Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 9

Standard

Kali terakhir Adlina berjumpa dengan lelaki itu ialah di luar stesen keretapi Paddington. Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adlina kembali lagi ke London untuk berjumpa dengan Rania. Rania memesannya untuk memasak  sambal tumis dan membawanya ke ibu kota itu. Macam-macam sahaja lah permintaan Rania, seorang gadis yang berasal dari Johor. Rania sudah menanti Adlina di luar Malaysia Hall.

“Assalamualaikum Adlina.. apa khabar orang jauh?” jerit Rania sekuat hati. Ramai memandang kedua-dua gadis itu.

“Waálaikumsalam. Sihat Alhmadullilah. Orang jauh eh. Yelah tuuu.” Adlina tersenyum.

“Orang jauh lah. Dari West Yorkshire ke London ni kan jauh.” balas Rania gembira

“Ye lah.. gara-gara orang tu yang teringin nak makan sangat masakan aku ni. Bukan tak kempunan tak makan makanan melayu pun. Hah.. di kantin Malaysia Hall kan banyak. Pilih aje.” Adlina menjawab.

“Tapi tak sama. Teringat masa kita jumpa di dalam flight ke sini tak lama dahulu. Orang tu bawak bekal sambal masuk beg. Dasyat! Yang peliknya tu boleh lepas pulak tu. Siap dengan sambal kacang dengan ikan bilis sebotol. Kalahkan aku” Rania mengejek.

“Sudah sudah.. nak bual pun. Jom masuk dalam. Aku ni dah penat tau.”kata Adlina sambil berjalan masuk.

Kedua-dua gadis itu berbual-bual di kantin tanpa menghiraukan pandangan beberapa orang di situ. Perjumpaan di kalangan pelajar telah pun berakhir. Hanya tinggal beberapa pelajar yang berada di situ.

“Mana sambal tumis aku?” tanya Rania.

“Ni, sambal yang kau mintak sangat. Kalahkan orang mengandung yang mengidam. Nasib baik tempat aku ni banyak yang jual rempah ratus dari Asia tau. Kedai-kedai milik orang Pakistan dan India pun banyak di situ.” Adlina menghulurkan dua bekas yang berisi sambal tumis dan  sambal goreng.

“Mak oiii.. aku mintak sambal tumis. Siap sekali dengan sambal goreng. Asal tak ada nasi impit. Kan bagus buat satu set sekali. Bagaimana pun terima kasih banyak-banyak” kata Rania sambil memeluk Adlina. Adlina mencebik bila mendengar kata-kata Rania. Nak angkat kita lah tu. Bisik hati Adlina.

“Dah dah.. jangan nak buat drama sebabak jejak kasih di sini. Ni kau cepat-cepat panaskan. Takut basi. Tapi sambal goreng aku ni tak cukup bahan tau. Cuma sambal goreng tahu tempe aje. Nak sambal goreng pengantin. Tunggu aku jemput majlis kenduri kahwin aku. ”

“Yelah.. aku tahu. Ni pun dah cukup baik. Sayang kau. Ehh. Kau cakap pasal jemput kenduri kahwin. Ni kau dah ada calon ke? Mat Pakistan, Mat India, Mat Saleh.. atau Mat Kental” usik Rania.

“Tak ada Mat pun.. tak kuasalah. Parents dah bayar mahal-mahal hantar ke sini. Nak kahwin-kahwin pulaknya. Kau tu. Mana lah tahu, senyap-senyap dah ada.

“Tak ada lah..tapikan, aku macam minat pat lelaki yang duduk di situ”  Rania menundingkan jarinya ke arah kanan. Adlina terus mendongak ke arah yang dimaksudkan oleh Rania. Ya Allah! Lelaki tu lagi. Betul-betul macam hantu rayalah  ni mamat serabai. Tetapi Adlina pasti lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya disitu. Lelaki itu sedang berbual-bual dengan seorang lagi lelaki yang tidak kurang kacaknya. Adlina hanya memesan mee rebus dan ais kacang manakala Rania memesan nasi goreng.

“Lin… kau nampak tak lelaki yang tengah duduk situ Yang mukanya macam ada darah Arab. Hensemnyaaa.. Da lah kacak, pandai.. dan kau nak tahu lagi, dia tu doktor tau. Aku dengar dia tengah buat housemanship. Aku dah chop lelaki tu. Yang lagi satu pun hensem jugak. Tapi aku dengar kawan dia tu bekas pelajar LSE. Heheheh” Rania dah mula dengan perangai gediknya. Macam nak terkeluar anak tekak Adlina. Adlina terbatuk-batuk kerana tercekik . Rania berasa bersalah sambil mengurut belakang Adlina dan menghulurkan sebotol minimum kepada Adlina. Setelah semuanya kembali normal, Adlina bersuara.

“Dah dah.. jangan kau sibuk nak usher budak tu, kau pulak yang sangkut belajar.” balas Adina. Hati Adlina ketika itu tidak tenteram dengan kehadiran mamat serabai . Adlina meneliti lelaki itu. Wahhh.. dah hensem sekarang. Janggut yang tumbuh meliar di wajahnya kelihatan sudah tiada lagi. Rambut pulak dipotong  sedikit pendek. Bagi Adlina masih panjang. Lelaki ni kalau tengok dari depan macam mat saleh. Dari segi pakaian macam ala-ala korea. Aduhhh..

“Lin, Lin.. mamat arab tu tengok aku lah” kata Rania.

“Ish.. kau ni perasan lah.”

“Eh eh.. Lin, mamat Arab tu macam nak datang sini lah” kata-kata Rania itu tiba-tiba mengundang rasa tidak enak di hatinya. Adlina kemudian merangka pelan untuk melarikan diri. Takut-takut lelaki serabai itu ikut sama.

“Rania, aku rasa macam nak terkencing.. terberak. Mana toilet. Aku tak boleh tahan ni” kata Adlina separuh berbisik.

“Tak senonoh lah. Kau ni pun..Tu kat situ” jawab Rania

“Okay okay.. aku cabut dulu. Ni kau ambil. Sambal goreng dengan sambal tumis.”

Adlina terus berjalan keluar tanpa menoleh ke belakang. Harap-harap lelaki serabai tu tak nampak aku. Desis Adlina. Seketika sebelum Adlina ke tandas, Adlina mendengar suara Rania sedang bercakap dengan seorang lelaki. Adlina terus ke tandas. Seketika kemudian barulah Adlina keluar dari tandas. Berjalan tanpa memandang ke hadapan, Adlina terlanggar seseorang di hadapannya.

” Ya Allah!!” Adlina terpekik. Badannya bertembung sekujur badan sasa.

“Maaf.. maaf. Saudari ni yang tadi duduk di kantin kan. Dengan kawan saudari tadi.”Llelaki yang Rania katakan berbangsa Arab itu rupanya lelaki melayu memulakan mukadimahnya

“Tak mengapa.” Adlina terus berjalan

“Saudari, tadi saya rasa masakan saudari. Saya ingatkan kawan saudari yang masak. Sedap. Nama saya Shahrul Ammar. Saudari? ”

“Errr… Saya Lin. Terima kasih” jawab Adlina cepat-cepat. Adlina terus berjalan keluar takut bertembung dengan lelaki serabai itu. Adlina tak faham mengapa dia harus takut pada lelaki itu. Tidak.. dia tidak sesekali takut pada lelaki itu cuma tidak mahu mencetuskan huru-hara lagi. Adlina kemudian terdengar suara yang sering menghantui dirinya sejak dari Cardiff. Adlina seakan terlupa dengan rakannya Rania yang ditinggalkan di kantin Malaysia Hall.

“Bro, kau tengok siapa?” suara garau itu menerpa gegendang telinga Adlina.

“Hmmm.. nothing lah Is. Tu ha.. yang kau puji masakan sambal tumis dengan sambal goreng dia sedap. Tapi aku tak dapat nama penuh dia. Dia cakap nama dia Lin.  Tak apa lah nanti aku tanyakan dengan Rania.”  kata Shahrul Ammar sebelum berlalu pergi dengan lelaki serabai itu.

“Fuhh!! Nasib baik tak nampak” kata Adlina sambil mengurut-urutkan dadanya. Seketika, bunyi telefon bimbit di dalam tas tangannya berbunyi. Suara Rania di hujung talian.

“Beb. Kau mana ni. Tadi kau cakap yang kau tu pergi tandas. Takkan buang air besar lama sangat.  Kau kena constipation ke? Tu lah.. kau tak nak makan pisang.” Rania mula membebel di hujung talian.

“Dah dah.. mentang-mentang kau minat dengan doktor tu kau nak nasihatkan aku macam kau pun doktor. Aku ni dah jalan ke stesen Bayswater. Nak naik tube.” kata Adlina.

“Lin, tunggu aku lah. Mee kau pun tak habis makan. Kau balik rumah keluarga Fatimah eh?”

“Yup. Aku balik sana.” jawab Adlina.

“Okay okay, nanti aku jumpa kau di sana. Aku pun dah lama tak jumpa Fatimah.  I have a lot of things to talk to you. Kau tak nak tunggu aku dekat Bayswater?”

“Hmmm.. boleh lah. Aku tunggu kau. Aku ingat nak duduk dekat kafe sembang panjang dengan kau”

“Laaah.. tadi pat Malaysia Hall kan boleh. Okay. Kau tunggu aku di situ. Jangan kau pulak cabut.” jawab Rania.

Selepas itu, telefon bimbit segera dimatikan. Adlina mengeluh panjang. Kenapalah dalam sebesar-besar tanah Inggeris ni, dia boleh jumpa dengan mamat serabai tu. Dan kenapa pula dia harus takut nak berhadapan dengan lelaki serabai itu. Tapi Adlina tidak sanggup bila berhadapan dengan lelaki itu menghantar  sekelumit perasaan bersama dengan getaran. Pandangan redup lelaki itu sukar untuk Adlina lupakan walaupun secara zahirnya bagai singa kelaparan. Dan petang itu, Adlina menghabiskan masanya bersama dengan Rania berbual dan bertukar cerita. Rasanya hari tu begitu singkat. Nasib baik dia akan berada di London selama dua hari sebelum kembali ke Yorkshire.

Ketukan di pintu menyentakan Adlina dari lamunan yang panjang. Peristiwa empat tahun yang lalu tiba-tiba hilang dalam sekelip mata. Adlina bangun dari kerusinya dan terus membuka pintu. Wajah Nadia betul-betul berada di hadapan muka pintu bilik.

“Lin, kau belum tido lagi? Aku tengok dari bawah lampu kau masih terbuka. Kau ada masalah ke?

“Nope. Nothing. Cuma aku tengah kemas-kemas kan barang aku. ” Adlina menunjukkan buku-buku yang sudah dimasukkan ke dalam kotak.

“Ohhh.. maklumlah selepas majlis graduation nanti, kau dah nak balik Singapore. Ahh.. ni aku nak ingatkan, kau dah tempah tiket balik ke belum” kata Nadia.

“Dah.. aku lima bulan yang lepas dah tempah. Takut tak dapat tiket. Maklum lah nak dekat perayaan Krismas. Lagipun time tu, British Airways ada offer. So apalagi.. aku tempah lah. ”

“Wahhh.. sungguh efisyen betul lah. Kau tak takut ke kalau flight kau kena delay. Kau tahu lah.. pat sini pakar mogok. Takut tak sampai aja” balas Nadia

“Insha-Allah. Lagipun tak akan nak mogok. Dah dekat dengan Krismas. Aku nak solat Isya’ dulu. ”

“Ya Allah.. kau ni pun. Suka sangat lengah-lengahkan waktu. Aku keluar dulu. Kau dah makan ke belum. Tadi aku dari Shipley, ada beli sedikit barang dapur. Dah masak pun. Kau turun tau. Pergi makan. Kau tu ada gastrik. ” Nadia membebel. Sebelum berlalu pergi, Nadia sempat memberikan sebuah perakam video.

“Aku lupa nak tunjukkan video ni pat kau. Nanti kau jangan lupa tengok. Best sey suara pakcik aku. Aku memang tahu dia pandai menyanyi tapi bila abang Nizam tertinggal perakam ni masa dia ke mari tempoh hari .Aku apa lagi pergi tengok lah. Fuyooo….suara pakcik aku ni boleh buat wanita jatuh cinta.”

Adlina mengemas kembali buku-buku yang berada di lantai. Mata Adlina terpandang kembali jam tangan jenama Swarovski yang berada di atas katilnya lalu diletakkan di atas meja belajar. Tinggal beberapa minggu lagi sebelum Adlina akhirnya kembali ke Singapura dan mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Inggeris.

Selepas Adlina menunaikan solat, Adlina membuka perakam yang diberikan oleh Nadia. Suara itu.. suara yang menggetarkan jiwanya bila pertama kali dia mendengar  ketika berada di Cardiff.  Bila mendengar  lagu Epilog Cinta Dari Bromley didendangkan secara akustik amat menusuk hati Adlina Petikan gitar disertakan suara garau itu membuatkan hati Adlina menjadi hura-hara lagi. Lelaki di dalam perakam video itu Pakcik Nadia.. Dato’  Wira Nazrey Shah Iskandar ak,a Mamat Serabai.

sambal goreng

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s