Rindu Yang Menghempas Hati- Bab 4

Standard

Hujan yang turun pada dini hari terus membasahi kawasan perumahan Frizinghall di Yorkshire yang terletak tidak jauh dari kampus universiti. Frizinghall adalah sebuah kawasan perumahan dimana penduduknya kebanyakkan datang dari Asia. Kebanyakkan dari mereka yang tinggal di kawasan Frizinghall berasal dari negara Pakistan dan beragama Islam.

Adlina terus bangkit dari lena setelah semalaman menghabiskan tesis untuk peringkat sarjana.  Tinggal  sebulan lagi sebelum tamat pengajian sarjana. Rasanya terlalu cepat masa berlalu. Ini bermakna bumi England akan ditinggalkan tidak lama lagi setelah bertahun duduk di perantauan.

Hari ini pula Adlina terpaksa ke kampus universiti yang terletak di Emm Lane untuk berjumpa dengan Dr. Leslie Chadwick . Nasib baik kampus terletak tidak jauh dari tempat tinggal. Dalam perkiraannya pasti rakan-rakan serumahnya yang lain masih dibuai dan diulit mimpi. Adlina bersyukur kerana dapat rakan serumah yang begitu baik and tidak liar. Masing-masing begitu fokus dan komited dengan pengajian.

Adlina begitu faham sekali perubahan sekitaran juga memainkan peranan samada seseorang itu akan hanyut ataupun tidak. Ada dikalangan mereka tidak dapat menghabiskan pengajian kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan sekitaran yang begitu asing. Samada dibuang oleh pihak univerisiti ataupun pulang atas sebab-sebab peribadi.

Adlina mengerling ke arah jam dinding. Rasanya masih sempat untuk menyediakan sarapan dan sedikit bekal sebelum ke kampus sebentar lagi. Bagaikan bermimpi, Adlina melihat  Amira dan Nadia sedang menyediakan nasi goreng.

” Ehhh. Aku ni mimpi ke?”. Adlina menggosokkan kedua belah mata.

” Kau tak bermimpilah. Kita berdua ni yang tengah sediakan sarapan. Tu ada nasi goreng. Semalam ada lebihan nasi yang kau masak tu kita buatlah nasi goreng. Kalau kau cari Fazlina, dia dah keluar. Katanya nak ke Shipley Open Market. Adalah tu yang nak dibelinya.”, terang Amira sambil menyapu roti dengan jem.

Adlina terus mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Amira dan mencapai pinggan kosong.

” Aku ingat kau bertiga masih dalam alam mimpi. Rupanya aku yang terlewat.” Adlina terus mengunyah nasi goreng.

” Aku nak kejutkan kau tapi bila aku ke bilik, kau tengah solat subuh. So aku terus turun sediakan sarapan dengan Amira. Fazilah tak sempat pun nak makan.” sambung Nadia.

Amira terus meminta diri untuk ke kelas selepas selesai bersarapan. Tinggal Nadia dan Adlina di meja makan. Nadia merenung Adlina yang sedang kusyuk menghabiskan nasi goreng yang tinggal sedikit di dalam pinggan sambil menguis-nguis butiran nasi.

“Kau dah kenapa Nad. Semacam aje aku tengok kau. Kau ada hal mustahak nak cakap dengan aku?” tanya Adlina. Nadia tersentak apabila terdengar suara Adlina bertanya seolah-olah berada di alam khayalan.

” Hmmmm…. rasanya ada. Tapi aku nak sampaikan hajat seseorang yang nak menemui kau sebelum dia kembali ke tanahair malam nanti. Aku rasa sempat agaknya. Lagipun, kau jumpa  Dr. Chadwick sebentar aje kan untuk finalise sebelum kau buat submission thesis kau minggu hadapan.”

Dari air muka Nadia menyundang seribu persoalan di benak fikiran Adlina. Macam serius sahaja lagaknya. Takkan mamat pakistan dekat kampus nak jumpa aku, bisik hati Adlina. Memang lah mamat Pakistan ada yang tampan tapi tidak satu pun yang mendapat tempat di hati. Rasanya lelaki melayu masih tetap menjadi pujaan hati.

” Cik Kak!! Kau pulak yang termenung. Takkan  kau ingat Dr. Chadwick yang dah tua tu. Aku tahulah dia tu penyelia tesis sarjana kau. Tapi sampai termenung bagai.  Sebelum aku lupa dan melalut tak tentu arah, ni aku nak cakap sikit dengan kau. Semalam, abang Nizam aku call. Katanya nak jumpa kau di Lister Park. ”

” Yang abang kau tu beria sangat nak jumpa aku tu apahal?” soal Adlina. Tapi di dalam hatinya kan bagus kalau pakcik Nadia. Walaupun sibuk menghabiskan tesis sarjana semalaman, tapi fikiran bagaikan tak menentu. Nama Nazrey Shah Iskandar bagaikan terpahat dalam kotak fikiran. Mata dan senyuman yang memukau. Boleh jadi gila memikirkan rupa pakcik  Nadia, bisik hati kecil Adlina.

” Yang kau tu tersenyum-senyum tu apahal babe. Kau dah jadi biul eh. Ni yang aku tak faham. Ingatkan pakcik aku yang dah tersungkur tergolek-golek suka kan kau. Rupanya abang aku si Nizam. Patut lah puji kau melambung-lambung. Semalam masa dia dengan Uncle Nazrey datang, tak nak pulak dia berbual dengan kau. Sibuk naik atas nak berskype dengan aku. Lepas tu mulut tu tak abis-abis Cakap puji pandai masak .. cantik lah. Aduhhh… pening aku layan abang aku seorang tu” ngomel Nadia.

“Silap haribulan bukan abang Nizam yang nak jumpa.. sekali pakcik aku tu yang nak jumpa…” sambung Nadia lagi sambil ketawa terbahak-bahak

” Sudah sudah..kau malas nak layan, aku lagilah beribu-ribu lemon malas nak layan ni semua. Yang kau pun satu, ni pandai-pandai aturkan date ni dah kenapa. Oklah, aku da lambat gila babe. Confirm cair taik telinga aku dengar Dr. Chadwick perli aku”, jawab Adlina seraya beredar dari tempat duduk dan mengambil beg dan barang-barang keperluan untuk berjumpa dengan penyelia tesis sarjana di kampus univerisiti.

“Cik Kak, ni bukan aturkan lah.. dah orang nak jumpa.. pergi aja lah. Bukannya jauh pun. Lister Park tu tempat romantik de amour jugak bila buat temu janji buta macam gini. Apa kata orang putih.. blind date?”

“Dah dah.. jangan kau nak melalut tak tentu arah. Aku nak cepat ni. Nanti si professor tua tu tunggu. Memekak aje. Bye Nad.

” Cik Kak, jangan lupa date kau di Lister Park!” jerit Nadia di sebalik pintu kayu oak.

Adlina terus berlalu pergi. tanpa sedikit menghiraukan jeritan Nadia di balik pintu oak. Si Nadia ni kalau dah terpekik terlolong macam tarzan, bisik hati Adlina. Dengan rambutnya yang serabai macam baru bangun tidur, begitulah Nadia waktu itu. Kalau bakal mak mertua datang, mesti fikir seribu kali nak buat menantu. Adlina menggeleng-gelengkan kepalanya.

Seakan terlupa akan temu janji yang diaturkan oleh Nadia pagi tadi, Adlina terus meneliti kembali tesis yang sudah siap sebelum dibukukan. Alhamdulillah,  Dr. Leslie Chadwick telah berpuas hati dan memberi lampu hijau untuk Adlina membukukan tesis tersebut setelah mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan. Rasanya macam sudah tidak sanggup untuk Adlina meneruskan pengajian ke peringkat kedoktoran atau DBA. Sepanjang dua tahun menghabiskan pengajian di peringkat sarjana amat lelah bagi Adlina.

Mungkin juga sudah merasa kerinduan di tanahair sendiri setelah bertahun lamanya hidup di rantauan. Sakit pening semuanya sendiri. Nasib yang menyebelahi dirinya yang mendapat rakan serumah yang begitu prihatin dengan diri masing-masing. Seolah-olah pengubat rindu buat teman-teman dan keluarga yang berada jauh di Singapura.

Adlina begitu teruja untuk membukukan tesis sarjana dan mengemukakan hujah untuk tesisnya sebelum dinilai oleh pihak universiti.  Rasanya bagaikan beban di bahu yang di pikul berbulan-bulan akan lenyap tidak lama lagi. Tidak sabar rasanya untuk menghabiskan pengajiannya dan menghadiri konvokesyen pada bulan Disember. Walaupun Nadia, Fazlina dan Amira berasal dari Malaysia, tetapi budaya dan cara hidup tidak banyak perbezaan. Kerana Singapura dan Malaysia berkongsi adat serta budaya yang sama.

Adlina membetulkan baju panas yang berwarna cokelat dan beg sandang sambil merapikan tudung. Cuaca di kawasan universiti begitu cantik sekali. Dengan daun-daun yang mula berguguran pada musim luruh dan cuaca yang agak dingin memberikan semacam rasa.

Berbanding dengan kampus universiti yang terletak di Richmond Road yang begitu moden,  seni reka bentuk di kampus Emm Lane begitu klasik dan lama. Terleka sebentar dengan pemandangan yang begitu cantik sekali. Adlina mula terfikir yang dia hanya ada beberapa bulan lagi untuk menikmati keindahan di Yorkshire sebelum pulang ke tanahair dan akan mengucapkan selamat tinggal akhirnya pada bumi di mana dia mencari rezeki dan menimba ilmu. Bak pepatah melayu. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Walaupun sudah terbiasa dengan cara hidup di sini, tapi masih tidak sama bila berada di negara sendiri. Adlina mula rindukan suasana di Geylang Serai. Makanan melayu di sana dan paling penting amat merindui keluarga, sanak saudara dan teman-teman yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Walaupun sering berhubung di alam maya melalui lelaman sosial seperti Facebook dan Skype, tapi tidak sama bila berhadapan dengan mereka.

Semasa menuruni tangga keluar dari bangunan kampus universiti, Adlina seperti melihat sesusuk tubuh lelaki yang tegap dan berkulit cerah sedang duduk di bangku kayu yang terletak bertentangan dengan jalan masuk seperti menantikan seseorang. Dari cara pemakaian tidak seperti seorang pelajar. Memakai jaket kulit cokelat, skaf muffler yang dililit di leher dan berseluar jeans, Adlina bagaikan terpaku sebentar. Macam pernah nampak aje mamat ni tapi dimana ya? Desis hati Adlina. Mungkin agak terlindung dan lelaki itu sedang memakai kaca mata hitam Rayban mungkin menyukarkan Adlina untuk mengetahui siapakah lelaki yang sedang duduk di bangku kayu sambil merenung tepat ke arahnya.

Alamak! Rasanya macam terlupa temu janji dengan Nizam di Lister Park. Adlina menepuk dahinya.

Adlina terus bergegas menuruni tangga dan berlari kearah lelaki yang duduk di bangku.

” Assalamualaikum. Cik Adlina ada temu janji di Lister Park bukan?  Sebenarnya bukan dengan Nizam tetapi dengan saya, ” suara garau lelaki itu mengucapkan salam memecahkan kesunyian seraya membuka kaca mata hitamnya.

Nazrey Shah Iskandar atau lebih tepat sekali Datuk Wira Nazrey Shah Iskandar yang betul-betul berada di hadapan mata Adlina. Terkejut. Itu hanya dapat digambarkan di saat Adlina berhadapan dengan lelaki yang bernama Datuk Wira Nazrey Shah Iskandar. Adlina bagaikan terpaku sebentar melihat senyuman lelaki yang berada di hadapannya.

Sebernarnya  aku ni jumpa dengan abang atau pakcik Nadia? Hati  Adlina mula berkata-kata. Dada bagaikan berombak kencang seperti berada di litar Marina atau di Sepang. Mamat hensem ni buat jiwa Adlina kacau, haru biru.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s