang yang tidak lokek ilmu dan akan berkongsi apa sahaja yang dia tahu dengan kakitangan dibawahnya. Tapi sayangnya, ketua mereka akan dihantar bertugas ke ibu pejabat dalam masa yang agak singkat

Adlina juga dapat memaklumkan ibu dan ayahnya tentang dirinya yang dihantar bertugas di Kuala Lumpur dan kenaikan pangkat. Ibu dan ayah Adlina begitu teruja dan gembira tentang perkara itu. Pada mulanya Adlina menyangka mereka akan bersedih. Cuma mereka hanya berpesan supaya Adlina menjaga dirinya dan jangan lupa menunaikan solat walau di mana Adlina berada.  Itulah pesanan yang sering mereka titipkan sejak Adlina berada di U.K. Bagaimana pun ,kedua ibu dan ayah Adlina memberitahu mereka akan kembali ke Singapura dalam masa tiga bulan lagi.

Sekali lagi bumi Singapura akan ditinggalkan lagi dalam masa tidak beberapa hari lagi. Dan banyak lagi dia harus uruskan sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Keluh Adlina.

Sekembali Adlina ke biliknya, dia terus membuka kembali sampul surat yang diserahkan. Tadi dia hanya membuat ” speed reading”. Adlina kembali menatap surat yang berada di tangannya dan membaca isi kandungannya dengan teliti. Huh?? Hari Isnin hadapan dia harus melaporkan diri. Dan hari ini adalah hari Khamis. Tinggal beberapa hari. Ni dah kerja gila. Dibacanya sekali lagi alamat ibu pejabat yang diberikan. Haizzzz.. Nasib baik ibu pejabat di kawasan ibu kota Kuala Lumpur. Encik Danny juga sudah menyerahkan kunci kereta dan kunci apartmentnya di Kuala Lumpur. Adlina membelek kembali kunci kereta jenama Chevrolet. Keluhan yang terbit dari mulut Adlina nampaknya semakin berat lagi. Macam sudah jadi seperti bayang-bayang yang akan terus mengejar dirinya.

Adakah ia hanyalah salah satu rancangan lelaki itu atau secara kebetulan. Adlina tidak punya jawapan itu. Yang pastinya hanya lelaki itu yang mempunyai jawapannya. Ya.. itu yang dia rasakan. Jadi seseorang yang professional dan pedulikan lelaki itu. Lagipun.. dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang kakitangan syarikat yang patuh akan polisi serta kehendak pihak pengurusan syarikat. Bisik Adlina sendiri.Dan hari Isnin hadapan, Adlina akan berdepan sekali lagi dengan Dato’ Wira Nazrey Shah Iskandar a.k.a lelaki serabai. Adlina kemudian menghabiskan semua kerjanya sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pada hari Ahad nanti. Adlina berharap dia tidak akan berdepan dengan lelaki itu lagi. Lelaki yang mampu membuat hidupnya haru biru.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s