Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 3

Standard

“Lin, mana Uncle Nazrey? I thought he is with you earlier on. ” Nadia terpingan-pinga.

” Nad, not to worry lah. Abg Zam rasa Uncle confirm ada hal mustahak. It’s ok. I ll just take a train ride back to London. So ladies, I pun nak balik. I ll see again. Bye.. Ohh terlupa. Thanks for the food. Kenyang dan lepas tu nak beradu”.

“Yelah yelah.. pergi lah balik. Jangan pulak lupa kot tergantung belakang pintu. Ni bukan di Malaysia.” Nadia ketawa.

Selepas abang Nadia pulang, Adlina terus menerpa dengan muka yang cemberut.

“Nad, kau tak pernah beritahu yang kau ni anak Datuk.. cucu kepada Tan Sri. And your family owns a business. For heaven sake, u didnt look like one spoilt rich girl lah babe. Seriously. You were so quiet. Diam-diam kau selama ni pun rupanya anak dan cucu hartawan.

“Come on babe. Yang kaya tu datuk, pakcik dengan parents aku. I have nothing. Walaupun aku ni belajar ditanggung halal dan beres oleh famili aku tak bererti aku ni nak kena behave macam rich spoilt kid kan. Parents aku tak pernah ajar aku serta abang aku lupa diri. Ya..memang kalau duit allowance tak pernah kering kotang, tapi aku pun nak hidup macam orang biasa. Jangan worry lah. Aku tetap sama. Macam mana kau pernah kenal aku mula-mula, aku tetap orang yang sama.” kata Nadia tanpa rasa bersalah. Adlina agak geram.
“Yang kau nak sembunyikan sangat ni kenapa Nad. Kita semua da kawan lama. Pandai kan kau sembunyikan rahsia.” Adlina kembali bersuara. Muka Nadia cemberut.
“Laaahhh.. seriously. Nothing so special. Aku pun tak nak kau dengan yang lain-lain rasa tak selesa. Yang kaca pun famili.  Lagipun syarikat yang diuruskan oleh Uncle Nazrey miliknya bukan aku. Mama aku punya share pun sikit. Dah lah.. tak mahu cerita pasal famili aku. Terlalu komplex. Malas nak cakap” keluh Nadia.
” Tapi aku heran Nad, kau tak teringin ke sambung legasi datuk kau. I mean.. I am very sure your family business is not some kedai mamak business. Macam chill aje aku tengok kau.” Adlina terus bertanya.” Kan aku dah kata tadi.Actually, yang uruskan perniagaan famili aku ni Uncle Nazrey. Sejak papa aku kurang sihat dan mama yang kurang arif dalam perniagaan, Uncle Nazrey yang uruskan semuanya. Datuk aku, Tan Sri Hishamuddin  memang dah menyerahkan penguruskan kepada Uncle Nazrey sebab dia adalah satu-satunya anak lelaki tunggal dalam famili. Sejak serangan jantung dan kesihatan yang semakin merosot, datuk memang dah tak mahu lagi melibatkan dirinya dengan syarikat. Cuma dia datang untuk mesyuarat lembaga ahli pengarah sahaja. Papa aku cuma tolong uruskan apa yang patut. Jika perlu, menjadi proksi kepada datuk. Kudua-dua abang aku pula uruskan anak syarikat serta syarikat milik keluarga papa aku.” terang Nadia.

“Kalau kau nak tahu, Uncle Nazrey terpaksa menguruskan syarikat . Setelah habis belajar sarjana, terus dia menguruskan syarikat konglomerat kepunyaan keluarga. No time for love story bla bla bla. Cuma ada satu perempuan tak tahu malu ni asyik melekat macam magnet dekat Uncle Nazrey. Tapi dia macam buat bodoh aje. Asalnya, mama serta ninda aku nak jodohkan mereka berdua. Tapi macam tak kesampaian.”

Adlina mendiamkan diri sambil cuba mencerna fakta-fakta yang membuat dia sendiri terpaku. Bagaimana hendak percaya rakan serumah adalah pewaris konglomerat.

“Actually, syarikat apa eh famili kau uruskan?” tanya Adlina.

“Macam-macam lah. Tapi bisnes ni fokus pada bidang hartanah. So apa pendapat kau tentang Uncle Nazrey. He is charming ok. Aku rasakan Nad, dia macam minat aje dekat kau. Malu tapi mahu,” Nadia terus ketawa sambil berguling-guling di atas sofa.

“Kau gila ke Nad. Dia tu siapa. Aku ni siapa. Anyway, he is charming, smart good looking guy. Takkan nak dengan aku pulak yang entah apa-apa kan. Lagipun kan Nad, dia tu da tua lah..”

“Ye eleh.. tua tua tapi charming oiii cik kak. Masih bujang tapi dah terlajak. Apa salahnya kan kau jadi makcik aku. Lagipun, its time for Uncle Nazrey to move on in his life. Takkan nak jadi workoholic sepanjang hidup kan.”

“Nad, move on in life? Pakcik kau tu ada kisah sedih ke?”

” Yup.. panjang ceritanya Lin. Aku pun tak tahu macam mana nak mulakan. Aku pun tak berapa tahu sangat perincian kisah tu. Tapi secara rambang, aku boleh beritahu lah. Insha Allah, suatu hari nanti aku story-story dekat kau k Lin. But not now. Badan aku dah bau. Nak mandi dan solat. Ada assignment yang aku harus berekan.”

Nadia terus naik keatas meninggalkan Adlina terus termangu keseorangan di ruang tamu memikirkan apakan cerita sedih di sebalik seorang lelaki yang tampan dan berjawatan tinggi itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s