Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 10

Standard

Adlina kini bersyukur akhirnya dia berjaya mendapatkan sarjana yang diimpikan sejak dari dulu lagi. Setelah bertungkus lumus berkerja keras, akhirnya di dalam gengamannya. Kedua orang tua Adlina sempat terbang dari Ohio ke West Yorkshire dan datang ke majlis konvokesyen yang diadakan. Rakan-rakan serumah Adlina termasuk Nadia mengucapkan tahniah di atas kejayaan Adlina kerana bukan sahaja dia mendapat sarjana bahkan memenangi hadiah emas dari pihak universiti atas hasil kajiannya. Pada masa yang sama mereka begitu sedih kerana Adlina akan kembali pulang ke Singapura.

Nadia, Fazlina dan Amira berasa kehilangan seorang teman rapat dan juga mentor mereka. Mereka akan merindui terutama sekali masakan Adlina yang enak dan tidak akan mendapat makan bersama-sama. Adlina juga berasa amat sedih dan payah untuk meninggalkan bumi Inggeris yang telah didiaminya sejak tujuh tahun yang lalu. Tempat dimana dia mula bertapak menimba ilmu sekaligus menimpa pengalaman bekerja di bumi asing. Adlina ingat lagi dia mula-mula menimba ilmu di universiti yang menawarkan ijazah “sandwich” dimana dia diberikan peluang untuk melakukan internship pada tahun kedua pengajiannya. Dan akhirnya, Standard Chartered  akhirnya menawarkan pekerjaan untuknya. Dan peluang tidak disia-siakan apabila ditawarkan biasiswa tajaan pihak universiti untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Mulanya Adlina agak gusar kerana sudah berada di bumi asing selama beberapa tahun. Adlina bersyukur kerana kedua orang tuanya menyokong penuh hasratnya. Dilalui dengan penuh sabar dan tabah. Sakit pening semuanya sendirian. Tetapi Adlina gembira kerana dapat rakan serumah yang begitu prihatin sesama sendiri. Walaupun dari latar belakang yang berbeza, mereka bertiga saling membantu. Tidak ketinggalan rakannya Rania yang belajar di LSE, mereka saling berhubungan dan bertemu jika masa mengizinkan. Adlina merasakan dia begitu rapat dengan kenalan dari Malaysia. Ada juga yang dari Singapura tetapi bilangannya begitu kecil sekali. Itupun, Adlina hanya dapat berjumpa dengan rakan-rakan dari Singapura semasa Hari Singapura atau lebih dikenali sebagai Singapore Day. Adakalanya, Adlina tidak dapat meluangkan masa dek kesuntukan waktu atau terlepas peluang untuk mendapatkan tiket menyertai acara tersebut.

Beberapa minggu selepas majlis konvokesyen yang diadakan, Adlina mula mengemas barang-barangnya untuk dihantar pulang ke Singapura.  Ada barang-barang yang ditinggalkan kerana terlalu banyak sekali. Kedua orang tua Adlina sudah pulang ke Ohio, Amerika Syarikat untuk menemani adik perempuannya yang kini berada di sana.

“Adlina, kau dah habis kemas?” tanya Amira.

“Dah… tinggal lagi sikit-sikit. Lagipun mover dah pun ambil dan hantar personal effects aku balik ke Singapura. So tinggal beg pakaian aja aku ambil. Free and easy lah” jawab Adlina.

“Kita di sini akan merindui kau lah Adlina. Jangan lupa kita. Contact kita selalu. We will be here for another two years. So ok lah. Tak payah bazir duit tidur di hotel. Tido aja di sini.” kata Fazlina pula. Adlina menutup bagasi dan memandang ke arah ketiga-tiga rakan serumahnya yang berada di dalam bilik tidurnya.

“Pasal aku, jangan risau. Yang penting you all semua jaga diri baik-baik. I hope to come back again soon ar.”

“Insha Allah. Kalau kau ke mari, jangan lupa call aku. Nanti aku ambil kau di stesen keretapi atau kau nak kita jemput dari Heathrow.” kata Nadia.

“Boleh jugak. ” Adlina tersenyum. Esok, dia akan berangkat kembali ke Singapura. Penerbangan yang agak lama dan amat meletihkan. Adlina paling tidak suka menaiki pesawat kerana seringkali muntah ketika dalam penerbangan. Adlina masih teringat semasa dia di dalam penerbangan ke Dubai, Adlina memuntahkan segala isi perutnya sewaktu pesawat berlepas dari lapangan terbang.

“Jangan lupa ubat ‘motion sickness’  Nanti baru nak tackle pramugara hensem terus melepas” ejek Nadia.

“Kau ni.. melampau. By the way, terima kasih kerana mengingatkan aku. Aku dah simpan dalam beg aku.” jawab Adlina.

“Dah dah.. . Pergi rehat. Perjalanan kau ke Heathrow pun memakan masa dari sini” Fazlina mengingatkan. Mereka bertiga berlalu dari bilik tidur Adlina ruang untuk Adlina berehat.

Keesokkan harinya, Adlina telah selamat tiba di lapangan terbang Heathrow. Sambil menunggu penerbangan  ke Singapura yang dijadualkan pada lewat petang nanti, Adlina mengambil keputusan untuk minum dahulu.Dikerling ke jam di tangannya Lagi sejam setengah sebelum masuk ke balai berlepas. Selepas minum air, Adlina mengambil keputusan untuk memasuki balai berlepas. Tiba di dalam pesawat, Adlina terus dibawa ke kelas ekonomi oleh pramugari yang bertugas.

Adlina terus mengambil tempat duduknya di tepi tingkap pesawat.  Kedua-dua tempat duduk di sebelahnya masih kosong, Kemudian Adlina merasakan ada seseorang mengambil tempat di sebelah duduknya. Lelaki ini macam pernah nampak saja. Adlina terus kembali merenung keluar dari tingkap pesawat ke landasan. Adlina mula merasakan pesawat sedang bergerak perlahan dan kemudian gerakannya semakin laju. Adlina mula merasakan begitu mual sekali. Aduhh… lupa nak mengambil pil untuk sakit pening ketika berada di dalam pesawat. Pandangannya semakin kabur. Tekaknya bagaikan ingin mengeluarkan segala isi perut keluar. Cepat-cepat Adlina mengambil plastik yang ada di dalam beg tangannya.

“Uweeeekkk!!!” Adlina memuntahkan segala isi perutnya ke dalam plastik. Adlina berasa begitu lega.

“Are you okay Miss” kata lelaki yang duduk disebelahnya.

“Ahh.. I am okay. Nausea. I have motion sickness.” jawab Adlina lemah. Matanya dipejam rapat.

“Ehh… you.. Yes! Yes! I do remember you. The lady I met at Malaysia Hall few months ago” lelaki itu mula berkata. Adlina berkerut. Malas untuk mengingatinya kerana merasa begitu pening sekali pada waktu itu.

“Yes.. You. Hmmm.. let me recall. Are you Lin?  ” sambung lelaki itu lelaki tanpa berputus asa. Lelaki itu terus memberikan ubat serta minyak cap kapak kepada Adlina.

“You  are really in a bad shape Lin. Swallow this and use the oil and rub on your nose. ” Lelaki yang duduk disebelah Adlina menghulurkan segelas air yang didapatkan daripada pramugari yang bertugas serta ubat dan minyak. Setelah memakan ubat yang diberikan oleh lelaki itu ,Adlina kelihatan amat lega sekali.

“Thanks” Adlina membuka kedua dua kelopak matanya. Adlina terkejut sekali. Lelaki yang duduk disebelahnya itu lelaki yang dia jumpa di Malaysia Hall bersama dengan mamat serabai. Adlina kemudian menoleh kiri, depan, tengah dan belakang. Takut-takut satu penerbangan dengan mamat serabai.

“Lin, are you okay? Looking for someone?” tanya lelaki di sebelahnya. Adlina mengambil kembali tempat duduknya.

“Err.. I am fine. Thank you. Just looking for the flight stewardess. I need more plain water.” jawab Adlina lekas cuba mencari helah.

“We have not been introduced formally. Assalamualaikum. I am Shahrul Ammar. You can call me Shahrul or Ammar. Anything will do. Both are my names. How about you? ” kata lelaki itu cuba membuat lawak tak menjadi. Lelaki itu tersenyum.

“Walaikumsalam. Nurina Adlina. “jawab Adlina kembali.

“Shall we converse in Malay instead Cik Nurina Adlina? Nak biasa-biasakan lidah berbahasa melayu. Dah macam karat rasanya” kata lelaki itu sambil tersenyum. Boleh tahan jugak mamat ni eh. Hensem tapi kalau nak dibandingkan dengan kawannya yang serabai tu, hmmm.. susah nak pilih. Dua-dua mempunyai aura yang tersendiri. Gatal jugak eh aku ni. Bisik Adlina sambil tersenyum.

“Ni senyum- senyum ni kenapa Cik Nurina Adlina?”tanya Shahrul Ammar pelik

“Ahh., tak ada apa-apa. Senyum tu kan satu sedekah” jawab Adlina.

“Wahh jawapan cik ni macam perli aje atau itu ayat paling klise. Tiba-tiba teringat kawan baik saya yang ada sedikit sebanyak macam awak, Cik Nurina. “

Yelah tu. Lelaki serabai yang pakar memperli tu jugak si Shahrul Ammar ingat, bisik hati Adlina. Adlina hanya tersenyum memandang Shahrul Ammar. Kemudian pramugari menyediakan makanan kepada semua penumpang. Adlina terus menikmati hidangan tetapi Shahrul Ammar hanya meminta secawan kopi dan biskut. Kemudian Adlina dan Shahrul Ammar berbual-bual menceritakan sedikit sebanyak tentang diri masing-masing. Kadangkala terdengar ketawa halus di antara mereka berdua. Adlina bersyukur Shahrul Ammar tidak seperti Iskandar. Lelaki yang perasan bagus dan suka mencari pasal.

Di dalam hati Adlina mungkin Iskandar tu kekurangan kasih sayang agaknya. Sebab tu perangainya aneh macam cuaca. Sekejap perangai lelaki itu macam angin sepoi-sepoi bahasa tetapi kadang-kala boleh berubah seakan sedang dilanda puting beliung. Adlina begitu senang sekali berbual dengan Shahrul Ammar. Sekurang-kurangnya tidak lah dia berasa bosan melayani perasaan sepanjang penerbangan balik ke Singapura. Di sepanjang penerbangan, Adlina tidak sesekali bercerita apa-apa pun kepada Shahrul Ammar yang dia mengenali rakan baik lelaki itu. Tidak mahu Shahrul Ammar menyangka yang bukan-bukan. Biarlah di sepanjang perbualannya itu, bercerita tentang perkara-perkara yang biasa. Melalui perbualan bersama dengan Shahrul Ammar, baru lah Adlina tahu yang Shahrul Ammar akan mula bertugas di Hospital Gleneagles Malaysia sebagai seorang doktor. Shahrul Ammar mengambil penerbangan ke Singapura kerana ingin bertemu dengan rakan-rakan doktornya di Singapura untuk beberapa hari sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Anggota keluarganya pula bermastautin di Melbourne, Australia.

Shahrul Ammar mengambil keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur setelah habis housemanship. Menurut Shahrul Ammar lagi, dia lebih senang berada di Kuala Lumpur berbanding di Melbourne. Kerana dia rasakan lebih dekat dengan budaya Melayu. Pada Shahrul Ammar, dia sudah cukup lama berada jauh dari tanahairnya. Adlina hanya mendengar sahaja butir bicara Shahrul Ammar. Dari pemerhatian Adlina, Shahrul Ammar seorang lelaki yang bersopan dari tutur bicaranya. Itu yang membuat Adlina semakin senang berkawan dengan lelaki itu walaupun untuk beberapa jam di dalam penerbangan ke Singapura.

Sampainya di Lapangan Terbang Changi, Adlina disambut pulang oleh sanak saudaranya yang menunggu di balai ketibaan. Sejak menjejakkan kakinya di lantai balai ketibaan, Adlina merasakan Lapangan Terbang Changi telah melalui banyak perubahan. Jangka waktu yang begitu panjang ketika berada di bumi Inggeris membuatkan Adlina berasa begitu asing sekali. Apatah lagi kepulangannya kali ini disambut oleh sepupu rapat serta makcik dan pakcik dan bukan kedua orang tuanya. Setelah mengambil bagasi dan berjumpa dengan sanak saudara yang berada di balai ketibaan, Adlina terpandang Shahrul Ammar bersama dengan beberapa orang lelaki yang menunggunya di balai ketibaan. Adlina merasakan mungkin beberapa orang lelaki yang berada berdekatan dengan Shahrul Ammar adalah teman-temannya.

Bila terpandang Adlina yang masih berada di situ, Shahrul Ammar terus berjalan menuju ke arah di mana Adlina sedang berdiri. Baju panas disangkut ke leher. Lelaki itu begitu segak dan tampan bila mengenakan slack berwarna krim dan kemeja polo berwarna kelabu. Adlina terus berhenti dari menolak troli yang memuatkan bagasi pakaiannya.

“Adlina, thank you for keeping me company throughout the flight. I harap sangat  you dapat hubungi   I dan kita dapat bertemu kembali, Insha Allah. I really have a great time with you. Jangan lupa tau. Please keep in touch Adlina. I really mean it.” kata Shahrul Ammar. Kedua-dua matanya yang redup begitu mengharap agar Adlina dapat menghubunginya kembali.

“I can’t promise but all  I can say for now  Insha Allah, Dr. Shahrul Ammar. “balas Adlina. Kemudian, Adlina terus meminta diri kerana saudara maranya sudah menunggu. Shahrul Ammar berdiri terpaku memandang Adlina berlalu pergi. Harapannya agar dia dapat bertemu dengan gadis yang bernama Nurina Adlina. Gadis yang mula mendapat tempat di hatinya walau hanya berjumpa di dalam penerbangan. Shahrul Ammar kembali mendapatkan teman-temannya yang sedang menantinya dengan penuh sabar.

Nurina Adlina, nama yang akan terus kekal di dalam sanubari seorang lelaki yang bernama Shahrul Ammar.

British Airways

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s