Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 5

Standard

Fikiran Adlina terus melayang entah kemana. Entah kenapa tiba-tiba terasa darah gemuruh dan jantung bedegup kencang tatkala berjumpa dengan lelaki yang sedang berdiri dihadapannya. Ini dah tahap kronik. Segala butir bicara dari lelaki yang berdiri dihadapannya bagai disapa angin yang lalu dek darah gemuruh yang sudah mula mengusai diri. Yang kelihatan hanyalah mulut lelaki itu bergerak-gerak. Matanya yang redup, senyuman serta cara lelaki itu berpakaian menyerlahkan lagi karisma dia sebagai seorang yang berjawatan tinggi dan dari kalangan keluarga yang berada.

Semalam, Adlina membelek-belek kad bisnes yang diberikan oleh Nazrey. Tertera di kad tersebut nama penuh pakcik Nadia iaitu Datuk Wira Nazrey Shah Iskandar Tan Sri Hishamuddin, Group Executive Chairman Saujana Holdings. Rupa-rupanya Saujana Holdings adalah diantara syarikat konglomerat terbesar di Malaysia. Menurut fakta  di lelaman web rasmi syarikat tersebut, Saujana Holdings menjalanan bisnes hartanah dan juga rangkaian hotel di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak. Saujana Holdings juga mempunyai beberapa buah anak syarikat. Nadia adalah diantara pengurus besar di syarikat tersebut. Tetapi tempatnya diterajui oleh abangnya sulung Nizar untuk sementara waktu.

” Eheeem!! Da merantau sampai negara mana cik Adlina?” Suara garau itu mematikan lamunan Adlina seketika. Bagaikan orang yang baru tersedar dari hipnosis, Adlina mula membetulkan beg sandang.

“Eeeerrmmm…rasanya dah merantau sampai negara Afrika. Ehhh!! Bukan..bukan, mungkin banyak berfikir tentang tesis saya. Lagipun saya kan baru abis bertemu dengan penyelia. ”

Demi menyembunyikan rasa kalut berserta darah gemuruh, Adlina terus melarikan pandangan ke arah lain. Dalam masa yang sama, Adlina berasa amat geram dengan Nadia. Kata abangnya yang nak jumpa, tapi pakcik dia pulak yang muncul depan kampus. Rasa macam nak cekik-cekik batang leher Nadia. Betul-betul dah kena  ‘bubble’ hari ni. Sabar Adlina.. sabar. Sabar tu kan separuh dari iman. Tapi pun apa kurang dirinya. Sepatutnya bertemu Nizam di Lister Park tetapi sebaliknya. Ahhh!! Lagipun dia tak berjanji apa-apa dengan Nadia untuk bertemu dengan abangnya. Si budak Nadia saja yang memandai-mandai mengaturkan temu janji.

” Thank you so much for the great food and hospitality. Tiada apa yang dapat  berikan kepada Adlina. I harap Adlina sudi menerima pemberian ini. ”  Beg kertas yang bewarna biru tertera dengan tulisan  ‘ Swarvoski’ dihulurkan. Adlina begitu teragak-agak menyambut beg kertas dari tangan Nazrey.

”  Apa ni Dato’ ? Semalam tu memang sudah rezeki Dato’ dan Nizam. Kirakan langkah kanan lah. Takkan cuma makan nasi impit, rendang dengan sambal tumis mesti nak balas dengan  Swarvoski yang mahal. Tak payah nak berbalas- balas bagai. Rezeki kan Dato’. Tak jadi miskin kalau kita beri makan ” balas Adlina dengan sinis

“Ambil aje. Ni pun rezeki awak. Tanda terima kasih sebab jamu saya dan Nizam makan malam. Sampai hati awak nak tolak. Saya kira kalau Nizam mesti tak tolak kan. Lagipun semalam, sampai licin kita berdua kerjakan lauk awak. Pandai juga ya masak..” kata Nazrey tersenyum. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Cuaca di luar agak dingin selepas hujan yang turun pada waktu pagi.

“Ehhh tak apa-apa Dato’. Kalau saya nak makan, boleh aje masak lagi”, kata Adlina membuang pandang ke arah pelajar-pelajar yang sedang berjalan di sekitar kampus universiti. Adlina perasan yang mata Nazrey masih tertancap ke arahnya. Meneliti segenap wajahnya. Tudung aku ni senget ke? desis hati Adlina. Adlina mula membetulkan tudungnya dan berpeluk tubuh. Mungkin dingin waktu musim luruh semakin mencengkam ke seluruh urat sendinya

” Dato.. Boleh saya tanya. Tadi Nadia ada kata yang Nizam yang nak jumpa.  Tapi saya masih tak faham dan tertanya-tanya kenapa bukan Nizam tapi Dato’ yang datang berjumpa dengan saya?” soal Adlina.

” I cuba hubungi Nadia untuk memberitahu yang Nizam tak dapat datang. Telefon beberapa kali tapi langsung tak diangkat. Since I takut you tertunggu-tungu,  I took this opportunity to replace Nizam since I need to thank you.. Tiada bezanya Adlina. Nizam atau sesiapa pun, pasti Adlina tidak akan datang berjumpa kan?” tingkah Nazrey. Senyuman yang diberikan kelihatan begitu sinis sekali.

Nazrey terus menghulurkan sebuah lagi  beg kertas.

” Yang ini bukan dari I tapi dari Nizam. Is kinda of very our way to express our gratitude for your great hospitality. No other underlying agenda Cik Adlina. And for your info, Nizam was held up with some meeting earlier on and couldn’t make it on time,” jelas Nazrey. Tonasi suaranya kedengaran begitu tegas sekali.

“Maaf Dato’ atas pertanyaan saya tadi. Saya keliru. Tapi apapun, saya nak ucapkan terima kasih. Saya menghargai pemberian Dato’ dan Nizam tapi saya tak dapat menerimanya. Saya rasa ia terlalu mahal buat hidangan yang sederhana”

“Sederhana bagi awak. Tapi not for Nizam and defintely not for me.” tegas Nazrey lagi. Adlina berkerut masih terpinga-pinga saat  Nazrey berkata demikian.

“Dato’ ni macam-macam aje lah. Suka hati Dato’ lah. Tapi saya minta maaf banyak-banyak. Not this gift. Memadai dengan ucapan terima kasih.” kata Adlina lagi

Dalam pada masa yang sama, darah terus menyerbu ke seluruh muka Adlina. Malu Malu Malu. Adlina rasa pada saat itu macam nak ketuk-ketuk kepala sendiri. Terlalu sangat berburuk sangka dengan orang lain. Ini lah padahnya. Tapi lelaki mat saleh celup yang berdiri depannya harapkan muka hensem aje tapi eksyen semacam. Berbeza dengan Nadia dan Nizam mcm langit dengan bumi.  Tapi salah nya juga kerana berfikiran begitu. Kirakan seri kosong kosong. Masing-masing kena ‘bubble’. Adlina tak ke Lister Park dan bukan abang Nadia, Nizam yang datang. Tetapi pakciknya…Nazrey Shah Iskandar. Lelaki yang rupanya perasan bagus.

“How will I not forget the taste, Adlina. Even for many years to come.” tiba-tiba Nazrey berkata setelah membisu buat seketika. Adlina seolah-olah terpaku membisu. Pernah rasa masakan aku? Bila? Adlina berfikir sejenak.

“Mungkin you dah lupa. Tapi I will not forget the taste. The taste that bring me here again to you. Masih sama. Tapi ketika I rasa masakan ini, I tak tahu siapa yang memasaknya secara tepat”

” Tak apa.. mungkin I salah orang atau you lupa . Adlina,  dah petang. Semakin gelap. I ll sent you home. ” Suara garau lelaki  itu seakan mengeluarkan perintah tiba-tiba menerpa ke gendang telinganya. Walaupun berasa amat geram dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Nazrey, Adlina terus mengikut Nazrey tanpa banyak soal menuju ke kereta Audi hitam yang dipakir berdekatan dengan kawasan kampus universiti.

Di sepanjang perjalanan pulang dari Emm Lane, masing-masing membisu dan terus melayan perasaan seolah-olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Adlina masih terpingga-pinga cuba menghuraikan kata-kata yang terlontar dari Nazrey. Nazrey pula membisu seribu bahasa. Adlina mengerling ke tepi tempat duduk pemandu. Nazrey sedikit pun tidak menoleh. Mungkin rasa terkesan kerana Adlina menolak pemberiannya tadi. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang diberikan oleh Adlina bila kereta yang dipandu Nazrey sampai di hadapan rumah sewa.

“Let me clear the air for you, Cik Adlina. If you have perception all along that I am seeing you because I have fallen head over heels on you, you got it wrong my dear. I cuma di sini nak ucapkan terima kasih disebabkan kesudian you menjamu makan dan juga mengingatkan I tentang masakan yang sama yang pernah I rasa semasa berada di Malaysia Hall kira-kira empat tahun yang lalu. Yaa… semasa jamuan makan Aidilfitri untuk pelajar-pelajar Malaysia” kata Nazrey sebelum berlalu pergi memecut kereta Audi hitamnya meninggalkan Adlina di hadapan rumah sewa terkulat-kulat sendirian.

“Huh? Gila ke apa mamat perasan bagus ni. Makanan di Malaysian Hall? Empat tahun yang lalu? “Adlina berkata-kata sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal

“Ni mamat dah memang sah gila.  Ke aku yang dah biul.  Arrrggghhhh..Macam lah aku ni suka sangat dekat kau”, jerit Adlina geram sebelum menghempas pintu rumah . Dua beg kertas berisi pemberian dari Nazrey dan juga Nizam juga tidak diambil bersama oleh Adlina. Kalau diambil pun, mungkin akan terus masuk ke tong sampah.

Bunyi dentuman dari pintu hadapan rumah membuat Nadia dan Amira tersentak dan terpinga- pinga melihat muka masam Adlina. Tidak cukup dengan pintu rumah, buku-buku yang di dalam tangan juga menjadi sasaran. Adlina menghempas kuat buku-buku rujukkan di atas meja dengan muka yang merah menyala.

” Lin.. Kau ni banyakkan istighfar. Kau ada problem pun janganlah sampai pintu dengan buku kau yang jadi mangsa keganasan. Tesis kau kena reject ke?” tanya Amira sambil mengurut-urut dadanya.

“Aaarrrggghhhh!!! Geram aku tau. Ada ke patut dia ingat aku ni suka sangat pat dia. Dia ingat aku ni tergedik-gedik ke nak kan dia. Memang lah hensem tapi kalau perangai mcm gitu, aku confirm reject.  Ni kalau tak kerana si Nadia punya pasal tak akan jadi macam ni. Macam nak cekik-cekik “, Adlina mendepakan tangannya dengan menbuat aksi seperti ingin mencekik-cekik seseorang.

” Aikk!! Aku pulak disalahkan. Aku cuma menyampaikan hajat. Lagipun abang aku yang nak jumpa beri kau hadiah. Ni apasal pulak nak marah-marah. Abang aku ada marah kau ke? ” soal Nadia dengan nada suara yang kurang senang.

” Bukan abang kau lah Nad yang jumpa aku.. tu ahh, pakcik kesayangan kau yang eksyen tak bertempat. Ada ke patut dia cakap seolah-olah aku perasan lebih. Isshhhh!! Geramnya aku.”

” Serious?? Kau biar betul ni. Pakcik aku.. Uncle Nazrey jumpa kau instead abang aku? Laahhhh… Ni apasal sampai macam gini. Atau kau misinterpret apa yang di cakap tak? Mungkin Uncle Nazrey tak bermaksud macam gitu.  Kau yang bersangka buruk.”

Amira yang duduk di kerusi ruang tamu hanya menganggukkan kepala seolah mengiyakan apa yang dikatakan oleh Nadia. Tapi bagi Adlina, kata-kata Nazrey tadi bagai belati menghiris hati.

“Cuba kau tarik nafas dalam-dalam. Mungkin jika kau rilek sedikit, kau akan lebih berfikiran terbuka. Marah tu datang dari syaitan. Kalau kau rasa tak boleh, aku syorkan kau ambil wudhu,” Amira cuba menenangkan diri Adlina yang bagai dilanda ribut taufan Katrina.

Nadia ke dapur mengambil segelas air dan disuakan ke Adlina. Adlina mencapai nak meneguk air perlahan-lahan. Panas di hati semakin reda. Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya. Ya.. sedikit kelegaan di hati yang panas membara.

” Aku minta maaf disebabkan aku, kau jadi macam gini. Aku ingat abang Nizam yang nak jumpa kau. Kalau aku tahu macam gini jadinya, tak ada lah aku nak buat arrangement. Lagipun, aku rasa abang Nizam mungkin ada hal mustahak. Tapi yang peliknya kenapa dia tak call  kau eh sebab aku dah berikan nombor telefon bimbit kau,”  Nadia berkata.

Adlina terus mengambil beg dan menyeluk mengambil telefon bimbitnya. Ada panggilan yang  tidak dijawab dari dua nombor asing yang tertera di skrin telefon bimbit Samsungnya. Ahhh… rasanya tadi sebelum bertemu dengan Dr. Chadwick, Adlina telah menukar ke mod senyap. Patutlah dia tak tahu. Silapnya juga kerana terburu-buru. Rasa bersalah kian menebal kerana bersangka buruk terhadap Nadia, Nizam dan juga Nazrey. Untuk meminta maaf kepada Nadia dan abangnya mungkin tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah sekarang ialah meminta maaf kepada pakcik Nadia, Nazrey. Tapi dia pun ada silapnya. Yang di perasan aku suka dekat dia tu kenapa. So, seri lah satu sama. Desis hati Adlina.

Adlina terus memohon maaf kepada Nadia diatas keterlanjuran kata-kata dan sikapnya yang agak terburu-buru.

” Sudah lah Lin. Aku tahu kau tengah stress. Hey.. look at the bright side babe. Kau tak lama lagi nak graduate. Tinggal kita bertiga dan kau akan ucapkan sayonara. Anyway, aku happy sangat bila dapat tau dari Sarah Addison yang tesis kau diterima. Itu pun aku jumpa dia kafeteria.” ujar Nadia.

” Yup. Tadi aku ada khabarkan berita kepada Sarah tentang tesis aku akhirnya diterima. Dia pula masih di fasa terakhir menyiapkan tesisnya. Tapikan aku masih tak puas hati dengan cara pakcik kau lah Nad. Macam jejaka perah santan gitu Serius.. part tu memang betul-betul aku tak faham. Yang masih jadi tanda tanya aku. Apa kaitan masakan aku semalam dengan di Malaysian Hall,” kata Adlina berfikir. Tudungnya yang dibuka diletakkan di atas sofa bersebelahan dengan tempat duduknya

” Malaysian Hall…?? Tu aku tak pasti. Kau tak tanya pakcik aku?  By the way Lin, aku tak salahkan kau atapun pakcik aku. Lagipun Lin, aku rasakan pakcik aku tu pun tengah bengang dan stress lah disebabkan ninda serta mama aku. Semalam abang aku Nizam ada juga beritahu jika Uncle Naz tak dapat mendapatkan mereka calon ipar serta menantu dalam masa yang terdekat, mereka nak percepatkan majlis pertunangan dan  perkahwinan Uncle Nazrey dengan pilihan mereka. Lagipun.. Uncle Naz dah berusia tiga puluh lima tahun. Mereka begitu risau jika Uncle Nazrey masih serik untuk bercinta setelah ditinggalkan oleh bekas tunangnya disaat mereka hampir diijabkabkan lima tahun yang dulu. Tak silap aku, aku masih di Cambridge Tutor College tengah ambil A-level pada saat perkara itu berlaku,” terang Nadia sambil mendongak dagunya.

” Maksud kau, pakcik kau pernah ditinggalkan tunangnya? Tragis betul kisah pakcik kau eh Nad.” balas Amira.

Adlina hanya mendiamkan diri di kala Nadia meneruskan kisah tentang Nazrey.

Menurut Nadia lagi, sejak dari peristiwa itu pakciknya sentiasa menyibukkan diri dengan urusan syarikat. Ramai wanita begitu meminati pakciknya tapi tiada mendapat tempat di hati pakciknya. Dunianya seakan ditemani dengan kertas kerja yang dibawa nya pulang. Nadia berkata dia semakin kehilangan pakciknya yang dahulunya sentiasa ceria. Disebalik wajah nya yang tampan, berkeyakinan, mempunyai kerjaya dan kedudukan yang begitu baik di mata masyarakat, tersimpan kisah sebuah kisah duka. Kasih yang disemai ketika bersama-sama dengan bekas tunangnya semenjak belajar di Melbourne, Australia akhirnya kecundang.

Bekas tunangnya memilih untuk bersama dengan seorang lelaki warga Australia dan bernikah di sana secara rahsia setelah mengandungkan anak di luar nikah bersama lelaki tersebut. Hancur luluh mendapat khabar berita tentang perkara itu dari teman baiknya yang ketika itu masih menuntut di Melbourne. Pakcik Nadia pada masa yang sama telah kembali ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya di peringkat Sarjana.

Mulanya pakcik Nadia berkeras cuba menafikan desas-desus tentang bekas tunangnya yang mengandungkan anak luar nikah. Tetapi setelah cincin tunang dikembalikan oleh pihak perempuan dan melihat gambar-gambar yang dipetik dan dikirimkan oleh rakan baiknya, Shahrul barulah pakciknya dapat menerima hakikat bahawa hubungannya dengan  bekas tunangnya telah berakhir. Ramai yang cuba menghampiri tetapi ditolak mentah-mentah.

Bahkan, menurut Nadia lagi sejak berita tentang rancangan mama serta nindanya ingin menjodohkan dengan Sharifah Sarina anak kepada Datuk Syed Azhar seorang arkitek terkenal yang mempunyai sayrikat seni binanya sendiri. Malahan syarikat Datuk Syed Azhar adalah diantara syarikat seni bina yang terkenal di rantau Asia Tenggara.

” Nak dijadikan cerita, jalinan usaha sama di dalam perniagaan diantara Saujana Holdings dan AZ Consultancy Berhad pada ketika itu yang diketuai oleh Sharifah Sarina dan Uncle Naz semakin memudahkan rancangan mama dan ninda yang ingin sekali menjodohkan mereka berdua. Dan secara kebetulah Sharifah Sarina memang sudah lama ada hati dengan Uncle Naz, itu yang membuatkan perkara yang sedia ada semakin rumit.”

“Sekejap.. sekejap.. maksud kau Pakcik kau pernah berlajar di Melbourne bukan di London? Sebab dia ada mention something pasal Malaysian Hall” kata Adlina

“Pakcik aku ambil sarjana di Melbourne. Sarjana mudanya di London School of Economics. Ni semua gara-gara bekas tunangnya yang nak sangat pakcik aku ke Melbourne belajar dengan dia. Tup tup.. dia kahwin dengan orang lain” Nadia mencebikkan mukanya.

“Sharifah Sarina memang kebetulan belajar di LSE dengan Uncle Naz tapi dia balik ke Malaysia lepas tamat pengajiannya. But what I know from abang Nizam yang  Sharifah Sarina memang ada hati dengan Uncle Naz sejak mereka di LSE. Cuma Uncle Naz tak layan dia. Tu yang dia frust menonggeng. Lagi frust bila dapat tahu Uncle Naz bertunang dengan gadis pilihan hati” sambung Nadia.

“At last dengar cerita bila kisah pertunangan Uncle Naz tak kesampaian, mula lah dia nak masuk queue. Tapi nampak gaya sampai sekarang belum berhasil”

” Senang bagi mama dengan ninda kau.. tapi rumit untuk Uncle Naz. Begitu maksud kau?” tanya Adlina tiba-tiba setelah mendiamkan diri mendengar butir bicara dari  Nadia sedari tadi.

Nadia menarik perlahan-lahan sebelum menyambung ceritanya. Amira pula bagaikan tergam di tempat duduk mendengar kisah yang diceritakan oleh Nadia.

“Apa yang kau cakapkan betul. Mama dan Ninda begitu mendesak Uncle Naz. Mereka fikir Sharifah Sarina mungkin dapat mengubah persepsi Uncle Naz tapi ia semakin memburukkan keadaan. Uncle Nazrey melayan Sharifah Sarina sebagai seorang rakan niaga serta teman. Tapi ia disalahertikan oleh semua pihak termasuk lah Sharifah Sarina. Maklumlah, Uncle Nazrey ni macam ‘the most eligible bachelor in town’. Pakej lengkap tapi satu aje yang dia kurang. Teman hidup.”  tambah Nadia.

” Sampai macam gitu sekali Nad. Dah kes parah ni.” ujar Amira. Tangannya segera mencapai beberapa potong biji epal hijau dan terus memasukkan ke dalam mulut.

” Sekarang ni, abang Nizam pun dah hadapi tekanan dari mama dan ninda supaya mempercepatkan pencarian jodohnya. Tak kurang dengan Uncle Naz, abang Nizam pun terkena tempiasnya.”

” Mama dengan ninda kau dah boleh bukak syarikat cari jodoh lah macam ni. Dan kau pula tak payah susah-susah cari jodoh. Mama dengan ninda kau akan carikan,” ujar Amira.

” Tak nak lah aku. Kalau mama dengan ninda paksa aku kahwin, aku janji takkan balik Malaysia lagi. Mama dengan ninda ni cerewet. Nak jodohkan dengan anak Tan Sri, Datuk  dan yang sewaktu dengannya. Aku pula suka kalau jodoh aku ni dari kalangan orang biasa-biasa. Dan yang penting kuat pegangan agama, berwawasan dan sayangkan aku kerana diri aku. Bukan kerana aku anak kepada Datuk Mokhtar.”

“Tapi aku masih dalam tanda tanya. Sampai sekarang Uncle Naz mematikan diri tentang berita yang sekarang hangat diperkatakan. But I think now Uncle Naz da boleh get over the entire thing. Ohhhh.. aku rasa aku lupa nak beritahu tentang sesuatu. Malaysian Hall. Abang Nizam pun ada semalam mention pasal benda yang sama lah Lin. Uncle Naz keep telling him how similar your cooking with the food he tasted before. Kau ada tahu pasal ni?” tanya Nadia bertubi-tubi.

“Malaysian Hall? Ntah. Seriously.. aku betul-betul tak ingat. Memanglah dulu aku pernah beberapa kali ke sana. Dengan kau.. dengan beberapa ex-housemate aku. Itupun sebab you all yang bawak. Kita ni memang tak dijemputlah bila acara rasmi. Melainkan bersama dengan pelajar dari Malaysia. Kau kan tahu pasal ni” kata Adlina.

“Hmmm… betul tu. Ok. Kau nak dengar tak cerita pasal keluarga aku. Since you all dah tahu sepertiga, Nanti kalau tak diberitahu, you all bising. Kata sembunyikan perkara sebenar lah.. apa-apa lah..” Nadia menyambung cerita keluarganya. Perniagaan yang dijalankan dan juga serba sedikit mengenai ayahnya Dato’ Mokhtar yang juga usahawan bumiputera yang terkenal menjalankan perniagaan rangkaian hotel bertaraf lima bintang di seluruh Malaysia.

Adlina terkesima mendengar cerita dan penjelasan panjang lebar dari Nadia. Barulah dia mengerti. Mungkin dia terlalu cepat berburuk sangka dan menghukum seseorang, pujuk hati Adlina. Setelah dua jam duduk mendengar cerita dari Nadia, Adlina terus naik ke atas untuk menukar pakaian.

Setelah bersolat dan membersihkan diri, Adlina mengambil kad bisnes dan baring di atas katil. Adlina mula membelek-belek kad itu depan dan belakang.

Datuk Wira Nazrey Shah Iskandar. Bila disebut nama itu bagaikan ada renjetan elektrik di hatinya. Semacam ada rasa yang aneh bila mula bertemu dengan lelaki itu. Ya. Rasa aneh ini kembali lagi. Nadinya bagi berdegup kencang. Adlina bangun dan bingkas menuju ke meja belajar yang menempatkan komputer ribanya. Ditaip laman sesawang Saujana Holding.  Diamatinya kembali gambar Nazrey Shah Iskandar di  bahagian ” Board of Director”.  Cuba mencerna kembali. Wajah itu macam pernah dilihat beberapa tahun yang lalu. Adlina cuba mengingati kembali. Tetapi gagal. Ahhh!! Mungkin pernah terbaca di  majalah ataupun seseorang yang mempunyai rupa yang sama.

Dikenang kembali kejadian petang tadi di hadapan kampus universiti, hati kecilnya masih terkesan dengan cara sinis setiap jawapan yang diberikan oleh Nazrey Shah Iskandar. Nazrey Shah Iskandar, nama itu terus bermain di mindanya. Gagal mencerna tentang kata-kata lelaki itu mengenai masakannya berkait rapat dengan Malaysian Hall. Adlina terus melayan perasaanya sehingga terlelap bersama kad bisnes Nazrey Shah Iskandar di tangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s